Posts with the label Blog Story
Memaparkan catatan dengan label Blog Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Story. Papar semua catatan

November 24, 2021

Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia

Masa lunch break tadi Syu sempat luangkan masa blogwalking blog rakan-rakan baru Blogger. Saja curi-curi masa luaskan kawasan jajahan. Singgah rumah orang sini, lepas tu singgah pulak rumah orang sana. Meleret-leret. Sampailah Syu terhenti dekat satu blog ni. Blog Nazfea Solehah namanya. Blog ni tak ada dalam senarai blog yang Syu follow. Jadi, Syu tinggalkan jejak Syu kat sana dengan tinggalkan beberapa komen & follow sebagai tanda sokongan. Bukan apa, saja nak meramaikan kawan. 



Muda lagi rupanya tuan tanah blog ni. Selidik punya selidik, dah lama rupanya Nazfea ni berkecimpung dalam dunia blog & penulisan bersama dengan kembar dia. Bukan tu jer. Rupa-rupanya nama Nazfea Solehah & Arra Sephia ni memang terkenal dengan penulisan cerpen & puisi seperti "Hadirnya Doa Merawat Luka" & "Jurnal Pejuang Introvert". Hebatlah kamu berdua ni dik. Dalam diam ya. Ni baru betul ikut resmi padi dalam diam berisi.



Alang-alang dah terlanjur blogwalking dekat blog Nazfea Solehah, Syu ternampak post pasal giveaway ni. Kalau nak tahu, giveaway ni giveaway pertama gabungan diorang berdua buat bersama. Jadi, Syu rasa terpanggil nak luangkan masa untuk join & war-war kan kepada korang. Tak syok lah kalau join sorang-sorang jer. Dalam pertandingan, kalau tak ada opponents tak best!! 😁



Panjang pulak Syu berceloteh yer πŸ˜…. Padahal nak ajak join giveaway jer pun. By the way, jom ramai-ramai support giveaway pertama dari blogger Nazfea Solehah & Arra Sephia ni!! Syarat-syaratnya mudah jer. Nak tahu lebih lanjut pasal giveaway ni korang tekan pada banner. - ALL THE BEST OKEY!!😊🍎


Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia

Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia

November 24, 2021

November 23, 2021

Weekend Lepas Buat Apa Jer?

Weekend


Alhamdulillah. Sabtu Ahad lepas sempatlah cuit sekejap akaun Google Syu. Dekat sehari suntuk jugaklah menghadap. Itupun sebab banyak sangat selingan πŸ˜‚. Mana taknya. Laptop nak hadap. Kerja rumah pun nak hadap jugak. Nak masak lagi. Tu belum campur dengan berbakul kain yang terlihat "rancak" dalam bilik tetamu nun. Itupun nak kena hadap kejap lagi lepas balik kerja nanti. Kalau tak lipat siapa nak buat. Niat hati nak jer upah jiran belakang rumah tu tolong lipatkan. Tapi nanti tak syok pulak di cop pemalas πŸ˜‚. So, hadap jelah.




SESI "CUCI" GOOGLE ACCOUNT STORAGE


Sebut pasal Google Account Storage Syu. Sejujurnya, agak serabut jugak yer bila asyik dapat notifikasi dari Google ni. Mana tak nya. Ruang penyimpanan di akaun Google Syu dikatakan dah hampir 99% dah digunakan. Bila dah kena macam tu, Google apa lagi. Berdesup-desup hantar email suruh tambah space. Sajalah tu nak suruh kita keluar duit. Sebulan katanya kena bayar RM8.49 untuk 100GB. Nampak macam murah. Tapi, kalau dicongak-congak balik. Setahun RM101.88 jugaklah nak kena bayar. Domain setahun busuk dalam RM60. Kalau campur yang ini? Koyak jugak poket. So, no thanks Google!! πŸ˜…. 



Memandangkan Syu tengah ada kerajinan nak buka laptop. So, nak tak nak terpaksalah Syu rajinkan jugak diri untuk manage storage Google Account Syu. Yang jadi penuh tu sebab Syu ter-sync Syu punya photo dalam phone ke Cloud. Setiap kali ada gambar baru dari phone, berdesup-desuplah gambar tu masuk dalam Google Photo.



Korang bayangkanlah, dalam Google Photo sahaja dah 14.2GB. Dah lah space kawan tu cuma boleh muat 15GB jer πŸ˜‚. Bila nak delete satu-satu udah pening kepala. Nak buang sayang. Bukan apa, dalam setiap gambar tu semua ada kenangan. Walaupun gambar tu gambar seekor semut sekalipun. Itupun Syu tak habis pilih lagi yang mana satu nak delete.


Penuh gambar kahwin. Tu belum campur gambar makanan & pokok-pokok segala πŸ˜‚.

Yang penting Syu dah remove auto sync ke Google Photo. So, tak akan ada lagi muat naik gambar secara automatik dari phone Syu. Selain Google Photo, Syu buang jugak mana-mana file & email yang tak berguna yang ada dalam Google Drive & GMail. Kebiasaannnya, dalam Google Drive ni Syu simpan dokumen temuduga kerja, sijil-sijil belajar & beberapa dokumen peribadi Syu laki bini 😁. Bukan apa, senang bila dah ada soft copy. Tak payah kalut nak scan & upload dua tiga kali bila nak guna.





SESI MEMBALAS KOMEN DI BLOGGER


Lepas dah buang segala mak nenek sampah dalam akaun Google. Syu beralih pulak ke Blogger. Dekat Blogger pulak, sesi melihat & membalas komen pun bermula. Sejujurnya, banyak komen-komen sahabat Syu terbiar sendu diruangan komen. Maaflah yer. Punya lama baru Syu nak respon.



Nak kata Syu tak balas langsung tu taklah. Ada juga beberapa komen-komen yang Syu sempat balas secara random. Itu pun balas dengan menggunakan handphone. Bila buka Blogger guna handphone, korang faham-fahamlah kan. Dia punya view tu kadang-kadang sakit mata nak pandang. Buka guna laptop juga baru puas. Walaupun, laptop Syu dah haok screennya. Entah bila nak tukar pun tak tahu lah πŸ˜‚.


Nah, berderet masuk awaiting list. Padahal yang lain elok jer lepas πŸ˜….


Dalam tengah nak berbalas komen tu, Syu terperasan ada beberapa komen missing dari blog. Dekat dashboard ada tunjuk. Tapi, bila view dekat blog tak ada. Rupa-rupanya, dah masuk dalam "Awaiting Moderation". Itu tak apa lah lagi. Yang hairannya ada pulak yang sesat masuk dalam "Spam". Hallah3 πŸ˜…. Dah kenapa pulak jadi macam tu yer. Mungkin Syu tertekan kot? πŸ˜•Tapi, rasa macam tak...Entahlah.



Malas nak semak kepala berfikir, Syu hantar jer feedback pada pihak Blogger berserta screenshot. Harap Syu boleh tahu sebabnya kenapa. Yang pasti, komen-komen korang semua dah dibalas & diterbitkan. Cuma beberapa komen Kak Azhafizah Syu terpaksa padam. Sebab komennya ber-double muncul dekat dashboard. Minta maaf yer kak πŸ˜…. Tapi, komen akak tetap ada. Cuma komen yang sama jer Syu buang.


Yang ini usah dikenanglah. Blog yang Syu sedia-sedia follow pun masih dok masuk dalam spam.


For those komentator yang komennya masuk dalam "Awaiting List" &  "Spam", Syu harap korang tak berkecil hati tak nampak komen korang muncul dalam blog Syu yer. Memang tak dinafikan ada komen yang dah lah lama duduk bersarang dalam tu πŸ˜‚. Syu sendiri pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Apa-apa pun, jangan serik mengomen okay!! Syu suka bila korang tinggalkan jejak. Baru Syu tahu yang blog Syu ada yang memerhati πŸ˜ŠπŸ’•. Terima kasih!!

Weekend Lepas Buat Apa Jer?

November 23, 2021

November 08, 2021

Blog Header Bertukar

Alhamdulillah, hari ni Isnin nya tak berapa nak blues sangat. Almaklumlah, dah puas berehat. Memang berderet cuti seluruh Silver State minggu sudah. Takkan still nak mood holidays lagi kan 😁. No...no...no...okey!! Hari ni nak kata sibuk sangat tu taklah. Syu just settle kan kerja minggu sudah yang tertangguh jer. Pergi KWSP mintak pengesahan. Lepas tu keluar pergi print plan projek dekat kedai photostat. Selebihnya, godek komputer sampai kesudah πŸ˜….


Lepas dah settlekan kerja office dari pagi sampai ke petang, jadi sementara nak menunggu waktu balik tadi sempatlah jugak luangkan masa sekejap godek-godek Canva. Entah macam mana tiba-tiba terdetik nak tukar header blog πŸ˜…. So, inilah hasilnya. No more bunga & lebah lagi πŸ˜‚. Hanya epal sebiji setengah tu jer yang menghiasi header Syu🍎. Agak lama jugak sebenarnya Syu tak tukar header blog. So, macam mana? Apa pendapat korang. Helok ke idak? 😁

syuderis.com | Blog header
Inilah dia "The apple of my eyes" untuk hari-hari yang mendatang πŸŽπŸ˜‹.

Blog Header Bertukar

November 08, 2021

September 03, 2021

August Achievements 2021

August achievement

Walaupun dah beberapa hari kita meninggalkan bulan Ogos, tapi masih belum terlambat untuk Syu ceritakan sikit perkembangan blog syuderis.com kan 😁? Bukan apa, saja jer nak lepaskan gian tangan ni untuk menaip, sebabnya dah tak ada content & point nak bercerita. Actually, melambak jer post Syu dekat dalam draft tu. Cuma tak ada idea & momentum nak mengarang. Just boleh came out dengan cerita-cerita yang simple macam ni jer.  Jadi lah kan.  Busuk-busuk ada gak post dalam satu hari. Orang nak baca ke tak, itu belakang kira. Kita tuan tanah(TT). Apa nak hairan πŸ˜‚. Kalau ada yang baca, maknanya Syu ada rakan blogger yang betul-betul supportive dalam penulisan Syu. Walaupun kadang-kadang penulisan Syu, Syu hentam kromok jer!

Nak kata  performance blog bagus sangat last month tu idaklah. Tapi bolehlah takat suam-suam kuku. Ada lah jugak menang beberapa giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Bila ada achievement yang positif dalam berblog, at least dapat jugak membakar semangat Syu untuk terus berblog. 



GIVEAWAY & CONTEST

1)  Menang RM50 dari Road to 3M Mamapipie

Giveaway

Dapat snap screenshot  tepat 3 juta ni memang sesuatu yang Syu  tak jangka. Sebabnya, luck Syu memang bukan untuk perkara-perkara yang macam ni. Even cabutan bertuah time mana-mana event pun memang tak pernah lekat πŸ˜‚. So Syu kira, dapat screenshot 3M  dekat blog Mamapiepie ni antara perkara yang Syu memang tak terduga. Apa-apa pun terima kasih pada Mamapipie sebab sudi anjurkan aktiviti blog yang macam ni. Memang seronok sangat dapat turut serta. Hadiahnya pun laju jer Mamapipie bagi. Duitnya pun dah selamat dilaburkan entah ke mana πŸ˜‚ (Kena refresh balik otak ni guna duit GA ni beli apa. Rasa macam ter-invest dekat Hokkaido tart πŸ˜…).


2) Tempat ke-3 Giveaway Shalimaryusof.com

Giveaway

Selang beberapa hari giveaway ni tamat, actually Sha ada tinggalkan komen dekat  post Syu. Mungkin lembab nau respon Syu kat situ. So, Sha sent email dekat Syu melalui contact form & bagitahu yang Syu menang giveaway. Alhamdulillah. Rezeki lagi untuk bulan Ogos! Untuk pengetahuan korang,  giveaway ni Syu menang tempat ke-3. πŸ˜‚ Sejujurnya, Syu pun tak berapa ingat bila hadiah GA Shalimaryusof.com ni sampai dekat rumah. Sorry Sha!! Sebabnya masa abang J&T hantar hari tu, hadiah ni sekali datang together gether dengan barang Shopee (πŸ˜’Shoppe buat hal dengan Syu sekarang ni. Next entri Syu cerita okay! πŸ˜‰). Tapi yang pasti, hadiahnya sampai seminggu sebelum Hari Merdeka. Alhamdulillah, Syu dapat tiga pasang kain batik. Memang cantik sangat. Terima kasih tau Sha. Sepasang kainnya Syu dah guna buat projek menjahit Syu. Ada free time nanti Syu tunjuk apa yang Syu dah buat dengan kain batik tu okay.


3)  Tersenarai dalam 10x bloglist Giveaway Aku & Kamu 

Giveaway

Yang terakhir, Syu berjaya tersenarai dalam bloglist As Samsudin. Alhamdulillah. Kira rezeki jugak ni. Walaupun tak menang hadiah, sekurang-kurangnya ada jugak hasilnya. Giveaway ni As buat sempena menyambut ulangtahun perkahwinan dia. Next year Syu punya anniversary nak buat macam ni jugaklah 😁 . Baru meriah sikit blog kan? Ada jugak aktiviti. Apa-apa pun terima kasih pada As sebab sudi anjurkan giveaway. Tahniah jugak Syu ucapkan kepada pemenang-pemenang yang lain.



PENDAPATAN BLOG

Dari segi pendapatan, nak kata masyuk sangat tu idaklah. Tapi still ada jugak hasil yang Syu dapat dari blog syuderis.com ni bulan lepas jika dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum ni. Walaupun pendapatannya tak cecah ribu raban, tapi blog syuderis.com ni membuka mata Syu yang Syu pun boleh dapat duit tepi jugak dengan menulis. Sebagai part-time blogger, Syu tak meletakkan target yang tinggi untuk buat income. Sebab macam Syu bagitahu sebelum-sebelum ni, niat asal Syu berblog bukan lah untuk buat duit. Blog syuderis.com ni hanya platform Syu untuk berkongsi, luahkan segala macam perasaan &  menambah rakan kenalan. Buat masa sekarang ni, majoriti pendapatan Syu dapat melalui Intellifluence. Google Adsense Syu, nampak gayanya masih lagi sendu seperti mula-mula dulu. Mungkin  ambil masa sikit untuk jana pendapatan dari situ. Sebabnya, pageviews harian Syu pun tak berapa nak banyak. Apa-apa pun Syu pelan-pelan kayuh. Ada hasil, alhamdulillah. Misal kata tak ada, tak menjadi masalah pun pada Syu. Bloging for fun  memang macam ni! Duit tolak tepi. Janji happy 😁.



PAGEVIEWS & FOLLOWERS

Macam Syu bagitahu tadi, pageviews harian Syu tak berapa nak banyak. Tapi, Syu rasa seronok sebab adanya komen-komen  dari rakan blogger yang sangat-sangat supportive. Memandangkan blog  syuderis.com ni baru jer bergiat aktif Februari tahun ni. Jadi, tak hairanlah followernya tak berapa nak ramai sampai ke hari ni πŸ˜…. Setakat ni baru ada 78 followers jer. Takpe, pelan-pelan kayuh ye dak. Mana tahu, esok lusa cecah lebih 1K followers macam blogger-blogger yang lain. Siapa tahu. In order to be something, it must start with nothing. Right? Lagipun, kejar followers ni pun bukan matlamat asal blog syuderis.com (Bunyi macam tak ada matlamat langsung jer blog Syu ni kan πŸ˜‚). Nama pun bloging for fun! Dah sah-sah lah untuk suka-suka. Pada Syu, berblog ni  totally different dari sosmed yang lain. Sebabnya, followers & like sama sekali tidak diperlukan di dunia blogger. Pembaca-pembaca pun semua tak dikenali. Itu yang best!😁


Rasanya, itu jer kot pencapaian blog yang Syu dah achieve setakat ni.  Harap-harap bulan September ni achievement-nya lebih memberangsangkan lagi lah compare dari bulan-bulan yang sebelum ni. Overall, Syu suka & berpuas hati dengan perncapaian blog Syu sekarang. Pada yang mengikuti perkembangan syuderis.com dari awal, semestinya korang perasan sejauh mana perkembangan blog Syu sehingga ke hari ni. Especially dari segi penampilan blog. Yang tahu tu, tahulah πŸ˜πŸ’•. 

August Achievements 2021

September 03, 2021

Ogos 17, 2021

Intellifluence : Pengalaman Jana Pendapatan

Intellifluence

Assalamualaikum & apa khabar sayang-sayang sekalian. Tiberkan!! Ha3 πŸ˜†. Sejak dua menjak ni memang malas betul nak create post kat blog. Puncanya sebab tak bukak laptop 😁. Tapi, apa-apa pun Syu sempatlah jugak luangkan masa sikit buat random blogwalking guna handphone. Hari ni, mood ada ON sikit & Syu cadang nak cerita pasal perkembangan terkini Syu punya Intellifluence. 

Sejujurnya, masa mula-mula join dedulu, macam-macam persoalan & keraguan bermain-main dekat kepala otak Syu (Otak ku berkata : "Dapat duit ke join Intellifluence ni? πŸ˜…"). Tapi, selepas Syu selesai complete kan Syu punya task & dapat gaji pertama dari Intellifluence, akhirnya segala persoalan Syu pun terjawab. Even, husband Syu pun terbeliak biji mata lepas Syu tunjuk hasil Syu ber-Intellifluence yang masuk dalam akaun Paypal Syu (Dalam hati : "Baru miker tau!! Ha3 πŸ˜†")  

Intellifluence : Pengalaman jana pendapatan

Kalau nak diikutkan, rasanya tak sampai dua bulan pun Syu join Intellifluence ni. Asalnya, Syu cuma nak kan badge Intellifluence tu jer sebenarnya πŸ˜†. Dengki sebab tengok ade sesetengah blogger tepek dekat sidebar. Tak badge Intellifluen, badge Nuffnang. Dek kerana nak kan badge, tak sangka pulak boleh terjebak sejauh ni. Walaupun Syu tak berapa tahu pasal Intellifluence ni, tapi Syu gigih jugak nak cuba & tengok sejauh mana kebenaran nya. Ada hasil ke? Betul ke boleh dapat duit join Intellifluence ni? Entah-entah fake & tak legit. Nak tak nak, Syu cuba lengkapkan Syu punya profile satu per satu then Syu submit application dekat mana-mana marketplaces yang bersesuaian dengan kriteria Syu. Actually, masa ni Syu punya profile masih belum lengkap 100%. Lepas Syu follow satu-satu requirement yang Intellifluence nak baru Syu dapat profile yang betul-betul lengkap. Alhamdulillah, akhirnyaa selang beberapa hari lepas submission, Syu dapat notification. Mula-mula tu macam tak berani jugak nak accept pitch. Tapi, Syu buat mana yang termampu & tawakkal jer lepas dah submit Syu punya task. Dapat tak dapat, lantak kan ajer. 




TASK PERTAMA INTELLIFLUENCE


Actually, kalau korang nak tahu, post Syu pasal permainan game online Plays.org bulan sudah tu antara salah satu job yang Syu dapat dari Intellifluence ni. Dek kerana Plays.org ni lah, Syu dapat lengkapkan profile Intellifluence Syu dengan jayanya. Masa mula-mula terima job task ni dari Plays.org ni, Syu agak takut jugak sebenarnya. Bukan apa,risau kalau-kalau Syu ter-miss apa yang diorang nak. Nak siapkan task dari Intellifluence ni tak lama mana pun. Tapi disebabkan Syu nak diorang puas hati dengan hasil kerja Syu, so makan masa satu hari jugaklah nak siapkan. 


Intellifluence : Client's feedback
Seronok bila orang suka dengan hasil kerja kita πŸ˜ŠπŸ’• . Rasa dihargai sangat-sangat. Thanks Christine!!


Lepas posted review dekat blog, kemudian Syu submit task Syu dekat Intellifluence. Alhamdulillah, Syu tak sangka Plays.org gembira & berpuas hati dengan hasil kerja Syu. Siap tanya lagi Syu pakai tools apa sampai buat Gifs tu nampak cantik. Sejujurnya, malu jugak nak cakap sebenarnya, tapi dah orang tanya. Kita bagitahu jelah kita pakai Canva πŸ˜…!! Nak ngedit pakai Photoshop segala dah tak berapa nak reti. Sebab skills Syu dah lama berkarat. So untuk selamatkan keadaan, Syu Canva kan ajer. Senang!!  Materials semua dah ada. Cuma nak olah sikit jer. 




MASYUK KE BUAT JOB DEKAT INTELLIFLUENCE NI?


Masyuk tak masyuk bergantung pada diri sendiri sebenarnya. Walapun untuk satu job hasilnya tak cecah ribu-raban, tapi pada Syu kalau dikumpul banyak-banyak barangkali boleh cecah jugak ribu-raban tu. Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Silap haribulan, orang income tax pun kejar kita tau. Ki3 πŸ˜…. Cuma nak kena rajinlah. Tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunyer yer dak?


Nasihat Syu lah kan. Kalau boleh pelbagaikan platform untuk ber-Intellifluence. Jangan terhadkan pada blog semata-mata. Kalau job mintak buat review dekat TikTok, kita create satu akaun TikTok untuk buat review. Kalau job mintak buat review dekat YTube pulak, bukak satu channel Ytube. Dari situ, baru boleh dapat jana income lebih. 


Intellifluence payment
Lepas dah convert duit Malaysia, dapatlah jugak dalam RM400 lebih. Okay lah kan? Siapa nak bagi banyak macam tu?


Dari Intellifluence ni, Syu nampak yang kita sebagai blogger ni masih boleh dapat duit tepi selain jana pendapatan dari iklan Google Adsense. Sejujurnya lah kan, sejak Syu berjinak-jinak semula dalam  blog ni, Syu rasa jana income melalui Intellifluence lagi cepat berbanding dengan Google Adsense. Kalau Google Adsense ni ambik masa sikit nak jana pendapatan sebab dia base on pageviews, clicks & segala macam mak nenek yang sampai hari ni pun banyak benda yang Syu tak habis explore lagi. Dah lah nak apply pun sikit punya bercinta nak tunggu approve. Lepas tu, beriklan sikit punya nak penuh blog πŸ˜‚. Bayarnyer ciput jer. Ini dari sudut pandangan jujur Syu lah yer 😁.

Otherwise, kalau korang rasa jana income dari Google Adsense lagi vavavom, silakan. Tak ada larangan. So, done tulis panjang lebar pasal pengalaman Syu jana pendapatan dari Intellifluence. Next, insyaallah Syu akan perbanyakkan lagi post berkenaan Intellifluence ni dari masa ke semasa. Supaya kita boleh jana income sama-sama melalui Intellifluence ni. Amin.Doa-doakan yer πŸ˜‰πŸ’•.

Intellifluence : Pengalaman Jana Pendapatan

Ogos 17, 2021

Ogos 04, 2021

Reading List : Dah Selesai Menggila!! πŸ˜…

Happy

Reading list

Alhamdulillah. Hilang dah kegusaran hati & fikiran Syu pasal reading list ni. Lega rasa bila dapat tahu yang masalah tu datang dari pihak blogger πŸ˜…. Risau jugak benda macam ni jadi, especially bila melibatkan blog Syu. Dahlah kita ni blogger sendu yang baru nak kembali berjinak-jinak dalam dunia blog. Bila kena situasi macam ni mulalah gelabah nak melatah πŸ˜†. Sejenis Syu, macam ni lah perangai dia. 

Selepas ni bolehlah Syu membaca post terkini rakan-rakan blogger Syu dengan aman & damai. Terima kasih sangat-sangat pada rakan-rakan blogger Syu yang bagi feedback/respond kepada permasalahan Syu tempoh hari. Komen korang memang sedikit sebanyak membantu Syu untuk terus meredhai & merestui tindak tanduk blogger sejak dua menjak ni πŸ˜„ (skema nau ayat) . 




Penting sangat ke reading list? 


😊Penting (angguk)!! Mungkin ada sesetengah blogger anggap bahagian reading list ni tak ada apa sangat. Tapi bagi Syu section ni paling penting untuk Syu. Ni antara sebab-sebabnya kenapa Syu rasa runsing bila  "All blogs" pada dashboard reading list blogger tak muncul-muncul :

1) Tak dapat tengok update terkini rakan-rakan blogger

Selama hari ni, Syu hanya akan tengok post blogger-blogger yang aktif jer. Bila ada something wrong dekat reading list ni, segala post terbaru yang korang dah published,memang Syu tak dapat tengok. Even nak baca pun Syu tak boleh. Kiranya Syu tak tahu apa update terkini blog korang. 


2) Susah nak buat blogwalking

Kalau nak tahu dari sinilah Syu boleh baca & blogwalking korang punya blog hari-hari. Bila "All blogs" dalam reading list Syu tak berfungsi, memang Syu mati akal sebab masalah teknikal macam ni sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja Syu nak membawang dekat blog korang πŸ˜…. Tu pasal Syu memang perlukan sangat-sangat reading list Syu ni berfungsi dengan baik. Supaya Syu dapat tinggalkan jejak Syu dekat blog korang & sekaligus boleh naikkan korang punya pageviews. Memang tak dinafikan yang Syu boleh buat blogwalking guna cara lain (senarai bloglist, komen blogger-blogger, senarai followers & followed blogs) 


3) Ramai blogger dah tak aktif

Sekarang ni ramai blogger-blogger hebat yang Syu follow dekat luar sana dah tak aktif berblog. Ada yang sampai bertahun-tahun tak published apa-apa post. Bila "All blogs" Syu berfungsi dengan elok, Syu hanya akan dapat post dari blogger-blogger yang aktif jer. So, sekaligus bloger-bloger yang tak aktif akan diasingkan dari dashboard reading list. Kat sini sedikit sebanyak dah memudahkan kerja Syu untuk baca blog post dari tak tentu hala bercari dalam dashboard reading list. 


4) Jimatkan masa

Kadang-kadang, kita ni bukanlah nak hadap blogger ni sehari suntuk. Sebab masing-masing ada komitmen & tuntutan kerja selain berblogger. Mungkin dalam sehari tu dapat jenguk blog dalam sejam dua jer πŸ˜‚. Selebihnya masak, mengemas rumah, basuh berak anak (statement mengalahkan mak budak πŸ˜†) , macam-macam kerja lah!! Jadi untuk menjimatkan masa bercari sana sini, zon reading list ni yang mainkan peranan penting untuk Syu tengok post korang. Dari situ baru Syu akan merayap-rayap singgah blogwalking blog-blog yang lain.


5)  Kurangkan penggunaan data internet

Syu punya internet ni idaklah advance macam korang punya πŸ˜…. Streamyx, Unifi & unlimited data segala tu memang Syu tak pakai. Jadi, blogger picisan ni memang gitu. Data & line biashe-biashe jer buat permulaan dalam berblog. Esok lusa bila dah disukai ramai, baru boleh upgrade sikit. Jadi, penjimatan data tu penting untuk Syu sekarang. Supaya Syu boleh kekal menulis & follow perkembangan rakan-rakan blogger Syu.

Itulah antara sebab-sebabnya kenapa Syu perlukan sangat reading list Syu ni. Rasanya cukuplah tu bebelan Syu pasal reading list ni. Dua minggu berturut-turut ni asyik fikir pasal reading list jer. Sembang dengan blogger Atiqah pun pasal isu ni jugak πŸ˜†. Jem dah otak. Kita tutup kes okey!! Jom sambung tengok Olimpik Tokyo 2020. Meremang sungguh tengok performance "The Pocket Rocketmen" & Firdaus Sharom tadi. Harap ada lah harapan untuk kontigen Malaysia dalam Olimpik Tokyo ni πŸ˜ŠπŸ’•. 

Reading List : Dah Selesai Menggila!! πŸ˜…

Ogos 04, 2021

Julai 28, 2021

Reading List Tak Boleh Nak Baca!!

Reading list

πŸ˜’ Tak tahu lah apa masalah blogger Syu ni. Korang kena cenggini tak? Syu cuba bukak reading list nak baca korang punya post. Satu hapah pon tak keluar. Lama nau pulak tu loading nyer. Hujung-hujung nyer keluar macam ni. Someone please help? Ada siapa-siapa tahu tak kenapa boleh jadi macam ni. Boleh bagitahu how to fix this. Korang yang boleh nampak post Syu ni tolong komen sikit. Tepu otak nak mikir ni πŸ˜‚. Ke blogger korang kena cenggini jugak.

Reading List Tak Boleh Nak Baca!!

Julai 28, 2021

Julai 09, 2021

Top 5 Blogger Reading List Pilihan

Read

 Salam Jumaat semua sayang-sayang sekalian. Petang ni nak cerita santai-santai pasal blog pilihan yang selalu masuk dalam reading list harian Syu. Bukan Syu tak baca blog dari blogger lain tau. Syu baca. Cuma yang Syu listkan ni antara reading list yang sememangnya Syu takkan miss baca walaupun sehari. Kalau up dalam reading list blogger memang Syu akan klik. Blog-blog ni macam ada satu aura tau.Tak tahu apa. Asal up jer mesti nak baca. Kalau tak baca tu macam satu kerugian.


Memandangkan Syu masih baru dalam dunia blogger ni, jadi dengan membaca blog-blog orang lain Syu dapat inspirasi macam mana nak improvekan lagi blog Syu supaya boleh berdiri seiring dengan blogger-blogger hebat kat luar sana. Tinggi cita-cita tu kan πŸ˜†. Sejenis Syu, memang macam tu. Kuat berangan. Doa-doakanlah. Mana tahu suatu hari nanti tercapai jugak cita-cita Syu.



1) Chef Mat Gebu


Siapa tak kenal blogger Che Mat Gebu kan. Blog ni memang terkenal sangat dengan perkongsian masakan. Baik dari resepi lauk pauk sehinggalah ke resepi kek. Memang habis Che Mat Gebu tapau πŸ˜‚. Bukan tu jer, bahkan pengikut blog masakannya jugak sudah hampir mencecah 16K. Syu ada jugak follow blog masakan yang lain, tapi pada Syu blog Che Mat gebu lagi best & menarik untuk Syu ikuti. Sebelum Syu terjebak dalam dunia blogger, blog ni lah yang Syu selalu jadikan rujukan untuk masak kuih, kek & roti. Syu ingat lagi, resepi pertama yang Syu refer dari blog Che Mat Gebu ni adalah resepi pau πŸ˜‚. Hari ni nampak pulak dia up resepi kek chiffon gula melaka. Macam nak cuba buat. Tapi bila mengenangkan skill buat kek Syu agak kelaut. Ada baik Syu lupakan sekejap niat Syu tu. 


2) Alien Oren


Blog Alien Oren ni memang antara blog yang Syu selalu refer & baca untuk dapatkan inspirasi berblog. Mula terjebak dengan Alien Oren ni masa Syu join Giveaway dia. Start dari situ Syu memang tertarik sangat dengan blog ni. Bukan saja warna malah template design blog dia sedikit sebanyak memberikan anjakan paradigma pada Syu. Ahaaa...Gittew!! Kalau Syu tak ada idea nak refresh template blog, memang Syu akan masuk ke dunia Alien Oren ni. Tapi kan sejak akhir-akhir Alien Oren ni senyap jer dalam blog. Last dia punya post pun pasal dia upgrade workspace dia. Mana pergi yer si Alien Oren ni? Udah terbang ke planet lain ke? πŸ˜‚

Pada yang pernah tengok penampilan awal blog Syu, mesti korang tahu betapa sadisnya penampilan blog Syu masa tu. Design template & CSS blog Syu memang terabur gila-gila. Dengan banyak error & lepas tu Javascript pulak banyak yang corrupted πŸ˜‚. Nak betulkan tak reti sebab masa tu tak cerdik lagi. Sekarang dah cerdik sikit. Sikit jelah 😁. Lepas Syu menang giveaway Alien Oren, barulah blog Syu tampil bergaya dengan wajah baru & blog Syu mula diterima Adsense. Duit menang giveaway tu Syu manfaatkan dengan beli template dari Etsy. Memang agak mahal. Tapi pada Syu berbaloi sebagai permulaan untuk Syu kembali berblog πŸ˜‰.



3) Atiqah Najihah.com


Yang ketiga blog Atiqah Najihah. Kalau nak tahu, Atiqah ni antara blogger terawal yang follow blog Syu & of course penulisan dia jugak antara yang Syu selalu baca. Bukan sebab dia pengikut terawal Syu,tapi disebabkan content yang Atiqah ni tulis mampu menarik jari jemari Syu untuk klik & baca setiap kali post dia tersenarai dalam blogger reading list 😁. Setiap content yang dia tulis memang menarik untuk dibaca, walaupun tajuknya biasa-biasa. Topik pencertitaan dia macam ada satu aura tau. Setiap apa yang dia sampaikan tu ada isi. Bukan nak cakap apalah, siapa yang jadi pembaca blog Atiqah mesti tak nafikan apa yang Syu sampaikan ni. Betul tak follower & pembaca blog Atiqah Najihah? Kalau tak buat apa korang berdesup-desup komen kat post dia kalau bukan content dia bagus kan πŸ˜†.


4) Siinurul.com


Blog Siinurul ni antara blog yang Syu selalu refer untuk tahu pasal tips berblog. Banyak jugaklah info yang Syu dapat. Kalau nak tahu, dari sini lah Syu tahu pasal Intellifluence & serba sikit pasal Adsense😁. Syu kan tak berapa tahu pasal dunia blogger ni. So, blog ni antara salah satu platform kedua Syu untuk tambah ilmu tentang blogger selain daripada blog Cik Nurfarah


5) Blog Si Hati Merah Jambu


Blog Si Hati Merah Jambu ni memang sinonim dengan kad raya hipster. Korang mesti tahu kan blogger Azhafizah ni? Actually, Syu start follow blog Kak Fizah ni pun selepas Syu nampak post Atiqah Najihah pasal giveaway kad raya hipster. Start dari tu Syu rajin ikuti perkembangan blog ni. Bukan apa, Syu suka teknik gambar-gambar yang Kak Fizah ambik. Memang high quality & nampak profesional sangat. Kadang-nak jugak ambik gambar macam Kak Fizah. Tapi almaklumlah, tangan kejung tak ada seni πŸ˜…. Kalau ambik gambar pun ikut mana dan jer. Asalkan ada untuk letak dalam content. Selebihnya touch up sikit dekat Canva πŸ˜†.

So, itulah antara top 5 blogger reading list Syu. Setiap kali naik post diorang dalam list memang Syu takkan ketinggalan luangkan masa untuk membaca. Bukan sebab blog tu ramai follower atapun apa. Tapi disebabkan kandungan & penampilan blog diorang yang sememangnya menarik & berguna untuk Syu jadikan inspirasi dalam usaha Syu memperbaiki blog picisan Syuhada Idris. Korang yang lain jangan sedih pulak kalau blog korang tak tersenarai dalam list ni tau. Syu baca jugak post yang korang tulis. Cuma yang top 5 ni reading list pilihan & kegemaran Syu bila Syu tengok section blogger reading list.

By the way, korang pulak macam mana? Siapa blogger pilihan & favourite dalam reading list korang. Cuba share sikit dekat ruangan komen. Mana tahu Syu boleh masukkan dalam list top ten Syu pulak kemudian hari. Sebab top 5 blogger reading list sekarang ni hanya blog yang Syu follow sedia ada jer πŸ˜‰. 

Top 5 Blogger Reading List Pilihan

Julai 09, 2021

Jun 06, 2021

Blog Review & Kad Raya Virtual Dari AO


Bukan nak cakap apalah. Tapi memang cekap betul si budak AO ni buat kerja πŸ˜‚. Entah kurun bila dia screenshot blog lama Syu pun Syu tak tahu. By the way, many thanks to AO sebab sudi review blog Syu yang tak seberapa ni. Almaklumlah, baru nak start berjinak-jinak balek dalam dunia blogger ni. Bukan senang nak arrange balek blog yang sedia-sedia caca merba niπŸ˜‚. Ni pun kira bernasib baik dapat merasa tukar baju blog. Tu pun lepas menang tempat ke-3 dalam blog contest AO. Kalau tak menang mungkin kena pakai duit sendirilah beli baju blog 😁. Sekurang-kurangnya bermanfaat jugak hadiah yang Syu menang dari AO tu kan. Ada jugak bukti kemenangan tu kan.


Bagus jugak sebenarnya tau kalau ada orang sudi review blog kita ni.  Tambah-tambah review percuma macam ni. Selalunya kalau kita nak suruh orang buat review ni, kita kena bayar tau πŸ˜‚. Even bahan review tu kita yang punya. Pada Syu, segala pandangan blogger pada blog Syu memang Syu sangat-sangat hargai. Sekurang-kurangnya Syu boleh nampak & tahu kekurangan blog Syu dekat mana. Kadang-kadang kita sebagai blogger ni tak nampak dari point of view pembaca.  Mungkin ada sesetengah perkara tu kita terlepas pandang. So dengan adanya komen-komen & review membina macam ni, Syu dapat improvekan lagi blog Syu supaya disenangi & digemari kalangan blogger & pembaca. Kita bukanlah nak jadi blogger terkenal yang vavavom tu 😜. Cukup sekadar orang faham & gembira dengan hasil penulisan kita.


Last but not least, AO ada jugak selitkan kad raya virtual bertemakan Jama Masjid Delhi,India. Memang cantik!! Terima kasih tau AO. Tak dapat pergi India, dapat tengok gambar masjid pun jadilah kan 😁. Cepatlah habis lockdown & pandemik ni. Mendap sangat dah asyik duduk dekat rumah jer memanjang πŸ˜‚. Kalau boleh, lepas hilang jer pandemik ni Syu nak pergi melancong macam biasa. Tak nak ada mask-mask semua bagai. Kalau boleh nak semuanya jadi normal balek. Boleh keluar jimba-jimba dengan kawan, lepak makan kat mamak. Tapi yang terpaling rindu...nak gembira-gembira bertepuk bertampar dengan family!!😒

Terima kasih jugak untuk kad raya virtual ni!!πŸ˜˜πŸ’•

Blog Review & Kad Raya Virtual Dari AO

Jun 06, 2021