Posts with the label Jalan-jalan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

Januari 10, 2022

Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara

Alor Setar, Kedah


Rancang Lain. Perginya Tempat Lain|  Hari Rabu & Khamis lepas, Syu & encik suami luangkan masa bersama pergi jalan-jalan. Kalau ikutkan pelan asal nak ke Pulau Pinang sahaja. Tak sangka di saat-saat akhir tukar haluan bercuti ke Kedah & Perlis. Tapi, kami berdua tak sempat cover semua kawasanlah. Lagipun petang Rabu tu kami gerak dah agak lewat juga. Sampai di Alor Setar pun dalam pukul 12 tengah malam. Kerja gila kan. Itu pasal sebelum bertolak kitaorang berdua masing-masing tapau KOPI CANDU terlebih dahulu buat ubat hilangkan mengantuk 😁. Sejujurnya kitaorang berdua memang padu teruk terkena candu. Bayangkanlah, sepanjang perjalanan ke Utara kitaorang berdua tak rasa mengantuk langsung. Sesuai sangatlah nama kopi tu Kopi Candu 😂.


Ambil dari tepi jer. Malas nak jalan ke tengah menara nun 😛.


Di Alor Setar kitaorang tak ada buat aktiviti apa sangat pun. Lagipun kitaorang sampai pun dah malam. Jadi hanya sekadar ronda-ronda ambil angil malam sahaja. Sempatlah ambil beberapa keping gambar di Menara Alor Setar sebagai bukti ada jejakkan kaki ke sini 😁. Lepas ronda-ronda & tapau bekalan masa depan di Bandar Alor Setar, kami berdua laki bini pun bergeraklah menghala ke Bandar Changloon. Check in hotel budget di sana.



Kalau ikutkan kitaorang berdua cadang nak tidur dalam kereta jer. Tapi dek kerana memikirkan faktor keselamatan, ada baiknya kami berdua tidur di hotel. Berapa sangatlah harga semalaman pun. RM50 jer. Bukan apa, saja & sengaja menginap hotel di Bandar Changloon ni sebab esoknya kami merancang nak ke Padang Besar untuk sesi cuci mata & cuci poket (Poket encik suami yang pasti 🤣) . Dengar cerita dari kawan-kawan & saudara mara, segala baju, gebo (selimut) , periuk belaga semuanya murah-murah dekat sana. Betul atau tak. Syu sendiri pun tak berapa pasti. Sebabnya, Syu sendiri pun tak pernah pergi ke Padang Besar. Selalu mak Syu jer pergi ke sana jalan-jalan ikut rombongan.





Padang Besar, Perlis


Encik suami pulun lah cakap dua ketul gunung kat depan tu tempat Mok Cun berlakon. Syu gelakkan jer. Padahal kawan tu jauh duduk kat Kodiang nun 😂.


TAK ADA APA DI BUKIT KAYU HITAM | Keesokan paginya, lebih kurang dalam pukul 10 pagi kami berdua pun bersiap-siaplah untuk check out hotel. Sebelum bergerak ke Padang Besar, encik suami sempat bawa Syu ronda-ronda cuci mata ke Bukit Kayu Hitam. Katanya ada Kompleks Bebas Cukai. Sampai sana. Huh, tak ada apa!! Yang Syu nampak cuma RTD Border Control Station yang rupanya macam Tol Plaza. Dekat situ ada Pegawai Imigrisen jaga kenderaan & orang keluar masuk sempadan Thailand- Malaysia. Selebihnya ada lah beberapa banggunan yang duduk dekat tepi-tepi. Kompleks Imigrisen agaknya 😂. Bila tengok macam tak ada apa. Kami berdua pun bergeraklah ke Padang Besar terus.



PADANG BESAR, I'M COMING!! | Alhamdulillah, sepanjang perjalanan cuaca elok sangat. Jalan pun tak berapa nak sibuk. Memang lancar jer perjalanan kitaorang berdua dari Bandar Changloon ke Padang Besar. Sesampai di Padang Besar, kami singgahlah ke Arked Niaga Padang Besar terlebih dahulu. Parking masuk dekat kawasan parkir berhampiran arked - Kena bayar RM3. Pada yang belum pernah menjejakkan kaki ke Padang Besar macam Syu, untuk pengetahuan korang di dalam arked ni ada terdapat banyak kedai-kedai yang jual barang-barang seperti pekakasan dapur, pakaian lelaki & wanita, telekung, beg & kasut. Di bahagian luar arked pula kebanyakkan peniaganya menjual makanan-makanan kering seperti minuman, kekacang, snek & makanan ringan.


Nak kata murah sangat barang-barangnya tak juga. Lebih kurang jer harganya macam yang ada jual dekat tempat Syu 😅. 


Cadang nak beli bag Akademi Fantasia sebiji dua. Tapi, bila tengok saiznya macam kecil jer. Terus batalkan niat nak berbeli 😌.


Tak banyak tempat pun Syu pergi di Padang Besar ni. Nak berbeli barang pun barangnya dah lebih kurang jer macam barang-barang yang ada di Kelantan 😅. Tapi, Syu sempatlah juga sambar 2 helai selimut buat back up di rumah. Corak selimutnya cantik sangat. Kain pun lembut. Jadilah buat spare dekat rumah barang sehelai dua. Mana tahu esok lusa ada tetamu datang bertandang. Boleh juga diorang pakai masa nak tidur. Selebihnya ada juga Syu beli kacang Koh-Kae dalam 3 tin & jersi 2 pasang buat kitaorang berdua laki bini pakai sedondon. Jarang kitaorang berdua beli baju sedondon tau. Kali ni dekat Padang Besar nekad nak beli juga. Bukan mahal mana pun. RM10 jer sepasang 😁.


Cantik sangat. Dapatlah ngepau encik suami dalam dua helai 😁. 


Puas cuci mata di Arked Niaga Padang Besar, kami berdua pun masuk pula ke Padang Waremart. Dekat sini kawasannya macam besar sikit jika dibandingkan dengan arked yang Syu pergi tadi. Pilihan untuk mengoyakkan duit pun banyak 😂. Tapi, Syu tak beli pun. Macam Syu bagitahu awal-awal tadi. Barang-barangnya lebih kurang macam yang ada di Kelantan.



By the way, sekiranya korang lapar. Di kawasan luar Padang Waremart ni ada warung-warung kecil yang berniaga makanan & minuman. Ada banyak pilihan makanan citarasa Thai yang korang boleh makan di warung-warung ni. Dari segi harga, Syu tak pasti mahal atau tak sebab Syu sendiri pun tak menyinggah makan dekat situ. Sibuk ambil gambar punya pasal sampai hilang lapar 😆. Lepas jalan-jalan cuci mata di Padang Besar kami berdua pun bergerak balik ke Perak. Cadang nak menyinggah ke Tanjung Dawai cari buah tangan. Tapi, macam malas pula nak menyinggah. Lain kali sajalah. 


Ada banyak lagi kedai-kedai dekat dalam Padang Waremart ni sebenarnya. Tapi, cuma ini jer yang sempat Syu snap 🤣. 

Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara

Januari 10, 2022

Disember 28, 2021

Jalan-jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang

Selesai berkhemah di Taman Eko Rimba Sg.Pauh selama 3H2M, cuti Syu & encik suami masih berbaki lagi 2 hari. Terasa sayang pula kalau habiskan sisa-sisa cuti di rumah saja. Kalau ikutkan niat di hati memang nak terus balik menghala ke Simpang Pulai sebab mood berkhemah jadi spoiled sebab hujan.


Entah macam mana, tiba-tiba datang idea spontan dari encik suami. Ngam-ngam nak sampai di persimpangan Simpang Pulai & Gua Musang, tiba-tiba ditanya - "Kita pergi Kelantan nak?". Yang Syu selamba jelah jawab - "Ikut awak". Ingatkan memain 😂. Rupanya dikonanya ke kanan menghala ke Gua Musang. I is redha sajalah.



Sejujurnya perancangan nak pergi ke Kelantan ni memang tak ada langsung dalam senarai percutian Syu laki bini untuk penutup tahun 2021 ni. Kami berdua hanya cuba nasib jer. Sebenarnya, masa dalam perjalanan nak ke Gua Musang tu sempat juga kitaorang bertanya pada abang ipar pasal situasi semasa di Kelantan. Katanya Kelantan banjir & ada tanah runtuh 😅. Tapi tak pasti kawasan belah mana. Syu pun ada juga tengok berita & video sumber dari YTube untuk double confirm pasal situasi semasa di sana. Memang ada banjir guys. Berlakunya di kawasan daerah Pasir Mas.


Demi nak menyedapkan hati yang tengah gundah gulana ni, Syu pun cakaplah dekat encik suami - "Kita cuba dulu. Kalau jalan tak okey...kita patah balik tau 😂". Padahal dalam hati dah berbelah bahagi samada nak teruskan perjalanan atau nak balik terus. Tapi bila difikir-fikirkan semula. Kalau balik guna jalan Simpang Pulai pun tetap berisiko juga sebenarnya. Sebab sepanjang-panjang jalan tu anginnya kuat, hujan lebat & berkabus tebal 😅. Jadi, dua-dua jalan ada risiko. Nak tak nak terpaksa harung juga.



Dalam takut-takut tu, alhamdulillah...sampai juga akhirnya di negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Lebih kurang 4 jam setengah perjalanan dari Cameron Highland. Sepanjang perjalanan nak ke Kelantan tak ada banjir tanah runtuh segala. Cuma cuaca agak sedikit mendung & ada sedikit hujan renyai. Walaupun tempoh masa perjalanannya agak lama & jauh, dalam hati Syu bersyukur sangat-sangat sebab perjalanan dari Cameron Higland ke Kelantan berjalan lancar tanpa sebarang masalah & musibah. Malah sepanjang berada di Kelantan cuacanya elok panas. Kalau hujan pun cuma renyai-renyai sahaja. Itu pun hanya pada sebelah malam.




PASAR MALAM WAKAF CHE YEH


Sesampai saja di Kelantan, malam tu kitorang jejakkan kaki terlebih dahulu ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh cari barang pemakan. Sambil-sambil tu suami Syu nak cari dompet baru juga. Sebabnya dompet yang dia pakai dh koyak. Jadi nak tak nak terpaksa bercari dompet baru buat pengganti.


Kalau nak tahu, pasar malam di Wakaf Che Yeh ni lebih kurang jer macam Gerbang Malam Ipoh juga 😁.Cuma, pasar malamnya lagi meriah & banyak pilihan berbanding Gerbang Malam Ipoh. Dekat pasar malam ni ada bermacam-macam pilihan barangan & makanan yang korang boleh pilih & beli. Kalau masuk memang rambang mata nak berbeli. 


Pasar Malam Wakaf Che Yeh



CHECK-IN HOTEL


Dynasty Inn Wakaf Che Yeh

Kalau ikutkan, Syu dah tempah Hotel Mr. J di Booking.com. Tapi dek kerana encik suami nak stay di hotel yang berhampiran dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh, nak tak nak Syu terpaksa batalkan tempahan & buat tempahan baru. Bukan apa, katanya senang nak keluar cari pemakan lagi dekat pasar malam tu kalau lapar. Jadi, malam tu Syu pilih Dynasty Inn Wakaf Che Yeh sebagai tempat kitaorang laki bini bermalam. Memang dekat pun hotelnya dengan pasar malam. Tapi, hujung-hujungnya dua-dua hanyut membuta gara-gara penat punya pasal 😝. 



Hotel ni okey ke tak? Pada Syu, kalau nak tidur semalaman tu kira boleh lah. Tapi, kalau nak tidur bermalam-malam. Syu rasa Hotel Mr.J macam okey lagi jika dibandingkan dengan Dynasty Inn ni. Yang bestnya cuma lokasinya strategik dengan pasar malam jer. Jikalau difikir dari segi kemudahan & keselesaan, sejujurnya Syu boleh bagi 2⭐ sahaja dari 5⭐.





RAMBANG MATA DI PASAR SITI KHADIJAH


Keesokkan harinya kitorang laki bini pun pergilah ke Pasar Siti Khadijah berbeli buah tangan. Ya Allah...memang rambang mata dibuatnya. Terlampau banyak sangat pilihan sampai tak terpilih. Tengok itu nak beli. Tengok nak beli. Tapi misi utama Syu datang ke pasar ni cuma satu jer. Nak beli ragi untuk buat tapai 😁. 





Setakat ni kan, Syu rasa ragi tapai dekat Kelantan ni saja yang elok & manis. Di Perak Syu masih belum jumpa lagi pembekal mahupun penjual yang jual ragi tapai yang betul-betul elok & rasi dibuat tapai.


Kalau guna ragi yang ada dijual di Perak ni kebanyakkan hasilnya semua masam 😔. Itu pasal Syu tak berapa yakin nak guna ragi tapai yang ada jual di Perak ni sebabnya Syu pernah terkena. 


Pasar Siti Khadijah
Terlampau banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya 😅.





MISI MENCARI KUIH AKOK


Selesai berbeli barang di Pasar Siti Khadijah, kami berdua laki bini pun memulakan misi mencari kuih akok. Kuih ni memang kuih kegemaran kitaorang berdua. Kalau ikutkan dekat Pasar Malam Simpang Pulai ada jer abang seorang tu berjual kuih akok ni. Tapi saja nak cuba yang di Kelantan ni dia punya rasa macam mana. Jadi, sebelum nak bergerak balik kami berdua singgahlah sekejap ke Pak Weil Akok Salor. Memang sedap kuih akoknya. Sampai ke hari ni teringa-ingat rasanya.



Selain dari Pak Weil Akok Salor ni, ada lagi beberapa kedai yang terkenal jual kuih akok di Kelantan ni. Antaranya :

  1. Akok Cikgu
  2. Kak La Akok & Kuih
  3. Kedai Akok Nik Nah
  4. Akok Padang Enggang
  5. Kedai Akok Sohor
  6. Bahulu Akok Beko Kak Pah Kg Tok Khamis
  7. Kedai Akok Jerteh Gong Kemuntong
  8. Akok Pok Long
  9. Akok Kg.Cina
  10. Akok Padang Kala


Pak Weil Akok Salor
Sedap kuih akoknya. Tak manis sangat 😋


Pada Syu, kuih akok dari Pak Weil ni memang sedap. Tahap kemanisan kuih akoknya bukan tahap potong kaki. Manis yang sememangnya boleh diterima tekak. Harga pun kira okeylah. 60 sen seketul. Lagipun bukan mudah nak buat kuih ni, tambah-tambah bila masak guna dapur arang. Nak masak tu kira makan masa lah juga.





PERTAMA KALI CUBA PUTU HALBA


Selesai cari akok, Syu teringin sangat nak cuba kuih Putu Halba. Dari dalam kereta asyik terpandang-pandang orang meniaga tepi jalan berjual kuih ni. Syu jadi tertanya-tanya macam mana rasa putu halbanya. Sedap ke tidak. Bila tengok dari segi rupa & cara masaknya lebih kurang macam Kuih Putu Piring.



Kalau korang nak tahu, nama kuih Putu Halba ni pernah ada kontroversi juga tau sekitar tahun 2018 dahulu. Tapi dek kerana mendapat teguran dari Mufti Negeri Kelantan pada masa tu. Nama jolokkan pada kuih Putu Halba tu tidak lagi digunakan lagi sebab boleh mengundang persepsi negatif kepada orang ramai. Nak tahu apa NAMA JOLOKKAN KUIH PUTU HALBA ni? Nanti Syu cerita pada entri yang seterusnya 😉💕.


Putu Halba
Kuihnya sedap. Cuma Syu tak boleh terima bila ada letak biji halba 😂. 


Kalau nak tahu, Putu Halba di Kelantan ni memang berbeza sangat jika dibandingkan dengan Putu Piring. Bentuk & rupa memang seakan-seakan sama. Tapi lepas korang makan, korang dapat rasa satu gabungan rasa yang agak luar biasa sebab rasa putunya kuat dengan rasa halba. Malah, teksturnya juga agak melekit sedikit berbanding dengan kuih Putu Piring. Rasa putunya memang sedap dah. Cuma Syu tak berapa berkenan dengan biji halba tu 😂. 



Selesai berbeli putu, kami berdua laki bini pun bergerak pulang ke sarang. Tak berani nak tunggu lama-lama dekat negeri orang sebab ada dapat maklumat yang beberapa kawasan di Kelantan dah banjir. Dek kerana tak nak terkandas di negeri orang, ada baiknya kitaorang bergerak balik ke Perak awal sikit.


Kg. Bukit Pulai Chondong


Masa dalam perjalanan balik, sempatlah juga suami Syu bawa menyinggah ke kampung halaman arwah bapa mertua Syu yang terletak di Kampung Bukit Pulai Chondong. Memang cantik kampungnya. Selesai ronda-ronda kampung, baru kitaorang berdua bergerak pulang ke Perak melalui jalan Gerik (Tak berani nak lalu jalan Gua Musang-Simpang Pulai 😂. Takut angin kuat & tanah runtuh punya pasal).

Jalan-jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang

Disember 28, 2021