Posts with the label Blogging Tips & Hacks
Memaparkan catatan dengan label Blogging Tips & Hacks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogging Tips & Hacks. Papar semua catatan

Oktober 14, 2021

Google Adsense : Request Review

Alhamdulillah, Google Adsense (GA) Syu selamat & bebas dari kena banned & suspended. Walaupun income GA Syu tak berapa nak masyuk macam blogger-blogger lain. Pada Syu, dengan keberadaan GA dalam blog Syu ni macam sesuatu yang Syu nak rasa macam rakan-rakan blogger lain ada dalam blog diorang. Sejujurnya, Syu ni bukanlah hadap sangat dengan duit GA tu. Tapi kalau ada, pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru Syu tadahkan 😁.



Kalau ikutkan earnings harian GA Syu hari-hari kosong tau πŸ˜‚. Bila view earnings dekat Blogger, macam sedih jer tengok amount-nya. Total balance $1 USD pun tak cecah lagi. Tengok rakan-rakan blogger lain siap ada dapat nombor pin bagai. Yang dah cash out kan duit GA pun ada. Tapi Syu tak kisah pun semua tu. Bagi Syu, itu satu anjakan paradigma untuk Syu terus berusaha lebih (Cehhhh...anjakan PARADIGMA tak boleh blah tu!! πŸ˜‚). Cuma bila ada GA ni dalam blog, Syu rasa macam satu kepuasan dapat tengok blog Syu ada iklan bertepek macam orang lain. Bukan senang nak apply GA ni masa memula dulu. Syu sampai 4x buat permohonan. Masuk kali kelima baru berjaya. Bila dah dapat peluang ni, takkan nak sia-siakan pulak ye dak? Beria-ria mohon sampai 4x kena reject. Lepas tu menyerah macam tu je. Satu kerugian juga pada Syu sebenarnya sebab cepat sangat putus asa.


Google Adsense | Notis Pelanggaran Polisi Pengiklanan


Syu faham. Mungkin ada sesetengah rakan blogger dah jadi tak berapa kisah & redha bila GA kena banned & suspended. Yelah, malas nak menagih simpati & merayu-rayu. Mungkin juga ada di kalangan rakan blogger berasa terkilan & redha dengan apa yang jadi pada GA diorang. Tambah-tambah bila ada sesetengah pembaca yang sengaja sabotaj dengan klik iklan banyak-banyak kali. Dahlah GA ni kadang-kadang banyak sangat songehnya bila ada pelanggaran polisi. 



Honestly, kalau dua benda (suspended/banned) ni jadi pada blog Syu Deris,  Syu rasa macam satu kegagalan tau πŸ˜‚. Rasa down pun macam ada juga. Dapat letak GA dalam blog ni macam satu achievement buat Syu tau. Bukan sebab nak kan duit tu. Tapi disebabkan passion & semangat nak ada blog macam mana orang lain ada. Berjaya diterima oleh GA ni macam satu bonus untuk Syu. Tak tahu macam mana Syu nak describe kan lagi dah. Harap ada lah yang faham apa yang Syu nak sampaikan. Mana-mana yang mengikuti perkembangan blog Syu Deris sehingga ke hari ni mesti korang tahu  sejauh  mana Syu struggle untuk bertapak sehingga ke tahap blog Syu Deris yang sekarang ni. Setiap apa yang Syu capai tu, merupakan satu achiement buat Syu bangga pada diri Syu. 


Google Adsense | Notis Pelanggaran Polisi Pengiklanan


Bila sebut pasal GA ni kan. Dalam dua minggu lepas kalau tak silap Syu, Syu ada terima SURAT CINTA PERTAMA DARI GOOGLE ADSENSE (notis pelanggaran polisi). Memang gelabah jugak bila dapat notis tu melalui email. Kalau ikutkan Syu tak tahu pun pasal notis pelanggaran polisi tu. Sebabnya Syu dah lama tak buka Syu punya GMail. Tak sangka ada satu malam tu entah macam mana Syu terdetik nak buka & baca email. Syu pun tak tahulah apa dosa Syu pada GA ni. Ada saja yang tak kena πŸ˜‚. Dah lah, earnings tak berapa nak masyuk. Nak apply pun susah. Tiba-tiba dapat pulak berita buruk macam ni. Memang spoiled mood dibuatnya. Padahal nak letak iklan GA, semua Syu auto kan jer. Cuma ada satu dua kerat jer Syu letak manually.


Google Adsense | Notis Pelanggaran Polisi Pengiklanan


Lepas baca satu-satu dekat section HOW TO FIX (di bahagian Policy Center GA), baru Syu sedar kesilapan Syu dekat mana. Rupa-rupanya, ada satu iklan tu Syu accidently tersalah letak. Bagi GA, kesalahan parking iklan tu adalah menjadi satu dosa besar bagi  diorang πŸ˜†. So, pantang larang tu jangan lah dilanggar. Tak pasal-pasal akan dapat warning email macam ni. Nasib tak kena suspend/banned. Apa-apa pun alhamdulillah. Tak ada apa-apa berlaku pada GA Syu lepas submit REQUEST REVIEW. Cuma peluang untuk Syu buat request tinggal 199 je lagi πŸ˜…. Lepas ni tak tahu apa lagi kesalahan yang GA nak cari. Bertabah jelah (Dalam hati : Jangan sampai satu hari nanti aku yang remove kau baru kau tahu πŸ˜†)



So, apa yang perlu korang buat bila dapat email yang meruntun jiwa dari GA ni?πŸ˜– Macam kondisi Syu, GA Syu mungkin boleh diselamatkan lagi kejap-kejap tu juga. Tapi macam kes sampai kena suspend/banned bagai tu mungkin boleh diselamatkan & mungkin juga tak dapat. Semua tu bergantung kepada budi bicara pihak GA. Harap Syu tak pernah kena lah sampai macam tu.


Google Adsense | Request Review


Untuk kes derhaka letak iklan macam Syu ni, apa yang korang perlu buat adalah dengan memperbetulkan segala apa yang GA dah listkan. Yang ni korang boleh pergi ke POLICY CENTER dekat dalam akaun GA korang. Klik pada link yang ada isu tu then korang follow jer arahan yang GA bagitahu dekat seksyen HOW TO FIX. Bila korang dah rasa yakin yang korang dah fix segala isu-isu tu, korang boleh submit untuk REQUEST REVIEW. Dalam tempoh kurang dari 24 jam, dekat Policy Center korang tadi akan keluar NO ISSUES FOUND.



By the way, kepada rakan blogger ATIQAH NAJIHAH. Takziah atas apa yang jadi pada akaun GA Tiqah tau 😒. Terkejut jugak bila baca komen Tiqah kat blog akak hari tu bagitahu pasal akaun GA kena suspended sebulan πŸ˜‚. Semoga akaun GA Tiqah dapat kembali kepada asal. Pada yang GA tak berapa nak masyuk macam Syu bertabahlah kita sama-sama yer. Insyaallah, kalau ada rezeki untuk merasa duit GA adalah...Cepat & lambat jer. Tapi kalau tak dapat pun tak jadi masalah. Intellifluence kan hado!! 😁

Google Adsense : Request Review

Oktober 14, 2021

Oktober 12, 2021

Kenapa Blog Lambat Loading?

Assalamualaikum sayang-sayang sekalian. Pejam celik dah hari Selasa dah hari ni yer. Mood Monday blues semalam pun belum habis lagi. Tak tahulah kenapa mood bermalas-malasan weekend tu sampai terbawa-bawa ke hari ni pun tak tahu lah. Buat kerja kat office tetap jalan jugak macam biasa. Cuma otak tu kadang-kadang entah ke mana melayangnyer πŸ˜…. Nampak gayanya, weekend ni nak kena keluar beriadah kejap lah. Asyik duduk rumah memanjang pun bosan jugak.



Mungkin pergi ber-camping lagi dekat tepi pantai ke. Tak pun paling senang, buat jer "me time" dekat shopping kompleks. Tak kisahlah tabur duit sikit dekat tudung ke barang make-up ke. Janji keluar rumah. Bukan selalu. Lagipun, nak pergi bercuti ni kadang-kadang bila dah plan elok-elok tak berapa nak jadi. Kalau nak buat tu biar tergempor sikit. Esok nak pergi hari plan. Tak pun hari ni nak pergi, hari ni plan. Baru berhubung sikit sel-sel otak nak memikir πŸ˜†.



Harap-harap weekend ni dapatlah buat family outings sikit. Buat luar daerah sikit pun jadilah takat nak lepaskan gian ber-outing. Yang pasti, idaklah sampai nak kena rentas negeri bagai. Yang itu, kita bagi peluang yang duduk  jauh di perantauan balik puas-puas dulu. Ramai yang dah up status nak balik tu!! Rindulah katakan...Nasiblah family Syu duduk dalam satu negeri. Tapi nak balik tetap jugak takut-takut. Okay, tutup ceritanya kat situ. Jauh melalut dah ni πŸ˜‚.



Sejujurnya, Syu pun tak berapa ingat sejak bila Blogger ni mula bermasalah πŸ˜‚. Tapi yang pasti, ramai blogger-blogger lain dah banyak kali alami benda-benda macam ni. Termasuk Syu. Hari tu hangat pasal isu nak komen tak boleh. Macam-macam segala mak nenek keluar. ReCAPTCHA lah apa lah. Paling best bila tengah sedap-sedap menaip komen tiba-tiba hilang. Yang ni memang menyirap, sebab Syu sendiri pernah kena. Rasanya sampai ke hari ni masih belum selesai lagi isu pasal komen ni kalau tak silap Syu.



Sebelum ni Reading List Blogger pun pernah mengalami masalah. Kali ni page jadi lambat loading pulak. Dia jadi macam mana nak tahu? Bila Syu nak buat blog walking, sikit punya bercinta dia punya loading nak masuk page tuan tanah. Kadang tu sampai terpaksa cancel sebab terlampau lama sangat ambil masa. Tapi, ada sesetengah blogger yang Syu buat blog walking, tak ada apa-apa masalah pun. Actually, Syu ada jugak baca beberapa artikel pasal blog lambat loading ni. So, Syu share kan sikit point yang Syu dapat dengan korang. Harap bermanfaatlah.


    1. Blog template terlampau berat - Besar kemungkinan template yang korang guna terlalu banyak script, HTML kod, CSS & Javascript.
    2. Gunakan gambar bersaiz besar - Standard size yang patut digunakan sepatutnya berukuran 600 x 400 pixels (Maksimum 200Kb) 
    3. Blog sarat dengan widget - Mungkin sesetengah widget yang korang guna agak berat. Nak tak nak terpaksa jugak buang.
    4. Banyak iklan dipaparkan - Kalau korang set iklan Google Adsense ke auto, mesti tahu. Kadang-kadang diorang letak iklan kat website merata-rata sesedap rasa. Iklannya pulak ada yang lambat loading pulak tu. Yang ni korang ke manage iklan korang dekat Google Adsense.
    5. Hosting atau server Blogger sendiri yang memang bermasalah - Kalau Blogger yang buat hal memang tak boleh nak cakap apa lah. Kena sabar lah banyak-banyak walaupun sabar dah lama hilang .
    6. Terdapat banyak site ERROR - Ni korang boleh cek dengan tekan button F12. Kalau nampak merah-merah tu dia lah tu. Nak buat macam mana? Yang itu Syu sendiri pun tak tahu πŸ˜‚. 
    7. Terlampau banyak URLs - Hyperlink, backlink segala.

Sekiranya korang ada masalah blog lambat loading, Syu rasa ada baiknya korang cek dahulu satu-satu point yang Syu dah listkan ni. Jangan terus jump to conclusions dengan tukar template blog pulak. Kaji dulu satu-satu tau. Tapi kena bertabah sikitlah yer. Jadi Blogger ni memang kena banyak bersabar πŸ˜‚. Tambah-tambah bila melibatkan masalah teknikal blog macam ni. Kalau terer tak mengapa. Macam Syu ni jangan cakaplah. Masih merangkak lagi nak belajar pasal dunia Blogger ni. Bila sampai satu tahap korang dah tukar template pun masih tak jalan jugak. Jawapan terakhirnya satu jer - SILA SALAHKAN BLOGGER!! Mesti diorang punya server yang bermasalah πŸ˜‚. By the way, Syu nak tanya. Blog Syu lambat loading tak? (Sila jujur πŸ˜‚)

Kenapa Blog Lambat Loading?

Oktober 12, 2021

Oktober 07, 2021

Cara Letak Twitter Tweet Pada Blog



Assalamualaikum blogger-blogger kesayangan Syu sekalian. Di hari Khamis yang indah ni, Syu nak share sikit cara-cara macam mana letak Twitter Tweet di tengah (center align). Dengan cara ni, blog korang akan nampak lebih kemas & tersusun. Mungkin ada sesetengah blogger lebih suka screenshot & upload image Twitter Tweet di blog. 


Macam Syu, Syu lagi suka embedded kod dari post yang Syu nak share dekat blog. Bukan apa, senang blogger-blogger lain nak baca & pergi terus ke laman Twitter Tweet yang Syu dah share. Nak tweet reply, share & like pun senang sebab dah link terus ke Twitter πŸ˜ŠπŸ’•. Pada yang belum tahu macam mana nak share Twitter Tweet dalam blog, Syu akan tunjukkan caranya satu persatu. Senang jer. Tak susah mana pun. Korang follow jer step yang Syu tunjuk ni. 




CARA LETAK TWITTER TWEET



STEP 1 : Pergi ke laman Twitter korang. Klik pada butang MORE πŸ’¬ yang ada tiga titik dekat penjuru belah kanan Twitter Tweet yang korang nak share. Klik pada EMBEDDED TWEET.

STEP 2 : Kemudian korang COPY CODE yang dah dibagi

STEP 3 : PASTE kod yang korang dah copy tadi pada ruangan compose section pada blog di bahagian HTML VIEW.




CARA LETAK TWITTER TWEET DI TENGAH




Once korang dah copy & paste kod tu, hasilnya akan jadi macam ni. Tapi, position Twitter Tweet ni takkan automatik berada di tengah-tengah tau. So, untuk bagi dia center align , korang kena TUKAR kodnya sikit dari <blockquote class="twitter-tweet"> ni kepada <blockquote class="twitter-tweet tw-align-center">. Bila korang guna kod ni, Twitter Tweet korang akan terletak elok di tengah-tengah. Tak faham jugak? Tak apa. Syu bagi contoh dekat korang supaya mudah faham.


Contoh kod asal Twitter Tweet korang macam ni :


<blockquote class="twitter-tweet"><p dir="ltr" lang="in">Guys, belajar pasal perempuan , period time , ....</blockquote>


Kod tadi yang korang dah paste tu, korang cuma kacau dekat bahagian yang Syu bagitahu tu jer. Kod selebihnya janganlah korang kacau. Kalau tak hasilnya akan jadi caca merba. Tapi kalau korang terkacau pun, korang still boleh copy kod tu dekat Twitter. Tak jadi masalah besarlah. Cuma kena buat kerja dua kali lah πŸ˜….


Lepas korang tukar, kod barunya akan jadi macam ni :


<blockquote class="twitter-tweet tw-align-center"><p dir="ltr" lang="in">Guys, belajar pasal perempuan , period time , ....</blockquote>


Actually, cuma perlu tambah "tw-align-center" jer lepas kod "twitter-tweet" tu. Saja tak nak bagi korang pening tengok kod sekerat-sekerat. Senang kan? Kat bawah ni hasil selepas korang replace kod yang Syu ajar tadi. Twitter Tweet yang left align yang korang tengok tadi dah jadi center. Kan nampak elok bila macam ni. So, kalau korang nak letak Twitter Tweet dalam blog korang, korang boleh gunakan step yang Syu dah tunjuk ni dari awal. Sebarang kemusykilan korang boleh drop dekat ruangan komen.



Cara Letak Twitter Tweet Pada Blog

Oktober 07, 2021

Julai 22, 2021

Cara Betulkan Isu Ads.text Di Google Adsense

Blogger

Sejak Syu tukar domain hari tu, Google Adsense Syu hilang jejak yer kawan-kawan πŸ˜‚. Pada yang tak tahu, sebenarnya itu adalah perkara biasa yang sering berlaku bila tukar domain. Segala mak nenek iklan memang tak akan muncul dalam blog korang sebab yang berdaftar dalam Google Adsense korang adalah domain yang lama. Bila domain ditukar, Google Adsense tak dapat detect domain korang & automatically segala iklan akan diremove. Jadi apa yang perlu korang buat sebaik tukar domain adalah dengan menambah domain baru ke dalam Adsense korang. Once korang dah submit, Google Adsense akan review balik blog korang macam masa mula-mula apply dedulu.


Apa-apa pun alhamdulillah, sekian lama menunggu akhirnya Syu dapat perkhabaran gembira dari Google Adsense melalui e-mail. Termasuk hari ni adalah dalam 12 hari kena tunggu. Busuk-busuk dekat 2 minggu jugaklah. Sejujurnya lah kan, Syu agak tenang sebenarnya bila tak ada Adsense muncul dalam blogπŸ˜‚. Bukan apa, kadang-kadang Syu tengok jugak blog Syu dari sudut perspektif pembaca. Mesti korang rasa semak kan kalau ada iklan muncul bila tengah seronok membaca. Macam tu jugak masa tengok TV & YTube. Paling tak suka bila ada iklan. Tapi, korang kena faham jugak dari sudut perspektif penulis. Sometimes, diorang pun nak jugak generate income pasif melalui penulisan. So, nak tak nak korang kena terima jugak bila masuk ke laman tuan tanah. Dah baca free kasi chancelah sikit untuk penulis dapat wang perhargaan dari Google Adsense. Sekarang-kurangnya penulis blog rasa motivated untuk terus menulis. 




Macam mana nak betulkan isu ads. Text di Adsense? 



Pernah tak korang dapat notifiikasi macam ni dekat korang punya Google Adsense? Syu kalau nampak merah-merah gini mulalah runsing πŸ˜‚. Macam satu kegagalan jer benda bila nampak something yang melibatkan warna-warna merah ni. Kebiasaanya, notifikasi ni korang akan dapat bila korang dah berjaya diterima dengan jayanya oleh Google Adsense. Tapi kalau tak ada terima alhamdulillah lah. Tak ada runsing kepala nak memikir. Pada yang terima notifikasi ni dekat Adsense, korang kena selesaikan isu ni secepat yang mungkin If not, ia akan memberi impak kepada revenue korang di Google Adsense. Benda nampak macam kecik jer sebenarnya. Tapi sangat-sangat memberi kesan pada blogger-blogger yang sememangnyer menjadikan Google Adsense untuk menjana pendapatan sampingan.

How to fix ads.txt issues

Nak selesaikan isu ni mudah jer. Apa yang korang perlu buat hanyalah dengan mendownload kod yang Google Adsense dah bagi & copy paste dekat bahagian monetization dalam setting blogger korang. Lepas korang dah paste kod ads.text dalam blogger, insyaallah dalam tempoh 24 jam notifikasi adsense tadi akan hilang & Google Adsense korang akan kembali aktif seperti biasa macam sebelum-sebelum ni πŸ˜‰. Step ni sama jer macam masa korang mula-mula diterima Adsense. Disebabkan Syu nak Google Adsense Syu muncul di domain baru, maka Syu terpaksa buat permohonan untuk pengaktifan semula supaya ianya berfungsi dengan baik dalam webpage Syu😁.

Buat masa sekarang ni mungkin Google Adsense Syu akan ambik masa sikit untuk muncul dalam blog, sebab proses optimization masih lagi berjalan & mengambil masa yang lama jugak untuk run. Apa-apa pun Syu harap segala perkara berkaitan dengan Google Adsense ni akan cepat berakhir. Bukan apa, senak dah kepala otak ni asyik dok fikir pasal Google Adsense πŸ˜…!!

Cara Betulkan Isu Ads.text Di Google Adsense

Julai 22, 2021

Julai 11, 2021

Audit Blog

SEO
SEO

Sejak beberapa hari ni Syu sibuk buat audit blog. Entah mana datang keinginan nak buat pun Syu tak tahu. Mungkin sebab Syu ada terbaca artikel dekat satu blog ni agaknya. Dalam blog tu ada sebut pasal Search Engine Optimization (SEO). Tapi Syu tak ingat Syu baca siapa punya blog post πŸ˜†. So, nak tak nak tangan ni pun gatal lah bercari apa ke bendanya SEO tu. Blogger tak reti apa, almaklumlah memang macam ni πŸ˜‚. Tapi alhamdulillah, semua kerja-kerja pencarian artikel pasal SEO abam Google yang tolong. Terima kasih banyak!! Penyudahnya, banyak jugaklah tab yang Syu bukak semata-mata nak cari pasal SEO ni. Bila abam Google dapat cari artikel pasal SEO dengan mudah, kat situ lah korang boleh nampak fungsi sebenar SEO ni. 


Perlu ke SEO? 


Mesin pencarian optimum atau Search Engine Optimization (SEO) ni penting sebenarnya untuk jadikan blog kita ni mesra pencarian atau pun tak. Bila kita buat audit blog, sekurang-kurangnya kita tahu kenapa blog kita berat, lambat loading & tak mesra mesin pencarian (Search Engine). Lepas Syu run audit, baru Syu nampak dekat mana isu SEO yang ada dalam blog Syu. Busuk-busuk adalah dalam 13 isu πŸ˜…. Boleh dikatakan banyak jugak tu sebenarnya untuk blogger newbies macam Syu ni. Kalau korang tengok, skor SEO Syu pun tak berapa nak cantik. Selain tu, dengan buat audit SEO ni korang sekaligus boleh dapat timbang berat blog korang. Dari sini korang boleh tahu cara untuk kurangkan masa page korang loading πŸ˜‚.

Bila skor SEO korang tinggi, kebarangkalian untuk korang layak diletakkan dalam ranking teratas mana-mana mesin pencarian adalah tinggi & sekaligus ia boleh meningkat trafik blog korang jugak. Tak kiralah korang ada Adsense mahupun apa jenis platform pengewangan website (website monetization platform) sekalipun, peningkatan & penurunan trafik ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi jumlah pendapatan korang. 

Audit blog
Seram jugaklah tengok skor cenggini rupa. Tengok 13 failed tu pun dah macam satu kegagalan dalam hidup dah πŸ˜‚. 

SEO
Setiap permasalahan akan ada tutorial berbentuk video ni. 

Pada yang tak reti macam mana nak betulkan isu SEO, korang jangan risau. Dalam SEO Site Checkup ni akan ditunjukkan satu persatu cara nak selesaikan masalah korang. Video tutorialnya memang senang nak faham. Cuma Syu nak bagitahu awal-awal, untuk menjawab permasalahan yang berkaitan dengan javascript sememangnyer tak ada yer kengkawan 😌. So, yang ada masalah javascript macam Syu mohon bertabah lah yer. Berat bahu memikul, berat lagi mata nak memandang. Bukan apa, sakit mata tau tengok ada merah-merah ni. Tambah bila ada tulis perkataan "high" & "failed" πŸ˜‚. 


Untuk pengetahuan korang, blog audit yang Syu buat ni untuk domain Syu yang lama. Domain yang baru Syu masih belum lagi cuba buat audit. Rasanya mungkin tak perlu kot. Sebab banyak jugak isu SEO blog Syu dah selesaikan. Lagipun, content blog, html, CSS semua tu tetap sama, cuma domain jer yang bertukar nama. Kebiasaannya, kalau tukar domain ni ia hanya akan effect pada Adsense & sesetengah widget jer. Pada Syu, nak run audit test banyak-banyak kali pun nak buat apa. Cukup sekadar kita tahu skor & perbaiki segala isu yang timbul berkaitan dengan SEO. Sebab SEO ni penting untuk naikkan page views korang.


Senarai SEO Checker


Buat masa sekarang, 5 SEO checker ni jer yang Syu rasa bagus untuk audit blog. Pilih mana satu yang korang nak guna 😊. Nak guna kelima-lima SEO checker ni pun tak ada hal. 

πŸ‘‰ SEO Site Checkup

πŸ‘‰ SEOBILITY

πŸ‘‰ SEOptimer

πŸ‘‰ Sitechecker

πŸ‘‰ SEO Tester 


Tapi yang paling terbaik SEO Site Checkup lah. Sebab setiap isu SEO yang korang ada, dia akan tunjukkan step by step macam mana nak perbetulkan isu tu. Tapi malangnya, macam Syu bagitahu tadi untuk isu berkaitan javascripts memang SEO Site Checker tak boleh nak tunjuk macam nak fix dia punya error. Part yang ni memang kena cari expertise dalam javascripts. Yang sedihnya pasal SEO checker ni ianya bukanlah free untuk selama-lamanya πŸ˜‚. Kalau sign up pun dapat tempoh percubaan 14 hari jer. Korang kena faham, sejenis Syu ni malas nak sign up account, tambah-tambah masa nak sign up tu ada mintak nombor akaun bank bagai. Eh, memang tak kuasa nak layan.


Tapi ada cara nak test banyak kali. Korang boleh switch browser yang lain setiap kali nak buat blog audit guna SEO checker ni πŸ˜‰. Syu tahu sebab Syu sendiri dah cuba πŸ˜†. Tapi lepas beberapa kali audit, endingnya korang tetap akan disuruh sign up. Cubalah audit korang punya blog, at least korang dapat tahu sejauh mana skor & permasalahan SEO blog korang. Dah buat audit blog, korang sharelah sikit skor dekat ruangan komen. Syu pun nak tahu jugak 😁. 

Audit Blog

Julai 11, 2021

Jun 29, 2021

Cara Letak Mesej Di Ruangan Komen

Dua tiga hari ni memang tak larat sangat nak hadap blog. Mood nak bukak laptop tu memang ke laut sangat sebab kena angin satu badan πŸ˜…. Segala daily story Syu dalam blog ni banyak yang Syu setkan under mode scheduled. Bila buat macam tu at least tiap-tiap hari ada lah post dari Syu. Kena angin ni memang perit betul. Dengan peningnyer lepas tu dengan tekak rasa melugai nak muntah.  Memang tak lalu betul dibuatnya. Tak tahulah apa yang Syu salah makan πŸ˜‚. Itulah dia, sejenis Syu ni memang senang kena angin. Tambah kalau makan sayur yang sejuk-sejuk & berangin macam taugeh & kacang panjang. Tapi Kadang-kadang tu Syu bedal jugak sebab dah sedap. Kalau makan pecal, sayur-sayur ni memang Syu tak boleh nak reject πŸ˜‚.

Sebelum ni Syu pernah bagi tutorial macam mana nak "Cara Hilangkan Fungsi Copy & Paste Pada Blog". Kali ni pulak, Syu share tutorial dekat blogger-blogger newbies yang masih tak tahu macam mana nak letak mesej dekat komen section. Actually, kalau tak nak letak pun tak jadi masalah sebenarnya. Tapi kalau korang letak, sekurang-kurangnyer ada sikit remarks atau notes untuk para blogger baca sebelum diorang tinggalkan jejak dekat ruangan komen korang πŸ˜‰. Step untuk letak mesej dekat komen form ni, korang boleh tengok dekat bawah okey.


CARA YANG PERTAMA


Yang ni cara yang terpaling mudah untuk korang buat komen mesej di ruangan komen form. Just ikut step dekat bawah ni and muallah!! Siap!!




Settings > Comment form message > Tulis mesej korang > Tekan SAVE



CARA YANG KE-2


Cara yang nombor dua ni agak mencabar sikit yer πŸ˜‚. Sebab korang kena main dengan kod html sikit. Tapi hasil dia memang cantik, sebab korang boleh letak animated icon comel dekat hujung dia. Pada yang dah biasa hadap kod-kod html & CSS, mungkin 'pieces of cake' jer pada korang. 


<span class='font-size: 10px; text-align: center; font-style: italic; color:#444; word-spacing: 0.1em;'>COMMENT MESSAGES<img src='GIF LINK' width='30'/></span> 


Apa yang korang perlu buat hanyalah, korang pergi dekat bahagian Theme  & pilih untuk edit html di bahagian Customize. Kat sana, korang tekan Ctrl+F untuk cari kod ni "<p class=comment-footer">. Lepas dah jumpa kod tu, then korang copy & paste kod kat bawah ni. Dekat bahagian 'COMMENT MESSAGES' tu korang tulislah ayat apa pun yang korang nak tulis.  Untuk 'GIF LINK' tu pulak korang kena letak link icon yang korang nak , Tekan save & dah siap πŸ˜ŠπŸ’•!!




Kadang-kadang, ada sesetengah template blog tu kod dia mungkin tak sama. So, korang kena pandai try & error banyak kali πŸ˜…. Kalau sama, alhamdulillah. Mudah kerja korang. In case kalau korang search tak jumpa, korang boleh cuba cari guna kod "comment-footer" ni jer & korang paste kod yang Syu bagi tadi macam biasa. 

Last but not least, kalau korang ada cara lain untuk buat mesej di ruangan komen form, korang boleh share dekat ruangan komen Syu. Sekurang-kurangnya perkongsian korang tu bermanfaat pada blogger-blogger yang baru saja nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni πŸ˜‰. Lagipun, sharing is caring right?

Cara Letak Mesej Di Ruangan Komen

Jun 29, 2021

Jun 21, 2021

Cara Hilangkan Fungsi Copy & Paste Pada Blog

Nak perah idea untuk menulis dalam blog ni bukannya senang yer kengkawan. Even nak publish satu content pun sikit punya bercinta 😜. Syu tengok diri Syu sendiri pun dah cukup πŸ˜‚. Tambah-tambah bila tengah ketandusan idea. Silap-silap mahu berejam duduk dekat compose section jer. Walaupun tajuk & point nak bercerita tu dah ada dah dalam otak, tapi disebabkan nak kena bercerita panjang lebar, tu yang jadi perit sikit tu 😁. Syu bukan apa, Syu pun takut jugak kot-kot ada certain-certain content yang Syu share tu tak betul & menyentuh sensitiviti orang. Dahlah rakyat Malaysia ni sensitif sikit πŸ˜‚. Nanti tak pasal-pasal kena bash berjemaah dengan abang net & kak net. Dahlah Syu ni hati tisu πŸ˜…. Tengok kes Prof. Dr. Muhaya pun dah cukup. Boleh kemurungan jawabnyer kalau kena macam dia. 


Korang sebagai blogger mesti tahu yang menulis dalam blog ni bukan macam kita up status dekat FB, Insta & Twitter tu. Pada Syu, berblogging ni lebih kepada penceritaan & luahan panjang kita sebagai penulis. Boleh jadi, menulis blog ni dah macam kita menulis diary harian kita dalam buku diary. Cuma diary ni diterjemah & diabadikan dalam satu platform digital yang lebih presentable & profesional untuk semua orang baca. Tapi kadang-kadang, kita sebagai penulis ni nak kena hadap jugak copycat writers yang suka plagiarise penulisan kita. Dahlah perit nak nyusun ayat untuk create satu post. Tup-tup orang lain sedap-sedap jer copy paste. Tak syok la kan bila kena macam tu. So untuk berhadapan dengan isu plagiarism ni, ini antara solusi terbaik untuk korang apply pada blog korang 😁. 


Apa yang korang perlu buat adalah korang copy & pastekan kod yang dekat bawah ni dalam html/javascript pada bahagian layout. Lepas tu korang save macam biasa. Bila korang apply kod ni, automatik segala content blog korang tak akan dapat di select & di copy. So, segala content blog korang memang akan selamat dari sebarang kegiatan plagirism 😁. 



<!- START disable copy paste --><script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'></script><script type='text/javascript'> if(typeof document.onselectstart!="undefined" ) {document.onselectstart=new Function ("return false" ); } else{document.onmousedown=new Function ("return false" );document.onmouseup=new Function ("return false"); } </script><!-- End disable copy paste -->
Sumber : www.romshillzzblog.com


Nak copy & paste hasil penulisan orang tak ada masalah, tapi adalah lebih baik kalau kita mintak izin terlebih dahulu atau kreditkan kembali kepada penulis asal sebagai menghargai hasil penulisan diorang. At least penulis tu nampaklah yang niat korang hanya untuk berkongsi maklumat & bukannya untuk plagiarise hasil penulisan diorang πŸ˜‰.




Nota Kaki : Plagiarise tu merujuk kepada aktiviti menciplak & mengcopy paste hasil kerja orang.

Cara Hilangkan Fungsi Copy & Paste Pada Blog

Jun 21, 2021

Jun 18, 2021

Cara Buat Hidden "Post Thumbnails" Blog Post


Pada yang dah tahu macam mana nak buat, tak mengapa. Syu just share jer tutorial ni πŸ˜‰. Mana lah tahu kan, in future ada adik-adik newbies blogger tercari-cari tutorial ni dekat abam Google. At least ada jugak sources untuk diorang jadikan sebagai sumber rujukan untuk cantikkan blog. Lagipun, apa yang Syu share ni adalah berdasarkan apa yang Syu applied dekat blog Syu jugak. Ada ilmu kita kongsi sama-sama. Semoga bermanfaat untuk korang yang suka berblogger!! Keep it up & keep blogging πŸ˜˜πŸ’•.


By the way, post thumbnails tu apa eak? Okay, post thumbnails ni image kecik yang ada pada blogger post korang. Bila ada post thumbs ni barulah blog post korang nampak menarik. Tapi untuk kali ni Syu nak ajar korang macam mana korang nak hidden kan image thumbs ni daripada menjelma dalam blog post korang 😁. Nak buat hidden tumbnail ni tak susah mana pun. Apa yang korang perlu buat hanyalah copy & paste code html ni dalam korang punya post [paste dalam mode html view]. Step yang selebihnya korang boleh follow dekat bawah ni hokey!! πŸ˜‰



<img src="IMAGE LINK" style="display: none;"/>

STEP 1 : Create satu post atau korang masuk jer ke published post korang yang sedia ada. Lagi senang πŸ˜ . Sebab dekat post tu dah sedia-sedia ada gambar.



STEP 2 : Switch ke html mode then korang paste kod ni <img src="IMAGE LINK" style="display: none;" /> dekat starting html korang dalam compose section. Lepas tu switch back ke compose view semula.


STEP 3 : Select image yang korang nak buat thumbnails. Copy dia punya image address, then korang replace kod "IMAGE LINK" dalam mode html tadi dengan image address yang korang dah copy. Lepas tu, image yang korang select tadi korang boleh lah delete. Tapi kalau korang nak biarkan pun tak ada masalah 😊.

Ni lah hasil dia. Image yang korang dah delete tu tak akan muncul dah dalam blog post korang, otherwise ia akan muncul sebagai korang punya post thumbnails. Bila korang buat macam ni tak payahlah korang nak kena letak banyak sangat gambar dalam post. Dengan cara ni jugak korang boleh customizekan gambar yang korang suka untuk dijadikan sebagai post thumbnails. Barulah homepage korang nampak presentable 😁.

Dalam post, korang memang takkan nampak dah gambarnya. Tapi kalau korang still nak biarkan image post thumbs korang tu dalam post, tak jadi masalah pun. Nampak meriah sikit ada banyak gambar.

Cara Buat Hidden "Post Thumbnails" Blog Post

Jun 18, 2021