Disember 01, 2020

Pokok kayangan, paling senang nak jaga!!

Okay, last time syu ada cerita sikit pasal pokok ni kan? Pokok ni namanya pokok udara atau nama scientific dia Tillandsia spp. ianya tergolong dalam famili Bromeliad. Setakat ni ada 450 spesis yang dah diperakui & jumlah spesis ni pulak belum termasuk yang hybrid tau. Kalau termasuk yang hybrid tak tau lah ade berapa spesis semuanya.

 Syu gelar pokok ni pokok kayangan bukannya apa, sebab nak membela dia tu just gantungkan aje. Lepastu dia punya harga tu boleh katakan harga kayangan lah jugak tambah kalau jenis hybrid & rare species. 

T.bulbosa

Pokok ni seriously senang nak dapat!! Kat shopee melambak ada. Tapi kena cari yang trusted seller tau. Setakat ni seller yang Syu selalu beli kat shopee Razina Airplants, AugustFame Nursery, Ecoway Enterprise & Georgeloh75. Tapi majoritinya beli kat Razina Airplants lah sebab banyak pilihan & harga pon harga mampu milik!!

Kalau korang nak tau, Syu start berjinak-jinak bela pokok ni since 2016. Syu beli masa time pergi ekspo pertanian kat Bt. Gajah. Masa tu Syu just dapat grab dalam 5 spesis jer sebab harga dia memang boleh kata mahal jugak la untuk sepokok. Tapi majoriti yang Syu bela semua mati๐Ÿ˜”. Salah sendiri jugak sebenarnya sebab terlebih rajin!!

T.bulbosa

Pokok ni standard jer pokok kayangan, tapi ownernya tak kayangan sangat pon tak ngapa๐Ÿ˜†!! Sebab pokok ni pon memang senang nak dapat dah sekarang ni & harga pon busuk-busuk boleh dapat dalam bawah RM10. pada yang baru starting nak berjinak-jinak dengan pokok ni korang boleh lah beli yang murah-murah dulu. At least kalau mati, korang takda lah rasa ralat sangat. 

Antara tips penjagaan yang korang mesti tahu : 
๐Ÿ’• Rendam air seminggu sekali (cuaca panas 2 hari sekali - waktu pagi sahaja)
๐Ÿ’• Baja (cecair) : 3 bulan sekali (kalau guna air hujan tak payah baja pon takpe!!)
๐Ÿ’• Medium tanaman : Tali pancing, dawai & kayu mati
๐Ÿ’• Pesticide & insecticide : Bila perlu
๐Ÿ’• Indirect sunlight : Make sure bukan tempat yang redup yer

T.ionantha stricta

๐Ÿ˜‚So, kesilapan terbesar Syu mase bela pokok-pokok ni dulu adalah sebab TERLEBIH RAJIN. Hari-hari asyik nak siram jer sampai kena serangan kulat kawan tu sudahnyer. Kepada korang-korang yang tak berapa nak rajin tu, ape lagi??ni lah pokok kayangan yang paling sesuai untuk korang bela. Pokok yang sememangnya tak banyak kerenah. Lepas siram lepapkan ajer dekat luar rumah. Tapi maka sure bukan direct sunlight okey!!

November 04, 2020

Pokok Udara (Tillandsia spp.)

 

T.bulbosa & ionantha

Sejak 2016, Syu memang suka sangat dengan pokok udara ni atau nama scientific dia (Tillandsia spp.). Pokok ni ade macam2 jenis & rupa bentuk.

Sebenarnyer pokok udara ni ramai dah orang bela. Kalau korang nak tau...pokok janggut hantu(Spanish Mosses) tu pon salah satu spesis pokok udara ni jugak.

Cara penjagaan pokok ni...nak kata susah pon x...nak kata senang pon tak jugak. Kena cara penjagaan, memang meriah dia beranak pinak๐Ÿ˜‚
Haaa....nnti syu explain lagi kat post yg seterusnya okay!! 




November 11, 2019

Sungguh!!Jodoh Itu Rahsia Allah!!


ูˆَู…ِู† ูƒُู„ِّ ุดَู‰ْุกٍ ุฎَู„َู‚ْู†َุง ุฒَูˆْุฌَูŠْู†ِ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุฐَูƒَّุฑُูˆู†َ

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah"

[Adz-Dzaariyaat : 49]



ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุบْูِุฑْู„ِูŠْ ุฐُู†ُูˆْุจِูŠْ ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏِูŠَّ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُู…َุง ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูŠَุงู†ِูŠْ ุตِุบِูŠْุฑًุง

Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro

“Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”



Agak lama juga mak menunggu kepulangan abah ke pangkuan dia. Dengan berkat kesabaran & doa mak, akhirnya dengan izin Allah abah buat keputusan untuk bernikah semula dengan mak. Walaupun tempoh untuk bersatu kembali tu agak lama, tapi andai jodoh itu Allah sudah tentukan, siapalah kita yang manusia biasa ini hendak pertikaikan.

Alhamdulillah. Barakallah untuk mak dengan abah. Tiada apa yang lebih bahagia buat Syu & adik-beradik apabila bertautnya kembali kasih mak dengan abah. Sesungguhnya Allah S.W.T sebaik-baik perancang. 

"Barang yang lepas jangan dikenang

Kalau dikenang meracunlah diri

Tak guna menangis memilu

Makin sedih menambah derita"


"Lupakanlah semua yang lalu

Tidak kan nanti kembali semula

Barang yang lepas hai jangan dikenang

Kalau dikenang meracunlah diri"


[Allahyarham Tan Sri P.Ramlee]


Disember 14, 2018

Team Building Persatuan Daybreak

Actually agak lama jugak yer NGO Syu tak anjurkan aktiviti tahunan macam ni. Disebabkan dek kekangan waktu & kesibukkan committee members, jadi banyak aktiviti & program tahunan yang dirancang tak dapat dilaksanakan. Maklumlah, majoriti committee members sibuk dengan komitmen diorang. Tambahan pulak sepanjang tahun lepas dan pertengahan tahun ini sahaja banyak penyertaan dari penganjur-penganjur luar datang berkampung di DAYBREAK sampai tak menang tangan kitorang semua dibuatnya. 

Setelah banyak kali manager kitorang berbincang & membodek Dato', akhirnya pihak committee bersetuju untuk anjurkan team building (TB) selama 3 hari 2 malam(3H2M) di Adelaine Villa & Rest House yang terletak di Gopeng, Perak. Tempat ni famous jugak tau kengkawan. Jalan-jalan Makan Angin TV3 pon penah datang sini buat review.

Team Building kali ni agak panjang yer tempoh dia, tapi Syu akan pendekkan penceritaannya. Bukan apa, kalau Syu nak bercerita apa yang jadi sepanjang tempoh tiga hari tu memang berkicap Syu nak menaip๐Ÿ˜†. Tu belum campur aktiviti-aktiviti selingannya lagi. Silap-silap korang pon boring nak baca.

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

HARI PERTAMA("ICE BREAKING SANTAI-SANTAI")

Pagi masa kitorang sampai tu, macam biasalah ada "ice-breaking" sikit. Mana-mana TB mesti ada "ice breaking" punya. Tapi tak lama mana pon. Busuk-busuk dalam sejam macam tu jer. Lepas "ice-breaking" tu owner villa ajak breakfast & check-in bilik. Bilik dia memang best!! Besar & sangat selesa๐Ÿ‘. Kalau nak buat family day memang best tempat ni tau. Even dia agak mahal, tapi memang berbaloi & puas hati.

Kalau korang nak tau TB kitorang ni memang santai-santai jer. Lepak-lepak, makan-makan, gossip-gossip & aktiviti lasak just sikit-sikit jer. Almaklumlah, banyak golongan veteran dalam ni. So, aktiviti lasak tu agak terhad untuk kitorang buat. Takut ada risiko pulak kat diorang-diorang ni. Tapi takpe, Syu lebih suka macam tu๐Ÿ˜. Takde stres-stres macam TB masa sekolah dedulu. Siap kene torture bagai.

Malamnya pulak lepas dinner kitorang buat aktiviti night walk. Kalau ikutkan time siang tracknyer biashe-biashe jer, tapi bila malam track tu jadi luar biasa & mencabar pulak sebab gelap punya pasal. Tambah-tambah time kitorang naik tu hujan turun...lagilah perit๐Ÿ˜–. Naik helok, turun berlemuih la jawabnyer!! Dengan jalan licin pastu berlecak pulak lagi. Rasenyer banyak kali jugak la Syu terciduk๐Ÿ˜‚. 

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

HARI KE-2(SUKAN EKSTREM)

Malam tadi memang tidur lena sangat-sangat. Ngam-ngam lepas dinner memang sorang pon tak berbunyi. Mungkin sebab penat gara-gara terciduk masa night-walk agaknyer.  Ingat boleh lah nak sambung bergossip ke ape ke? ๐Ÿ˜‚Hapah...semua hanyut...
Bubur ikan bilis, tofu goreng & air kopi panas.
Breakfast pagi ni boleh tahan jugak sedapnya. Tapi Syu just makan lite-lite jer. Bukan apa, pagi ni ada aktiviti water rafting, risau jugak kalau-kalau perut ni tiba-tiba buat hal. Hilang terus feel dibuatnya nanti. 
Second dishes.
Second dishes๐Ÿด.
Tapi dalam lite-lite tu ada jugak lah dua pinggan๐Ÿ˜‚. Kat sini makannya style buffet tau. Sapa yang kuat makan tu boleh makan banyak mana yang korang suka. Jangan risau, tuan villa tak marah pon sebab korang dah bayar. So makan lah puas-puas okay.
Licin!!๐Ÿด
Lupa nak inform satu perkara. Rules kat sini kalau lepas makan kene cuci pinggan & cawan sendiri tau. So, kalau boleh minimumkan penggunaan cawan & pinggan korang yer supaya tak susah korang nak basuh nanti. Okay?๐Ÿ˜‰

SUKAN EKSTREM 1 : WHITE WATER RAFTING

๐Ÿ“ทWefie itu penting yer korang!!
Lepas jer breakfast maka bermula lah aktiviti kitorang yang seterusnya. Dari pagi sampai lah ke petang. Tapi honestly Syu cakap hari kedua memang epik!! Especially bila melibatkan white-water rafting ni. Memang adventure giler!! 

So bagi penggemar sukan air, disini lah tempat yang sepatutnya korang berada. Package yang kitorang ambik ni harganya dalam RM80/pax termasuk guider, insurance & sijil.

Lepas part ni terus kemurungan kejap sebab air masuk hidung๐Ÿ˜ž. Benci tau!! 
Sebagai persediaan awal sebelum korang nak start berafting guiders akan bagi briefing & bekalkan suit keselamatan yang lengkap untuk korang pakai supaya dapat mengelakkan kecederaan yang serius semasa korang berafting nanti. 

Pada awalnya Syu agak risau jugak lah nak join rafting ni sebabnya Syu tak reti berenang๐Ÿ˜†. Tapi dengan adanya guider-guider ni, alhamdulillah...keselamatan memang terjamin. Takut semua hilang & semua checkpoint Syu dapat cover dengan jayanya.

Ini anne mulut dia paling bising. Start dari first checkpoint sampai lah ke final checkpoint mulut tak reti diam๐Ÿ˜†.
Actually kan korang, water rafting ni dia ada banyak class rapids tau. Seingat Syu total semua ada Class Rapids ada 6. Makin tinggi class makin banyak & ekstrem dia punya obstructions. Yang Syu buat ni just Class 1 Rapids jer tau.  Kiranya memang level yang paling senang & obstructions dia tersangatlah minima. 

Jadi, untuk korang yang baru nak berjinak dengan water rafting, Class 1 Rapid memang sesuai sangat untuk korang. Main dengan arus tu relaks-relaks santai-santai jer. Takda nak gelabah-gelabah menggelupur takut lemas. Macam korang tengok dalam gambar Syu kat bawah ni, siap boleh membawang lagi๐Ÿ˜„.

Yang kat belakang tu dah lunyai dah. Syu & auntie kat depan sempat lagi membawang yer sambil-sambil tu๐Ÿ˜„.

Dari starting checkpoint nak ke final checkpoint tu amibil masa dalam anggaran 3 jam macam tu lah. Lama kan?? Tapi bila korang dah sampai final checkpoint korang rasa nak repeat balik. 

Memang enjoy giler buat aktiviti water rafting ni, kena pulak kitorang punya guider memang jenis ramah & happy go lucky. So, kebosanan tu memang takde langsung. Kalau korang datang ke sini, Syu memang recommed sangat-sangat korang join sukan air ni. Sebab pengalaman dia memang lain macam.

SUKAN EKSTREM 2 : PAINTBALL

Yang pakai hat putih tu lah Chairman NGO kitorang. Dato' Sri Sandra Lee nama dia. Pakai baju Carlsberg tu pulak Syu punya manager.

Selesai rafting, kitorang semua luchbreak kejap & dalam pukul 3 petang macam tu baru kitorang start main paintball. Sukan paintball ni memang Syu minat sangat. Masa study dulu, sukan lasak ni yang Syu paling suka selain hiking. Tapi since umur nak cecah 30-an ni memang tak involve dah sukan-sukan macam ni, tambah-tambah kalau dah kahwin. Sukannya adalah di dapur๐Ÿ˜†!!So, bila dapat peluang macam ni apa lagi...memang seronok lah๐Ÿ’ƒ!!

Kalau, korang nak tau...Syu memang suka tembak-tembak orang ni๐Ÿ˜ˆ. Time ni memang Syu kena ganyang cukup-cukup dengan Syu punya officemates. Sebabnya dalam team Syu,  Syu yang paling liat sikit nak mati. Diorang yang lain bengang lah especially Syu punya manager๐Ÿ˜†. Tapi hujung-hujungnya mati jugak sebab semua orang point kat Syu. 
Pada korang-korang yang tak pernah tengok paintball gun, macam ni lah rupa paintball gun nyer. Cara pegang & tembak semua instructor akan bagitahu.
Yang ni korang WAJIB pakai okey. Tak pakai yang ni memang instructor HARAMKAN korang masuk battlefield.๐Ÿ˜—
Ni kena memang perit๐Ÿ˜‚. Yang pernah kena jer paham keperitannya.

Habis jer main paintball, memang takde dah kitorang punya aktiviti. Just berehat & tunggu masa untuk waktu dinner. Tuan villa ada inform tadi siang yang malam ni diorang akan buat dinner BBQ. Memang syok lah jawabnyer. Dah lah buffet plak tu.

Ni antara dishes yang sempat Syu snap. Selebihnya semua habis masuk ke perut. Memang meriah betul menu dinner dekat villa ni. Asal habis jer makanan dalam tray, staff villa datang refill lagi. Tapi Syu ingatkan sekali lagi...PINGGAN MANGKUK BASUH SENDIRI YER!!๐Ÿ˜


Alhamdulillah...Selesai sudah TB kitorang. Esok aktivitinya adalah BALIK!! Rasa macam lama sangat dah tinggal kan rumah ni๐Ÿ˜†. Jadi, kepada korang yang berminat & ada perancangan nak buat aktiviti kat Adelaine Villa & Rest House ni korang boleh pergi ke page diorang Adelaine Villa.com . Kat situ ada package lengkap sekali dengan diorang punya harga aktiviti & penginapan.

Ogos 01, 2018

Refreshing New Looking Blog

Alhamdulillah...done refresh Syu punya blog. Last sentuh blog ni pon mase tahun 2012. Agak sadis designnya masa tu yer. Baru sekarang ni Syu ade mase & kelapangan untuk berjinak-jinak balik dengan blog yang dah sekian lama basi ni. Syu bukan ape, just nak share sikit pada newbies2 sumber2 rujukkan yg Syu gunakan mase nak touch up balek Syu punyer blog ni. Study punyer study maka terhasilah blog yg pinky2 bersalju ni.Tu pun still x habis study lagi tau. Banyak yang Syu nak kena belajar lagi. Almaklum lah, Syu memang tak pernah belajar pasal goreng-goreng html & CSS ni. Kalau goreng exam paper mungkin boleh๐Ÿ˜!!

Untuk blog syu yang terbaru ni, Syu banyak refer tutorial dari BLOG CIK NURFARAH sebagai reference & selebihnyer ada jugak sumber dari youtube & blogger-blogger yang lain. Setakat ni la kan Kat dalam blog Sis Farah ni ada 146 tutorial yang sememangnye informative untuk korang tambah segala macam mak nenek punya widget yang sememangnya boleh diapplikasikan bagi mencantikkan korang punya blog. Mungkin version blog yang Sis Farah gunakan sebelum ni agak berbeza, tapi ade certain tutorial dia kite still boleh gunakan sebagai panduan.

Syu suka bunga2!!hu3....tu pasal kalau korang tengok Syu punyer blog memang nauzubillah!! berbunga2 siap bersalji2 bagai macam kat Taman Astakona nun๐Ÿ˜‚. Untuk bagi blog korang nampak kemas, elegan & nampak macam acah2 pro, so Syu sarankan korang gunakan CANVA ONLINE SOFTWARE(COS)

๐Ÿ˜Tadaaaaa.....Ni salah satu infographic yang Syu buat menggunakan COS, cantek x?? 

Seriously, software ni lagi senang berbanding PHOTOSHOP & Adobe Illustrator(AI). Korang leh buat macam-macam cover, slideshow, resume, infographic, banner, ads & macam2 lagi!! Template semua dah ada, just add, drag & adjust ikut citarasa korang. Tapi make sure korang sign up dulu tau!! If not....paham-paham jelah!! Sampai kesudah korang memang tak dapat guna๐Ÿ˜†. Last but not least, credit to Sis Farah sebab sudi berkongsi banyak tutorial blog yang sememangnye AWESOME!! Thank you for your sharing๐Ÿ˜Š.