Posts with the label JJCM
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan

November 09, 2021

Family Mart Kuala Kangsar, Perak

Ni alkisah hari Ahad minggu sudah. Tak jangka udah malam-malam baru nak keluar jalan-jalan ke Kuala Kangsar. Niat asalnya nak perkena Street Coffee dekat Tambun. Tapi, kedainya tak buka pulak πŸ˜‚. Sudahnya lajak ke Meru nak beli air Big Cup. Malangnya. Kedai tu pun dah tutup jugak. Nasiblah kan...siapa suruh malam-malam baru nak sibuk-sibuk jalan-jalan cari makan (JJCM) kan.



Bila apa yang dihajat tak dapat. So, teruslah lajak ke Kuala Kangsar jalan-jalan cuci mata. Saja nak merasa suasana malam dekat Kuala Kangsar macam mana. Dah lama jugak tak ke sana 😁. Sampai-sampai jer ingatkan sendu pekannya. Rupa-rupanya boleh tahan jugak meriah. Almaklumlah, hari Jumaat sudahkan hari bersempena sambutan Kelahiran Sultan Perak. Jadi, tak hairanlah kalau sisa-sisa kemeriahan tu masih ada lagi.



Cadang nak snap lah barang satu dua gambar sebagai bukti jalan-jalan dekat Kuala Kangsar ni. Kamera handphone cikai Syu ni pulak yang tak berapa nak semenggah sikit bila ambik gambar πŸ˜‚. Tambah-tambah waktu malam. Hasilnya dapat snap gambar dalam Family Mart jer. Jadilah yedak daripada tak ada langsung. 


Bahagian makan Jepun macam onigiri tu memang antara Syu punya favourite. Kalau tak diet memang dah borong banyak dah 😁.

 

Agak terkejut jugaklah sebenarnya dekat pekan Kuala Kangsar dah ada Family Mart πŸ˜…. Ingat belah Ipoh jer yang ada. Selalunya lah kan, kalau Family Mart dekat Ipoh ni memanjang ajer penuh orang dok beratur nak masuk berbeli. Entah bila nak lengang pun tak tahu. Tapi, dekat Family Mart cawangan Kuala Kangsar ni memang best!! Sebabnya, tak ramai orang. Syu sampai-sampai jer memang legang. Makanan pun masih banyak lagi & cuma certain items yang dah clear dekat rak & chiller jer diorang isi balik.



Memandangkan Syu tengah on diet, jadi Syu cuma grab Onigiri dengan Frappe (Syu pilih perisa Kyoho Grape) jer. Selebihnya semua encik suami yang punya πŸ˜‚. Macam-macam lah yang diambilnya. Sandwich, roti, cheesecake yang lonjong tu dengan air teh peach (Serius tak sedap air tehnya!! πŸ˜…). Nasib dah puas makan oden dekat rumah hari tu. So, tak ada lah dibelinya oden. Kalau tak, mesti masuk list jugak tu  πŸ˜†. 


KIRI : Dia punya tenung tu macamlah roti-roti ni tak ada dekat convenient store yang lain. Kalau tak dilarang beli, mesti nak beli jugak. KANAN : Nampak tak bertapa lengangnya Family Mart dekat Kuala Kangsar ni πŸ˜…. 

Frappe tu serius tak sedap. Nyesal beli πŸ™„

So, inilah hasil yang sempat di grab di Family Mart Kuala Kangsar. Lepas dah tak tahu nak pergi mana, kitorang berdua pun bergerak lah balik ke sarang lalu jalan Manong. Kalau ikutkan boleh jer nak guna highway. Saja jer nak rasa suasana malam guna jalan kampung. Nak kata jalannya sunyi sepi tu idaklah, masih ada jugak orang yang lalu lalang walaupun masa tu jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam πŸ˜…. Yang pasti, kitorang sampai rumah pukul 1.30 pagi. Esoknya, memang nenong-nenong lah masuk kerja laki bini sebab masing-masing kerja pagi. Rasakan!! Siapa suruh JJCM tak planning dulu πŸ˜‚. 

Family Mart Kuala Kangsar, Perak

November 09, 2021

Oktober 03, 2021

7 Eleven : Slurpee Strawberry Yogurt + Tutti Frutti

Kemarin keluar dating tak dapat dine-in, semalam kitorang laki bini cuba nasib untuk terjah lagi mana-mana kedai yang buka untuk dine-in. Bukan apa, saja. Malas nak masak hari ni 😁. Bukan selalu mood malas masak ni datang. Lepas jer Maghrib, kitorang pun keluarlah jalan-jalan cari makan. 



Actually, dah ramai dah peniaga-peniaga yang dah start buka kedai & meniaga tepi jalan. Tapi, yang open untuk dine-in cuma ada dalam dua tiga kerat. Kalau buka pun, hanya terhad untuk beberapa meja jer. Even, kedai makan yang Syu selalu pergi makan sebelum-sebelum ni pun masih belum ready nak terima pelanggan untuk makan dekat kedai. Sebabnya ada lagi pekerja diorang yang masih belum lengkap divaksin. Diorang cuma berani open untuk take-away jer. Sedihnya. Kita nak dine-in. Sob2 😒.



Bila dah hajat nak dine-in asyik tak tercapai, apa lagi. Merata-rata lah kitorang meronda. Bayangkan. Dekat 3 kali lalu mainroad simpang nak masuk ke taman rumah sendiri.  Tak masuk-masuk jugak, macam orang sesat tak jumpa jalan balik rumah πŸ˜‚. Nak tapau makan dekat akak nasi goreng udang selambak tu dah habis lah pulak. Nak tak nak merondalah kitorang cari makan. Actually ada banyak jer kedai makan buka. Even yang meniaga tepi jalan pun bersusun. Cuma tak biasa pergi. Nak cuba tak berani. Takut tak sedap 😁.


Apa yang dicari pun tak tahu lah. Kejap ke depan, kejap ke belakang πŸ˜ƒ. Dah lah 7 Eleven ni  boleh tahan jugak mahal barang-barang dia πŸ˜‚. Kalau masuk kedai Eco 2 tak ngape lah jugak pusing  depan belakang isi penuh raga πŸ˜†.

Gara-gara tak nak balik rumah punya pasal πŸ˜‚. Kitorang pun meronda-ronda macam orang gila bercari makan. At least, takdelah balik bawa tangan kosong kan. Lepas tapau makan dekat kedai Pak Jabit, kitoang pergi bercari burger dekat taman rumah bujang husband duduk dedulu. Sampai-sampai jer, abang burger pulak tutup kedai kejap sebab gas habis πŸ˜…. Aduhai. Spoiled lah. Dek kerana burger abang tu sedap, so kitorang pun decide untuk tunggu. Sementara menunggu tu, kitorang pun pergi menyinggah pulak 7 Eleven bercari jajan & Slurpee. Nasib  7 Eleven nya dekat belakang stall  abang burger tu jer. Sekali sekala apa salahnya selit selingan sikit. Janji keluar 7 Eleven, abang tu dah siap pasang gas kat dapur dia  πŸ˜.

Memandang bigboss sorang ni pernah kerja 7 Eleven , kita bagi dia buat. Mana tahu time tengah isi  Slurpee tu dia boleh flashback balik pengalaman dia kerja kat 7 Eleven πŸ˜†.

Seelok-eloknya kalau korang nak beli Slurpee, better jangan campurkan macam Syu buat ni. Ni nasihat daripada husband Syu lah. Tapi masalahnya, dah beli masuk kereta baru nak bagitahu. Tadi time masa kat dalam 7 Eleven tak nak cakap. Menyirap pulak rasa πŸ˜‚. Bila korang asingkan at least korang boleh rasa perisanya satu-satu. Tapi itu kalau korang beli lebih dari  satu cup lah. Kalau korang beli satu cup jer, lagi baik campur dua-dua. Takkan korang nak beli sampai dua cup kan kalau nak minum sorang. 


Pada Syu Slurpee Strawberry Yogurt  ni sedap jugak rasa dia. Ada rasa masam-masam manis strawberry & bergas. Cuma dia tak boleh challenge kesedapan flavour yang Tutti Frutti tu jelah πŸ˜‹. Yang pasti sedap. Sedap lagi dari air yang berkeladak hari tu (Masih tak boleh move on dengan air yang satu tu πŸ˜…). Apa-apa pun, overall Syu suka kedua-dua flavour Slurpee ni. Rasa macam nak pergi mengulang beli lagi pulak esok. Bukan apa, bila sedut tu memang layan gila. Tambah bila minum time malam-malam. Memang rasa macam kena freeze kejap kepala otak ni πŸ˜†.

Jadilah dapat sorang satu cup. Kalau beli satu  jer nanti  takut berperang. Ada sedut banyaklah apa lah. Padahal Slurpee jer pun  πŸ˜œ.

7 Eleven : Slurpee Strawberry Yogurt + Tutti Frutti

Oktober 03, 2021

September 27, 2021

Ber- Wakaka Hari Ni

Wakaka

Di petang Isnin yang panas litlit ni Syu sempat habiskan sisa-sisa waktu WFH yang ada untuk Syu keluar santai-santai dengan husband Syu. Bukan apa, hari Jumaat ni dah kena start masuk kerja macam biasa dah. So, lepas ni takkan ada dah masa senggang Syu nak santai-santai melainkan hujung minggu. Kalau ikutkan Syu tak nak keluar pergi mana-mana pun hari ni. Tapi bila encik somi dah ajak, kita turutkan jelah.

Actually, hari ni  husband Syu kena pergi sukat uniform kerja dekat satu tailor di pekan Ipoh sebab uniform yang dia pakai sekarang ni dah tak boleh pakai dah. Lagipun uniform tu untuk kegunaan sementara jer & sepatutnya dipakai oleh department lain. So, nak tak nak kena lah tukar jugak.  Yang tak syoknyer bukan apa, uniformnya dah tukar jadi set baju kemeja. Dulu jaket tak payah sibuk-sibuk Syu nak iron. Bila dah tukar kemeja kenalah spentime sikit untuk sesi mengosok baju. 


Lepas jer pergi tailor shop, niat hati kononnya nak dine-in lah dekat kedai Restoran Fuziah Nasi Ayam Pasar Bulat Ipoh. Sedih. Diorang masih belum buka lagi untuk dine-in😒.  Jadi, tapau balik dine-in dekat rumah jelah penyudahnyer. On the way nak balik tu, husband ajak pulak pergi kedai Eco 2 dekat Simpang Pulai. Puncanya nak beli toilet gel stamp jer. Bukan apa, husband Syu suka tengok toilet bowl ada bunga-bunga kat dalamnya. Tambah pulak bila flush tu ada bau wangi. Kalau ikut Syu, memang Syu takkan pakai benda-benda macam tu. Bukan apa, payah nak nyental dalam mangkuk tandas tu πŸ˜†.



Bila singgah nak berbeli stok pulak tak ada. Memang laku keras jugak benda tu πŸ˜ƒ. So, husband gigih ajak pergi ke Eco 2 Batu Gajah pulak. Pun tak ada stok. Nampak gayanya kena beli dekat Shopee jugaklah jawabnyer. Bila nak berbeli tu dah tak ada, macam biasa lah. Mesti ada buat selingan lain punyaπŸ˜‚. Ngam-ngam keluar kedai Eco 2, nampak pulak kiosk Wakaka dekat sebelah. Apa lagi, menabur duit dekat situ lah pulak. Tapi kitorang tak order banyak pun, sebab tak nak membazir. Lagipun dalam kereta ada lagi benda pemakan yang kitorang dah beli. Takut nanti tak termakan 😁.


Wakaka
Katanya nak order waffle. Tapi pergi tengok air tu dah kenapa πŸ˜†.

Jadi, inilah hasilnya yang sempat kitorang laki bini grab dekat Wakaka. Sedap air dari Wakaka ni. Boba dia senang jer nak kunyah. Tak macam yang brand satu lagi tu. Nak kunyah sikit punya bercinta. Macam makan chewing gum πŸ˜‚. Syu, tak ingat berapa total semua ni tadi. Sebab resit dah selamat masuk dalam tong sampah. Rasanya dalam RM12 kalau tak silap. Yang Syu perasan tadi, air boba ni RM7 untuk satu cup. Boleh lah kan. Sekali sekala nak merasa. Kalau hari-hari tala air ni, memang potong kaki jawabnyer.


Wakaka
Kitorang just beli Brown Sugar Boba Cappucino & waffle . 

Ber- Wakaka Hari Ni

September 27, 2021

April 08, 2021

Kopi Espresso Jalanan Premium (ESC)


Malam ni Syu bawakan khusus buat penggemar-penggemar kopi espresso premium dari Espresso Street Coffee(ESC) Ipoh yang rase dia sememangnyer sedap, pekat, likat, melekat, terangkat!! Sekali cuba mesti terpikat!! Gittew!!πŸ˜‹ 

ESC ni kalau korang nak tau baru sahaja beroperasi pada bulan Februari yang lalu & gerainya terletak di jalan Sci 1/2 Sunway City, Ipoh. Nak tau lebih lanjut korang boleh pergi ke FB page diorang Espresso Street Coffee.


Terus terang Syu cakap, once korang cuba kopi espresso dari ESC ni gerenti korang akan jatuh cinta. Sebab apa? Dia punya rasa tu masyaallah... memang setanding jenama-jenama coffee drinks yang mahal-mahal yang ada kat Malaysia ni. Cuma konsepnya adalah "Street Coffee" atau "Kopi Jalanan". Siapa sangka kan... Kopi espresso premium macam ni boleh ada di jual di jalanan. Siap ada coffee machine & coffee grinder bagai. 


Dari segi penyediaan dia kalau korang tengok la kan, fuhhh...memang style ala-ala cafe & coffee shop. Tapi, portnya adalah tepi jalan.

Actually, kalau ikutkan ramai yang tak tahu akan kemunculan ESC ni. Tapi sejak diviralkan oleh youtuber Azfar Badrul(AB), alhamdulillah...makin maju bisnes brother ni. Dua kali Syu cuba pergi tak dapat nak beli sebab sold out gara-gara penangan viral AB. Akhirnya, buat kali ketiga baru lah Syu dapat merasa. Jujur Syu cakap, memang sedap kopinya. Memang sangat rugi kalau korang tak cuba. Kalau korang nak tau lebih pasal penceritaan kopi brother ni, korang boleh tengok Channel AB ni.


Walaupun statusnya adalah "kopi jalanan", tapi standard & kualiti penyediaan memang brother ni jaga dari A  sampai Z tau. Coffee powder yang brother ni guna memang di grind fresh dari biji kopi yang dibeli khas dari supplier biji kopi dari Gerik. 

Serbuk kopi yang brother ni guna dia ekstrak sekali jer tau. Once dapat dia punya pati (espresso) hampasnya tu terus dia buang. Takde recycle guna banyak kali. Salah satu sebabnya adalah untuk bagi korang rasa kopi espresso yang betul-betul umph!!

Serbuk kopi akan dimasukkan ke dalam cup & akan diekstrak patinya menggunakan espresso machine bagi mendapatkan espresso.

Harga kopi espresso yang sememangnyer mampu beli!! 

Machiato & Signature ESC. 

So, kalau korang turun Sunway City Ipoh, korang WAJIB cuba kopi espresso brother ni dekat area Tambun. Sambil-sambil korang berbeli tu secara tak langsung korang dah support & membantu bisnes brother ni jugak. Lagi satu, korang juga jangan lupa support & subscribe channel brother Azfar Badrul(AB) kita di Azfar Badrul Channel. Next entry sekiranya ada kelapangan Syu akan buat entri pasal AB Channel ni pulak okay.

Kopi Espresso Jalanan Premium (ESC)

April 08, 2021

Mac 22, 2021

Lama Tak Perkena Mr.Steak House!!

Hurmmm....dapnyer!! Lama betul tak makan Mr.Steak House kat Kompleks Pernama ni. Rasenyer adalah lah dekat 4 tahun tak datang ke sini. Last makan sini dulu tahun 2017 kalau tak silap. Tu pon sebelum kahwin. Kiranya kalau lapar, ni la port dating Syu ngan husband masa tu. Asal gaji jer ke sini la jawabnyer. Bukan pergi wayang ke karaoke ke...tapi pergi makan!!πŸ˜†

Memandangkan mood nak memasak hari ni pon agak ke laut sikit, so setelah membuat perhitungan dengan sang suami maka dengan rasminya, hari ni gantung periuk kuali satu hari lagi!! Yakyakyeh!!😁. 

Hari-hari asyik makan homecooked jer lama-lama jemu jugak. Ye dak? Tambah-tambah yang jadi tukang masak ni lagi lah...kadang tu sampai dah tak tau nak masak apa.
Yang Syu order ni Chicken Marryland nama dia. 
Kalau korang nak tau, Chicken Marryland ni memang menu favourite Syu. Last time masa datang sini pon memang menu ni jugak yang Syu order. Tapi kan...makanan dia kali ni macam ada kurang something lah. Mungkin cara plating dia kot, tak pon sos dia keπŸ˜—? Jap, bagi Syu godek gambar lama japπŸ˜‚!!Ade...jangan ingat tak ade yer...
2017 : Chicken Marryland & Steak Combo
Hah!!Jumpa pon gambarnya. Betol lah...cara plating & sos dia ada berubah sikit. Tapi takpe, harga dia masih lagi berpatutan & berbaloi jika dibandingkan dengan steak house lain yang Syu pernah makan. 
Muka ada sinyum yer tuan-tuan & puan-puan!!Actually, yang tukang amik gambar ni pon senyum jugak sebenarnya sebab tak payah masak!!πŸ˜†
Kalau dekat steak house yang lain jujur lah Syu cakap yer...portion nyer sikit yakmat. Macam semalam Syu pergi makan kat satu kedai ni, memang sikit giler portion steak dia & sangat tak berbaloi dengan harga. Tu pasal hari ini menyinggah makan ke Mr.Steak House ni pulak gara-gara tak puas makan semalam.
Steak combo ni husband Syu punya.
Dekat kompleks ni ada jugak kedai-kedai lain tau korang. Fat Boy Kitchen & Warung Makan Ipoh pon kat sini jugak diorang punya port. Misal kata la kan korang tak nak makan makanan western, korang boleh pilih dua kedai ni untuk makan.

Macam Fat Boy, menunyer lebih kepada fast food macam burger, meatball, spagetti & onion ring ni. Warung Makan Ipoh pulak lebih kepada masakan ala-ala kampung gitu. 
Set onion rings memang terbaiklah korangπŸ‘.
So, kalau korang datang Ipoh, korang wajib datang makan kat kedai-kedai ni okay!!

Lama Tak Perkena Mr.Steak House!!

Mac 22, 2021