Posts with the label Andai Hiudp Semudah Gemuk
Memaparkan catatan dengan label Andai Hiudp Semudah Gemuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Andai Hiudp Semudah Gemuk. Papar semua catatan

November 25, 2021

Sajak : Andai Hidup Semudah Gemuk



ANDAI HIDUP SEMUDAH GEMUK


 Celik mata
Dipejamnya lagi
Selimut ditarik berdengkur kembali
Malas nak bangun mencari rezeki
Segala yang dihajati
Tinggal angan dan mimpi


Andai hidup, semudah gemuk
Nescaya malas bersulam mengantuk
Hidup bermatlamat ini
Pasangannya usaha
Barulah hidup kekal berjaya


Bulan itu
Nun...jauh di sana!!
Ditatap indah, disentuh payah
Jangan diangan jatuhnya diriba
Nak berjaya?
Ringankan tulang
Istiqamah berusaha


Jangan diikut resminya nyamuk
Makin membunting, makin menggemuk
Bukan berkira dek kerana darah seteguk
Mencuri hasil itu
Tetap tak elok!!





[Note : Ada lagi nak tambah ni sebenarnya. Tapi cukuplah takat ni. Nak buat panjang-panjang, baik karang lagu terus. Yedak?! Ha3 πŸ˜…]

Sajak : Andai Hidup Semudah Gemuk

November 25, 2021