Posts with the label Blogging
Memaparkan catatan dengan label Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogging. Papar semua catatan

Oktober 12, 2021

Kenapa Blog Lambat Loading?

Assalamualaikum sayang-sayang sekalian. Pejam celik dah hari Selasa dah hari ni yer. Mood Monday blues semalam pun belum habis lagi. Tak tahulah kenapa mood bermalas-malasan weekend tu sampai terbawa-bawa ke hari ni pun tak tahu lah. Buat kerja kat office tetap jalan jugak macam biasa. Cuma otak tu kadang-kadang entah ke mana melayangnyer πŸ˜…. Nampak gayanya, weekend ni nak kena keluar beriadah kejap lah. Asyik duduk rumah memanjang pun bosan jugak.



Mungkin pergi ber-camping lagi dekat tepi pantai ke. Tak pun paling senang, buat jer "me time" dekat shopping kompleks. Tak kisahlah tabur duit sikit dekat tudung ke barang make-up ke. Janji keluar rumah. Bukan selalu. Lagipun, nak pergi bercuti ni kadang-kadang bila dah plan elok-elok tak berapa nak jadi. Kalau nak buat tu biar tergempor sikit. Esok nak pergi hari plan. Tak pun hari ni nak pergi, hari ni plan. Baru berhubung sikit sel-sel otak nak memikir πŸ˜†.



Harap-harap weekend ni dapatlah buat family outings sikit. Buat luar daerah sikit pun jadilah takat nak lepaskan gian ber-outing. Yang pasti, idaklah sampai nak kena rentas negeri bagai. Yang itu, kita bagi peluang yang duduk  jauh di perantauan balik puas-puas dulu. Ramai yang dah up status nak balik tu!! Rindulah katakan...Nasiblah family Syu duduk dalam satu negeri. Tapi nak balik tetap jugak takut-takut. Okay, tutup ceritanya kat situ. Jauh melalut dah ni πŸ˜‚.



Sejujurnya, Syu pun tak berapa ingat sejak bila Blogger ni mula bermasalah πŸ˜‚. Tapi yang pasti, ramai blogger-blogger lain dah banyak kali alami benda-benda macam ni. Termasuk Syu. Hari tu hangat pasal isu nak komen tak boleh. Macam-macam segala mak nenek keluar. ReCAPTCHA lah apa lah. Paling best bila tengah sedap-sedap menaip komen tiba-tiba hilang. Yang ni memang menyirap, sebab Syu sendiri pernah kena. Rasanya sampai ke hari ni masih belum selesai lagi isu pasal komen ni kalau tak silap Syu.



Sebelum ni Reading List Blogger pun pernah mengalami masalah. Kali ni page jadi lambat loading pulak. Dia jadi macam mana nak tahu? Bila Syu nak buat blog walking, sikit punya bercinta dia punya loading nak masuk page tuan tanah. Kadang tu sampai terpaksa cancel sebab terlampau lama sangat ambil masa. Tapi, ada sesetengah blogger yang Syu buat blog walking, tak ada apa-apa masalah pun. Actually, Syu ada jugak baca beberapa artikel pasal blog lambat loading ni. So, Syu share kan sikit point yang Syu dapat dengan korang. Harap bermanfaatlah.


    1. Blog template terlampau berat - Besar kemungkinan template yang korang guna terlalu banyak script, HTML kod, CSS & Javascript.
    2. Gunakan gambar bersaiz besar - Standard size yang patut digunakan sepatutnya berukuran 600 x 400 pixels (Maksimum 200Kb) 
    3. Blog sarat dengan widget - Mungkin sesetengah widget yang korang guna agak berat. Nak tak nak terpaksa jugak buang.
    4. Banyak iklan dipaparkan - Kalau korang set iklan Google Adsense ke auto, mesti tahu. Kadang-kadang diorang letak iklan kat website merata-rata sesedap rasa. Iklannya pulak ada yang lambat loading pulak tu. Yang ni korang ke manage iklan korang dekat Google Adsense.
    5. Hosting atau server Blogger sendiri yang memang bermasalah - Kalau Blogger yang buat hal memang tak boleh nak cakap apa lah. Kena sabar lah banyak-banyak walaupun sabar dah lama hilang .
    6. Terdapat banyak site ERROR - Ni korang boleh cek dengan tekan button F12. Kalau nampak merah-merah tu dia lah tu. Nak buat macam mana? Yang itu Syu sendiri pun tak tahu πŸ˜‚. 
    7. Terlampau banyak URLs - Hyperlink, backlink segala.

Sekiranya korang ada masalah blog lambat loading, Syu rasa ada baiknya korang cek dahulu satu-satu point yang Syu dah listkan ni. Jangan terus jump to conclusions dengan tukar template blog pulak. Kaji dulu satu-satu tau. Tapi kena bertabah sikitlah yer. Jadi Blogger ni memang kena banyak bersabar πŸ˜‚. Tambah-tambah bila melibatkan masalah teknikal blog macam ni. Kalau terer tak mengapa. Macam Syu ni jangan cakaplah. Masih merangkak lagi nak belajar pasal dunia Blogger ni. Bila sampai satu tahap korang dah tukar template pun masih tak jalan jugak. Jawapan terakhirnya satu jer - SILA SALAHKAN BLOGGER!! Mesti diorang punya server yang bermasalah πŸ˜‚. By the way, Syu nak tanya. Blog Syu lambat loading tak? (Sila jujur πŸ˜‚)

Kenapa Blog Lambat Loading?

Oktober 12, 2021

Ogos 27, 2021

Intellifluence : Apa Perlu Buat Sebelum Buka Akaun Intellifluence?

Intellifluence
Intellifluence - Tips

Salam Jumaat sahabat-sahabat blogger. Nak dijadikan cerita, semalam Syu dah lengkap terima dos vaksin kedua Pfizer di PPV Seri Iskandar. Alhamdulillah, setakat hari ni masih belum ada apa-apa kesan sampingan. Harap takde langsung lah kesan sampingannyaπŸ˜…. Bukan apa, husband Syu hari tu demam jugak lah dalam 2 hari lepas kena cucuk. Siap ada sakit dada bagai. Mungkin sebab husband Syu ada sakit jantung & tekanan darah tinggi agaknyer. Apa-apa pun syukur alhamdulillah, kesan sampingannya tak lah berapa teruk sangat. Actually, Syu sempat jugak tanya orang yang dekat PPV semalam. Katanya kesan sampingan tu bergantung pada sesetengah orang jugak. Ikut antibodi. Emmm...meleret pulak berceritaπŸ˜‚.  Macam dah lari tajuk nampak gayanya ni!! πŸ˜†

Okay-okay. Kita berbalik kepada topik. Actually, hari ni Syu nak cerita sikit pasal Intellifluence. Tak banyak pun, ada dua point jer. Kat sini Syu nak bagitahu, apa yang perlu korang perlu buat sebelum korang buka akaun Intellifluence. 


1) Buka akaun Paypal

Akaun Paypal ni penting tau. Bukan apa, sebab segala payment dari Intellifluence ni akan dimasukkan di sini. Nak bukak akaun PayPal ni tak susah mana pun. Korang just pergi dekat website Paypal & sign-up jer macam biasa. Tapi korang kena ingat satu perkara. Duit dari Paypal ni bukan korang boleh guna terus tau. Dari Paypal ni korang kena buat withdrawal dengan men-transfer duit korang ke akaun bank yang korang dah link kan. Lepas dah masuk dalam akaun korang, baru boleh guna 😁.  Pada yang nak sign-up Paypal, korang boleh klik SINI, Insyaallah. kalau ada kelapangan. Next time Syu akan cerita macam mana nak sign-up akaun PayPal.


2) Tukar domain

Kalau korang nak buat duit Intellifluence guna blog. Korang kena make sure yang korang tak guna domain tumpang. Domain tumpang ni macam blogspot.com & wordpress.com. Bila korang ada domain sendiri, korang akan nampak independent & senang untuk diterima bila apply job dekat marketplace. Actually, ada banyak lagi platform yang korang boleh gunakan untuk ber-Intellellifluence selain dari blog.  Contoh macam YTube, Tiktok & Instagram. Tapi incomenya lagi banyak kalau korang buat job melalui blog korang. Alang-alang korang dah ada passion dalam dunia blog. Apa salahnya kalau korang buat dia nampak lagi official dengan tukar domain. 

Pada yang tak tahu, pertukaran domain ni korang boleh buat dekat mana-mana service provider yang bagi khidmat tukar domain. Setakat ni, Syu rasa NetKL lah yang paling terbaik untuk beli domain. Harganya kira agak berbaloi jugaklah. Service pun boleh tahan cepat 😁. Sebelum tu nak bagitahu, cas pertukaran domain NetKL akan naik harga tau start bulan depan. So, for those yang ada niat nak tukar domain. Inilah masa yang terbaik. Alang-alang nak tukar domain tu, terus panjangkan tempoh luput domain. Yang ni maksimum korang boleh buat sampai 9 tahun. Lama kan? πŸ˜‹

Lepas korang dah ada dua benda ni. Barulah korang boleh ber-Intellifluence dengan jayanya. Bila dah ada domain sendiri, insyaallah nak apply job dekat mana-mana marketplace pun senang πŸ˜‰πŸ’•.  Pada yang belum join, korang boleh klik SINI untuk sama-sama jana income USD dengan Syu. Pada yang dah ada akaun Intellifluence, tapi masih lagi lost. Jangan risau. Drop pertanyaan korang dekat contact form. Insyaallah, selagi mana Syu boleh tolong. Syu cuba tolong πŸ˜ŠπŸ’•.

Intellifluence : Apa Perlu Buat Sebelum Buka Akaun Intellifluence?

Ogos 27, 2021

Ogos 20, 2021

Domain NetKL Naik Harga 😁

Domain
Domain

Salam, pelanggan NetKL yang dihormati.


Berikutan pengumuman kenaikan harga domain oleh registry domain (Verisign) baru2 ini (yang akan bermula 1 September 2021), NetKL tiada pilihan selain turut menaikkan harga jualan domain kami.


❤ Cinta hatimu : NetKL ❤


Kemarin ada terima surat cinta dari NetKL melalui email. Katanya harga domain naik harga bermula awal bulan September ni πŸ˜‚. Apa boleh buat. Redha jelah. Tapi tak ngape. Naiknya RM5 jer. Masih mampu lagi. Demi blog ku turutkan jua πŸ˜πŸ’•. Pada yang beli pakej "Advance Users" tu memang tak heran dah pasal domain fees ni naik, sebab domain diorang free of charge (FOC) πŸ˜†. Tapi bayarnya memang tersedulah jugak tengok. Kita-kita yang blogger picisan & ambik pakej biashe-biashe ni jer kena bayar. Hi3. By the way, kat bawah ni Syu listkan senarai harga baru domain-domainnya yer.


JENIS DOMAIN HARGA ASAL HARGA TERKINI
(Mulai September 2021)
com. RM45 RM50
net. RM49 RM55
org. RM52 RM55
biz. RM60 RM75

So, itulah harga terkini domain lepas ni. Actually, masih sempat lagi kalau nak register & renew domain dengan harga asal. Kalau ada pulus lebih, boleh renew awal & panjangkan sikit tahun expirednya ( Maksimum 9 tahun). Janji buat sebelum awal bulan depan lah yer πŸ˜‰πŸ’•. Roger jer orang NetKL. Insyaallah diorang boleh tolong.

Domain NetKL Naik Harga 😁

Ogos 20, 2021

Ogos 17, 2021

Encik Suami Tanya : Tak Berblog Ke Hari Ni?

Laugh

Bila suami tanya soalan macam ni, kepala otak ni mulalah nak "shock ". Ha3 πŸ˜†. Sebab selama ni kalau Syu menghadap laptop seharian, mesti husband Syu dah bising.  Bila tiba-tiba ditanya soalan macam tu, so Syu jadi terpaku terpana & terkesima sekejap (Otak ku bertanya : "Mimpi apakah aku?"πŸ˜‚). Ni mesti sebab terbeliak biji mata tengok duit Intellifluence hari tu agaknya πŸ˜†. Baru dia tahu, berblog boleh buat duit. Barangkali, dia ingat Syu buang masa agaknya menghadap laptop hari-hari. 


Nak dijadikan cerita, hari ni Syu malas sungguh nak bukak laptop. Actually, Syu dah siap-siap scheduled kan Syu punya post. Tapi satu jelah πŸ˜†. Kalau korang nak tahu, seharian ni Syu banyak habiskan masa mengemas rumah,layan anak-anak bulus & tengok movie Tamil. Bila husband Syu tengok sejak beberapa hari ni Syu asyik bersenang lenang macam tu jer, dia jadi macam pelik πŸ˜…. Selalu dia nampak Syu  sibuk menghadap laptop sampai ke subuh. 


LOL


Tapi, sejak beberapa hari ni husband Syu tak nampak pun Syu buat rutin harian Syu tu dekat meja kerja. So, dia rase hairan. Itu yang tiba-tiba keluar soalan yang memelikkan segala isi otak Syu tu. Apa husband Syu ingat otak ni sepanjang masa ada idea nak menulis? Adoyai πŸ˜‚. Sedangkan nak masak hari-hari pun boleh kebuntuan idea, inikan pulak berblog yang nak kena perah otak bila nak menulis.


πŸ˜ŠπŸ’•Apa-apa pun Syu bersyukur, husband Syu tak pernah melarang Syu untuk terus menulis. Walapun pada awalnya, dia merasakan berblog ni macam tak ada faedah. Tapi selepas Syu buktikan yang Syu boleh dapat  "something" dari berblog ni, barulah dia sedar yang berblog ni bukan hanya platform untuk mencoretkan  madah-madah kata jer semata-mata. Eceh😁!! 


Pada Syu, even Syu tak dapat income sekalipun dari berblog ni, Syu tetap merasakan kepuasan. Sebab berblog ni seolah-olah macam tempat Syu untuk coretkan segala keinginan Syu untuk menulis. Walaupun, hanya sekadar blogger picisan. Tapi, Syu puas!! Dunia blog ni menjadikan Syu  "somebody" instead of "nobody". Kalau korang nak tahu, actually Syu tak berapa nak aktif sangat di sosmed  macam FB, Instagram & Twitter πŸ˜‚. Tak tahulah kenapa. Tapi di Blogger ni Syu rasakan diri Syu lebih menyerlah, sebab Syu ada rakan-rakan rahsia disebalik dunia blogger ni. 


Walaupun masing-masing tak kenal & tak pernah bertemu muka satu sama lain, tapi Syu rasa seronok. Barangkali, Syu suka orang yang Syu tak kenal, kenal Syu agaknya 😁.  Akhir kalam (Tiru ayat AO),  Syu berharap Syu akan sentiasa konsisten dalam dunia blog ni. Begitu jugak dengan rakan-rakan blogger Syu yang lain. Keep blogging & never stop sharing πŸ˜ŠπŸ’•!!  

Encik Suami Tanya : Tak Berblog Ke Hari Ni?

Ogos 17, 2021

Intellifluence : Pengalaman Jana Pendapatan

Intellifluence

Assalamualaikum & apa khabar sayang-sayang sekalian. Tiberkan!! Ha3 πŸ˜†. Sejak dua menjak ni memang malas betul nak create post kat blog. Puncanya sebab tak bukak laptop 😁. Tapi, apa-apa pun Syu sempatlah jugak luangkan masa sikit buat random blogwalking guna handphone. Hari ni, mood ada ON sikit & Syu cadang nak cerita pasal perkembangan terkini Syu punya Intellifluence. 

Sejujurnya, masa mula-mula join dedulu, macam-macam persoalan & keraguan bermain-main dekat kepala otak Syu (Otak ku berkata : "Dapat duit ke join Intellifluence ni? πŸ˜…"). Tapi, selepas Syu selesai complete kan Syu punya task & dapat gaji pertama dari Intellifluence, akhirnya segala persoalan Syu pun terjawab. Even, husband Syu pun terbeliak biji mata lepas Syu tunjuk hasil Syu ber-Intellifluence yang masuk dalam akaun Paypal Syu (Dalam hati : "Baru miker tau!! Ha3 πŸ˜†")  

Intellifluence : Pengalaman jana pendapatan

Kalau nak diikutkan, rasanya tak sampai dua bulan pun Syu join Intellifluence ni. Asalnya, Syu cuma nak kan badge Intellifluence tu jer sebenarnya πŸ˜†. Dengki sebab tengok ade sesetengah blogger tepek dekat sidebar. Tak badge Intellifluen, badge Nuffnang. Dek kerana nak kan badge, tak sangka pulak boleh terjebak sejauh ni. Walaupun Syu tak berapa tahu pasal Intellifluence ni, tapi Syu gigih jugak nak cuba & tengok sejauh mana kebenaran nya. Ada hasil ke? Betul ke boleh dapat duit join Intellifluence ni? Entah-entah fake & tak legit. Nak tak nak, Syu cuba lengkapkan Syu punya profile satu per satu then Syu submit application dekat mana-mana marketplaces yang bersesuaian dengan kriteria Syu. Actually, masa ni Syu punya profile masih belum lengkap 100%. Lepas Syu follow satu-satu requirement yang Intellifluence nak baru Syu dapat profile yang betul-betul lengkap. Alhamdulillah, akhirnyaa selang beberapa hari lepas submission, Syu dapat notification. Mula-mula tu macam tak berani jugak nak accept pitch. Tapi, Syu buat mana yang termampu & tawakkal jer lepas dah submit Syu punya task. Dapat tak dapat, lantak kan ajer. 




TASK PERTAMA INTELLIFLUENCE


Actually, kalau korang nak tahu, post Syu pasal permainan game online Plays.org bulan sudah tu antara salah satu job yang Syu dapat dari Intellifluence ni. Dek kerana Plays.org ni lah, Syu dapat lengkapkan profile Intellifluence Syu dengan jayanya. Masa mula-mula terima job task ni dari Plays.org ni, Syu agak takut jugak sebenarnya. Bukan apa,risau kalau-kalau Syu ter-miss apa yang diorang nak. Nak siapkan task dari Intellifluence ni tak lama mana pun. Tapi disebabkan Syu nak diorang puas hati dengan hasil kerja Syu, so makan masa satu hari jugaklah nak siapkan. 


Intellifluence : Client's feedback
Seronok bila orang suka dengan hasil kerja kita πŸ˜ŠπŸ’• . Rasa dihargai sangat-sangat. Thanks Christine!!


Lepas posted review dekat blog, kemudian Syu submit task Syu dekat Intellifluence. Alhamdulillah, Syu tak sangka Plays.org gembira & berpuas hati dengan hasil kerja Syu. Siap tanya lagi Syu pakai tools apa sampai buat Gifs tu nampak cantik. Sejujurnya, malu jugak nak cakap sebenarnya, tapi dah orang tanya. Kita bagitahu jelah kita pakai Canva πŸ˜…!! Nak ngedit pakai Photoshop segala dah tak berapa nak reti. Sebab skills Syu dah lama berkarat. So untuk selamatkan keadaan, Syu Canva kan ajer. Senang!!  Materials semua dah ada. Cuma nak olah sikit jer. 




MASYUK KE BUAT JOB DEKAT INTELLIFLUENCE NI?


Masyuk tak masyuk bergantung pada diri sendiri sebenarnya. Walapun untuk satu job hasilnya tak cecah ribu-raban, tapi pada Syu kalau dikumpul banyak-banyak barangkali boleh cecah jugak ribu-raban tu. Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Silap haribulan, orang income tax pun kejar kita tau. Ki3 πŸ˜…. Cuma nak kena rajinlah. Tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunyer yer dak?


Nasihat Syu lah kan. Kalau boleh pelbagaikan platform untuk ber-Intellifluence. Jangan terhadkan pada blog semata-mata. Kalau job mintak buat review dekat TikTok, kita create satu akaun TikTok untuk buat review. Kalau job mintak buat review dekat YTube pulak, bukak satu channel Ytube. Dari situ, baru boleh dapat jana income lebih. 


Intellifluence payment
Lepas dah convert duit Malaysia, dapatlah jugak dalam RM400 lebih. Okay lah kan? Siapa nak bagi banyak macam tu?


Dari Intellifluence ni, Syu nampak yang kita sebagai blogger ni masih boleh dapat duit tepi selain jana pendapatan dari iklan Google Adsense. Sejujurnya lah kan, sejak Syu berjinak-jinak semula dalam  blog ni, Syu rasa jana income melalui Intellifluence lagi cepat berbanding dengan Google Adsense. Kalau Google Adsense ni ambik masa sikit nak jana pendapatan sebab dia base on pageviews, clicks & segala macam mak nenek yang sampai hari ni pun banyak benda yang Syu tak habis explore lagi. Dah lah nak apply pun sikit punya bercinta nak tunggu approve. Lepas tu, beriklan sikit punya nak penuh blog πŸ˜‚. Bayarnyer ciput jer. Ini dari sudut pandangan jujur Syu lah yer 😁.

Otherwise, kalau korang rasa jana income dari Google Adsense lagi vavavom, silakan. Tak ada larangan. So, done tulis panjang lebar pasal pengalaman Syu jana pendapatan dari Intellifluence. Next, insyaallah Syu akan perbanyakkan lagi post berkenaan Intellifluence ni dari masa ke semasa. Supaya kita boleh jana income sama-sama melalui Intellifluence ni. Amin.Doa-doakan yer πŸ˜‰πŸ’•.

Intellifluence : Pengalaman Jana Pendapatan

Ogos 04, 2021

Reading List : Dah Selesai Menggila!! πŸ˜…

Happy

Reading list

Alhamdulillah. Hilang dah kegusaran hati & fikiran Syu pasal reading list ni. Lega rasa bila dapat tahu yang masalah tu datang dari pihak blogger πŸ˜…. Risau jugak benda macam ni jadi, especially bila melibatkan blog Syu. Dahlah kita ni blogger sendu yang baru nak kembali berjinak-jinak dalam dunia blog. Bila kena situasi macam ni mulalah gelabah nak melatah πŸ˜†. Sejenis Syu, macam ni lah perangai dia. 

Selepas ni bolehlah Syu membaca post terkini rakan-rakan blogger Syu dengan aman & damai. Terima kasih sangat-sangat pada rakan-rakan blogger Syu yang bagi feedback/respond kepada permasalahan Syu tempoh hari. Komen korang memang sedikit sebanyak membantu Syu untuk terus meredhai & merestui tindak tanduk blogger sejak dua menjak ni πŸ˜„ (skema nau ayat) . 




Penting sangat ke reading list? 


😊Penting (angguk)!! Mungkin ada sesetengah blogger anggap bahagian reading list ni tak ada apa sangat. Tapi bagi Syu section ni paling penting untuk Syu. Ni antara sebab-sebabnya kenapa Syu rasa runsing bila  "All blogs" pada dashboard reading list blogger tak muncul-muncul :

1) Tak dapat tengok update terkini rakan-rakan blogger

Selama hari ni, Syu hanya akan tengok post blogger-blogger yang aktif jer. Bila ada something wrong dekat reading list ni, segala post terbaru yang korang dah published,memang Syu tak dapat tengok. Even nak baca pun Syu tak boleh. Kiranya Syu tak tahu apa update terkini blog korang. 


2) Susah nak buat blogwalking

Kalau nak tahu dari sinilah Syu boleh baca & blogwalking korang punya blog hari-hari. Bila "All blogs" dalam reading list Syu tak berfungsi, memang Syu mati akal sebab masalah teknikal macam ni sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja Syu nak membawang dekat blog korang πŸ˜…. Tu pasal Syu memang perlukan sangat-sangat reading list Syu ni berfungsi dengan baik. Supaya Syu dapat tinggalkan jejak Syu dekat blog korang & sekaligus boleh naikkan korang punya pageviews. Memang tak dinafikan yang Syu boleh buat blogwalking guna cara lain (senarai bloglist, komen blogger-blogger, senarai followers & followed blogs) 


3) Ramai blogger dah tak aktif

Sekarang ni ramai blogger-blogger hebat yang Syu follow dekat luar sana dah tak aktif berblog. Ada yang sampai bertahun-tahun tak published apa-apa post. Bila "All blogs" Syu berfungsi dengan elok, Syu hanya akan dapat post dari blogger-blogger yang aktif jer. So, sekaligus bloger-bloger yang tak aktif akan diasingkan dari dashboard reading list. Kat sini sedikit sebanyak dah memudahkan kerja Syu untuk baca blog post dari tak tentu hala bercari dalam dashboard reading list. 


4) Jimatkan masa

Kadang-kadang, kita ni bukanlah nak hadap blogger ni sehari suntuk. Sebab masing-masing ada komitmen & tuntutan kerja selain berblogger. Mungkin dalam sehari tu dapat jenguk blog dalam sejam dua jer πŸ˜‚. Selebihnya masak, mengemas rumah, basuh berak anak (statement mengalahkan mak budak πŸ˜†) , macam-macam kerja lah!! Jadi untuk menjimatkan masa bercari sana sini, zon reading list ni yang mainkan peranan penting untuk Syu tengok post korang. Dari situ baru Syu akan merayap-rayap singgah blogwalking blog-blog yang lain.


5)  Kurangkan penggunaan data internet

Syu punya internet ni idaklah advance macam korang punya πŸ˜…. Streamyx, Unifi & unlimited data segala tu memang Syu tak pakai. Jadi, blogger picisan ni memang gitu. Data & line biashe-biashe jer buat permulaan dalam berblog. Esok lusa bila dah disukai ramai, baru boleh upgrade sikit. Jadi, penjimatan data tu penting untuk Syu sekarang. Supaya Syu boleh kekal menulis & follow perkembangan rakan-rakan blogger Syu.

Itulah antara sebab-sebabnya kenapa Syu perlukan sangat reading list Syu ni. Rasanya cukuplah tu bebelan Syu pasal reading list ni. Dua minggu berturut-turut ni asyik fikir pasal reading list jer. Sembang dengan blogger Atiqah pun pasal isu ni jugak πŸ˜†. Jem dah otak. Kita tutup kes okey!! Jom sambung tengok Olimpik Tokyo 2020. Meremang sungguh tengok performance "The Pocket Rocketmen" & Firdaus Sharom tadi. Harap ada lah harapan untuk kontigen Malaysia dalam Olimpik Tokyo ni πŸ˜ŠπŸ’•. 

Reading List : Dah Selesai Menggila!! πŸ˜…

Ogos 04, 2021