Posts with the label Pencarian Bloglist
Memaparkan catatan dengan label Pencarian Bloglist. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencarian Bloglist. Papar semua catatan

Julai 16, 2021

Senarai Peserta Terpilih Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris

Pencarian bloglist

Kalau ikutkan lepas Isyak tadi Syu nak terus tidur jer. Tapi disebabkan terbukak TV & ada nampak cerita best. Maka, terbantutlah usaha untuk tidur tu. Bayangkanlah boleh pulak ada cerita Bollywood malam-malam gini. Korang pun tahu kan sejenis Syu ni memang tak boleh nak menolak apa jua filem Bollywood. Malam ni filem Bollywoodnya tajuk "Soldier". Ditayangkan dekat Awesome TV. Lama betul tak tengok cerita ni. Sambil mata tengok TV, tangan pun bergerak jugak create post dalam blogger.  Gara-gara filem Bollywood, adalah kerajinan nak annouce keputusan Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris. Apa kata sambil korang baca post Syu ni korang layan kejap lagu ni. Saja Syu nak suntik semangat berblog malam-malam ni 😏. Esok jangan lupa, ada cerita Asoka pulak pukul 2 petang dekat saluran TV yang sama.


 

By the way seperti yang ditunggu-tunggu malam ni Syu nak announce senarai peserta yang tercalon dalam pencarian bloglist Syu. Tapi sebelum tu Syu nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua peserta-peserta yang telah meluangkan masa bersegmen dengan Syu bagi mengisi kekosongan ruangan bloglist Syu. Untuk dapatkan senarai calon bloglist ni Syu guna Wheel of Names [WON] jer. Ingat nak guna Random.org. Tapi macam tak best jer. So, Syu decide untuk guna WON sebagai alternatif lain selain Random.org. Seronok jugak tentukan calon bloglist Syu guna WON ni. Rasa macam masuk dalam roda impian pulak 😁. Apa-apa pun ini adalah senarai 10 calon terpilih yang bakal Syu masukkan dalam bloglist Syu. 


Wheel of names

Memandangkan Syu enjoy sangat guna WON ni. Maka Syu decide untuk tambah lagi 5 orang peserta tambahan untuk masuk dalam bloglist Syu. Bukan apa, Syu rasa macam sikit pulak 10 blogger jer letak dalam bloglist Syu. Keputusan untuk buat penambahan ni Syu buat last-last minit tau 😂. Itulah dia sejenis Syu ni. Tak tetap pendirian. Sorry yer kengkawan. Berikut 5 senarai peserta tambahan untuk bloglist Syu. Tahniah sebab berjaya masuk dalam 5 senarai bertuah ni!! Bukan senang tau nak dapat. Tambah-tambah tuan tanah tiba-tiba nak buat penambahan. Puncanya sebab seronok main WON 😆.


Wheel of namesSo, itulah dia 15 senarai peserta yang tercalon dalam Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris. Pada yang tak berjaya jangan sedih-sedih tau!! Next time cuba lagi. Mana tau ada rezeki korang untuk gantikan 15 peserta ni suatu hari nanti. Siapa tahu kan. Tahniah jugak Syu ucapkan pada yang berjaya. Ambik peluang ni untuk serlahkan blog korang diruangan bloglist Syu okay. Rasanya cukup untuk Syu berceloteh malam ni. Jumpa di next entry pulak. Apa-apa pun korang stay safe tau sebab kes harian Covid masih lagi atas 10K 😂. Takut & sedih pun ada sebab 6 minggu berkurung macam tak ada perkembangan yang memberangsangkan. Kesian dekat frontliners. Harap diorang dapat bertahan 😢.


Tahniah kepada semua peserta yang berjaya!!

Senarai Peserta Terpilih Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris

Julai 16, 2021

Julai 15, 2021

Segmen Pencarian Bloglist Tamat

Alhamdulillah, setelah berhadapan dengan macam-macam error dalam blogger akhirnya Syu boleh kembali menulis blog dengan aman & jayanya. Lepas tukar domain hari tu banyak jugak masalah blogger Syu datang. Sampai Syu terpaksa direct messages(DM) beberapa orang blogger untuk selesaikan masalah Syu. Tapi malangnya, tak semua jawapan Syu boleh dapat dari diorang sebab ada sesetengah error mungkin diorang tak pernah alami macam mana seperti Syu. So, semalam baru Syu tahu kat mana sebenarnya silap Syu 😁. Apa-apa pun tahniah kepada diri sendiri. Tu pasal kalau korang tengok, semalam hanya post roti jala jer yang up. Lain-lain post semua tak boleh lepas sebab ada something happened dekat Syu punya blogger, hu3 😂.



Semalam memang agak kemurungan sikit bila dok fikir pasal blogger. Memang satu benda pun tak jalan. Nak create post lambat nau loadingnya. Penyudahnya Syu tutup terus tengok movie 😃. Malas nak fikir punya pasal. Tapi alhamdulillah. Akhirnya dengan berkat kesabaran, dapat jugak Syu selesaikan masalah blog Syu satu persatu pagi ni. Lepas ni Syu just nak tunggu Adsense Syu jer muncul balek. Harap-harap tak makan masa yang lama untuk dia muncul semula. Bukan apa, dah lah masa nak mohon asyik kena reject jer. Nyampah tau!! Banyak beno rulesnya. Kita ni dah lah jenis tak suka follow rules. Tapi demi kemaslahatan blog, Syu relakan jua. Demi kemaslahatan tu!! Tak boleh blah 😆.


Kopi

By the way, semalam adalah hari terakhir berlangsungnya "Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris". Boleh tahan jugak penyertaan kali ni Syu tengok 😁. Syukur dapat banyak sambutan jika dibandingkan dengan giveaway (GA) hari tu. Ini menunjukkan ramai yang support aktiviti blog Syu. Terima kasih semua!!Memandangkan segmen dah berakhir, dengan ini secara rasminya Syu mengisytiharkan "Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris" ditutup.



Terima kasih sekali lagi pada yang sudi memeriahkan segmen Syu ni. Syu harap korang semua boleh berikan Syu sedikit masa untuk Syu go through penyertaan korang satu persatu. Mana tahu ada terlepas pandang. Bagi Syu masa okay. Keputusan sekejap jer boleh dapat. Cuma Syu nak ambik masa sikit untuk ziarah blogger dari rumah ke rumah untuk tinggalkan jejak. Alang-alang Syu nak datang tu, bawak-bawak lah bancuh ayor sedap-sedap sikit 😃. Dapat Kopi panas Che Nah cicah biskut kepala lutut pun jadi lah 😆.

Segmen Pencarian Bloglist Tamat

Julai 15, 2021

Julai 12, 2021

Segmen Renew Bloglist 2021



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1) Follow blog Jari Jemari Menari & Instagram Ikashoid (WAJIB) 
2) Buat entry tajuk : "Segmen Renew Bloglist 2021"
3) Letak banner di atas & link kan ke entry tuan empunya blog. 
4) Minta korang like gambar di Instagram Ika untuk support Ika dalam buat review buku. 
5) Letak link entry yang sudah di publish ke ruangan komen. 





SELAMAT BERSEGMEN 😉!!


Segmen Renew Bloglist 2021

Julai 12, 2021

Julai 04, 2021

Alhamdulillah Rezeki!! 😊

Macam tak sangka 🤣!! Selalunya la kan, Syu memang kurang bernasib baik sikit dalam hal-hal yang melibatkan lucky draw ni. Bukan apa, dari dulu memang tak penah ada luck 😅!! Baik nama mahupun nombor. Kalau kena pun, boleh dikira dengan jari menangnya berapa kali 😂.



Betul lah peribahasa tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tapi Syu punya tuah memang susah nak jangka 😅. Tu pasal kalau ada contest & GA yang ada connection dengan lucky draw, memang Syu berserah jer awal-awal. 


My lucky no. 10 😘. 

 

Apa-apa pun tahniah pada diri sendiri. Walaupun hanya terpilih dalam senarai pencarian bloglist, pada Syu ini permulaan yang baik sepanjang Syu kembali berblog. Mana tahu esok lusa ada luck lebih sikit menang GA pulak. Tak salahkan kalau bercita-cita tinggi 😆. 

Alhamdulillah Rezeki!! 😊

Julai 04, 2021

Julai 01, 2021

Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com

Sebelum menutup tirai permulaan bulan Julai 2021 ni, masih sempat rasanya kalau Syu join segmen pencarian bloglist Mia Liana.com 😁. Sebagai tanda perkenalan dari Syu, Syu sahut seruan untuk turut bersegmen dengan Mia. Harap-harap dapatlah masuk dalam senarai bloglist Mia untuk 3rd quater 2021 ni 😉. Untuk penyertaan, korang boleh lihat detailsnya di bawah okey!! Selamat bersegmen!!😘💕

 


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.30 pagi 1/7/2021 sehingga 10.30 pagi 2/7/2021. Semua blogger dijemput join.


Syarat-syaratnya :

1) Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
2) Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
3) Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4) Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Julai 2021.

** Jom support Mia Liana....

Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com

Julai 01, 2021

Jun 25, 2021

Senarai Peserta Pencarian Bloglist Syu Deris

Lepas jer Syu post cerita pasal nasi ganja, terus Syu senyap 😁. Bukan apa, busy nau menyettlekan permit pekerja asing yang dah nak tamat. Even duduk rumah, kerja office tetap kena buat jugak. Kalau ikutkan, sepatutnya permit pekerja asing ni Syu kena submit 3 bulan sebelum tarikh luput. Cadang kalau dah buat awal senang, at least tak adalah Syu nak kena hadap Pejabat Imigrisen kalau ada apa-apa masalah. Tapi memandangkan banyak perkerja asing yang berada bawah seliaan Syu tak boleh nak bagi duit, so terpaksalah Syu tangguhkan buat sementara. Maklumlah, dengan PKP nyer, lepas tu dengan lockdown lagi. Mesti diorang susah jugak nak cari makan. Sedangkan kita yang sedia-sedia rakyat Malaysia ni pun terkesan dengan pandemik covid, inikan pulak diorang.


Petang tadi, ada seorang pekerja warga Indonesia telefon & mengadu dekat Syu. Dia kata dia tak boleh nak renew permit sebab tak ada duit. Kalau ada pun memang ngam-ngam untuk diorang guna untuk berhidup dekat Malaysia ni. Hurm...sedih pulak dengar.Nak buat macam mana kan. Tapi kalau Syu nak tolong pun bukannya Syu banyak duit 😂. Memang tak dinafikan sejak pandemik ni menyerang, ramai kalangan pekerja asing ni tak terkecuali dari kehilangan sumber pendapatan. Tambah-tambah bila kerajaan kita laksanakan PKP & lockdown. Tapi nak buat mana kan. Kalau tak buat lockdown & PKP memang teruk jadi dekat Malaysia ni. Silap-silap boleh jadi macam dekat India. Nauzubillahiminzalik. 

Segmen

So,berbalik kepada pencarian bloglist Syu. Alhamdulillah, dapat sambutan yang agak menggalakan yer dari rakan-rakan blogger. Terima kasih kerana sudi support & luangkan masa bersegmen dengan blog blog picisan Syu ni. Kat sini Syu senaraikan peserta-peserta yang join pencarian bloglist Syu ni. Pada yang berminat untuk menyertai pencarian bloglist ni korang boleh klik dekat SINI. Syaratnya mudah sangat. Pada yang belum submit penyertaan, korang jangan risau okey. Masih belum terlambat lagi untuk korang join, sebab Syu buka penyertaan ni sehingga 14 Julai 2021 😜. Apa-apa pun, teruskan bersegmen & semoga korang bertuah untuk tersenarai dalam bloglist Syu.


SENARAI PESERTA

1) Naim
6) Aida 
10) Kak Azian 
11) Farhana 
12) Atiqah 
13) Rabiah 
15) Ika 
16) Sherlyanna 
18) Whanie
19) JMBelog 
20) Kaela 
21) Nani 
22) Cik Nadia 
23) As
26) Cik Ash 
29) Nina
30) Edahyu
31) Cik TK

Senarai Peserta Pencarian Bloglist Syu Deris

Jun 25, 2021

Jun 24, 2021

Pencarian Bloglist Setengah Tahun 2021


Hari ni Syu sibuk beno bermovie marathon. Lepas Isyak baru ada keinginan nak tengok blog. Tu pun sebab nak tengok senarai penyertaan pencarian bloglist Syu. Alhamdulillah, sambutan yang agak memberangsangkan kali ni 😁. Makceh korang sebab sudi join bersegmen dengan Syu. Sebelum Syu sambung bermovie marathon balek, ada baiknya kalau Syu luangkan masa sekejap untuk join segmen blogger Syamimi. Manalah tahu dapat masuk dalam senarai bloglist dia. Sambil-sambil tu dapat jugak tambah-tambah kawan blogger. 

Syarat penyertaannya mudah jer. Macam biasa apa yang korang perlu buat adalah : 


1) Create satu post berkenaan pencarian bloglist ni
2) Follow IG Sis Syamimi kita &
3) Submit link penyertaan korang di ruangan komen dia


Seperti biasa. Pada yang berminat nak join contest ni korang boleh tekan banner dekat atas untuk submit link penyertaan & ketahui lebih lanjut pasal segmen pencarian bloglist . Syu ucapkan selamat berjaya kepada semua peserta-peserta. Good night 😉!!

Pencarian Bloglist Setengah Tahun 2021

Jun 24, 2021

Jun 20, 2021

Segmen Refresh Bloglist By Nieza


Petang-petang macam ni baru Syu berkesempatan nak belek blog lagi. Tadi pagi sempatlah jugak usik kejap. Bila dah start buat kerja rumah sampai ke sudah lupa pasal blog 😂. Kerja rumah tak banyak mana pun sebenarnya. Tapi lepas cuit sana cuit sini, bawak sampai ke petang lah jugak penyudahnyer. 


Sambil-sambil Syu tengok-tengok reading list, Syu nampak ramai blogger post pasal segmen ni. Memandangkan Syu ada kelapangan sikit petang ni. So, tak salah kan kalau Syu join bersegmen sekali 😁. Lagipun blogger Nieza memang tak ada dalam senarai kenalan rakan blogger Syu. Sambil-sambil bersegmen boleh jugak Syu tambah kawan blogger Syu & at the same time boleh eratkan silatulrahim jugak.


Untuk makluman korang, bersempena dengan bulan kelahiran blogger Nieza, dia ada buat satu segment refresh bloglist ni. Katanya, dah dekat dua tahun dia tak refresh bloglist dia [terus auto teringat bloglist sendiri, dari start berbloging mana pernah update 😂]. So, misal kata korang ada kelapangan, jom lah join bersegmen sekali bagi meriah. Kalau bernasib baik, mungkin blog korang akan tersenarai dalam bloglist Nieza. Pada korang yang nak join, korang boleh klik dekat banner untuk info lebih lanjut berkenaan pencariaan bloglist ni okey!! Selamat bersegmen 😉. 

Segmen Refresh Bloglist By Nieza

Jun 20, 2021