Disember 07, 2023
Klaim RM100 e-Madani : MAE, Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay Atau Setel. Mana Lagi Bagus? 🤔

Kemarin officemates Syu pakat ramai-ramai klaim kredit RM100 e-Madani ke dalam e-wallet diaorang 😁. Rata-rata officemates Syu, klaim guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Senang nak guna katanya. Cuma Syu saja yang gatal klaim guna aplikasi MAE. Dengar cerita, MAE tergendala teruk masa dilancarkan kemarin - Syu punya alhamdulillah. Tak ada pula masalah masa klaim semalam 😅.
![]() |
| Ada 4 pilihan e-wallet service providers yang korang boleh pilih. Terpulang korang nak klaim dekat aplikasi e-dompet yang mana 😁. |
Kalau korang nak tahu. Selain dari MAE & Touch ‘n Go eWallet, korang juga boleh klaim kredit RM100 e-Madani ke dalam e-wallet korang melalui aplikasi ShopeePay & juga Setel. By the way, korang dah klaim ke belum kredit RM100 e-Madani ni ke dalam e-wallet korang 😁?
Pada yang layak, jangan ditangguh-tangguh. Nanti melepas. Rugi tau! Sebab tempoh klaim e-MADANI RM100 ni dibuka sehingga 20 Februari 2024 ni saja. Pada yang belum tahu pasal kredit e-Madani RM100 ni. Jom Syu share sikit infonya serba sedikit.
Siapa yang layak menerima kredit RM100 e-MADANI?
![]() |
| SUMBER FOTO : Bernama |
Syarat-syarat yang melayakkan seseorang tu untuk menerima kredit RM100 e-Madani ni mestilah mereka-mereka yang :
- Berwarganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
- ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Cara tebus RM100 eMADANI melalui MAE
Untuk tebus RM100 e-Madani menggunakan aplikasi MAE, korang boleh ikut langkah dibawah ni. Mudah saja caranya.
![]() |
| Dalam tempoh 24 jam, kredit RM100 akan dimasukkan ke dalam e-wallet MAE korang. |
![]() |
| Masa nak guna. Korang kena tekan butang "Use e-Madani". |
Proses pengkreditan RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-wallet korang memakan masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan ya kawan-kawan. Kalau lambat, mohon bertabahlah ya. Sebab yang klaimnya ramai. Bukan seorang dua 😂.
Penggunaan RM100 eMADANI terhad untuk dibelanjakan
Tapi, korang kena ingat ya. Penggunaan kredit RM100 e-Madani terhad kepada pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR dari bank-bank & e-wallet yang terlibat sahaja.
Lepas tu, RM100 e-Madani ni tak boleh digunakan untuk transaksi-transaksi berikut:
- Peer-to-peer transfers - i.e: Transfer pada orang lain (Kawan-kawan, adik beradik mahupun saudara mara)
- Pengeluaran/penebusan tunai
- Pembayaran bil utiliti - i.e: Bil eletrik, air, Indah Water dll.
- Bayaran yuran berkaitan kerajaan - i.e: Cukai tanah, cukai taksiran, dll.
- Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi
- Pembelian permainan atas talian
- Pembayaran parking & tol
- Aktiviti berkaitan dengan pelaburan, transaksi e-commerce atau apa jua transaksi dalam talian
- Transaksi QR merentas sempadan
Mana lagi bagus? MAE, Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay atau Setel?
Bergantung pada aplikasi e-wallet yang korang selalu guna sebenarnya. Macam Syu, Syu prefer guna MAE & Setel. MAE Syy guna untuk berbelanja & Setel pula Syu kerap guna untuk isi minyak di Petronas 🤭. ShopeePay & Touch ‘n Go eWallet Syu jarang guna dah. Apps-nya pun Syu dah uninstalled. Sebab tu tak klaim RM100 e-Madani tu dekat sana. By the way, jangan lupa klaim tau! Make sure belanja habis sebelum 29 Februari 2024 🤪.
Mac 12, 2022
Berbaloi Atau Tidak Langgan GrabUnlimited? 🤔
Dahulu, baucer di GrabUnlimited ni semuanya percuma. Kali ni tidak lagi ya kawan-kawan. Bermula pada 1 March yang lepas, Grab Holding Inc. atau juga dikenali sebagai Grab memperkenalkan pelan GrabUnlimited-nya yang baharu kepada pengguna-pengguna aplikasi ni dengan harga pengenalan sebanyak 99 sen sebulan - Seringgitlah senang cerita 😁.
Harga pengenalan ini hanya ditawarkan untuk langganan bulan yang pertama sahaja. Kemudian harga langganan tersebut akan kembali kepada harga asalnya RM7.99 bermula pada bulan yang berikutnya. Dengan adanya pelan yang baru ni, maka secara automatik ia menggantikan penggunaan baucer diskaun 50% percuma yang pernah ditawarkan sebelum-sebelum ni.
Kiranya, segala baucer diskaun percuma seperti HOTDEALS & HOTDEALSGF yang korang pernah guna selama hari ni tak boleh lagi digunapakai 😌. Andai kata korang masih nak nikmati harga diskaun tu lagi, korang kena langgan GrabUnlimited secara bulanan. Pendek cerita, tak subscribe, tak ada diskaun 🤑.
Lepas dah langgan pelan GrabUnlimited ni, barulah korang boleh guna & nikmati baucar diskaun tu - Mengikut terma & syarat. Dengar khabarnya korang boleh jimat lebih RM300 sebulan dengan melanggan pelan ni. Betul ke ni? Memandangkan Syu dah langgan, jadi Syu nak kongsi dengan korang semua serba sedikit sejauh mana berbaloinya pelan ni.
Untuk pengetahuan korang, pelan GrabUnlimited ni hanya boleh dilanggan melalui aplikasi Grab sahaja. Jadi pada yang belum ada aplikasi ni, korang boleh MUAT TURUN & DAFTAR SEKARANG supaya korang boleh nikmati pelbagai manfaat dari aplikasi ni. Bukan setakat boleh buat pesanan makanan sahaja, nak buat pengantaran parcel & apa jua transaksi pun boleh.
BAUCER-BAUCER YANG DITAWARKAN
Dalam pelan GrabUnlimited ni, korang akan dapat 3 jenis baucer. Setiap penggunaan baucer ni ada TERMA & SYARATNYA. Berikut antara baucer yang korang boleh nikmati dengan pelan GrabUnlimited ni :
70X Boucer GrabFood
- 6X GrabFood 50% off with Hot Deals+FreeDel - Dengan perbelanjaan minimum RM20
- 4X GrabFood 38% off with Hot Deals+FreeDel - Dengan perbelanjaan minimum RM25
- 10X GrabFood 15% off Self Pick-Up
- 50X GrabFood Free Delivery (up to RM3)
10X Boucer GrabMart
- GrabMart: Free Delivery (up to RM3)
1X Boucer Pengangkutan
- RM5 off any Grab Ride from any Malaysian Airport
CARA MELANGGAN
Nak melanggan pelan GrabUnlimited ni tersangatlah mudah. Hanya perlu pergi ke bahagian tetapan AKAUN > SUBSCRIPTIONS > GRAB UNLIMITED > GET THIS PLAN > CONFIRM. Lepas dah selesai, korang boleh tengok status langganan korang di bahagian My Subscriptions. Dibahagian My Subscriptions tu nanti ada juga dipaparkan tarikh tamat langganan.
Jadi, korang boleh tahu bila tarikh pengebilan GrabUnlimited korang yang seterusnya. Bagi mengelakkan langganan disekat, sebaiknya korang aktifkan fungsi AUTO DEBIT. Bila diaktifkan fungsi auto debit ni, langganan GrabUnlimited korang akan kekal aktif tanpa sebarang masalah.
BERBALOI KE LANGGAN GRABUNLIMITED?
Memang tak dinafikan yang GrabUnlimited sekarang banyak perbezaannya. Dahulu baucernya percuma. Tak perlu buat apa-apa bayaran untuk nikmati promosi diskaun di Grab. Cuma perlu masukkan baucer & secara automatik Grab bagi potongan diskaun.
Tapi sampai bila Grab nak bagi diskaun potongan harga secara percuma ni kan? Semestinya pihak Grab mahukan keuntungan juga. Kalau semuanya diberikan secara percuma. Alamat gulung tikarlah jawabnya kan? 😅
Jika dibanding dengan servis penghantaran makanan yang lain, Syu rasa Grab antara yang termurah cas penghantarannya. Bukan setakat servis penghantaran makanan sahaja yang ditawarkan. Malah, ada pelbagai lagi servis & perkhidmatan lain yang ditawarkan di Grab ni.
Buat masa sekarang, langganan dengan harga 99 sen sebulan ni boleh dikatakan agak berbaloi juga sebenarnya. Walaupun baucer yang ditawarkan agak terhad. Tapi kita masih dapat nikmati potongan diskaun yang banyak dari pihak Grab.
Pada yang kerap menggunakan servis penghantaran makanan di Grab. GrabUnlimited ni antara pilihan yang terbaik untuk korang berjimat cermat. Baucar yang ditawarkan pun boleh dikatakan banyak juga. Rasanya, dalam sebulan belum tentu habis pakai semua baucar-baucar ni.
Tapi misal kata korang langgan GrabUnlimited untuk guna sekali sekala. Pada Syu memang tak berapa nak berbaloilah. Tambah-tambah bila baucernya berbayar. Jadi macam agak merugikan sedikit bila korang bayar langganan bulanan tetapi korang jarang guna. Walaubagaimanapun, pilihan melanggan ditangan korang. Nak langgan, ikutlah kemampuan & ikut juga keperluan 😉💕.




