Februari 21, 2021

Mini Backyard Garden Project Start!!

Sejak terjebak dengan group berkebun dekat Facebook (FB) hari tu, kat otak ni macam-macam idea datang. Tangan ni pulak gatal jer nak berbeli barang gardening kat SHOPEE๐Ÿ˜‚. Kena plak ada SALE time tu, lagi lah meriah berbeli๐Ÿ’ธ. Dalam cart pon ade lagi yang tengah que. Cukup bulan gaji, sraaaaapppppp.....sedas,ha3!!

Kalau korang nak tau untuk segmen Gardening Diary Syu kali ni Syu plan nak buat satu mini garden & Syu namakan Mini Backyard Garden Project atau ringkasannya MBGP. So, next time kalau korang ada ternampak posting Syu pasal MBGP ni tak payah pening-pening nak pikir apa benda dah.


Kemarin Syu ada beli tanah. Siap dah masuk polibag!! Hari ni pulak, biji benih yang Syu beli dekat SHOPEE dah selamat mendarat. Ni baru biji benih jer tau. Actually, ade lagi barang yang Syu order belum sampai. Baja AB, baja kopi, trellis net, polybag, pasu, anak pokok, tanah... Eh,bnyak la lagi!!

Barang SHOPEE Syu ni sebelum nak rentas ke backyard mesti kene inspection dulu dengan husband. Kadang tu kan, packaging yang sampai besar-besar belaka. Stress plak rase. Bukan ape, sebab kewujudannya obvious sangat. Bila nak nyorok tu confirm-confirm lah tak dapat. Nak tak nak, menjawab jelah bila kena siasat. Bila kata beli barang berkebun ke...pokok ke...husband dah redha dah dengar jawapan Syu. Tapi takpelah...bukan guna duit dia pon๐Ÿ˜.

Vegetables seeds


Memandang benih-benih sayur Syu dah sampai, so boleh lah Syu start berhora-hore ngan diorang jap lagi. Tapi kan korang-korang, jangan plak korang-korang ingat Syu semai semua biji benih ni tau. Banyak kot!!๐Ÿ˜†. Syu just semai mana yang Syu nak jer. Yang selebihnya tu Syu simpan untuk guna kendian hari. Syu pon ada pikir jugak, Kalau Syu semai semua...mana Syu nak letak semua pokok-pokok tu nanti bila dah besar??Udahlah ruangnyer sekangkan kera jer๐Ÿ˜‚.


Recycled germination tray
Germination tray tak payah beli dah, bekas limau mandarin kan hado!!
(Sila abaikan budak dua ketoi yang kat depan tu
๐Ÿ˜…) 

Part nak menyemai ni seronok!! Pasal apa?? Tu haaa...ada dua PA penyibuk tu haa...Asal nak buat keje jer mesti ada nak menyelit. Germination tray ni Syu guna tray limau mandarin jer. Ngam-ngam time tu Chinese New Year baru jer habis & Kebetulan pulak bekas ni officemates Syu dah tak pakai, so Syu decided jadikan tray ni untuk tempat Syu semai benih. Tak payah nak berbeli tray dah kan?? Selagi boleh kita utilize kan apa yang ada. Bijak tak??Hih3!!๐Ÿ˜†


Berdasarkan pengalaman Syu la kan, nak semai biji benih ni better rendam semalaman. Tujuan dia untuk bagi biji benih tu kembang & memudahkan percambahan biji benih. Kalau kita teros direct tanam ke tanah, proses dia untuk bercambah tu agak lambat sikit & posibility benih tu hidup pon mungkin agak tipis.


Backyard garden
Memang tak semenggah betol Syu punya backyard kan? Tak sabar nak buat transformation๐ŸŒฑ. 

๐Ÿ˜‚Haaaa.....Ni lah backyard Syu. Sadis giler kalau korang tengok!! Memandangkan Syu dah bosan menghadap air plants Syu, Kali ni Syu nak spent mase sikit kat backyard Syu ni untuk dijadikan mini garden. Bukan garden bunga hokey,tapi garden sayor!! Bukan apa, at least la kan...kendian hari ade jugak hasil Syu boleh tuai untuk buat pemakan. Lagi satu tak payah Syu nak berbeli sayur dah. Nak makan petik jer kat belakang rumah. kalau ade lebih, sambil-sambil tu boleh share-share sesama jiran. Okay dah, jom kita sambung berkebun!!๐ŸŒฑ

Februari 20, 2021

Bertambah Lagi Rakyat Kayangan Beta!!

Air plants


Time-time weekend macam ni apa lagi rutin Syu kalau bukan melayan air plants. Asal celik mata jer airplant, nak tutup mata pon airplants lagi๐Ÿ˜‚. Tapi takpe, layan airplants ni sekejap jer. Tak lama mana pon. Rendam, shake pastu gantung. Senang!! Dalam sambil-sambil Syu dok sibuk-sibuk merendam airplant dalam baldi, brother J&T pon sampai hantar parcel. So, ini lah dia barang yang dalam parcel tu kalau korang nak tau.


Maka dengan ini...bertambah lagi lah rakyat kayangan Syu kat depan rumah nun & pada masa yang sama berterbangan jugak lah duit-duit Syu kat Kak Razina๐Ÿ˜…. Lepas ni kene pulak cari & buat rumah diorang. Jangan main-main, korang ingat bila rakyat bertambah...rumah tak bertambah??Ha3!! ๐Ÿ˜‚


T. Streptophylla
T. Streptophylla : Syu memang dah lama nak tambah spesis airplant ni dalam koleksi Syu. Akhirnya dapat jugak tambah.

T. Streptophylla
Tengoklah dia punya curl tu. Menggoda betul!!๐Ÿ˜

T.Ionantha Silver
T.Ionantha Silver : Actually spesis ni Syu dah ada dah. Just beli sikit lagi buat tamba-tambah.

T. Pseudobaileyi
T. Pseudobaileyi : Kembar si Caput Medusae.

T. Pseudobaileyi
Tengok dia punya stripe tu, tersangatlah tempting.

Pada korang-korang yang berniat nak menambah koleksi airplants korang, Syu sarankan korang beli dengan trusted seller yang pernah Syu mentioned dalam post ni - POKOK KAYANGAN,PALING SENANG NAK JAGA!! atau korang boleh klik pada link dibawah untuk terus membeli di Shopee. 



๐Ÿ‘‰ T. Ionantha silver

๐Ÿ‘‰ T.Pseudobaileyi - SOLD OUT

๐Ÿ‘‰ T.Streptophylla - SOLD OUT



[Update : Pokok udara spesis T.Pseudobaileyi & T.Streptophylla dah SOLD OUT yer kawan-kawan. Untuk pilhan lain korang boleh beli secara terus di  RAZINA AIRPLANT. Dekat sana ada macam-macam spesis pokok udara korang boleh beli. Bermula dari harga mampu milik sehinggalah ke harga kayangan ๐Ÿ˜‰]

Disember 01, 2020

Pokok kayangan, paling senang nak jaga!!

Okay, last time syu ada cerita sikit pasal pokok ni kan? Pokok ni namanya pokok udara atau nama scientific dia Tillandsia spp. ianya tergolong dalam famili Bromeliad. Setakat ni ada 450 spesis yang dah diperakui & jumlah spesis ni pulak belum termasuk yang hybrid tau. Kalau termasuk yang hybrid tak tau lah ade berapa spesis semuanya.

 Syu gelar pokok ni pokok kayangan bukannya apa, sebab nak membela dia tu just gantungkan aje. Lepastu dia punya harga tu boleh katakan harga kayangan lah jugak tambah kalau jenis hybrid & rare species. 

T.bulbosa

Pokok ni seriously senang nak dapat!! Kat shopee melambak ada. Tapi kena cari yang trusted seller tau. Setakat ni seller yang Syu selalu beli kat shopee Razina Airplants, AugustFame Nursery, Ecoway Enterprise & Georgeloh75. Tapi majoritinya beli kat Razina Airplants lah sebab banyak pilihan & harga pon harga mampu milik!!

Kalau korang nak tau, Syu start berjinak-jinak bela pokok ni since 2016. Syu beli masa time pergi ekspo pertanian kat Bt. Gajah. Masa tu Syu just dapat grab dalam 5 spesis jer sebab harga dia memang boleh kata mahal jugak la untuk sepokok. Tapi majoriti yang Syu bela semua mati๐Ÿ˜”. Salah sendiri jugak sebenarnya sebab terlebih rajin!!

T.bulbosa

Pokok ni standard jer pokok kayangan, tapi ownernya tak kayangan sangat pon tak ngapa๐Ÿ˜†!! Sebab pokok ni pon memang senang nak dapat dah sekarang ni & harga pon busuk-busuk boleh dapat dalam bawah RM10. pada yang baru starting nak berjinak-jinak dengan pokok ni korang boleh lah beli yang murah-murah dulu. At least kalau mati, korang takda lah rasa ralat sangat. 

Antara tips penjagaan yang korang mesti tahu : 
๐Ÿ’• Rendam air seminggu sekali (cuaca panas 2 hari sekali - waktu pagi sahaja)
๐Ÿ’• Baja (cecair) : 3 bulan sekali (kalau guna air hujan tak payah baja pon takpe!!)
๐Ÿ’• Medium tanaman : Tali pancing, dawai & kayu mati
๐Ÿ’• Pesticide & insecticide : Bila perlu
๐Ÿ’• Indirect sunlight : Make sure bukan tempat yang redup yer

T.ionantha stricta

๐Ÿ˜‚So, kesilapan terbesar Syu mase bela pokok-pokok ni dulu adalah sebab TERLEBIH RAJIN. Hari-hari asyik nak siram jer sampai kena serangan kulat kawan tu sudahnyer. Kepada korang-korang yang tak berapa nak rajin tu, ape lagi??ni lah pokok kayangan yang paling sesuai untuk korang bela. Pokok yang sememangnya tak banyak kerenah. Lepas siram lepapkan ajer dekat luar rumah. Tapi maka sure bukan direct sunlight okey!!

November 04, 2020

Pokok Udara (Tillandsia spp.)

 

T.bulbosa & ionantha

Sejak 2016, Syu memang suka sangat dengan pokok udara ni atau nama scientific dia (Tillandsia spp.). Pokok ni ade macam2 jenis & rupa bentuk.

Sebenarnyer pokok udara ni ramai dah orang bela. Kalau korang nak tau...pokok janggut hantu(Spanish Mosses) tu pon salah satu spesis pokok udara ni jugak.

Cara penjagaan pokok ni...nak kata susah pon x...nak kata senang pon tak jugak. Kena cara penjagaan, memang meriah dia beranak pinak๐Ÿ˜‚
Haaa....nnti syu explain lagi kat post yg seterusnya okay!! 




November 11, 2019

Sungguh!!Jodoh Itu Rahsia Allah!!


ูˆَู…ِู† ูƒُู„ِّ ุดَู‰ْุกٍ ุฎَู„َู‚ْู†َุง ุฒَูˆْุฌَูŠْู†ِ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุฐَูƒَّุฑُูˆู†َ

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah"

[Adz-Dzaariyaat : 49]



ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุบْูِุฑْู„ِูŠْ ุฐُู†ُูˆْุจِูŠْ ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏِูŠَّ ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُู…َุง ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูŠَุงู†ِูŠْ ุตِุบِูŠْุฑًุง

Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro

“Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”



Agak lama juga mak menunggu kepulangan abah ke pangkuan dia. Dengan berkat kesabaran & doa mak, akhirnya dengan izin Allah abah buat keputusan untuk bernikah semula dengan mak. Walaupun tempoh untuk bersatu kembali tu agak lama, tapi andai jodoh itu Allah sudah tentukan, siapalah kita yang manusia biasa ini hendak pertikaikan.

Alhamdulillah. Barakallah untuk mak dengan abah. Tiada apa yang lebih bahagia buat Syu & adik-beradik apabila bertautnya kembali kasih mak dengan abah. Sesungguhnya Allah S.W.T sebaik-baik perancang. 

"Barang yang lepas jangan dikenang

Kalau dikenang meracunlah diri

Tak guna menangis memilu

Makin sedih menambah derita"


"Lupakanlah semua yang lalu

Tidak kan nanti kembali semula

Barang yang lepas hai jangan dikenang

Kalau dikenang meracunlah diri"


[Allahyarham Tan Sri P.Ramlee]