Posts with the label Tutorial Blog
Memaparkan catatan dengan label Tutorial Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial Blog. Papar semua catatan

Oktober 07, 2021

Cara Letak Twitter Tweet Pada Blog



Assalamualaikum blogger-blogger kesayangan Syu sekalian. Di hari Khamis yang indah ni, Syu nak share sikit cara-cara macam mana letak Twitter Tweet di tengah (center align). Dengan cara ni, blog korang akan nampak lebih kemas & tersusun. Mungkin ada sesetengah blogger lebih suka screenshot & upload image Twitter Tweet di blog. 



Macam Syu, Syu lagi suka embedded kod dari post yang Syu nak share dekat blog. Bukan apa, senang blogger-blogger lain nak baca & pergi terus ke laman Twitter Tweet yang Syu dah share. Nak tweet reply, share & like pun senang sebab dah link terus ke Twitter 😊💕. Pada yang belum tahu macam mana nak share Twitter Tweet dalam blog, Syu akan tunjukkan caranya satu persatu. Senang jer. Tak susah mana pun. Korang follow jer step yang Syu tunjuk ni. 




CARA LETAK TWITTER TWEET



STEP 1 : Pergi ke laman Twitter korang. Klik pada butang MORE 💬 yang ada tiga titik dekat penjuru belah kanan Twitter Tweet yang korang nak share. Klik pada EMBEDDED TWEET.

STEP 2 : Kemudian korang COPY CODE yang dah dibagi

STEP 3 : PASTE kod yang korang dah copy tadi pada ruangan compose section pada blog di bahagian HTML VIEW.




CARA LETAK TWITTER TWEET DI TENGAH




Once korang dah copy & paste kod tu, hasilnya akan jadi macam ni. Tapi, position Twitter Tweet ni takkan automatik berada di tengah-tengah tau. So, untuk bagi dia center align , korang kena TUKAR kodnya sikit dari <blockquote class="twitter-tweet"> ni kepada <blockquote class="twitter-tweet tw-align-center">. Bila korang guna kod ni, Twitter Tweet korang akan terletak elok di tengah-tengah. Tak faham jugak? Tak apa. Syu bagi contoh dekat korang supaya mudah faham.


Contoh kod asal Twitter Tweet korang macam ni :


<blockquote class="twitter-tweet"><p dir="ltr" lang="in">Guys, belajar pasal perempuan , period time , ....</blockquote>


Kod tadi yang korang dah paste tu, korang cuma kacau dekat bahagian yang Syu bagitahu tu jer. Kod selebihnya janganlah korang kacau. Kalau tak hasilnya akan jadi caca merba. Tapi kalau korang terkacau pun, korang still boleh copy kod tu dekat Twitter. Tak jadi masalah besarlah. Cuma kena buat kerja dua kali lah 😅.


Lepas korang tukar, kod barunya akan jadi macam ni :


<blockquote class="twitter-tweet tw-align-center"><p dir="ltr" lang="in">Guys, belajar pasal perempuan , period time , ....</blockquote>


Actually, cuma perlu tambah "tw-align-center" jer lepas kod "twitter-tweet" tu. Saja tak nak bagi korang pening tengok kod sekerat-sekerat. Senang kan? Kat bawah ni hasil selepas korang replace kod yang Syu ajar tadi. Twitter Tweet yang left align yang korang tengok tadi dah jadi center. Kan nampak elok bila macam ni. So, kalau korang nak letak Twitter Tweet dalam blog korang, korang boleh gunakan step yang Syu dah tunjuk ni dari awal. Sebarang kemusykilan korang boleh drop dekat ruangan komen.



Cara Letak Twitter Tweet Pada Blog

Oktober 07, 2021

Jun 18, 2021

Cara Buat Hidden "Post Thumbnails" Blog Post

Post thumbnails

Pada yang dah tahu macam mana nak buat, tak mengapa. Syu just share jer tutorial ni 😉. Mana lah tahu kan, in future ada adik-adik newbies blogger tercari-cari tutorial ni dekat abam Google. At least ada jugak sources untuk diorang jadikan sebagai sumber rujukan untuk cantikkan blog. Lagipun, apa yang Syu share ni adalah berdasarkan apa yang Syu applied dekat blog Syu jugak. Ada ilmu kita kongsi sama-sama. Semoga bermanfaat untuk korang yang suka berblogger!! Keep it up & keep blogging 😘💕.



By the way, post thumbnails tu apa eak? Okay, post thumbnails ni image kecik yang ada pada blogger post korang. Bila ada post thumbs ni barulah blog post korang nampak menarik. Tapi untuk kali ni Syu nak ajar korang macam mana korang nak hidden kan image thumbs ni daripada menjelma dalam blog post korang 😁. Nak buat hidden tumbnail ni tak susah mana pun. Apa yang korang perlu buat hanyalah copy & paste code html ni dalam korang punya post [paste dalam mode html view]. Step yang selebihnya korang boleh follow dekat bawah ni hokey!! 😉



<img src="IMAGE LINK" style="display: none;"/>

Hidden Post Thumbnails Step 1
STEP 1 : Create satu post atau korang masuk jer ke published post korang yang sedia ada. Lagi senang 😁 . Sebab dekat post tu dah sedia-sedia ada gambar.



Hidden Post Thumbnails Step 2
STEP 2 : Switch ke html mode then korang paste kod ni <img src="IMAGE LINK" style="display: none;" /> dekat starting html korang dalam compose section. Lepas tu switch back ke compose view semula.


Hidden Post Thumbnails Step 3
STEP 3 : Select image yang korang nak buat thumbnails. Copy dia punya image address, then korang replace kod "IMAGE LINK" dalam mode html tadi dengan image address yang korang dah copy. Lepas tu, image yang korang select tadi korang boleh lah delete. Tapi kalau korang nak biarkan pun tak ada masalah 😊.


Ni lah hasil dia. Image yang korang dah delete tu tak akan muncul dah dalam blog post korang, sebaliknya ia akan muncul sebagai korang punya post thumbnails. Bila korang buat macam ni tak payahlah korang nak kena letak banyak sangat gambar dalam post. Dengan cara ni jugak korang boleh customizekan gambar yang korang suka untuk dijadikan sebagai post thumbnails. Barulah homepage korang nampak presentable 😁.


Dalam post, korang memang takkan nampak dah gambarnya. Tapi kalau korang still nak biarkan image post thumbs korang tu dalam post, tak jadi masalah pun. Nampak meriah sikit ada banyak gambar. Tapi takut blog korang jadi berat jelah 😅.

Cara Buat Hidden "Post Thumbnails" Blog Post

Jun 18, 2021