April 08, 2021

Kopi Espresso Jalanan Premium (ESC)


Malam ni Syu bawakan khusus buat penggemar-penggemar kopi espresso premium dari Espresso Street Coffee(ESC) Ipoh yang rase dia sememangnyer sedap, pekat, likat, melekat, terangkat!! Sekali cuba mesti terpikat!! Gittew!!πŸ˜‹ 

ESC ni kalau korang nak tau baru sahaja beroperasi pada bulan Februari yang lalu & gerainya terletak di jalan Sci 1/2 Sunway City, Ipoh. Nak tau lebih lanjut korang boleh pergi ke FB page diorang Espresso Street Coffee.


Terus terang Syu cakap, once korang cuba kopi espresso dari ESC ni gerenti korang akan jatuh cinta. Sebab apa? Dia punya rasa tu masyaallah... memang setanding jenama-jenama coffee drinks yang mahal-mahal yang ada kat Malaysia ni. Cuma konsepnya adalah "Street Coffee" atau "Kopi Jalanan". Siapa sangka kan... Kopi espresso premium macam ni boleh ada di jual di jalanan. Siap ada coffee machine & coffee grinder bagai. 


Dari segi penyediaan dia kalau korang tengok la kan, fuhhh...memang style ala-ala cafe & coffee shop. Tapi, portnya adalah tepi jalan.

Actually, kalau ikutkan ramai yang tak tahu akan kemunculan ESC ni. Tapi sejak diviralkan oleh youtuber Azfar Badrul(AB), alhamdulillah...makin maju bisnes brother ni. Dua kali Syu cuba pergi tak dapat nak beli sebab sold out gara-gara penangan viral AB. Akhirnya, buat kali ketiga baru lah Syu dapat merasa. Jujur Syu cakap, memang sedap kopinya. Memang sangat rugi kalau korang tak cuba. Kalau korang nak tau lebih pasal penceritaan kopi brother ni, korang boleh tengok Channel AB ni.


Walaupun statusnya adalah "kopi jalanan", tapi standard & kualiti penyediaan memang brother ni jaga dari A  sampai Z tau. Coffee powder yang brother ni guna memang di grind fresh dari biji kopi yang dibeli khas dari supplier biji kopi dari Gerik. 

Serbuk kopi yang brother ni guna dia ekstrak sekali jer tau. Once dapat dia punya pati (espresso) hampasnya tu terus dia buang. Takde recycle guna banyak kali. Salah satu sebabnya adalah untuk bagi korang rasa kopi espresso yang betul-betul umph!!

Serbuk kopi akan dimasukkan ke dalam cup & akan diekstrak patinya menggunakan espresso machine bagi mendapatkan espresso.

Harga kopi espresso yang sememangnyer mampu beli!! 

Machiato & Signature ESC. 

So, kalau korang turun Sunway City Ipoh, korang WAJIB cuba kopi espresso brother ni dekat area Tambun. Sambil-sambil korang berbeli tu secara tak langsung korang dah support & membantu bisnes brother ni jugak. Lagi satu, korang juga jangan lupa support & subscribe channel brother Azfar Badrul(AB) kita di Azfar Badrul Channel. Next entry sekiranya ada kelapangan Syu akan buat entri pasal AB Channel ni pulak okay.

Mac 31, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Dalam diam-diam, sedar tak sedar esok dah masok bulan April yer kengkawan. Bulan Ramadhan pon lagi beberapa hari jer lagi. Syu rase tahun 2021 ni macam cepat pulak mase berjalan. 

Serios korang...Ramadhan tahun ni memang Syu tak prepare ape pon lagi. Sebab terlampau busy dengan kerja & Mini Backyard Garden Project(BGP) SyuπŸ˜‚. Kalau macam tahun lepas ade la jugak Syu beli kurma & restock segala barang dapor. Almaklom lah...mase tu kan Ramadhan nyer time PKP. So ape lagi...bila keluar berbeli barang tu sekali harung jelah, takde nak repeat-repeat pegi shopping mall dah sebab malas nak beratur panjang punya pasal😎.

Sejujurnye la kan....untuk Ramadhan & Syawal tahun 2021 ni...Syu just nak buat ala kadar jer. Sahur lauk ala kadar, berbuka pun sama. Bukan ape, at least time Ramadhan ni boleh lah Syu vanishkan spare part lemak yang semakin hari semakin bertingkek-tingkek niπŸ˜‚. Pastu lebihan duit barang dapur tu boleh lah Syu sedekahkan ke surau sikit untuk diorang buat moreh. Bulan puase kan makannyer kurang, so mesti ade lebihan sikit kat situ. 

Raya pulak just celebrate biashe-biashe, xde nak jahit baju langsir bagai macam tahun-tahun sudah. Letih nau!! Ha3!!πŸ˜… Tahun ni baju semua beli kat SHOPPE, kuih pon SHOPEE, lampu liplap-liplap & kasut raya pon SHOPEE, pokoknyer semua tunjuk-tunjuk kat SHOPEE lah senang cite!!Search, add to cart zazzzzz....senang kerojer!! Murah pon murah!!😁

Okay-okay, actually, kalau korang nak tau, entri Syu kali ni ade kene mengena dengan satu giveaway (GA) ni tau....Since Syu ade freetime, so masih belom terlambat untuk Syu cuba join. 
GA Contest
Dalam Syu sibuk-sibuk mengfollow rakan-rakan blogger yang lain, Syu accidentally ternampak satu posting dari Sis Suraya pasal GA raya dari blog Sis ShidaJadi rase terpanggil la jugak untuk cuba join wat pertama kali dalam sejarah Syu berblogerπŸ˜…. 

Tak kesah la menang atau pon tak, Syu just sekadar nak menyahut seruan bloger-bloger yang sememangnyer kreatif dalam usaha diorang untuk memeriahkan blog-blog diorang. Mana tau esok lusa Syu plak wat GA untuk korang join😜. Sape tau ye dak? Kepada kawan-kawan yang nak join GA ni, korang boleh klik banner dekat atas.

Cuba lah!! Mana tau kalau nasib menyebelahi korang kan. Sis Farah Sis Syazwani jom join GA Raya ni, Syu tgok hadiah GA nyer pon boleh tahanπŸ˜†. Bukan kaleng-kaleng. For those yang join GA Raya ni, all the best tau & selamat menjalani ibadah puasaπŸ˜˜πŸ’•. Semoga Ramadhan kita semua tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Dirahmati, diberkati serta dipermudahkan. 


Mac 22, 2021

Lama Tak Perkena Mr.Steak House!!

Hurmmm....dapnyer!! Lama betul tak makan Mr.Steak House kat Kompleks Pernama ni. Rasenyer adalah lah dekat 4 tahun tak datang ke sini. Last makan sini dulu tahun 2017 kalau tak silap. Tu pon sebelum kahwin. Kiranya kalau lapar, ni la port dating Syu ngan husband masa tu. Asal gaji jer ke sini la jawabnyer. Bukan pergi wayang ke karaoke ke...tapi pergi makan!!πŸ˜†

Memandangkan mood nak memasak hari ni pon agak ke laut sikit, so setelah membuat perhitungan dengan sang suami maka dengan rasminya, hari ni gantung periuk kuali satu hari lagi!! Yakyakyeh!!😁. 

Hari-hari asyik makan homecooked jer lama-lama jemu jugak. Ye dak? Tambah-tambah yang jadi tukang masak ni lagi lah...kadang tu sampai dah tak tau nak masak apa.
Yang Syu order ni Chicken Marryland nama dia. 
Kalau korang nak tau, Chicken Marryland ni memang menu favourite Syu. Last time masa datang sini pon memang menu ni jugak yang Syu order. Tapi kan...makanan dia kali ni macam ada kurang something lah. Mungkin cara plating dia kot, tak pon sos dia keπŸ˜—? Jap, bagi Syu godek gambar lama japπŸ˜‚!!Ade...jangan ingat tak ade yer...
2017 : Chicken Marryland & Steak Combo
Hah!!Jumpa pon gambarnya. Betol lah...cara plating & sos dia ada berubah sikit. Tapi takpe, harga dia masih lagi berpatutan & berbaloi jika dibandingkan dengan steak house lain yang Syu pernah makan. 
Muka ada sinyum yer tuan-tuan & puan-puan!!Actually, yang tukang amik gambar ni pon senyum jugak sebenarnya sebab tak payah masak!!πŸ˜†
Kalau dekat steak house yang lain jujur lah Syu cakap yer...portion nyer sikit yakmat. Macam semalam Syu pergi makan kat satu kedai ni, memang sikit giler portion steak dia & sangat tak berbaloi dengan harga. Tu pasal hari ini menyinggah makan ke Mr.Steak House ni pulak gara-gara tak puas makan semalam.
Steak combo ni husband Syu punya.
Dekat kompleks ni ada jugak kedai-kedai lain tau korang. Fat Boy Kitchen & Warung Makan Ipoh pon kat sini jugak diorang punya port. Misal kata la kan korang tak nak makan makanan western, korang boleh pilih dua kedai ni untuk makan.

Macam Fat Boy, menunyer lebih kepada fast food macam burger, meatball, spagetti & onion ring ni. Warung Makan Ipoh pulak lebih kepada masakan ala-ala kampung gitu. 
Set onion rings memang terbaiklah korangπŸ‘.
So, kalau korang datang Ipoh, korang wajib datang makan kat kedai-kedai ni okay!!

Februari 21, 2021

Mini Backyard Garden Project Start!!

Sejak terjebak dengan group berkebun dekat Facebook (FB) hari tu, kat otak ni macam-macam idea datang. Tangan ni pulak gatal jer nak berbeli barang gardening kat SHOPEEπŸ˜‚. Kena plak ada SALE time tu, lagi lah meriah berbeliπŸ’Έ. Dalam cart pon ade lagi yang tengah que. Cukup bulan gaji, sraaaaapppppp.....sedas,ha3!!

Kalau korang nak tau untuk segmen Gardening Diary Syu kali ni Syu plan nak buat satu mini garden & Syu namakan Mini Backyard Garden Project atau ringkasannya MBGP. So, next time kalau korang ada ternampak posting Syu pasal MBGP ni tak payah pening-pening nak pikir apa benda dah.


Kemarin Syu ada beli tanah. Siap dah masuk polibag!! Hari ni pulak, biji benih yang Syu beli dekat SHOPEE dah selamat mendarat. Ni baru biji benih jer tau. Actually, ade lagi barang yang Syu order belum sampai. Baja AB, baja kopi, trellis net, polybag, pasu, anak pokok, tanah... Eh,bnyak la lagi!!

Barang SHOPEE Syu ni sebelum nak rentas ke backyard mesti kene inspection dulu dengan husband. Kadang tu kan, packaging yang sampai besar-besar belaka. Stress plak rase. Bukan ape, sebab kewujudannya obvious sangat. Bila nak nyorok tu confirm-confirm lah tak dapat. Nak tak nak, menjawab jelah bila kena siasat. Bila kata beli barang berkebun ke...pokok ke...husband dah redha dah dengar jawapan Syu. Tapi takpelah...bukan guna duit dia pon😝.

Vegetables seeds


Memandang benih-benih sayur Syu dah sampai, so boleh lah Syu start berhora-hore ngan diorang jap lagi. Tapi kan korang-korang, jangan plak korang-korang ingat Syu semai semua biji benih ni tau. Banyak kot!!πŸ˜†. Syu just semai mana yang Syu nak jer. Yang selebihnya tu Syu simpan untuk guna kendian hari. Syu pon ada pikir jugak, Kalau Syu semai semua...mana Syu nak letak semua pokok-pokok tu nanti bila dah besar??Udahlah ruangnyer sekangkan kera jerπŸ˜‚.


Recycled germination tray
Germination tray tak payah beli dah, bekas limau mandarin kan hado!!
(Sila abaikan budak dua ketoi yang kat depan tu
πŸ˜…) 

Part nak menyemai ni seronok!! Pasal apa?? Tu haaa...ada dua PA penyibuk tu haa...Asal nak buat keje jer mesti ada nak menyelit. Germination tray ni Syu guna tray limau mandarin jer. Ngam-ngam time tu Chinese New Year baru jer habis & Kebetulan pulak bekas ni officemates Syu dah tak pakai, so Syu decided jadikan tray ni untuk tempat Syu semai benih. Tak payah nak berbeli tray dah kan?? Selagi boleh kita utilize kan apa yang ada. Bijak tak??Hih3!!πŸ˜†


Berdasarkan pengalaman Syu la kan, nak semai biji benih ni better rendam semalaman. Tujuan dia untuk bagi biji benih tu kembang & memudahkan percambahan biji benih. Kalau kita teros direct tanam ke tanah, proses dia untuk bercambah tu agak lambat sikit & posibility benih tu hidup pon mungkin agak tipis.


Backyard garden
Memang tak semenggah betol Syu punya backyard kan? Tak sabar nak buat transformation🌱. 

πŸ˜‚Haaaa.....Ni lah backyard Syu. Sadis giler kalau korang tengok!! Memandangkan Syu dah bosan menghadap air plants Syu, Kali ni Syu nak spent mase sikit kat backyard Syu ni untuk dijadikan mini garden. Bukan garden bunga hokey,tapi garden sayor!! Bukan apa, at least la kan...kendian hari ade jugak hasil Syu boleh tuai untuk buat pemakan. Lagi satu tak payah Syu nak berbeli sayur dah. Nak makan petik jer kat belakang rumah. kalau ade lebih, sambil-sambil tu boleh share-share sesama jiran. Okay dah, jom kita sambung berkebun!!🌱

Februari 20, 2021

Bertambah Lagi Rakyat Kayangan Beta!!

Air plants


Time-time weekend macam ni apa lagi rutin Syu kalau bukan melayan air plants. Asal celik mata jer airplant, nak tutup mata pon airplants lagiπŸ˜‚. Tapi takpe, layan airplants ni sekejap jer. Tak lama mana pon. Rendam, shake pastu gantung. Senang!! Dalam sambil-sambil Syu dok sibuk-sibuk merendam airplant dalam baldi, brother J&T pon sampai hantar parcel. So, ini lah dia barang yang dalam parcel tu kalau korang nak tau.


Maka dengan ini...bertambah lagi lah rakyat kayangan Syu kat depan rumah nun & pada masa yang sama berterbangan jugak lah duit-duit Syu kat Kak RazinaπŸ˜…. Lepas ni kene pulak cari & buat rumah diorang. Jangan main-main, korang ingat bila rakyat bertambah...rumah tak bertambah??Ha3!! πŸ˜‚


T. Streptophylla
T. Streptophylla : Syu memang dah lama nak tambah spesis airplant ni dalam koleksi Syu. Akhirnya dapat jugak tambah.

T. Streptophylla
Tengoklah dia punya curl tu. Menggoda betul!!😍

T.Ionantha Silver
T.Ionantha Silver : Actually spesis ni Syu dah ada dah. Just beli sikit lagi buat tamba-tambah.

T. Pseudobaileyi
T. Pseudobaileyi : Kembar si Caput Medusae.

T. Pseudobaileyi
Tengok dia punya stripe tu, tersangatlah tempting.

Pada korang-korang yang berniat nak menambah koleksi airplants korang, Syu sarankan korang beli dengan trusted seller yang pernah Syu mentioned dalam post ni - POKOK KAYANGAN,PALING SENANG NAK JAGA!! atau korang boleh klik pada link dibawah untuk terus membeli di Shopee. 



πŸ‘‰ T. Ionantha silver

πŸ‘‰ T.Pseudobaileyi - SOLD OUT

πŸ‘‰ T.Streptophylla - SOLD OUT



[Update : Pokok udara spesis T.Pseudobaileyi & T.Streptophylla dah SOLD OUT yer kawan-kawan. Untuk pilhan lain korang boleh beli secara terus di  RAZINA AIRPLANT. Dekat sana ada macam-macam spesis pokok udara korang boleh beli. Bermula dari harga mampu milik sehinggalah ke harga kayangan πŸ˜‰]