Posts with the label Lockdown 3.0
Memaparkan catatan dengan label Lockdown 3.0. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lockdown 3.0. Papar semua catatan

Julai 05, 2021

Penangguhan Bayar Balik PTPTN


Kita sedia maklum yang ramai terkesan sejak lockdown dilaksanakan. Even peminjam skim pendidikan pun tak terkecuali. Nak kerja tak boleh. Bahkan ada yang dibuang kerja & dipotong gajinya. Tambah graduan yang baru saja graduate. Dah sah-sah lepas habis belajar nak kena bayar hutang pinjaman pendidikan. Tak bayar nanti rekod akan jadi CCRIS. Nak buat apa-apa pinjaman nanti dah sah-sah akan sangkut. So, demi membantu mengurangkan bebanan peminjam. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) sekali lagi membuka peluang kepada peminjam-peminjam dengan membuka semula permohonan morotorium bagi membuat penangguhan pembayaran pinjaman.

Pada yang terkesan & tak mampu nak bayar pinjaman PTPTN semasa PKP ni, korang boleh buat penangguhan bayaran balik pinjaman secara online. Penangguhan ini akan dilaksanakan sehingga bulan Ogos tahun ini. Korang boleh klik pada banner untuk terus ke link permohonan. Apa yang korang perlu buat hanyalah dengan mengisi segala maklumat korang seperti yang dikehendaki. Tapi sebelum tu jangan lupa login okey. Untuk nombor pinjaman, korang boleh perolehi melalui i-online korang.

Penangguhan Bayar Balik PTPTN

Julai 05, 2021

Tekak Dah Jemu Makan NasiπŸ˜…

 Mee kari

Kemarin makan nasi. Semalam makan nasi. Hari ni? No!! Tak lalu weyhhhhh...hari-hari asyik makan nasi. Naik jemu dah tekak ni🀣. Sebulan lockdown ada membulat dibuatnya. Kalau timbang berat ni mau menjerit penimbang kat rumah ni. Nasib baterinya dah habis πŸ˜†. So, nak elak kejemuan makan nasi, hari ni Syu masak mee kari jer. Segala apa yang ada dalam peti ais Syu terebankan semua dalam mangkuk. Jemput makan semua. Korang masak lauk ape jer tengahari ni?😁

Tekak Dah Jemu Makan NasiπŸ˜…

Jun 28, 2021

Minuman Yang Agak Disgusting Kena Dihadap Dua Tiga Hari Ni πŸ˜‚!!

Setakat ni memang ada nampak kesan. Lepas minum memang asyik nak sedawa & membuang angin jer πŸ˜‚.

Sejak dua tiga hari ni, memang kemurungan sikit nak hadap blog sebab satu badan kena serang angin. Perit betul rasa.Tak tahulah apa yang Syu salah makan sampai boleh kena angin macam ni. Nasib ada minuman penyelamat ni dalam rumah. Tapi rasa dia, nauzubillah disgusting!! Bila nak minum tu memang kena tarik nafas panjang sikit. For those yang suka halia, mungkin minuman ni tak akan jadi masalah pada korang πŸ˜‚. Start dari hari Jumaat hari tu, Syu terpaksa hadap air ni hari-hari. Hari ni pun masih kena hadap lagi. Haiya...


Tengok powder dia pun dah cukup buat selera Syu tertutup πŸ˜‚. Bertabahlah wahai tekak.

Minuman Yang Agak Disgusting Kena Dihadap Dua Tiga Hari Ni πŸ˜‚!!

Jun 28, 2021

Jun 26, 2021

Know Your Cat Language & Gestures

Sumber Foto : Lili Chin



Know Your Cat Language & Gestures

Jun 26, 2021

Jun 25, 2021

Senarai Peserta Pencarian Bloglist Syu Deris

Lepas jer Syu post cerita pasal nasi ganja, terus Syu senyap 😁. Bukan apa, busy nau menyettlekan permit pekerja asing yang dah nak tamat. Even duduk rumah, kerja office tetap kena buat jugak. Kalau ikutkan, sepatutnya permit pekerja asing ni Syu kena submit 3 bulan sebelum tarikh luput. Cadang kalau dah buat awal senang, at least tak adalah Syu nak kena hadap Pejabat Imigrisen kalau ada apa-apa masalah. Tapi memandangkan banyak perkerja asing yang berada bawah seliaan Syu tak boleh nak bagi duit, so terpaksalah Syu tangguhkan buat sementara. Maklumlah, dengan PKP nyer, lepas tu dengan lockdown lagi. Mesti diorang susah jugak nak cari makan. Sedangkan kita yang sedia-sedia rakyat Malaysia ni pun terkesan dengan pandemik covid, inikan pulak diorang.


Petang tadi, ada seorang pekerja warga Indonesia telefon & mengadu dekat Syu. Dia kata dia tak boleh nak renew permit sebab tak ada duit. Kalau ada pun memang ngam-ngam untuk diorang guna untuk berhidup dekat Malaysia ni. Hurm...sedih pulak dengar.Nak buat macam mana kan. Tapi kalau Syu nak tolong pun bukannya Syu banyak duit πŸ˜‚. Memang tak dinafikan sejak pandemik ni menyerang, ramai kalangan pekerja asing ni tak terkecuali dari kehilangan sumber pendapatan. Tambah-tambah bila kerajaan kita laksanakan PKP & lockdown. Tapi nak buat mana kan. Kalau tak buat lockdown & PKP memang teruk jadi dekat Malaysia ni. Silap-silap boleh jadi macam dekat India. Nauzubillahiminzalik. 

Segmen

So,berbalik kepada pencarian bloglist Syu. Alhamdulillah, dapat sambutan yang agak menggalakan yer dari rakan-rakan blogger. Terima kasih kerana sudi support & luangkan masa bersegmen dengan blog blog picisan Syu ni. Kat sini Syu senaraikan peserta-peserta yang join pencarian bloglist Syu ni. Pada yang berminat untuk menyertai pencarian bloglist ni korang boleh klik dekat SINI. Syaratnya mudah sangat. Pada yang belum submit penyertaan, korang jangan risau okey. Masih belum terlambat lagi untuk korang join, sebab Syu buka penyertaan ni sehingga 14 Julai 2021 😜. Apa-apa pun, teruskan bersegmen & semoga korang bertuah untuk tersenarai dalam bloglist Syu.


SENARAI PESERTA

1) Naim
6) Aida 
10) Kak Azian 
11) Farhana 
12) Atiqah 
13) Rabiah 
15) Ika 
16) Sherlyanna 
18) Whanie
19) JMBelog 
20) Kaela 
21) Nani 
22) Cik Nadia 
23) As
26) Cik Ash 
29) Nina
30) Edahyu
31) Cik TK

Senarai Peserta Pencarian Bloglist Syu Deris

Jun 25, 2021

Jun 24, 2021

Geli Jangan Hina, Tapi Raikan Kepelbagaian Citarasa & Budaya

P/S : Awas!! Visual agak mengganggu ketenteraman jiwa sikit yer. Mohon bertabah kalau baca post ni πŸ˜‚.


Lewat sikit Syu bersiaran hari. Maklumlah, sibuk movie marathon. By the way, korang dah makan ke belum tu? Kalau belum better skip post Syu ni kejap. Takut tertutup pulak selera nak makan nanti πŸ˜‚. Yang tengah dok minum kopi pun sama. Better letak kopi tu dekat tepi jap. Takut menyembur pulak bila baca post Syu ni. Pada yang jenis tak kisah & mental kental, korang boleh proceed untuk baca entri Syu. Hari ni Syu nak cerita sikit berkenaan makanan eksotik. Bukan apa, last time Syu ada ternampak satu klip video dari AJ+ di instagram tentang satu wanita Fillipina yang tak puas hati dengan satu rancangan TV show [Spill Your Guts or Fill Your Guts] yang dikatakan telah menghina makanan eksotik "Balut" yang sememangnya simbolik dengan rakyat Filipina. 

 "Balut" makanan eksotik Filipina [Sumber Foto : www.sunnydecircus.com]

Actually rancangan tu dah lama dah sebenarnya. Dalam 2016 kalau tak silap Syu. Nak dijadikan ceritta, ketika pengacara James Corden nak mencuba "Balut" tu dia dikatakan telah membuat reaksi muntah πŸ˜‚. Yelah, even kalau Syu ada dekat tempat dia pun Syu akan ada perasaan macam tu. Tapi pada Syu, kalau tak biasa makan better jangan letak dalam senarai list untuk di makan sebab takut jadi kes macam James Corden ni lah. Secara tak langsung perkara macam ni dah mengguris hati penggemar & budaya permakanan satu-satu masyarakat tu. 

Ulat Mulong [Sumber Foto : FB Borneo]

Macam kita dekat Malaysia, ada jugak sesetengah masyarakat & kaum yang makan makanan eksotik contohnya macam ulat mulong [Ulat sagu] ni. Actually, Syu bukan nak cerita pasal makan eksotik yang ada dekat Malaysia, tapi Syu nak bagi pandangan & nasihat pasal persepsi orang yang penggeli dengan makanan eksotik ni. Tipu lah kalau Syu kata Syu tak geli. Tapi kita sebagai orang yang beradab & berbudi bahasa, adalah baik kiranya kita kawal emosi bila berhadapan dengan penggemar makanan ni. Kalau tak makan lagi baik berterus terang & bukan bercakap perkara yang tak elok pasal makanan eksotik yang diorang makan. Bila kita buat macam tu, pada Syu ianya dah kira macam kita menghina makanan diorang. Sedangkan makanan tu memang diorang dah makan sejak zaman tok nenek diorang lagi.


Lelita atau Lelitak [Sumber foto : FB Aku Anak Iban]

Masa Syu belajar dekat Sarawak dulu, kawan Syu pernah ajar something pasal adab menolak pelawaan makan. Tapi cara ni praktikal dekat negeri Sarawak jelah. Dekat negeri lain Syu tak tahu πŸ˜‚. Apa yang kawan Syu buat, setiap kali dia kenyang makan atau tak nak makan dia mesti cuit sikit dekat hujung pinggan bila orang pelawa makan. Bukan sentuh dekat makanan yer. Tapi dekat tepi pinggan. Masa mula-mula tengok tu macam pelik jugak. Tapi dah lama-lama baru Syu faham. Kiranya bila kita buat macam tu seolah-olah kita menolak pelawaan makan dengan cara terhormat & tak mengguris perasaan orang yang pelawa makan. Bila tengok kawan buat macam tu rasa macam seronok pulak belajar budaya & adat orang πŸ˜ŠπŸ’•.

Actually ada banyak lagi makanan eksotik lain dekat dalam dunia ni [ nak tengok boleh klik SINI ] , cuma Syu tunjuk yang ni jer sebab ianya salah satu makan eksotik sesetengah suku kaum yang ada dalam negara kita. Kita kena ingat yang Malaysia ni terdiri daripada pelbagai kaum & suku yang unik. Jadi, raikan kepelbagaian tu dengan tidak menghina apa yang mereka dah amalkan selama zaman-berzaman. Memang tak dinafikan ada sesetengah makanan yang diorang makan memang kita geli & nak muntah bila tengok. Geli macam mana pun jangan sampai menghina, sebaliknya kita raikan kepelbagaian citarasa & budaya diorang. Barulah aman & tenteram kita sesama kaum πŸ˜‰.

Belalang goreng [Sumber Foto : cdn-brilio-net.akamaized.net ]

Geli Jangan Hina, Tapi Raikan Kepelbagaian Citarasa & Budaya

Jun 24, 2021

Jun 23, 2021

Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris


Ya ampun...Syu sibuk join pencarian bloglist blogger lain. Walhal, Syu baru perasan yang bloglist Syu sendiri pun tak hado!! πŸ˜‚ . Patut lah macam ada something yang missing jer dalam Syu punya blog. Almaklumlah,template baru kan, memang banyak benda yang Syu nak kena explore & betulkan. Sebab lepas Syu tukar template blog hari tu, memang banyak jugaklah setting yang lari. Jenuh jugak lah nak kena kejar balek πŸ˜†!! 


Memandangkan senarai bloglist Syu tak ada lagi, so Syu cadang nak buat segment pencarian bloglist buat pertama kalinya dalam sejarah Syu berblog. Tak tahulah ada yang sudi nak join ataupun tak kan. By the way, untuk segmen Syu ni apa yang korang perlu buat adalah: 


1) Create satu post bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris"
2) Copy banner & backlink kan ke post ni
3) Teka jumlah peribahasa yang korang nampak dalam gambar
4) Nyatakan salah SATU peribahasa tersebut &
5) Tinggalkan link segmen korang di ruangan komen



Jumlah peribahasa : ________. Nyatakan [satu] :_________________________


Untuk makluman korang, segmen pencarian bloglist Syu ni akan berlangsung selama 3 minggu jer. Bermula pada 23hb Jun 2021 sehingga 14hb Julai 2021. 10 blogger terpilih akan Syu senaraikan dalam bloglist Syu. All the best & selamat bersegmen πŸ˜‰!!


Senarai Peserta Pencarian Bloglist Syu Deris

Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris

Jun 23, 2021

Jun 22, 2021

Godaan Besar Bila Berblog πŸ˜‚



Tangan ni kan...saja jer tau!! πŸ˜‚. Bila mood nak menulis tu dah ke laut, macam ni lah perangai dia. Dari dok saja-saja godek dah jadi berkenan pulak dengan warna merah mak jah ni. Macam lawa . Ya ampun...Bisikan syaitan semua ni Syu!! Bertahan Syu...bertahan...Tak kan tiap-tiap bulan nak tukar color? Ingat camelion? Hu3 πŸ˜†

Godaan Besar Bila Berblog πŸ˜‚

Jun 22, 2021

Jun 21, 2021

Cara Hilangkan Fungsi Copy & Paste Pada Blog

Nak perah idea untuk menulis dalam blog ni bukannya senang yer kengkawan. Even nak publish satu content pun sikit punya bercinta 😜. Syu tengok diri Syu sendiri pun dah cukup πŸ˜‚. Tambah-tambah bila tengah ketandusan idea. Silap-silap mahu berejam duduk dekat compose section jer. Walaupun tajuk & point nak bercerita tu dah ada dah dalam otak, tapi disebabkan nak kena bercerita panjang lebar, tu yang jadi perit sikit tu 😁. Syu bukan apa, Syu pun takut jugak kot-kot ada certain-certain content yang Syu share tu tak betul & menyentuh sensitiviti orang. Dahlah rakyat Malaysia ni sensitif sikit πŸ˜‚. Nanti tak pasal-pasal kena bash berjemaah dengan abang net & kak net. Dahlah Syu ni hati tisu πŸ˜…. Tengok kes Prof. Dr. Muhaya pun dah cukup. Boleh kemurungan jawabnyer kalau kena macam dia. 


Korang sebagai blogger mesti tahu yang menulis dalam blog ni bukan macam kita up status dekat FB, Insta & Twitter tu. Pada Syu, berblogging ni lebih kepada penceritaan & luahan panjang kita sebagai penulis. Boleh jadi, menulis blog ni dah macam kita menulis diary harian kita dalam buku diary. Cuma diary ni diterjemah & diabadikan dalam satu platform digital yang lebih presentable & profesional untuk semua orang baca. Tapi kadang-kadang, kita sebagai penulis ni nak kena hadap jugak copycat writers yang suka plagiarise penulisan kita. Dahlah perit nak nyusun ayat untuk create satu post. Tup-tup orang lain sedap-sedap jer copy paste. Tak syok la kan bila kena macam tu. So untuk berhadapan dengan isu plagiarism ni, ini antara solusi terbaik untuk korang apply pada blog korang 😁. 


Apa yang korang perlu buat adalah korang copy & pastekan kod yang dekat bawah ni dalam html/javascript pada bahagian layout. Lepas tu korang save macam biasa. Bila korang apply kod ni, automatik segala content blog korang tak akan dapat di select & di copy. So, segala content blog korang memang akan selamat dari sebarang kegiatan plagirism 😁. 



<!- START disable copy paste --><script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'></script><script type='text/javascript'> if(typeof document.onselectstart!="undefined" ) {document.onselectstart=new Function ("return false" ); } else{document.onmousedown=new Function ("return false" );document.onmouseup=new Function ("return false"); } </script><!-- End disable copy paste -->
Sumber : www.romshillzzblog.com


Nak copy & paste hasil penulisan orang tak ada masalah, tapi adalah lebih baik kalau kita mintak izin terlebih dahulu atau kreditkan kembali kepada penulis asal sebagai menghargai hasil penulisan diorang. At least penulis tu nampaklah yang niat korang hanya untuk berkongsi maklumat & bukannya untuk plagiarise hasil penulisan diorang πŸ˜‰.




Nota Kaki : Plagiarise tu merujuk kepada aktiviti menciplak & mengcopy paste hasil kerja orang.

Cara Hilangkan Fungsi Copy & Paste Pada Blog

Jun 21, 2021