Posts with the label Al-Fatihah
Memaparkan catatan dengan label Al-Fatihah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Fatihah. Papar semua catatan

November 08, 2026

Selamat Menuju Ke Negeri Abadi Suamiku

Tahun lepas arwah abah pergi tinggalkan saya asbab kanser. Tahun ni awak pula pergi yunk. Berat betul ujian saya nak hadap kali ni. Ya, hilang abah sakit. Tapi, hilang awak rasa macam gelap terus dunia saya ni. Patah terus dahan untuk saya berpaut. Saya macam tak percaya awak pergi tinggalkan saya secepat ini. Pedih betul hati saya ni yunk 😔💔.


Hari ni dah nak masuk dua minggu awak pergi. Semua orang macam tak percaya awak dah tak ada yunk, especially mak & adik beradik saya. Padahal malam sebelum awak pergi tu awak elok jer. Boleh pergi makan-makan. Jumpa semua anak saudara & adik-beradik saya. Even, seminggu sebelum tu kita sempat pergi bercuti & makan kenduri lagi ke Perlis nun. Celebrate birthday awak kat Niase pun sempat juga! 😢 


Lillahitaala...Saya redha awak pergi. Lagipun, apa lah daya saya untuk lawan apa yang Allah dah tulis. Rezeki, jodoh, ajal & maut tu semua Allah yang tentukan. Cuma saya terkejut & sedih. Tak sangka, dari umur awak genap 40 tahun tu Allah hanya pinjamkan saya 19 hari lagi untuk saya nikmati sisa-sisa hidup kita sebagai suami isteri.



Saya tak rasa ralat dengan permergian awak yunk. Sebab selama hayat awak masih ada, saya dah buat sehabis baik saya. Jatuh bangun, sakit perit, susah senang semuanya dengan awak. Bila saya teliti balik. Banyak nikmat & peluang Allah dah bagi kat saya sepanjang awak bersama dengan saya. Even, masa awak dah tak ada pun Allah susun cantik perjalanan "balik" awak.


Saya tak nak awak kena post mortem, Allah bagi. Saya nak jenazah awak diurus & dikebumikan sebelum Zohor Allah bagi. Saya nak mandi & peluk cium jenazah awak puas-puas sebelum kebumi pun Allah bagi juga. Alhamdulillah...Jadi, tak ada isu untuk saya rasa ralat dengan pemergian awak sebab terang-terang SEMUANYA ALLAH BAGI. 


Berbahagialah awak kat sana yunk. Saya tahu sakit rindu tu perit. Tapi andai ini yang tertulis untuk saya. Saya redha & terima pemergian awak dengan hati yang terbuka.


Sakit?? Tipulah kalau saya tak rasa sakit. Rindu?? Tipulah kalau saya tak rindu awak yunk. Sakit saya rindu saya biarlah masa yang memulihkannya. Tapi, saya percaya & yakin. Allah uji saya sebab Allah tahu saya mampu & saya percaya disebalik tiap-tiap kesusahan tu akan Allah sulamkan dengan kemudahan. Doa saya, semoga dipermudahkan urusan awak di sana - Selamat menuju ke dunia abadi suamiku. Saya sayang awak dunia akhirat 🫂💕. 

Selamat Menuju Ke Negeri Abadi Suamiku

November 08, 2026

Oktober 27, 2026

Innalillah & Al-Fatihah Suamiku






Innalillah & Al-Fatihah Suamiku

Oktober 27, 2026

Oktober 25, 2026

Jam Terakhir Bersama Awak, Saya & Kita Semua

Gambar kenangan bersama arwah suami masa pergi makan-makan dengan family Syu. Sempatlah arwah jumpa semua anak saudara, biras-biras & ipar duainya buat kali terakhir. Syu simpan sini buat kenangan. Al-fatihah buat arwah suami. Semoga Allah permudahkan urusan & tempatkan awak dalam kalangan hanbanya yang beriman. Sayang awak dunia akhirat 😔💕.


Sempat juga bergambar ramai-ramai buat kali terakhir dengan arwah sebelum balik ke sarang masing-masing.


Bila tatap gambar ni lama-lama, saya tengok wajah awak macam sayup jer yunk 😔.


Jam Terakhir Bersama Awak, Saya & Kita Semua

Oktober 25, 2026

Ogos 14, 2025

"Kakak, Abah Dah Nak Kena Balik"-Abah


Itulah ayat arwah abah dalam mimpi Syu malam tadi. First time dapat mimpi pasal arwah abah. Selalu si Sarah yang dapat. Rasa sebak bila dikenangkan balik bait-bait ucapan tu. Sempatlah peluk arwah abah sekejap walaupun hanya dalam mimpi. Syu terjaga pun lepas husband kejut subuh tu pasal dia kena pergi kerja - Dalam hati, kenapalah pergi kejut. Kalau boleh nak nikmati momen-momen tu lama sikit. Dah lah susah nak dapat mimpi pasal arwah. 

 

To be hosnest, Syu tak pasti mimpi ni hanya sekadar mainan tidur atau khabar yang arwah abah nak pesan kat Syu supaya Syu redha & terima kenyataan yang arwah abah dah tak ada. Dan ada kemungkin juga mimpi ni hadir disebabkan Syu terlalu rindu pada arwah abah. Apa-apa pun Al-fatihah buat hero kesayangan Syu - Idris Bin Abdul Halim. Abah akan sentiasa kekal dalam ingatan akak & doa akak sentiasa akan mengiringi abah kat sana.



Nabi ﷺ bersabda:


"الرُّؤْيَا ثَلَاثَةٌ: رُؤْيَا صَالِحَةٌ مِنَ اللَّهِ، وَرُؤْيَا مِنْ تَحْزِينِ الشَّيْطَانِ، وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ."
 

"Mimpi itu tiga jenis: Mimpi baik dari Allah, mimpi yang menakutkan dari syaitan, dan mimpi dari bisikan hati (fikiran sendiri)."— Riwayat Muslim

 

"Kakak, Abah Dah Nak Kena Balik"-Abah

Ogos 14, 2025

Julai 02, 2025

Kalau Awak Rindu. Saya Lagi Rindu!

Malam tadi, tiba-tiba husband cakap dia teringat kat arwah abah Syu. Rindu katanya. Syu tengok mata dia dah bergenang. Dalam hati kita -"Lah, dah kenapa ni?". Kita pula yang jadi risau dibuatnya. Dia yang menantu kata rindu. Kita yang anaknya ni lagi lah tak terhitung rindunya. Abah kita kot! 😅

 

29hb Julai ni sepatutnya hari lahir abah yang ke-61. Tapi, Allah lebih sayangkan abah. Allah jemput arwah abah ketika genap usianya 60 tahun. Al-fatihah untuk arwah abah.

 

Bila teringat yang arwah abah dah tak ada, sakitnya tu macam kena hiris-hiris. Hanya Allah saja yang tahu peritnya tu macam mana 😞. Tapi, apalah daya kita nak menidakkan qada' qadar Allah. Berat macam mana sekalipun. Nak tak nak kena REDHA juga. Setiap yang kita punya tu hanya pinjaman. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil. Selamat Hari Lahir abah! Akak sayang abah dunia akhirat.

Kalau Awak Rindu. Saya Lagi Rindu!

Julai 02, 2025

April 20, 2025

Abah Marah Pun Tak Apa 🥹

Terasa kosong betul bila arwah abah tak ada 🥲.


Dulu akak tak berani nak balik kampung sebab takut abah marah 🥹. Sekarang akak tak berani nak balik sebab tak mampu nak hadap kenangan-kenangan yang arwah abah tinggalkan dekat kitaorang.👉🏻👈🏻 Akak nak macam yang dulu boleh? At least abah ada...marah pun tak apalah...- Al-Fatihah untuk arwah abah 🤲🏻.

Abah Marah Pun Tak Apa 🥹

April 20, 2025

April 14, 2025

Diari Perjalanan "PULANG" Abah

31hb Mac, 2025 (Syawal pertama)  - Selesai beraya & jumpa saudara-mara. Kitaorang decide untuk bawa abah ke Hospital Manjung. Kalau ikutkan abah nak tunggu sampai pagi raya ke-2. Lepas husband Syu pujuk & bagi nasihat. Barulah abah Syu lembut hati & setuju nak pergi hospital malam tu juga.

 

Bukan apa, kitaorang risau. Abah dah berapa hari tak berselera nak makan & minum. Masuk sikit makanan & air abah dah mengah. Mata & badan abah pun dah kuning sangat. Mungkin disebabkan masalah hati abah tu. Lepas Isyak dalam jam 9.29 malam, kitaorang cepat-cepat bawa abah ke bahagian kecemasan untuk buat rawatan.


Masa dekat dalam wad kecemasan, doktor cakap oksigen abah drop. So, abah perlukan bantuan oksigen sepenuhnya untuk bantu abah bernafas. Blood pressure abah tak ada masalah. Elok cantik bacaannya. Cuma dekat bahagian dada tu abah rasa ketat & susah sikit nak bernafas. Nafas abah pun pendek abah cakap. Tak dapat nak tarik nafas panjang-panjang.

 

Sebak tengok condition abah masa ni 🥹.


Actually, abah ada minta nak minum air masa kena tahan dalam wad kecemasan hari tu. Tapi, Syu tak dapat nak bagi sebab pegawai perubatan tak izinkan. Kalau bagi juga risau benda lain pula yang jadi katanya. Kena pula time tu oksigen abah tak berapa cantik. So, lagi better elakkan bagi abah makan & minum buat sementara waktu - Kesian juga tengok abah. Mesti dia tengah haus sangat masa tu. Sorry ya abah 🥹.

 

 

1hb April, 2025 (Syawal ke-2)  - Pukul 1 pagi, pegawai perubatan maklumkan yang condition abah dah makin stabil. Cuma abah kena banyak rehat & keep continue pakai oksigen. Berdasarkan dari result x-ray, doktor cakap dekat paru-paru abah ada air. That's why nafas abah pendek & abah jadi susah nak bernafas. Jadi, doktor sarankan abah untuk rehat. Esok pagi akan ada pakar datang melawat & discuss lebih lanjut tentang rawatan susulan abah.


Dalam pukul 1.30 pagi macam tu abah Syu di-transfer masuk ke wad 6 (Pembedahan) katil 15. Alhamdulillah, masa ni Syu tengok condition abah macam dah okay sikit. Cuma nurse tak galakkan abah banyak bergerak & kena pakai mask oksigen tu setiap masa. Malam tu, memang Syu tak balik ke kampung pun. Syu tidur dalam kereta jer. Standby gilir-gilir jaga abah dekat hospital dengan mak & Sarah.



2hb April, 2025 (Syawal ke-3)  - Pagi ni nurse kata nak tukar katil abah pergi ke katil 9. Jadi, Syu layankan jelah. Setel tolong nurse tukar katil. Syu bersih-bersihkan badan abah. Tukar pampers lapik cadar semua. Masa ni Syu sorang-sorang jer uruskan abah. Mak dengan Sarah Syu suruh rehat dalam kereta. Pasal malam tadi diorang dua dah jaga abah. So, pagi ni Syu take turn pula jaga.


Jaga abah senang. Tak banyak ragam pun. Cuma part makan minum abah tu Syu rasa sebak sikit. Makan tak selera. Minum pun betul-betul 2 cups bekas ubat jer. Minum lebih tak boleh. Penat katanya. Perut abah pun kembung mengening. Keras. Banyak air. Itu yang buat abah penat-penat & tak rasa selesa tu. Sekejap nak duduk. Sekejap nak baring.

 

 

3hb April, 2025 (Syawal ke-4)  - Pagi ni, lega sikit rasa hati. Abah dah boleh minum air banyak sebab doktor dah berjaya tebuk & keluarkan lebihan air dalam paru-paru abah. Cuma makan tu abah tak berapa nak sangat. Betul-betul dapat jamah empat suap jer makanan. Kalau makan terlebih abah jadi penat & susah nak nafas. Dada jadi ketat katanya. Even makanan yang hospital provide pun banyak yang abah tak sentuh.



Masa time melawat hari tu, Syu tengok ramai sudara-mara & kawan-kawan jauh abah datang tengok abah. Sembang-sembang. Gelak-gelak. Seronok! Siap ambil gambar buat kenangan lagi. Syu tengok abah pun memang happy gila time tu. Tapi itulah. Tak sangka...firasat Syu salah yang abah boleh stay lama dengan kitaorang.

 

Petang lepas setel tukar pampers & lapik cadar abah, Syu & Sarah balik ke kampung sekejap. Pasal katil medical & tank oksigen yang kitaorang sewa tu dah sampai kampung dah. Sambil-sambil tu Syu plan nak kemas-kemas sikit apa yang patut dalam bilik abah tu. At least selesa sikit bila abah balik dari hospital nanti.

 

Time ni semangat kemas bilik abah sebab nak bagi abah selesa. Tak sangka katil medikal tu sudahnya jadi tempat pembaringan abah buat kali terakhir.


Mak pun suruh kitaorang dua balik berehat juga. Almaklumlah, dah dua malam kitaorang dua beradik tidur dalam kereta & berkampung di Hospital Manjung nun. Dah macam orang tak tentu arah. Tapi, tak apa. Demi jaga abah. Kitaorang sanggup!



4hb April, 2025 (Syawal ke-5)  -  Masa ni abah dah boleh discharge. Cuma ambil masa sikit sebab tunggu tangki oksigen yang adik Syu ambil sampai - Tangki oksigen kitaorang adik beradik sewa dari Pertubuhan Rawatan Paliatif Manjung. Selagi tak ada tangki oksigen, doktor tak benarkan kitaorang bawa abah balik.


Masa ni dekat lobi Hospital Manjung. Tengah tunggu adik ambil kereta.


Alhamdulillah, dalam pukul 6.17 petang macam tu, kitaorang berjaya discharge abah keluar dari Hospital Manjung. Masa ni abah terlalu penat sangat. Even nak angkat kaki pun abah tak lalu. Uzur sangat keadaan abah masa tu. Sedih betul Syu tengok. Sampai-sampai kampung, abah terus rehat. Dah tak perkesah nak makan ke nak minum.


Malam sebelum balik ke Ipoh. Syu sempatlah jumpa abah sekejap. Pesan dekat abah suruh istighfar banyak-banyak. Berat hati juga nak balik masa tu sebenarnya. Tapi, atas komitmen kerja & tanggujawab pada suami. Syu terpaksa balik juga. Sarah tak balik. Memang Syu suruh dia stay dekat kampung. Stanby. Incase ada apa-apa emergency.

 

Gambar last Syu sempat snap sebelum Syu balik Ipoh. Masa ni abah baring dengan kucing kesayangan dia KIKO.



5hb April, 2025 (Syawal ke-6)  - Arwah abah hembuskan nafas terakhir tepat jam 6 petang. Masa tu Syu tengah on the way dari Ipoh nak balik ke kampung. Lambat sikitlah Syu gerak balik pasal Syu menyinggah bercari jus delima. Sarah kata abah teringin nak minum 😢.


Tak sangka pula. Belum sempat bagi, Allah dah jemput abah dulu. Memang sedih gila Syu masa ni. Tapi, apalah daya Syu untuk halang abah pergi. Sampai sekarang jus delima tu Syu tak buka. Sayang! Sedih! Sedih sebab abah tak dapat minum jus delima yang dia nak.

 

Sampai-sampai kampung, sebak Syu tengok abah dah terbujur kaku dekat atas katil medikal. Dah tak ada dah abah yang kitaorang selalu gerunkan dulu - Abah serius & garang orangnya. Tapi, ada masa tiga suku juga perangai dia. Rasa sedih & ralat juga sebab Syu tak ada time abah hembuskan nafas terakhir.


Malam terakhir bersama abah. Macam tak percaya abah dah tak ada.


Syu tengok jenazah abah alhamdulillah sempurna. Tak banyak sendi-sendi abah yang nak kena digosok & dibetulkan. Hanya tinggal ikat & bagi rapatkan saja. Mata arwah abah pun elok terpejam rapat. Malam tu, Syu teman jenazah arwah sampai ke pagi. Esok pagi, abah dah nak dikebumikan dah. So, ini jer sisa masa yang Syu ada untuk bersama abah 😢.


6hb April, 2025 (Syawal ke-7)  - Hari ni hari yang paling berat untuk Syu satu famili lalui. Macam tak sangka abah dah pergi bertemu dengan pencipta-Nya. Dalam tempoh 7 hari sebelum pemergian abah. Allah himpunkan semua anak-anak. saudara-mara & kawan-kawan abah. Ada yang datang masa hari kebumi & ada juga yang datang masa abah warded di Hospital Manjung. Cepat betul 7 hari tu berlalu...

 

Alhamdulillah. Selesai urusan pengebumian arwah abah.


Alhamdulillah, Allah atur cantik perjalanan "PULANG" abah. Sedih? Memang Syu sedih! Tapi, dalam kesedihan Syu tu Syu bersyukur sebab Syu sempat jaga abah sepanjang dia ada di hospital. Pasang tiub kencing abah. Tukar pampers abah. Basuh berak abah.


Lagi satu, Syu tak rasa ralat sebab abah Syu pergi dengan senyuman. Entah apalah yang Allah perlihatkan pada abah sampai abah senyum macam tu. Masyaalah. Al-fatihah buat arwah abah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman & dipermudahkan urusannya di sana.

 

(P/S: Raya Haji tahun lepas, abah Syu disahkan menghidap kanser hati tahap 4. Lepas buat kemoterapi di Hospital Selayang, doktor bagitahu yang sebelah bahagian hati abah dah rosak disebabk sel kanser tu. Minggu ni abah sepatutnya buat rawatan susulan di Hospital Ipoh. Tapi, abah tak mampu bertahan disebabkan sel kanser tu dah merebak sampai ke paru-paru abah 😭)

Diari Perjalanan "PULANG" Abah

April 14, 2025

April 05, 2025

Al-Fatihah Buat Abah

 


اللَّهُمَّ اجْعَلْ وَأَوْصِلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُهُ إِلَى رُوْحِ أَبِي ادريس بن عبد الحليم اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَتَقَبَّلْ حَسَنَاتُهُ وَكَفَرْ سَيِّئَاتُهُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ


Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh bapaku Idris Bin Abdul Halim. Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih

Al-Fatihah Buat Abah

April 05, 2025