Posts with the label La Petite Kiosque
Memaparkan catatan dengan label La Petite Kiosque. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label La Petite Kiosque. Papar semua catatan

Julai 08, 2021

Dapat Hadiah Dari La Petite Kiosque!!

Hadiah review bisnes

Hadiah

Korang ingat tak beberapa hari yang lepas Syu ada create satu post promote bisnes kaftan batik dari La Petite Kiosque [BACA SINI]. Tak sangka hari ni Syu terima sepasang kaftan dari Sis Iffah sebagai token tanda terima kasih sebab sudi promote bisnes kedai dia. Memang tak sangka betul 😃. Padahal Syu saja-saja tolong promotekan. Betul lah orang kata, rezeki tu memang tak salah alamat. Actually beberapa minggu yang lepas, Sis Iffah ada mentioned dalam Tik Tok yang dia perlukan someone untuk beli & support bisnes kaftan dia. So, Syu pun direct message (DM) Sis Iffah & offer untuk tolong promotekan tanpa mintak apa-apa bayaran pun. FOC lah mat salleh cakap!!😆 

Kaftan batik

Niat asal Syu sebenarnya nak tambah content dalam blog jer 😅. Bukan apa, sebab kadang-kadang Syu sampai ketandusan idea tak tahu apa nak dicelotehkan dekat Syu punya blog. Padahal banyaknya benda nak diluahkan. Cuma feel tu tak ada. Sebenarnya, promote bisnes orang ni tak ada pun dalam misi & visi Syu berblog. Bila buat macam ni, kira selingan lah kepada celoteh harian Syu. At least tak adalah korang rasa berat sangat nak nak singgah jenggah blog Syu. Takkan asyik nak tulis sinopsis & review movie jer. Bosan jugak nak baca kan. Tapi tu lah, Syu tak sangka pulak hasilnya sangat memberangsangkan 😆. Busuk-busuk dapat jugak kaftan sehelai. Batik Terengganu pulak tu.  Alhamdulillah lah kan. Nampak gayanya, boleh buat lagi lepas ni. Mana tahu boleh dapat hadiah barang dapur seumur hidup pulak 😁. Siapa tahu? Tak dapat duit pun tak ngapa. Apa-apa pun, alhamdulillah & terima kasih sekali lagi pada tuan tanah La Petite Kiosque atas pemberian ni. Warna & corak cantingan kaftan memang cantik sangat!! Saiz pun padan dengan Syu!! Pandai Sis Iffah agak 😉.


Kaftan batik

Pada yang berminat, korang boleh luangkan sedikit masa dengan singgah instagram La Petite Kiosque atau WASSAP jer Sis Iffah untuk terus buat pembelian. Nampak tak, sempat lagi promote!!😆 

Dapat Hadiah Dari La Petite Kiosque!!

Julai 08, 2021

Julai 06, 2021

Sedondon Berkaftan Batik Bersama La Petite Kiosque

Petang ni cuaca dekat Ipoh agak mendung & sejuk sikit yer kawan-kawan. Bila kena cuaca yang macam ni, mata pun mula lah nak layu 😁. Agaknyer kalau disorongkan bantal, mahu hanyut jawabnyer ni 😂. Tapi bila dah petang-petang nak masuk ke maghrib ni, orang tua-tua cakap tak elok kalau tidur. Jadinya, sambil-sambil melayan mata layu ni ada baik jugak kalau Syu cerita sikit pasal satu bisnes ni dekat korang. Mana tahu boleh kurangkan sikit mengantuk dengan bercerita. Last time, Syu ada promote scrunchies by Jshimz Co. Hari ni Syu bawakan khas kaftan batik yang sememang comel & selesa dipakai dari La Petite Kiosque ðŸ˜˜. 
@iffahsafwah

I cuba 🤣 Support sikit geng! Later I follow you back. Thanks 😉 ##kaftanviral ##kaftanstyle ##tiktokmalaysia ##fyp ##foryoupage ##smallbusinessowner

♬ Touch It (remix) - Wisdom Kaye
Pada kengkawan yang ada anak, anak saudara mahupun cucu perempuan, Syu nak bagitahu dekat korang yang sis Iffah ada menjual kaftan batik Terengganu dengan corak cantingan tangan yang telah dimodenkan dengan motif kartun. Kalau korang bagi diorang pakai kaftan ni memang akan nampak comel sangat-sangat. Bukan apa, sebab majoriti warna & design yang sis Iffah ni jual memang gegurl-gegurl gitu. Selain tu, apa yang bestnya, korang yang dewasa pun boleh join berkaftan sekali dengan anak-anak sebab saiz untuk orang dewasa pun sis Iffah ada jual. Kain memang best!! Dibuat dari material viscose & tak panas bila bawak tidur. Trust me!! Sebab Syu sendiri dah pernah pakai kaftan dari kedai sis Iffah ni 😉. Selesa sangat tau. Even baju kelawar sekalipun, sekali sekala apa salahnya kan kalau pakai sedondon ramai-ramai. Baru nampak meriah & happening anak-beranak 😃!!

Tengoklah. Design & warna semua cantik-cantik!!😘💕

Untuk saiz & harga, korang boleh tengok dekat list bawah ni 😉. 
 

Setiap pembelian, korang bukan saja menerima kaftan. Malah sis Iffah ada selitkan sekali gift khas dari kedai dia. Sekiranya korang berminat nak berkaftan anak beranak korang boleh WASSAP sis Iffah kita atau korang boleh follow instagramnya di La Petite Kiosque untuk info lebih lanjut berkenaan dengan batik kaftan ni 😉. Kat sana korang boleh tengok & pilih macam-macam jenis warna & corak kaftan. Cepat-cepat grab. Sebab Syu dengar banyak stock kaftan dari La Petite Kiosque ni dah banyak sold out 😁. Laku keras jugak. Pada yang dah beli, happy kaftan-ing y'all!!  
@iffahsafwah

Tolong kite clearkan stock boleh? 🥲✨ ##kaftanviral ##smallbusinessowner ##supportsmallbusiness ##fypシ゚viral ##foryoupage ##fyp ##buwatjer ##eksekeli ##fyp2021

♬ Pulang - K-Clique

Sedondon Berkaftan Batik Bersama La Petite Kiosque

Julai 06, 2021