Posts with the label Tealive
Memaparkan catatan dengan label Tealive. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tealive. Papar semua catatan

Oktober 01, 2021

Tea Live Onde-onde : No More Repeat Order!! πŸ˜‚

Syu order Nishio  Matcha  & Onde-onde Smoothie.

Ni alkisah semalam tau. Memandangkan dah end of September. Saja nak manfaatkan voucher 50% HOTDEALSGF di GrabFood sebab dengar kata expired semalam. Konon-kononnya, taknak terlepas peluang dapat diskaun 50% lah kiranya. Tapi, pagi tadi bukak elok jer ada lagi promo jer. Geram pulak rasa πŸ˜‚. Nampak gayanya, Syu tertipu yer akak-akak adik-adik. 


Kelebek punya kelebek, tekak rasa teringin nak cuba minum Tea Live. Selama hidup dekat muka bumi Allah ni, seumur hidup Syu tak pernah cuba minum Tea Live πŸ˜†. So, semalam terdetik nak cuba. Saja nak rasa. Memang semalam, hari "saja-saja" agaknya. Saja nak order, saja nak rasa. "Saja-saja" segala. Nak dijadikan cerita, Syu pun order lah flavour yang tengah viral sekarang ni. Alah yang onde-onde tu. Bunyinya macam sedap sangat. Tapi Syu order satu cup je lah. Yang satu lagi Syu order flavour mactha. 

πŸ˜‚Nampak macam sedap, tapi hakikatnya...mengucap panjang bila nak sedut.

Bila dah cuba dua-dua flavour ni. Allah...sampai ke hari ni mengucap panjang nak menyedut. Tak pernah-pernah tau kitorang laki bini minum air boba tak habis. Ada lagi airnya dekat peti ais nun tak berminum. Kitorang hanya mampu minum separuh cup jer. Tak mampu nak teruskan . Nampak gayanya "tongsam" lah yang ngap!! Bukan apa, yang flavour onde-onde tu sedap airnya. Tapi seredak-seredak kelapa tu yang mengganggu tekak. Mungkin sebab dah kembang kena air agaknya. Bila sedut tu rasa macam tekak ni kena geletek πŸ˜‚.  Yang matcha tu pulak. Emmm...malas nak cerita. Sedap lagi green tea pasar malam yang letak cincau tu (πŸ˜‚ Sorry Tea Live!!).

Dia punya  coconut crunch tu agak menganggu tekak sikit. Rasa macam makan hampas kelapa pun ada πŸ˜‚.

Ini review jujur Syu lah yer. Maaf buat penggemar-penggemar & pentaksub Tea Live termasuk kawan Syu. Serius Tea Live tak sedap πŸ˜‚. Maaf sekali lagi yer Tea Live. Tak tahu lah kot-kot tekak Syu ni dah nak masuk era acik-acik ke tak tahu lah kan. Bila dah rasa...Allahuakbar. Airnya manis leting!! Tapi salah sendiri jugak sebab pilih tahap kemanisan 100%. Rasakan. Nak bergegar jugak lah kepala otak minum. Lepas tu yang sedihnya, bobanya keras. Macam tak masak sempurna. Agak menyesal jugaklah beli.  Dua-dua flavour memang mengecewakan.  Baik mactha mahupun onde-onde.


Lepas ni memang tak akan order dah Tea Live πŸ˜‚. Syu prefer beli dekat Wakaka jer. Minuman boba rakyat marhaen dengan harga mampu milik. Walaupun bukan jenama terkemuka, tapi rasanya sedap & puas hati bila minum. Ngam lah dengan trademark dia "Makan Minum Sampai Wakaka". Emmm...tetiba rindu pulak dengan waffle dia. Ha3 πŸ˜‹. Nak ke Batu Gajah jauh pulak.

Tea Live Onde-onde : No More Repeat Order!! πŸ˜‚

Oktober 01, 2021