Posts with the label Mimpi menjadi realiti
Memaparkan catatan dengan label Mimpi menjadi realiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mimpi menjadi realiti. Papar semua catatan

Januari 09, 2022

Mimpi Menjadi Realiti

Dream girl


MIMPI MENJADI REALITI


 Dunia ini

Banyak rintangan

Penuh cabaran hidup

Tatkala ini

Aku mencari

Sebuah destinasi

Yang kini belum pasti



Aku mula mengorak langkah

Mencari sesuatu yang ku impikan

Demi kebahagian hidup

Aku tidak mengaku kalah kepada takdir



Sungguh pun ombak memukul pantai

Lautan ku redah

Tidakkan ku  gundah

Sebaliknya aku melangkah

Tidak putus segala hasrat

Tinggi menggunung

Yang keruh ku curahkkan

Yang baik  ku jadikan teladan



Kini 

Aku berdiri megah

Bersama sinaran yang cerah

Tatkala ini aku terngadah

Segala mimpi

Menjadi realiti




[Nota jemari : Sajak ni Syu pernah pertandingkan ketika  menyertai Pertandingan Sayembara Puisi peringkat Negeri Perak. Tapi dapat tempat ke-4 jer 😂.  Sajak ni kemudiannya dijadikan lagu & diabadikan di  dalam rekod simpanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Ada dapat satu salinan untuk simpanan. Tapi, Syu sendiri  tak tahu letak mana 😆]

Mimpi Menjadi Realiti

Januari 09, 2022