Posts with the label Malay Drama
Memaparkan catatan dengan label Malay Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malay Drama. Papar semua catatan

Jun 29, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 11

Semanis Senyumanmu

Keesokan paginya, Azim pergi ke pasar untuk mencari bahan masakan. Masa dekat sana, Azim rasa macam ternampak kelibat Azra. Time tu Azra memang dah perasan dah Azim ada dekat situ. So, selagi boleh dia cuba mengelak dari terserempak dengan Azim. Lepas apa yang jadi malam tu antara dia dengan Joe, Azra masih lagi belum bersedia untuk bersemuka dengan Azim. Sebab dia tahu, Azim mesti akan tanya dia macam-macam soalan pasal lamaran Joe tempoh hari. 

Semanis Senyumanmu Episod 11

Malam tu Azim tak dapat tidur dengan nyenyak sebab dia teringatkan pasal Azra. So, keesokkannya Azim cuba ambik initiatif untuk pergi ke Imazra Bakeri. Pada Azim, mungkin dah sampai masanya untuk dia berjumpa & berbaik-baik semula dengan Azra. Yelah, sampai bila dia nak terus mengelakkkan diri dari Azra. Pagi tu, masa Azim sampai dekat depan kedai, tak sangka Azra menyambut baik kedatangan Azim. Diorang masing-masing bertanya khabar & bersembang macam tak ada apa-apa yang berlaku antara diorang berdua. Azra siap tapaukan desert lagi untuk Azreen & Nisa.

Semanis Senyumanmu Episod 11

Masa Azim & Azra bersembang, Iman dekat belakang pasang telinga. Iman jadi geram bila dia dapat tahu yang Azra tak ada cerita sikit pun pasal hubungan dia & Joe dekat Azim. Jadi esoknya masa dekat Restoran Sedap, Iman jumpa Azim & ceritakan perkara sebenar yang telah berlaku antara Azra dengan Joe tanpa pengetahuan Azra. Bila Azim dapat tahu, dia rasa terkejut sebab selama ni dia ingat Azra dah berkahwin dengan Joe. Bersambung... 

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 11

Jun 29, 2021

Jun 28, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 10

Semanis Senyumanmu

Akhirnya, Azra & Iman berjaya cari kedai baru untuk tempatkan Imazra Bakeri. Kali ni bakeri Azra memang nampak lebih menonjol & strategik untuk tarik ramai pembeli. Iman pun rasa lega sangat sebab segala yang dia & Azra rancang semua berjaya & berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pagi tu masa Azra & Iman buka bakeri, Azra ada tanya Iman samada dia ada pelawa Shah untuk datang singgah ke Imazra Bakeri ataupun tak. Tapi Iman cakap yang dia dah buat keputusan nak putus dengan Shah, sebab sepanjang perhubungan tu Shah asyik ambik kesempatan dekat Iman. So, Iman rasa lagi baik dia putuskan hubungan dengan Shah supaya dia tak terus jadi mangsa parasit Shah yang jenis suka mengikis duit Iman. Bila Azra dapat tahu, dia macam tak percaya yang perangai Shah macam tu. 


Semanis Senyumanmu Episod 10

Sejak kembali bekerja di Restoran Sedap, life Azim semakin hari semakin teratur & pada masa yang sama Azim sedikit sebanyak dapat tenangkan hati & fikiran dia pasal Azra. Naufal pun gembira sebab restoran dia semakin hari semakin pulih & mendapat sambutan sejak dia offer Azim untuk kembali bekerja dengan dia. Keesokkannya, Azim keluar bersenam dengan Izat. Masa tu, Izat bagitahu yang Azim yang dia ada singgah ke Imazra Bakeri dengan isteri dia untuk beli kuih. Bila Azim dapat tahu, dia jadi berminat nak tahu pasal perkembangan Azra dari Izat. So, Izat pun bagitahu lah dekat Azim yang Azra ada bertanya pasal dia. Sambil-sambil bercerita tu, Izat bagitahu dekat Azim yang dia rasa Azra masih belum bertunang mahupun berkahwin dengan Joe. Sebab Izat perasan yang jari Azra langsung tak ada pakai apa-apa cincin tanda yang menunjukkan yang dia dah berkahwin mahupun bertunang. Azim macam biasalah dengan pemikiran dia. 

Semanis Senyumanmu Episod 10

Akhirnya, Iman berjaya lepaskan diri dari kehidupan Shah. Pada dia, keputusan untuk berpisah dengan Shah tu satu pilihan yang bijak untuk dia dari terus hidup dengan lelaki yang suka ambik kesempatan dengan kesenangan orang perempuan.  Tapi Iman jenis yang cepat move on. So, dia malas nak ambik pasal hubungan dia dengan Shah yang tak ada hala tuju tu. Sambil-sambil luahkan perasaan dekat Azra, tiba-tiba Iman bagitahu dekat Azra pasal perkembangan terkini Azim. Actually Azra dah lama tahu dah sebab Izat ada cerita dekat Azra masa dia datang singgah bakeri beli kuih dengan isteri dia.



Masa Azim tengah rehat, dia tiba-tiba terfikir nak letak satu menu kuih dalam menu Restoran Sedap. So, Azim pun bagi senarai barang yang diperlukan untuk buat kuih tu dekat Naufal. Pada awalnya Naufal macam pelik & tergelak jugak bila Azim cadangkan nama menu tu "Kuih Lopez Azra" sebab pada dia nama tu macam tak kena. Tapi lepas Azim explain sebab kenapa dia nak kreditkan nama Azra dekat menu kuih lopes tu, barulah Naufal faham. So, menu "Kuih Lopes Azra" tu akhirnya diterima baik oleh Naufal. Malam tu, secara tak segaja Azim ternampak Joe keluar dinner dengan perempuan lain dekat Restoran Sedap. Dari situ Azim dah macam pelik. Mana mungkin Joe keluar dengan perempuan lain sedangkan dia dah melamar Azra masa dekat bakeri hari tu. Bersambung...

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 10

Jun 28, 2021

Jun 27, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 9

Semanis Senyumanmu

Malam tu, Azim terus balek tanpa jumpa Azra. Dia rasa kecewa sangat. Dalam fikiran Azim, Azra mungkin dah terima lamaran Joe tu. Kehidupan Azim jadi tak teratur sangat. Bila Izat dapat tahu pasal apa  yang jadi malam tu, dia pun datang ke jumpa Azim untuk bagi nasihat. Pada masa yang sama, Izat pun bagitahu Azim yang Naufal cari Azim untuk offer dia kerja semula dekat Restoran Sedap. Pada awalnya Azim macam tak berminat. Tapi disebabkan Azim dah tak ada pilihan. So dia buat keputusan untuk kembali bekerja dengan Naufal semula.

Semanis Senyumanmu Episod 9

Selepas menolak lamaran Joe. Azra nekad untuk move on. Jadi dia buat keputusan untuk mulakan semula kehidupan dia dengan relocate Imazra Bakeri dekat satu tempat baru & lebih strategik. Pada Azra, ini saja jalan yang dia ada untuk cuba lupakan apa yang jadi antara dia dengan Joe & at the same time dia boleh tambahkan keuntungan bakeri dia yang semakin hari semakin merosot disebabkan lokasi kedai yang tak berapa nak okey. 

Semanis Senyumanmu Episod 9

Selang beberapa hari, Azim datang tengok-tengok bakeri Azra. Tapi dia tak sangka yang bakeri Azra dah pindah. So, Azim pun redha jelah. Lepas tu, dia terus pergi ke Restoran Sedap untuk berjumpa Naufal. Dekat sana, Naufal explain dekat Azim yang restoran dia makin kurang dapat sambutan lepas Azim buat keputusan untuk berhenti hari tu. Pada awalnya Azim macam berat nak buat keputusan sebab dia masih tak puas hati dengan pengurusan Naufal di restoran tu.


So, Azim pun berterus terang dengan Naufal apa yang selama ni dia tak puas hati & pada masa yang sama Azim juga letakkan syarat dekat Naufal supaya kuasa sepenuh diberikan kepada Azim untuk incharge bahagian dapur. Demi masa depan Restoran Sedap, Naufal akur & dia menerima segala kritikan & syarat yang Azim letak untuk dia terus bekerja di restoran tu. Selepas lama berbincang dengan Naufal, akhirnya Azim kembali beraksi di dapur sebagai Head Cheaf di Restoran Sedap. So,  no more catering job untuk Azim 😁. Bersambung...

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 9

Jun 27, 2021

Jun 25, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 8

Semanis Senyumanmu

Selepas jer event catering Izat selesai, dalam beberapa hari lepas tu Imazra Bakeri dapat banyak tempahan dari client Izat. Iman rasa happy & bersyukur sangat, disebabkan event tu dia & Azra dapat jana income yang lebih lagi untuk Imazra Bakeri. Masa Iman bagitahu Azra pasal tempahan tu, Azra buat muka sedih & serba salah. Dari situ, Iman dapat detect yang Azra mesti fikirkan pasal Azim. Iman cuba nasihatkan Azra supaya dia bijak buat pilihan samada dia kena pilih Azim atau pun Joe. Tapi Azra masih confuse nak buat pilihan sebab pada dia Azim cuma anggap Azra sebagai kawan & tak lebih dari tu. So, tak ada sebab untuk Azra pilih Azim sedangkan Azra dah ada Joe. 


Habis jer bersembang dengan Iman, Azra cuba contact Joe. Malangnya, Joe tak angkat. Padahal bila tengok status wassup, Joe ada jer online. Bila jadi macam tu, Azra dah start syak dengan tindak tanduk Joe. Azra rasa Joe masih lagi berlaku curang dibelakang dia. Azra cuba bersemuka dengan Joe tapi Joe cuba bagi bermacam-macam alasan untuk tutup tembelang dia. Azra mengadulah pasal Joe dekat Iman & Iman cuba nasihatkan supaya tak percayakan Joe lagi sebab pada Iman, Joe tu memang buaya.

Semanis Senyumanmu Episod 8
"Kebenaran tu rasanya tenteram,kepalsuan tu rasanya berat" - Iman

Petang tu, Azim dengan kakaknya satu family balek ke kampung untuk celebrate birthday mama dia. Sepanjang Azim berada di kampung, dia memang sentiasa teringatkan Azra. Azim memang berharap sangat Azra contact Azim sebab itu masa dekat kampung Azim memang sentiasa check handphone dia kalau-kalau ada call masuk dari Azra. Actually, Azra ada cuba hubungi Azim tapi tak dapat sebab Azim sibuk tolong kakak & mak dia masak dekat dapur. Bila Azim nampak ada missed call dari Azra, Azim jadi tak senang duduk. Azim cuba nak call Azra, tapi disebabkan dia segan sampai kesudah Azim tak call.

Semanis Senyumanmu Episod 8

Family Azim memang dah tahu yang Azim berkawan dengan Azra & at the same time diorang satu family boleh telah yang Azim memang ada hati dekat Azra. That's why, masa on the way balek dari kampung, Azreen & abang ipar Azim cuba nasihatkan dia supaya berterus terang dengan Azra. Selepas mendengar nasihat kakak & abang ipar dia, Azim pun setuju. Sesampai jer dekat KL, Azim satu family terus singgah ke Imazra Bakeri. Tapi malangnya, bila Azim masuk dalam bakeri, Azim ternampak Joe tengah melutut melamar Azra. Masa tu Azim jadi macam sedih sangat & sekali lagi Azim bawak diri tinggalkan Azra. Bersambung...

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 8

Jun 25, 2021

Jun 21, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 7

Semanis Senyumanmu

Hari ni Azim & Azra sama-sama luangkan masa improvise resepi roti untuk event catering nanti. Memang enjoy sangat diorang time tu. Sambil-sambil masak, Azim sempat tanya Azra pasal hubungan dia dengan Joe. Azra pun cakaplah dekat Azim yang hubungan dia dengan Joe dah tak ada apa-apa. Bila Azim dah tanya soalan macam tu, Azra tak semena-mena jadi macam tak tentu arah. So, secara tak sengaja Azra terpecahkan mangkuk yang dia pengang. Azra cuba nak bersihkan kaca yang berterabur tu, malangnya kaca tu terkena dekat tangan dia, So, tangan Azra pun terluka. 


Masa, Azim cuba nak tolong cuci luka Azra, tiba-tiba Joe datang. Memang kacau daun betul lah masa ni. Tapi tulah, Azra pun macam masih suka lagi jer dengan Joe. Azim pun jadi macam patah hatilah bila tengok Azra macam dah berbaik semula dengan Joe. So lepas dari kejadian tu, Azim sekali lagi hilang dari radar. Even rumah kakak dia pun Azim tak ada datang. Sampaikan Nisa & Azreen datang bercari Azim dekat bakeri. Nisa cuba tanya Azra pak su dia dekat mana, sebab Azim cakap dia sibuk belajar memasak dengan Azra. Azra pun pun macam peliklah. Sebab Azim pun dah lama tak datang Imazra Bakeri. Nisa pun jadi tertanya-tanya, sebab pak su dia memang tak pernah buat perangai macam tu.

Semanis Senyumanmu Episod 7

Lepas 3 hari menghilang, Azim datang ke Imazra Bakeri. Azim datang pun sebab nak bincang sikit pasal hal event catering Izat. Masa Azim sampai dekat bakeri, Iman yang in charge jaga kaunter. Azra tak ada dekat depan , sebab dia ada dekat dapur. Tapi tulah tak sangka pulak masa tu Azim datang tak kena time. Ngam-ngam Azra keluar dari dapur, Joe pun keluar sekali. Muka Azim memang automatik berubahlah bila nampak Azra masih lagi dengan Joe. Nampak gayanya memang Azra dah betul-betul return balik dengan Joe. Azim malas nak tunggu lama, so dia pun terus balek. Frust agaknyer. 

Semanis Senyumanmu Episod 7

Masa tea time petang tu, Iman nasihatkan Azra supaya tak menafikan perasaan dia dekat Azim. Sebab Iman perasan yang Azim macam ada menaruh hati & perasaan dekat Azra jugak. Kalau tak, nak buat apa Azim terus balek macam tu jer bila nampak Azra dengan Joe. Tapi malangnya, Azra cakap yang dia dah ada Joe. Lagipun Azim cuma anggap Azra sebagai kawan jer & tak lebih dari tu. Lusanya masa dekat event catering Izat, Azra dengan Azim masing-masing bersikap dingin & langsung tak bercakap sepatah apa pun sampailah event tu habis.  Bersambung... 

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 7

Jun 21, 2021

Jun 20, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 6

Semanis Senyumanmu

Esoknya waktu tengahari, Azim singgah sekejap masak makan tengahari dekat rumah kakak dia. Sambil-sambil tu Azim & Azreen berbincang pasal plan diorang nak balik kampung celebrate birthday mama dia. Lepas makan, petangnya pulak Azim keluar berjogging dengan Izat dekat taman. Masa ni, Azim bagi kata putus dekat Izat yang dia terima offer Izat untuk buat catering dengan client dia. Kali ni Izat bagi cadangan dekat Azim supaya dia cuba collaborate dengan Azra untuk buat catering sama-sama untuk event client Izat. Izat suruh Azim in charge bahagian entree & Azra pulak in charge bahagian desert. Azim pada awalnya macam susahlah sikit nak setuju sebab dia pun masih terkesan lagi dengan apa yang jadi hari tu antara Azra dengan Joe.


Semanis Senyumanmu Episod 6

Lepas lama Azim menghilang dari radar, keesokkan harinya Azim muncul balek dekat Imazra Bakeri. Mula-mula Azra dengan Azim rasa macam canggunglah jugak nak start conversation. Tapi at the end, Azim cuba came out dengan alasan yang dia sibuk dengan catering. So, Azra pun terima jelah reason Azim tu dengan keadaan terbuka. Pagi tu, Azra ajar Azim macam mana nak buat kuih favourite Azim, iaitu kuih lopes πŸ˜‹. Sepanjang tempoh belajar tu, Azim makin lama makin tertarik dengan cara & perwatakkan Azra. Tambah pulak, resepi lopes yang Azra buat memang kena dengan selera Azim. Lepas habis belajar memasak, Azim pelawa Azra untuk join catering event Izat. So, Azra pun setuju. Sebab pada Azra, kalau dia joint event catering tu dengan Azim, at least dia boleh promote pasal cafe dia sekali.

Semanis Senyumanmu Episod 6

On the next day, Azim jumpa Azra lagi. Kali ni diorang bincang pulak pasal menu & costing untuk event catering Izat. Masa discussion tu Azra ada ajak Azim untuk jadi tukang tester menu baru dia. Azra plan nak buat menu baru tu dalam minggu depan. Tapi Azim cakap dekat Azra yang dia tak dapat nak involve, sebab dia kena balek kampung dengan Azreen untuk celebrate birthday mama dia. Azim ada jugak pelawa Azra balek kampung sekali dengan Azim. Tapi Azra macam tak sure samada nak ikut balik kampung Azim atau pun tak, sebab Azra pun berfikir jugak yang hubungan dia dengan Azim hanya sekadar kawan jer. So, macam tak kena lah pulak nak pergi balik kampung & jumpa dengan family Azim. Lagipun bila Azra tanya Azim pasal hubungan diorang, Azim cakap yang diorang berdua just kawan biasa jer & tak lebih dari tu. So, Azra pun take seriously lah point yang Azim cakap tu. Bersambung...

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 6

Jun 20, 2021

Jun 18, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 5

Semanis Senyumanmu

Masa dekat Imazra Bakeri, Iman jadi marah sangat dekat Azra bila dia dapat tahu yang Azra masih keep in touch lagi dengan Joe, ex-boyfriend Azra .Iman bukan apa, Azra ni kadang-kadang terlampau berlembut & bagi muka sangat dekat Joe, even Joe dah banyak kali berlaku curang di belakang Azra. Yang Azra pulak fikir si Joe ni dah berubah. So, dia cubalah ambik peluang ni untuk perbaki hubungan dia dengan Joe. Tapi, Azra tak sangka pulak yang Joe ni masih lagi melayan perempuan lain. Nampak gayanya Azra kena tipu lagi lah kali ni. Kesian Azra.

Malam tu, Izat datang rumah Azim main footbal game & masa tu jugak Azim bagitahu Izat yang Azra ada offer Azim untuk ajar cara buat kuih tradisi resepi nenek dia. Pada awalnya, Azim jadi macam teragak-agaklah nak terima offer Azra tu. So, Azim mintak pendapat Izat samada nak terima offer Azra tu ke tak. Izat suruh jer Azim terima sebab bukan senang orang nak offer cara buat kuih. Tambah-tambah FOC pulak tu. Azim bukan apa, dia jadi teragak-agak sebab dia rasa yang Azra dah ada boyfriend. So, Azim macam tak syoklah nak belajar buat kuih berdua-duaan dengan Azra, sedangkan Azra dah berpunya. Yang si Izat ni dah macam suspicious dengan Azim. Dia rasa Azim dah syok dekat Azra. Izat pun suruh jer Azim belajar macam biasa sebab pada Izat, selagi Azra belum berkahwin selagi tu Azim masih ada peluang untuk ambik hati Azra.

Semanis Senyumanmu Episod 5

Esok paginya, Azim datang ke Imazra Bakeri. Start dari pagi tu diorang spendtime masa berdua pergi cari barang-barang untuk buat kuih. Selesai jer beli barang diorang singgah sekejap dekat satu cafe ni untuk minum coffee. Masa dekat cafe tu lah Azim dapat tahu serba sedikit latar belakang pasal Azra. Bila Azim dapat tahu yang Azra ni anak yatim & sebatang kara, Azim jadi macam kesian sangat dengan Azra. Selesai minum & chit chat, diorang pun balek lah ke Imazra Bakeri untuk sesi buat kuih pulak. Petang tu Azra ajar Azim macam mana nak buat pisang goreng yang sedap & ranggup ikut resepi nenek dia πŸ˜‹.

Semanis Senyumanmu Episod 5

Selesai jer sesi masak-memasak, Azim, Azra & Iman duduklah lepak-lepak sembang-sembang dekat depan bakeri.Tengah seronok-seronok bersembang, entah macam mana tiba-tiba datang tetamu tak diundang, Joe. Masa tu Azim dah rasa tak syoklah. Dahlah Azim baru jer nak start ada hati dengan Azra. So bila Azim nampak Joe datang balik menagih cinta Azra, dia jadi rasa macam kalah lah. Start dari hari tu, Azim hilang sekejap dari radar. Ada lah dalam tiga hari. Azra ada jugak cuba contact  Azim, tapi tak ada respond. Beberapa hari lepas tu, Joe datang lagi jumpa Azra. Joe siap bawak bunga & cuba ajak Azra keluar dekat tempat special. Pada awalnya, Azra menolak. Tapi lepas Joe pujuk banyak kali, at the end Azra ikut jugak Joe. Masa dekat parking kereta, actually Azim ada dekat situ. So, dia ternampaklah Azra ikut Joe. Azim jadi frustlah bila dia nampak Azra follow jer permintaan Joe. Bersambung...

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 5

Jun 18, 2021

Jun 14, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 4

Semanis Senyumanmu

Esoknya, lepas Azim pergi berjogging, dia sempat lepak dengan Izat dekat kedai makan. Masa tu Izat bagitahu, yang ramai client dia berminat nak buat tempahan catering dengan Azim. Last time, Azim pun ada bagitahu Izat yang passion dia bukan catering. Bila dia dapat offer macam tu, rasa susah sikit untuk dia terima. So, Azim bagitahu Izat yang dia akan cuba pertimbangkan offer Izat tu. 

Semanis Senyumanmu Episod 4

Lepas habis lepak dengan Izat, Azim pun pergi singgah rumah kakak dia. Dekat sanalah baru Azim rasa roti bun Azra. Masa tu Azim tengah ralik bersembang pasal hal Nisa dengan kakak dia. Secara tak sengaja Azim termakan roti yang kakak dia hidangkan. Roti tu sebenarnya roti yang kakak dia beli dekat Imazra Bakeri. Bila Azim rasa baru Azim tahu yang roti Azra tu memang sedap. Jadi, apa yang Nisa cakap pasal roti tu selama ni memang betul. Dengan rasa serba salah, keesokkannya Azim cuba cari Azra dekat Imazra Bakery. Tapi dia masih lagi belum bersedia untuk face to face dengan Azra.


Semanis Senyumanmu Episod 4

At last masa dekat pasar, Azim ternampak Azra tengah sibuk cari barang-barang bakeri dia. So, Azim pun ambik peluang tu untuk bersemuka & mintak maaf dengan Azra. Pada awalnya, Azra cuba mengelak. Tapi Azim dapat jugak approach Azra. Masa tulah, Azim berterus terang & cuba mintak maaf pasal kelakuan dia yang sebelum-sebelum ni. Azra pun jadi macam pelik lah kan. Yelah, tak semena-mena head cheaf ego tu datang face to face dengan dia semata-mata nak mintak maaf. Mimpi ke apa? Last time, masa jumpa dekat event kemainlah kerek. This time, Azim sedar yang dia silap menilai. So, selagi boleh dia cuba minta maaf dengan Azra. Untuk tebus kesalahan tu, Azim cuba mengajak Azra keluar minum dengan dia. Mula-mula Azra tak nak. Tapi lepas Azim melutut, terpaksa jugak Azra terima πŸ˜‚. Seganlah sebab dah ramai orang pandang. Dahlah dekat pasar pulak tu. Memang tak kena langsung tempat nak berdamai. Bersambung...

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 4

Jun 14, 2021

Jun 13, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 3

Semanis Senyumanmu

Lepas Azim buat keputusan berhenti dari Restoran Sedap, maka bermulah episod Azim sebagai seorang penganggur terhormat. Agak lama jugaklah dia menganggur. Actually, bukan tak ada orang yang nak hire dia, cuma si Azim ni memilih sikit. Dia cakap, dia taknak tersalah pilih pekerjaan. Selagi boleh dia nak cari pekerjaan yang boleh menjamin masa depan dia. Even Izat, sepupu Azim pun pernah offer Azim untuk join venture buat bisnes catering. Tapi Azim kata dia tak mahu sebab dia tak berminat buat catering. 

Semanis Senyumanmu Episod 3

Masa dekat Imazra bakery,Azra didatangi si budak cilik Nisa. Dia datang pun sebab nak beli roti bun Azra & at the same time dia nak mintak maaf jugak pasal kelakuan Azim masa dia dengan Azim datang beli roti hari tu. Tapi Azra okay jer. Sebab dia malas nak ambik pusing sangat pasal hal tu. Balek jer budak Nisa tu, si Iman pun bagitahu Azra pasal satu event catering ni. Iman cakap event tu just untuk social networking business dioang. So, Azra pun setuju nak pergi sebab pada dia event tu bagus untuk masa depan Imazra bakery. Actually kalau korang nak tahu, event tu ada kaitan jugak dengan bisnes yang sepupu Azim tengah buat πŸ˜…. 

Semanis Senyumanmu Episod 3

Malam tu masa dekat event, Azra secara tak sengaja terserempak dengan Azim dekat section buffet. Azra tak expect pun yang Azim ada dekat event tu. So Azra pun apa lagi, dia pun pergilah approach Azim. Tapi masa tu Azim jadi macam malu-malu alah. Yelah, macam tak sangka boleh terserempak Azra dekat event tu. Tambah pulak dia duduk dekat section buffet sebagai pelayan. Dah lah hubungan dia dengan Azra pun tak berapa nak elok sangat lepas dia terasa hati dengan kritikan Azra. So, selagi boleh memang dia tak nak jumpa Azra. Tambah-tambah dalam situasi & kondisi dia yang macam tu. 

Actually, Azra bukanlah nak cari gaduh dengan Azim. Niat dia just nak minta maaf & berdamai dengan Azim. Tapi Azim pulak yang salah faham. Dia ingat Azra datang nak cari gaduh. So, Azra pun malas nak panjangkan cerita, dia offer Azim untuk belajar buat desert dengan dia sebagai tanda mintak maaf. Malangnya Azim menolak. Bersambung...

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 3

Jun 13, 2021