November 11, 2019

Sungguh!!Jodoh Itu Rahsia Allah!!


وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah"

[Adz-Dzaariyaat : 49]



اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro

“Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”



Agak lama juga mak menunggu kepulangan abah ke pangkuan dia. Dengan berkat kesabaran & doa mak, akhirnya dengan izin Allah abah buat keputusan untuk bernikah semula dengan mak. Walaupun tempoh untuk bersatu kembali tu agak lama, tapi andai jodoh itu Allah sudah tentukan, siapalah kita yang manusia biasa ini hendak pertikaikan.

Alhamdulillah. Barakallah untuk mak dengan abah. Tiada apa yang lebih bahagia buat Syu & adik-beradik apabila bertautnya kembali kasih mak dengan abah. Sesungguhnya Allah S.W.T sebaik-baik perancang. 

"Barang yang lepas jangan dikenang

Kalau dikenang meracunlah diri

Tak guna menangis memilu

Makin sedih menambah derita"


"Lupakanlah semua yang lalu

Tidak kan nanti kembali semula

Barang yang lepas hai jangan dikenang

Kalau dikenang meracunlah diri"


[Allahyarham Tan Sri P.Ramlee]


Disember 14, 2018

Team Building Persatuan Daybreak

Actually agak lama jugak yer NGO Syu tak anjurkan aktiviti tahunan macam ni. Disebabkan dek kekangan waktu & kesibukkan committee members, jadi banyak aktiviti & program tahunan yang dirancang tak dapat dilaksanakan. Maklumlah, majoriti committee members sibuk dengan komitmen diorang. Tambahan pulak sepanjang tahun lepas dan pertengahan tahun ini sahaja banyak penyertaan dari penganjur-penganjur luar datang berkampung di DAYBREAK sampai tak menang tangan kitorang semua dibuatnya. 

Setelah banyak kali manager kitorang berbincang & membodek Dato', akhirnya pihak committee bersetuju untuk anjurkan team building (TB) selama 3 hari 2 malam(3H2M) di Adelaine Villa & Rest House yang terletak di Gopeng, Perak. Tempat ni famous jugak tau kengkawan. Jalan-jalan Makan Angin TV3 pon penah datang sini buat review.

Team Building kali ni agak panjang yer tempoh dia, tapi Syu akan pendekkan penceritaannya. Bukan apa, kalau Syu nak bercerita apa yang jadi sepanjang tempoh tiga hari tu memang berkicap Syu nak menaip😆. Tu belum campur aktiviti-aktiviti selingannya lagi. Silap-silap korang pon boring nak baca.

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

HARI PERTAMA("ICE BREAKING SANTAI-SANTAI")

Pagi masa kitorang sampai tu, macam biasalah ada "ice-breaking" sikit. Mana-mana TB mesti ada "ice breaking" punya. Tapi tak lama mana pon. Busuk-busuk dalam sejam macam tu jer. Lepas "ice-breaking" tu owner villa ajak breakfast & check-in bilik. Bilik dia memang best!! Besar & sangat selesa👍. Kalau nak buat family day memang best tempat ni tau. Even dia agak mahal, tapi memang berbaloi & puas hati.

Kalau korang nak tau TB kitorang ni memang santai-santai jer. Lepak-lepak, makan-makan, gossip-gossip & aktiviti lasak just sikit-sikit jer. Almaklumlah, banyak golongan veteran dalam ni. So, aktiviti lasak tu agak terhad untuk kitorang buat. Takut ada risiko pulak kat diorang-diorang ni. Tapi takpe, Syu lebih suka macam tu😁. Takde stres-stres macam TB masa sekolah dedulu. Siap kene torture bagai.

Malamnya pulak lepas dinner kitorang buat aktiviti night walk. Kalau ikutkan time siang tracknyer biashe-biashe jer, tapi bila malam track tu jadi luar biasa & mencabar pulak sebab gelap punya pasal. Tambah-tambah time kitorang naik tu hujan turun...lagilah perit😖. Naik helok, turun berlemuih la jawabnyer!! Dengan jalan licin pastu berlecak pulak lagi. Rasenyer banyak kali jugak la Syu terciduk😂. 

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

HARI KE-2(SUKAN EKSTREM)

Malam tadi memang tidur lena sangat-sangat. Ngam-ngam lepas dinner memang sorang pon tak berbunyi. Mungkin sebab penat gara-gara terciduk masa night-walk agaknyer.  Ingat boleh lah nak sambung bergossip ke ape ke? 😂Hapah...semua hanyut...
Bubur ikan bilis, tofu goreng & air kopi panas.
Breakfast pagi ni boleh tahan jugak sedapnya. Tapi Syu just makan lite-lite jer. Bukan apa, pagi ni ada aktiviti water rafting, risau jugak kalau-kalau perut ni tiba-tiba buat hal. Hilang terus feel dibuatnya nanti. 
Second dishes.
Second dishes🍴.
Tapi dalam lite-lite tu ada jugak lah dua pinggan😂. Kat sini makannya style buffet tau. Sapa yang kuat makan tu boleh makan banyak mana yang korang suka. Jangan risau, tuan villa tak marah pon sebab korang dah bayar. So makan lah puas-puas okay.
Licin!!🍴
Lupa nak inform satu perkara. Rules kat sini kalau lepas makan kene cuci pinggan & cawan sendiri tau. So, kalau boleh minimumkan penggunaan cawan & pinggan korang yer supaya tak susah korang nak basuh nanti. Okay?😉

SUKAN EKSTREM 1 : WHITE WATER RAFTING

📷Wefie itu penting yer korang!!
Lepas jer breakfast maka bermula lah aktiviti kitorang yang seterusnya. Dari pagi sampai lah ke petang. Tapi honestly Syu cakap hari kedua memang epik!! Especially bila melibatkan white-water rafting ni. Memang adventure giler!! 

So bagi penggemar sukan air, disini lah tempat yang sepatutnya korang berada. Package yang kitorang ambik ni harganya dalam RM80/pax termasuk guider, insurance & sijil.

Lepas part ni terus kemurungan kejap sebab air masuk hidung😞. Benci tau!! 
Sebagai persediaan awal sebelum korang nak start berafting guiders akan bagi briefing & bekalkan suit keselamatan yang lengkap untuk korang pakai supaya dapat mengelakkan kecederaan yang serius semasa korang berafting nanti. 

Pada awalnya Syu agak risau jugak lah nak join rafting ni sebabnya Syu tak reti berenang😆. Tapi dengan adanya guider-guider ni, alhamdulillah...keselamatan memang terjamin. Takut semua hilang & semua checkpoint Syu dapat cover dengan jayanya.

Ini anne mulut dia paling bising. Start dari first checkpoint sampai lah ke final checkpoint mulut tak reti diam😆.
Actually kan korang, water rafting ni dia ada banyak class rapids tau. Seingat Syu total semua ada Class Rapids ada 6. Makin tinggi class makin banyak & ekstrem dia punya obstructions. Yang Syu buat ni just Class 1 Rapids jer tau.  Kiranya memang level yang paling senang & obstructions dia tersangatlah minima. 

Jadi, untuk korang yang baru nak berjinak dengan water rafting, Class 1 Rapid memang sesuai sangat untuk korang. Main dengan arus tu relaks-relaks santai-santai jer. Takda nak gelabah-gelabah menggelupur takut lemas. Macam korang tengok dalam gambar Syu kat bawah ni, siap boleh membawang lagi😄.

Yang kat belakang tu dah lunyai dah. Syu & auntie kat depan sempat lagi membawang yer sambil-sambil tu😄.

Dari starting checkpoint nak ke final checkpoint tu amibil masa dalam anggaran 3 jam macam tu lah. Lama kan?? Tapi bila korang dah sampai final checkpoint korang rasa nak repeat balik. 

Memang enjoy giler buat aktiviti water rafting ni, kena pulak kitorang punya guider memang jenis ramah & happy go lucky. So, kebosanan tu memang takde langsung. Kalau korang datang ke sini, Syu memang recommed sangat-sangat korang join sukan air ni. Sebab pengalaman dia memang lain macam.

SUKAN EKSTREM 2 : PAINTBALL

Yang pakai hat putih tu lah Chairman NGO kitorang. Dato' Sri Sandra Lee nama dia. Pakai baju Carlsberg tu pulak Syu punya manager.

Selesai rafting, kitorang semua luchbreak kejap & dalam pukul 3 petang macam tu baru kitorang start main paintball. Sukan paintball ni memang Syu minat sangat. Masa study dulu, sukan lasak ni yang Syu paling suka selain hiking. Tapi since umur nak cecah 30-an ni memang tak involve dah sukan-sukan macam ni, tambah-tambah kalau dah kahwin. Sukannya adalah di dapur😆!!So, bila dapat peluang macam ni apa lagi...memang seronok lah💃!!

Kalau, korang nak tau...Syu memang suka tembak-tembak orang ni😈. Time ni memang Syu kena ganyang cukup-cukup dengan Syu punya officemates. Sebabnya dalam team Syu,  Syu yang paling liat sikit nak mati. Diorang yang lain bengang lah especially Syu punya manager😆. Tapi hujung-hujungnya mati jugak sebab semua orang point kat Syu. 
Pada korang-korang yang tak pernah tengok paintball gun, macam ni lah rupa paintball gun nyer. Cara pegang & tembak semua instructor akan bagitahu.
Yang ni korang WAJIB pakai okey. Tak pakai yang ni memang instructor HARAMKAN korang masuk battlefield.😗
Ni kena memang perit😂. Yang pernah kena jer paham keperitannya.

Habis jer main paintball, memang takde dah kitorang punya aktiviti. Just berehat & tunggu masa untuk waktu dinner. Tuan villa ada inform tadi siang yang malam ni diorang akan buat dinner BBQ. Memang syok lah jawabnyer. Dah lah buffet plak tu.

Ni antara dishes yang sempat Syu snap. Selebihnya semua habis masuk ke perut. Memang meriah betul menu dinner dekat villa ni. Asal habis jer makanan dalam tray, staff villa datang refill lagi. Tapi Syu ingatkan sekali lagi...PINGGAN MANGKUK BASUH SENDIRI YER!!😝


Alhamdulillah...Selesai sudah TB kitorang. Esok aktivitinya adalah BALIK!! Rasa macam lama sangat dah tinggal kan rumah ni😆. Jadi, kepada korang yang berminat & ada perancangan nak buat aktiviti kat Adelaine Villa & Rest House ni korang boleh pergi ke page diorang Adelaine Villa.com . Kat situ ada package lengkap sekali dengan diorang punya harga aktiviti & penginapan.

Ogos 01, 2018

Refreshing New Looking Blog

Alhamdulillah...done refresh Syu punya blog. Last sentuh blog ni pon mase tahun 2012. Agak sadis designnya masa tu yer. Baru sekarang ni Syu ade mase & kelapangan untuk berjinak-jinak balik dengan blog yang dah sekian lama basi ni. Syu bukan ape, just nak share sikit pada newbies2 sumber2 rujukkan yg Syu gunakan mase nak touch up balek Syu punyer blog ni. Study punyer study maka terhasilah blog yg pinky2 bersalju ni.Tu pun still x habis study lagi tau. Banyak yang Syu nak kena belajar lagi. Almaklum lah, Syu memang tak pernah belajar pasal goreng-goreng html & CSS ni. Kalau goreng exam paper mungkin boleh😁!!

Untuk blog syu yang terbaru ni, Syu banyak refer tutorial dari BLOG CIK NURFARAH sebagai reference & selebihnyer ada jugak sumber dari youtube & blogger-blogger yang lain. Setakat ni la kan Kat dalam blog Sis Farah ni ada 146 tutorial yang sememangnye informative untuk korang tambah segala macam mak nenek punya widget yang sememangnya boleh diapplikasikan bagi mencantikkan korang punya blog. Mungkin version blog yang Sis Farah gunakan sebelum ni agak berbeza, tapi ade certain tutorial dia kite still boleh gunakan sebagai panduan.

Syu suka bunga2!!hu3....tu pasal kalau korang tengok Syu punyer blog memang nauzubillah!! berbunga2 siap bersalji2 bagai macam kat Taman Astakona nun😂. Untuk bagi blog korang nampak kemas, elegan & nampak macam acah2 pro, so Syu sarankan korang gunakan CANVA ONLINE SOFTWARE(COS)

😍Tadaaaaa.....Ni salah satu infographic yang Syu buat menggunakan COS, cantek x?? 

Seriously, software ni lagi senang berbanding PHOTOSHOP & Adobe Illustrator(AI). Korang leh buat macam-macam cover, slideshow, resume, infographic, banner, ads & macam2 lagi!! Template semua dah ada, just add, drag & adjust ikut citarasa korang. Tapi make sure korang sign up dulu tau!! If not....paham-paham jelah!! Sampai kesudah korang memang tak dapat guna😆. Last but not least, credit to Sis Farah sebab sudi berkongsi banyak tutorial blog yang sememangnye AWESOME!! Thank you for your sharing😊.

Mac 18, 2018

New Chapter Begin!!

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

[QS. Al Hujuraat (49):13]

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan

[Riwayat Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah]

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Alhamdulillah...Syukur nikmat pada Allah kerana di permudahkan segala urusan kerja kahwin Syu. Dengan sekali lafaz, bersaksikan keluarga, sahabat & sanak-saudara maka bermula lah chapter baru Syu sebagai suri hidup cik abang sorang ni.

Lepas ni, rutin harian Syu mungkin ada sedikit berubah dari jadual. No more bangun tinggi-tinggi hari macam hidup membujang dengan family dedulu. "Me" time changed to "We" time. Pastu syndrome beleter macam mak-mak pon akan muncul day by day😆.

Dah jadi laki bini pon tetap suka spoilkan gambar😂. Sorry lah abang cameraman. Mesti berkicap dia nak cari angle amik gambar kahwin kitorang.
Kepada suamiku, welcome to family Pak Derih!!😚💗. Semoga perkahwinan yang kita bina ni sentiasa berada dalam Sakinah (سكينة), Mawaddah (مودة), Warahmah (ورَحْمَة) & terpelihara dari anasir-anasir yang kurang helok dari sang perosak-perosak rumahtangga kat luar sana.

Walaupun sepanjang kerja kahwin kita macam-macam perkara yang tak dijangka terjadi. Saya berharap awak boleh bersabar & terus bersabar. Bukan apa, sebab selepas ni ada macam-macam lagi dugaan yang Allah bakal uji dalam rumahtangga kita. Kuat awak, kuatlah saya.

Tak lupa juga kepada family Syu, terima kasih banyak-banyak sebab berusaha sedaya upaya menyelia & mengelola majlis perkahwinan ni supaya berjalan dengan lancar & teratur. Pada sanak-saudara, rakan-rakan & tetamu-tetamu, kami minta maaf andai kata ada terkurang dari pihak kami. Manalah tau kan...kot ada yang kami terlepas pandang. Almaklumlah, jemputannya pon agak ramai.


FAMILY & FRIENDS BELAH SYU


Ni lah dia heroin-heroin keluarga Pak Derih!!😆

Yang depan tu hero-hero family Pak Derih😅. Pak Derih yang dok angkat tangan nun.

KIRI: Geng jimba-jimba mase zaman study dedulu. KANAN: Geng main pondok-pondok kat umah tok.

Next round,family ni pulak bakal bergabung dengan family Pak Derih😆.

Ni kazen mazen Syu. Belah abah Syu jugak. Belah mak tak tau mana hala😅
(Jap,korek gambar lagi!!kot-kot ada jumpa)

Hah, yang ni baru sedara belah mak. Ni jer sempat cameraman snap.Yang lain tak sempat nak ambik sebab sibuk sangat membawang!!😆



FAMILY & FRIENDS BELAH SUAMI


Ni lah ayah mertua Syu. Orang panggil dia Cikgu Mat.


Kepada korang-korang yang masih lagi belum bertemu jodoh tu. Syu doakan agar cepat dipertemukan pasangan & dipermudahkan segala urusan untuk membina mahligai impian korang. Insyaallah...akan sampai masa korang-korang nanti. Cuma korang kena percaya yang tiap-tiap sesuatu tu Allah dah rencana dengan tersusun & teratur🙆💗.


👉NAK TENGOK GAMBAR LAGI!! 

Disember 19, 2015

Aku & The Road Not Taken

Busuk-busuk ada setahun lebih jugak lah Syu bertapak kat kedai baja ni sebagai kerani jualan. Kalau korang nak tau, perjalanan carrier Syu lepas habis degree sememangnyer tak seindah macam korang graduan-graduan yang kat luar sana. Macam korang mungkin keluar-keluar ada yang terus dapat kerja yang gajinya masyuk, siap lepas tu boleh beli kereta & setelkan hutang pengajian bagai. Mungkin tu rezeki korang. Syu tak salahkan siapa-siapa. Cuma dalam situasi Syu ianya tak sama, lepas graduation memang dikira titik permulaan zaman kejatuhan & zaman gelap Syu. Macam-macam dugaan jugaklah Syu terpaksa hadap. Dugaan yang paling berat Syu kena tempuh masa tu bila mana mak ngan abah Syu berpisah.



Actually, bukan lah Syu nak merungut mahupun bersungut tentang qada' & qadar Allah S.W.T. Cuma kat sini Syu rasa macam perjalannya agak kurang cantik & kurang sedap untuk dilalui macam orang lain. Laluan mungkin nampak cantik tapi perjalanan tu macam perit sikit nak ditempuh. Macam puisi si Robert Frost ni. Nak pilih dua-dua tak dapat , tak pilih nanti tak kena, udah pilih pon tetap ada yang tak kena. Aduhai...Ni nama dia kita merancang, Allah yang tentukan. Baik perjalanan ada hikmah. Buruk perjalanan pon ada hikmah.

The Road Not Taken
Puisi si Robert Frost  ni macam kena pulak dengan diri sendiri. Tambah-tambah yang part hujung tu 😅. 

Korang bayangkan, lepas graduate dua tahun lepas macam-macam problems muncul dalam kehidupan Syu. Dah dapat kerja helok jawatan sedap, kena mentally torture pulak dengan boss...siap kene fitnah bagai. Padahal bukan dengan orang lain, bangsa kita sendiri pulak tu. Sedihkan?? Syu pulak jenis malas nak layan orang yang hati busuk macam tu. So, Syu just ignore kan jer. Tapi itulah... korang rasa manusia macam itu nak duduk diam ke??😏. Memang taklah kan. Even lepas Syu dah resign pon still nak busukkan nama Syu dekat family. Tapi nasib baik Syu & family bukan orang yang jenisnya cepat melatah.


Lepas resign dari company malaun tu Syu sedar yang Syu jadi kurang berani & kurang yakin nak apply kerja dekat company yang besar-besar. Jadi macam trauma sekejap nak recover tu. Korang nak tau Syu kerja apa lepastu??😂Tukang dobi weyhhh...Ada dalam 1 tahun jugak la kerja. Pastu tukar keje pulak jadi kerani jualan baja sampai lah ke hari ni dengan gaji RM900 sebulan. Standard gaji budak SPM jer. Tapi apakan daya...hadap jelah. Tak kerja mana nak cekau duit. Dengan nak bayar hutang PTPTN lagi. Takkan nak harap abah Syu tolong?? Memang taklah. Sebab time tu dia memang tak perkesah dah dengan anak-anak dia sebab dia dah ada famili baru. Even nak jumpa minta duit nafkah bulanan pun jumpa dekat tepi jalan jer 😞.

Aku & The Road Not Taken

Kadang tu kan ada jugak Syu terpikir...kat mana lah silap Syu sebenarnya. Belajar dah tinggi dah sampai ke mara gading nun. Tapi kerja?? Alahai...entah bukan-bukan hala kerjanya. Apply kerja yang helok-helok semedang ajer tak lekat-lekat. Kerja government? Dekat berpuluh kali mohon tak dapat-dapat. Sampai dah give up nak mohon. Nak mohon kerja jauh-jauh kesian dekat mak & adik-adik sebab masa tu memang diorang perlukan Syu sangat-sangat.


Ingat lepas graduate, boleh lah jadi pegawai ke ape ke kan?? Hurm...sampai kesudah tak ada. Agaknyer, sampai bila lah gamaknya Syu nak kena kerja jadi kerani baja ni eak?? Syu dah pilih untuk sambung belajar. Tapi endingnya macam ni. Syu pun dah pilih untuk hidup bahagia dengan family tapi pengakhirannya Allah dah tulis macam ni. So, apa lagi Syu boleh buat?? Hadap jelah sampai ke sudah 😂.