Posts with the label October
Memaparkan catatan dengan label October. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label October. Papar semua catatan

Oktober 01, 2021

Hello October!!

 
 

Alhamdulillah, hari yang baik untuk permulaan Oktober. Ngam-ngam jatuhnya pada hari penghulu segala hari. Cuaca pun elok jer hari ni, sejuk-sejuk mendung. Nak kata panas pun tak. Ngam-ngam belaka. Semoga di hari Jumaat yang barakah ni, Allah limpahkan rahmat & rezeki yang mencurah-curah buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat Syu tak kira dalam & luar dunia blog. 



Walaupun tak banyak yang berlaku bulan lepas, tapi pagi ni ada dapat perkhabaran gembira & tak berapa nak gembira. Perkhabaran gembira, menang Giveaway Ikan Bilis Salted Egg by Aishah Nizam. Alhamdulillah. Rezeki penghujung September. Khabar tak berapa gembira pulak...Isnin ni kena masuk kerja (Dalam hati : Nak duduk rumah lagi, wu3 😂).



Apa-apa pun, Syu tak mintak lebih. Cuma Syu berharap di bulan Oktober ni semua perkara akan berjalan dengan smooth & tak caca merba, selain sentiasa ditetapkan hati & istiqamah dalam menjaga hubungan Syu dengan Allah S.W.T. Dear October, please don't be harsh with me okay 😊💕!!

Hello October!!

Oktober 01, 2021