Posts with the label Adsense
Memaparkan catatan dengan label Adsense. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adsense. Papar semua catatan

Oktober 14, 2021

Google Adsense : Request Review

Alhamdulillah, Google Adsense (GA) Syu selamat & bebas dari kena banned & suspended. Walaupun income GA Syu tak berapa nak masyuk macam blogger-blogger lain. Pada Syu, dengan keberadaan GA dalam blog Syu ni macam sesuatu yang Syu nak rasa macam rakan-rakan blogger lain ada dalam blog diorang. Sejujurnya, Syu ni bukanlah hadap sangat dengan duit GA tu. Tapi kalau ada, pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru Syu tadahkan 😁.



Kalau ikutkan earnings harian GA Syu hari-hari kosong tau 😂. Bila view earnings dekat Blogger, macam sedih jer tengok amount-nya. Total balance $1 USD pun tak cecah lagi. Tengok rakan-rakan blogger lain siap ada dapat nombor pin bagai. Yang dah cash out kan duit GA pun ada. Tapi Syu tak kisah pun semua tu. Bagi Syu, itu satu anjakan paradigma untuk Syu terus berusaha lebih (Cehhhh...anjakan PARADIGMA tak boleh blah tu!! 😂). Cuma bila ada GA ni dalam blog, Syu rasa macam satu kepuasan dapat tengok blog Syu ada iklan bertepek macam orang lain. Bukan senang nak apply GA ni masa memula dulu. Syu sampai 4x buat permohonan. Masuk kali kelima baru berjaya. Bila dah dapat peluang ni, takkan nak sia-siakan pulak ye dak? Beria-ria mohon sampai 4x kena reject. Lepas tu menyerah macam tu je. Satu kerugian juga pada Syu sebenarnya sebab cepat sangat putus asa.


Google Adsense | Notis Pelanggaran Polisi Pengiklanan


Syu faham. Mungkin ada sesetengah rakan blogger dah jadi tak berapa kisah & redha bila GA kena banned & suspended. Yelah, malas nak menagih simpati & merayu-rayu. Mungkin juga ada di kalangan rakan blogger berasa terkilan & redha dengan apa yang jadi pada GA diorang. Tambah-tambah bila ada sesetengah pembaca yang sengaja sabotaj dengan klik iklan banyak-banyak kali. Dahlah GA ni kadang-kadang banyak sangat songehnya bila ada pelanggaran polisi. 



Honestly, kalau dua benda (suspended/banned) ni jadi pada blog Syu Deris,  Syu rasa macam satu kegagalan tau 😂. Rasa down pun macam ada juga. Dapat letak GA dalam blog ni macam satu achievement buat Syu tau. Bukan sebab nak kan duit tu. Tapi disebabkan passion & semangat nak ada blog macam mana orang lain ada. Berjaya diterima oleh GA ni macam satu bonus untuk Syu. Tak tahu macam mana Syu nak describe kan lagi dah. Harap ada lah yang faham apa yang Syu nak sampaikan. Mana-mana yang mengikuti perkembangan blog Syu Deris sehingga ke hari ni mesti korang tahu  sejauh  mana Syu struggle untuk bertapak sehingga ke tahap blog Syu Deris yang sekarang ni. Setiap apa yang Syu capai tu, merupakan satu achiement buat Syu bangga pada diri Syu. 


Google Adsense | Notis Pelanggaran Polisi Pengiklanan


Bila sebut pasal GA ni kan. Dalam dua minggu lepas kalau tak silap Syu, Syu ada terima SURAT CINTA PERTAMA DARI GOOGLE ADSENSE (notis pelanggaran polisi). Memang gelabah jugak bila dapat notis tu melalui email. Kalau ikutkan Syu tak tahu pun pasal notis pelanggaran polisi tu. Sebabnya Syu dah lama tak buka Syu punya GMail. Tak sangka ada satu malam tu entah macam mana Syu terdetik nak buka & baca email. Syu pun tak tahulah apa dosa Syu pada GA ni. Ada saja yang tak kena 😂. Dah lah, earnings tak berapa nak masyuk. Nak apply pun susah. Tiba-tiba dapat pulak berita buruk macam ni. Memang spoiled mood dibuatnya. Padahal nak letak iklan GA, semua Syu auto kan jer. Cuma ada satu dua kerat jer Syu letak manually.


Google Adsense | Notis Pelanggaran Polisi Pengiklanan


Lepas baca satu-satu dekat section HOW TO FIX (di bahagian Policy Center GA), baru Syu sedar kesilapan Syu dekat mana. Rupa-rupanya, ada satu iklan tu Syu accidently tersalah letak. Bagi GA, kesalahan parking iklan tu adalah menjadi satu dosa besar bagi  diorang 😆. So, pantang larang tu jangan lah dilanggar. Tak pasal-pasal akan dapat warning email macam ni. Nasib tak kena suspend/banned. Apa-apa pun alhamdulillah. Tak ada apa-apa berlaku pada GA Syu lepas submit REQUEST REVIEW. Cuma peluang untuk Syu buat request tinggal 199 je lagi 😅. Lepas ni tak tahu apa lagi kesalahan yang GA nak cari. Bertabah jelah (Dalam hati : Jangan sampai satu hari nanti aku yang remove kau baru kau tahu 😆)



So, apa yang perlu korang buat bila dapat email yang meruntun jiwa dari GA ni?😖 Macam kondisi Syu, GA Syu mungkin boleh diselamatkan lagi kejap-kejap tu juga. Tapi macam kes sampai kena suspend/banned bagai tu mungkin boleh diselamatkan & mungkin juga tak dapat. Semua tu bergantung kepada budi bicara pihak GA. Harap Syu tak pernah kena lah sampai macam tu.


Google Adsense | Request Review


Untuk kes derhaka letak iklan macam Syu ni, apa yang korang perlu buat adalah dengan memperbetulkan segala apa yang GA dah listkan. Yang ni korang boleh pergi ke POLICY CENTER dekat dalam akaun GA korang. Klik pada link yang ada isu tu then korang follow jer arahan yang GA bagitahu dekat seksyen HOW TO FIX. Bila korang dah rasa yakin yang korang dah fix segala isu-isu tu, korang boleh submit untuk REQUEST REVIEW. Dalam tempoh kurang dari 24 jam, dekat Policy Center korang tadi akan keluar NO ISSUES FOUND.



By the way, kepada rakan blogger ATIQAH NAJIHAH. Takziah atas apa yang jadi pada akaun GA Tiqah tau 😢. Terkejut jugak bila baca komen Tiqah kat blog akak hari tu bagitahu pasal akaun GA kena suspended sebulan 😂. Semoga akaun GA Tiqah dapat kembali kepada asal. Pada yang GA tak berapa nak masyuk macam Syu bertabahlah kita sama-sama yer. Insyaallah, kalau ada rezeki untuk merasa duit GA adalah...Cepat & lambat jer. Tapi kalau tak dapat pun tak jadi masalah. Intellifluence kan hado!! 😁

Google Adsense : Request Review

Oktober 14, 2021

Oktober 06, 2021

Surat Cinta, Pertama Dari Google Adsense 😂

Google Adsense

Kemarin, masa hari pertama masuk kerja memang seronok sangat. Tapi mood jadi spoiled terus dek kerana dua khabar buruk yang Syu & husband kena hadap. Khabar buruk pertama, tuan rumah nak naikkan sewa rumah yang Syu duduk sekarang ni. Selama kitorang duduk dekat rumah ni tak pernah-pernah bagi naik sewa. Lagipun, tuan rumah pernah janji tak nak naikkan sewa masa mula-mula kitorang masuk menyewa. 


Tak sangka pulak semalam lepas balik kerja bini tuan rumah wassup nak naikkan sewa rumah dari RM450 ke RM550. Duit deposit pun kena tambah jugak dalam  RM300. So, untuk bulan depan saja kena bayar dalam RM850. Nampak gayanya, janji dah dicapatilah ni 😂. Deal dengan suaminya okay jer sebelum-sebelum ni. Sejak bini dia yang incharge, bininya pulak yang lebih-lebih. Apalah daya Syu & suami, nak tak nak kena teruskan jelah menyewa sementara nak kumpul duit sikit untuk beli rumah. 



Pada yang mampu, mungkin korang rasa harga sewa rumah RM550 tu murah . Tapi, pada kami laki bini yang golongan B40 ni memang tak berapa nak mampu tau 😞. Dah lah apply rumah Perakku dekat Lembaga Perumahan & Hartanah Perak(LPHP) sampai kesudah tak ada seorang pun yang nak halo-halo. Nak beli rumah harga RM150K ke atas, loan pulak tak lepas.


Nak tak nak terpaksa ambil masa lagi untuk kumpul duit nak beli rumah sendiri. Panjang pulak rungutan Syu kan? Kalau difikirkan susah Syu ni, Syu rasa dekat luar sana mesti ada famili lain yang lebih susah jika dibandingkan dengan Syu. So, apa yang jadi sekarang ni Syu fikir positif jer. Kena percaya, rezeki Allah tu luas. Cuma cepat & lambat jer Allah nak bagi.



By the way, khabar buruk Syu yang kedua pulak adalah melibatkan Google Adsense (GA). Nak dijadikan cerita, malam Isnin hari tu sebelum nak tidur Syu tergerak hati nak baca email. Lama tak buka tau. Sampai tak tahu ada blogger seorang tu wish birthday masa 22hb September hari tu. Terima kasih yer blogger Rabiah. Sorry sangat tau. Baru hari ni akak sempat tengok email yang Rabiah hantar.


Google Adsense
Inilah dia surat cinta dari Google Adsense. Tapi versi alam maya lah 😂.

Pasal email dari GA tu, agak terkejut jugaklah bila Syu baca. Macam kena supend, macam tak pun ada. Sebabnya, earning GA elok jer running macam biasa. Hari-hari ada peningkatan. Tak faham lah GA ni. Banyak no halnya. Syu sempat jugaklah roger Kak Shida untuk tanya pasal hal ni. Almaklumlah, kak Shida kan pernah ada pengalaman pasal GA kena suspended. So, Syu rasa dia blogger yang tepat untuk Syu share & dapatkan pandangan pasal hal ni. Terima kasih yer kak Shida. Pagi-pagi celik mata dah kena layan wassup Syu 😂. Harap tak ada apa-apa lah hendaknya. Nanti ada kelapangan, Syu update lagi pasal GA ni.

Surat Cinta, Pertama Dari Google Adsense 😂

Oktober 06, 2021

Julai 22, 2021

Cara Betulkan Isu Ads.text Di Google Adsense

Blogger

Sejak Syu tukar domain hari tu, Google Adsense Syu hilang jejak yer kawan-kawan 😂. Pada yang tak tahu, sebenarnya itu adalah perkara biasa yang sering berlaku bila tukar domain. Segala mak nenek iklan memang tak akan muncul dalam blog korang sebab yang berdaftar dalam Google Adsense korang adalah domain yang lama. Bila domain ditukar, Google Adsense tak dapat detect domain korang & automatically segala iklan akan diremove. Jadi apa yang perlu korang buat sebaik tukar domain adalah dengan menambah domain baru ke dalam Adsense korang. Once korang dah submit, Google Adsense akan review balik blog korang macam masa mula-mula apply dedulu.


Apa-apa pun alhamdulillah, sekian lama menunggu akhirnya Syu dapat perkhabaran gembira dari Google Adsense melalui e-mail. Termasuk hari ni adalah dalam 12 hari kena tunggu. Busuk-busuk dekat 2 minggu jugaklah. Sejujurnya lah kan, Syu agak tenang sebenarnya bila tak ada Adsense muncul dalam blog😂. Bukan apa, kadang-kadang Syu tengok jugak blog Syu dari sudut perspektif pembaca. Mesti korang rasa semak kan kalau ada iklan muncul bila tengah seronok membaca. Macam tu jugak masa tengok TV & YTube. Paling tak suka bila ada iklan. Tapi, korang kena faham jugak dari sudut perspektif penulis. Sometimes, diorang pun nak jugak generate income pasif melalui penulisan. So, nak tak nak korang kena terima jugak bila masuk ke laman tuan tanah. Dah baca free kasi chancelah sikit untuk penulis dapat wang perhargaan dari Google Adsense. Sekarang-kurangnya penulis blog rasa motivated untuk terus menulis. 




Macam mana nak betulkan isu ads. Text di Adsense? 



Pernah tak korang dapat notifiikasi macam ni dekat korang punya Google Adsense? Syu kalau nampak merah-merah gini mulalah runsing 😂. Macam satu kegagalan jer benda bila nampak something yang melibatkan warna-warna merah ni. Kebiasaanya, notifikasi ni korang akan dapat bila korang dah berjaya diterima dengan jayanya oleh Google Adsense. Tapi kalau tak ada terima alhamdulillah lah. Tak ada runsing kepala nak memikir. Pada yang terima notifikasi ni dekat Adsense, korang kena selesaikan isu ni secepat yang mungkin If not, ia akan memberi impak kepada revenue korang di Google Adsense. Benda nampak macam kecik jer sebenarnya. Tapi sangat-sangat memberi kesan pada blogger-blogger yang sememangnyer menjadikan Google Adsense untuk menjana pendapatan sampingan.

How to fix ads.txt issues

Nak selesaikan isu ni mudah jer. Apa yang korang perlu buat hanyalah dengan mendownload kod yang Google Adsense dah bagi & copy paste dekat bahagian monetization dalam setting blogger korang. Lepas korang dah paste kod ads.text dalam blogger, insyaallah dalam tempoh 24 jam notifikasi adsense tadi akan hilang & Google Adsense korang akan kembali aktif seperti biasa macam sebelum-sebelum ni 😉. Step ni sama jer macam masa korang mula-mula diterima Adsense. Disebabkan Syu nak Google Adsense Syu muncul di domain baru, maka Syu terpaksa buat permohonan untuk pengaktifan semula supaya ianya berfungsi dengan baik dalam webpage Syu😁.

Buat masa sekarang ni mungkin Google Adsense Syu akan ambik masa sikit untuk muncul dalam blog, sebab proses optimization masih lagi berjalan & mengambil masa yang lama jugak untuk run. Apa-apa pun Syu harap segala perkara berkaitan dengan Google Adsense ni akan cepat berakhir. Bukan apa, senak dah kepala otak ni asyik dok fikir pasal Google Adsense 😅!!

Cara Betulkan Isu Ads.text Di Google Adsense

Julai 22, 2021