April 14, 2021

Menu Iftar Ala Kadar Jer Hari Ni

Bubur campak-campak jer. Sayangkan lebihan nasi bersahur pagi tadi ๐Ÿ˜‹ .

Macam tak sangka, hari ni dah masuk hari kedua Ramadhan, macam cepat betul masa berjalan yer. Start hari pertama puasa menu sahur & berbuka Syu memang ala kadar jer. Kalau korang tengok menu berbuka Syu hari ni memang tersangat lah simple. Bubur ayam, agar-agar sirap pandan, air tebu & buah kurma. 


Actually ada jer masak lauk kari ayam, tapi malas betul Syu nak snap gambarnyer ๐Ÿคฃ. Masak kari ayam tu bukan apa...nanti big boss tanya masak apa? Takkan nak jawab masak bubur jer? Mau terciduk nanti. Jangan main-main yer puan-puan beras deme yang beli!! Lauk takde bigboss bunyi nanti ๐Ÿ˜‚.

Air tebu & agar-agar sirap jer. 

Macam biasa, time-time bulan Ramadhan macam ni kalau tak minum air tebu memang tak sah. Tapi tu la...harga dia pon boleh tahan mahal jugak sekarang ni yer. Kat tempat Syu RM7.00/jug diorang jual. Untung betul kan sapa yang berjual air tebu time bulan Ramadhan. Bukan ape, setiap kali open table jer gerenti SOLD OUT!!


Mak Syu ada jugak pesan yang air tebu ni tajam & tak elok sangat bagi orang perempuan macam kita ni minum selalu.  Tambah pulak kandungan gula dia agak tinggi. Kalau sekali sekala minum tu boleh lah. Tapi ada sesetengah orang elok jer takda apa-apa kesan. Ikut ketahanan badan masing-masing. Lain orang lain tahap ketahanan dia. Sebut pasal tajam, Syu pon tak tau part mana yang tajamnya air tebu ni. Tajam sampai boleh potong kaki kot? Sebab manisnya manis leting ๐Ÿ˜‚!!

Time bulan Ramadhan ni, desert ini yang tekak teringin nak makan ๐Ÿ˜‚. Macam takda desert lain ye dak?

Korang tengoklah, makanan yang biasa-biasa macam agar-agar sirap pandan ni pon boleh jadi luar biasa tau especially time bulan Ramadhan ni. Air sirap pon sama๐Ÿคฃ!! Tambah-tambah yang fully homecooked & homemade macam ni. Lagi lah...Sedap ke tak sedap ke...tetap rasa dia sedap!!Itulah nikmatnya berpuasa. Allah cukupkan ape yang tak cukup & Allah lengkapkan apa yang tak lengkap. Even kita berpuasa & ditarik sekejap nikmat merasa tetapi masakkan yang kita masak tu tetap cukup rasanya, padahal masak agak-agak jer tu.


Kalau korang nak tau even dah masuk Ramadhan ke-2 ni tekak Syu masih belum ada keinginan nak makan makanan bazaar ramadhan. Actually, Syu ada juga plan nak pergi tengok-tengok apa yang peniaga-peniaga kita jual, tapi memandangkan kes Covid kat Perak ni macam meningkat jer, so better Syu tangguhkan dulu hajat tu buat sementara waktu. Bukan kita taknak tolong peniaga-peniaga bazar, tapi apa kan daya, keselamatan diri kena diutamakan dahulu ye dak? Sebab Covid ni nak kena dia tak kira siapa. Jadi, FOLLOW SOP &  JAGA DIRI!! ๐Ÿ˜‰๐Ÿ’•

April 12, 2021

ู…َุฑْุญَุจًุง ูŠَุง ุฑَู…َุถَุงู†


ู…َุฑْุญَุจًุง ูŠَุง ุฑَู…َุถَุงู†

(Selamat datang, wahai Ramadhan)

Akhirnya, bertemu juga kita di bulan Ramadhan yer kawan-kawan. Di kesempatan ini Syu nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan-rakan blogger Syu. 


Syu doakan supaya kita semua mampu mengharungi Ramadhan tahun ni dengan penuh sabar &  Syu juga berharap agar segala amalan yang kita lakukan di bulan yang mulia ni mendapat rahmat & keberkatan serta pahala berlipat ganda daripada Allah S.W.T.


Kepada korang-korang yang masih belum ada jadual imsak & waktu berbuka puasa boleh refer kat bawah ni.
 
๐ŸŒธ Wilayah Persekutuan K.L ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Selangor ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Perak ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Kedah ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ P.Pinang ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Perlis ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Kelantan ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Terengganu ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Pahang ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Melaka ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ N.Sembilan ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Johor ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Sabah ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ W.P Labuan ๐ŸŒธ
๐ŸŒธ Sarawak ๐ŸŒธ


Ahah!! Sebelum Syu terlupa, baju Melayu ayahanda TSSD masa pengumuman tadi tema baby blue yer ๐Ÿ˜. Tapi ada yang cakap colour grey & purple. Ahhhh...sudah๐Ÿ˜‚. Jangan disebabkan colour baju melayu ayahanda TSSD korang sampai bergaduh sudah lah. Apa-apa pon selamat berpuasa & niat jangan lupa baca okey!! ๐Ÿ˜˜


Lafaz niat puasa harian :

ู†َูˆَูŠْุชُ ุตَูˆْู…َ ุบَุฏٍ ุฃَู†ْ ุฃَุฏَุงุกِ ูَุฑْุถِ ุฑَู…َุถَุงู†َ ู‡َุฐِู‡ِ ุงู„ุณَّู†َุฉِ ู„ِู„َّู‡ِ ุชَุนَุงู„َู‰

[Sahaja aku berpuasa pada esok hari, pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala]





Lafaz niat puasa sebulan

ู†َูˆَูŠْุชُ ุตَูˆْู…َ ุดَู‡ْุฑِ ุฑَู…َุถَุงู†َ ูƒُู„ِّู‡ِ ู„ِู„َّู‡ِ ุชَุนَุงู„َู‰

[Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan, tahun ini kerana Allah Ta'ala]

Pengumuman Puasa 2021


Sapa tak kenal ayahanda ni sila ketuk ketampi 10x. Biashe tu!! Boleh plak tak kenal. Babap baru tau ๐Ÿ˜‚. Kalau nak tau ayahanda ni tiap-tiap tahun muncul tau. Mana yang tak kenal tu meh Syu nak bagitau. Ayahanda ni nama dia Tan Sri Syed Daniel (TSSD), Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bila esoknya nak Ramadhan, mesti ayahanda ni akan muncul buat annoucement yang esoknya PUASA!! Time nak dekat raya pon sama tau. Takde dia buat pengumuman, sampai ke sudah lah korang tak tau esoknya jadi puasa/raya. Jangan main-main.


Agak-agak korang la kan...macam mana penampilan uncle TSSD malam ni yer ๐Ÿ˜. Last year, ayahanda buat announcement puasa takde duduk kat sofa macam sebelum-sebelum ni. Pastu pakaian pulak baju melayu lengkap bersongkok & bersongket tema color mint. 


Agak-agaknyer tahun ni tema color ape la pulak gamaknyer yer? Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan. Almaklum lah bukan selalu uncle TSSD muncul kat TV. Apa-apa pon, kita nantikan kemunculan uncle TSSD malam ni jam 8 malam menerusi saluran TV1 RTM & juga saluran-saluran TV yang lain.

April 08, 2021

Giveaway Sampul Raya Hipster

Korang...Syu nak bagitahu ni...Design Sampul Raya Hipster 2021 dari Azhafizah.com dah keluar tau!! Cantik-cantik semua designnya kali ni. Kalau korang pergi dekat FB page Blog Si Hati Merah Jambu, korang boleh tengok ada macam-macam lagi design sampul raya hipster dari Azhafizah.com ni. Harga dia sememangnya harga mampu milik. Actually, diorang ni dah lama dah buat sampul raya hipster ni. Since 2010 lagi  tau. 


Syu memang in love sangat dengan design sampul ni. Cantik & sejuk mata memandang. Ni silap-silap nak bagi orang pon sayang ๐Ÿ˜‚. 

Bila sentuh bab sampul raya ni kan...rasanya Syu pun dah lama tak berbeli sampul duit raya since pandemik ni berleluasa ๐Ÿ˜‚. Bukan apa, sebab balance sampul raya yang lepas-lepas pon Syu belum habis guna lagi. Almaklumlah, family Syu dengan husband tak ada lah besar mana pon. Anak buah pulak tak berapa nak ramai. Tambah-tambah pulak raya tahun lepas ramai yang tak dapat balik berkumpul. So,penggunaan sampul raya tu agak terhad la kat situ. Jadi tak hairan lah kalau stok sampul raya Syu boleh bertahan sampai bertahun-tahun lamanya ๐Ÿ˜…. 

Design yang ini pon boleh tahan jugak. Simple but nice!!

Tapi, misal kata la kan Syu ada sampul raya yang designnya cantik-cantik macam Azhafizah.com ni, gerenti Syu sayang nak bagi kat orang๐Ÿ˜…. Silap-silap Syu guna untuk jadikan decoration kat dinding. Bukan apa, sayang!! Sebab terlampau cantik sangat nak bagi kat orang. Tambah-tambah yang fully handmade by soul macam ni. Halah3!!

Yang ni rekaan yang paling minimalist & designnya tak telampau fancy sangat.

Masa zaman 80-an & 90-an dulu-dulu, nak beli lampu kelip-kelip tu mahal tau. So, alternatif lain untuk menceriakan lagi rumah adalah dengan menampal sampul raya & kad raya dekat dinding.Mana-mana kad raya yang dapat dari kawan-kawan tu semua tampal kat dinding, sampul raya yang cantik-cantik tu pun sama jugak. 


Bila buat macam tu baru la nampak ceria sikit rumah. Kalau nak tau, selain bagi duit raya, aktiviti tampal kad raya & sampul raya dekat dinding ni pon salah satu tradisi jugak tau masa celebrate Hari Raya Aidilfitri masa zaman 80-an & 90-an dulu๐Ÿ˜‰. Tapi sekarang ni zaman 20-an, Syu rase memang tak ada dah main tampal-tampal sampul & kad raya kat dinding ni lagi kan....

๐Ÿ‘†Klik banner untuk join.

Okey. Sambil-sambil korang tengok-tengok design sampul tu. Masih belum terlambat jugak untuk korang join give away (GA) sampul raya dari Azhafizah.com. ni. Cubalah!! Mana la tau kan, korang bernasib baik menang sampul raya yang cantik-cantik ni. Kalau menang GA ni dah tak payah korang  berbeli sampul raya lagi kan?? 


Syu harap raya tahun ni adalah peluang & sinar untuk kita berkumpul satu family seperti sediakala. Bukan apa...bagi Syu, kehadiran pandemik ni memang sangat-sangat menjejaskan hubungan & interaksi sesama keluarga.

Kopi Espresso Jalanan Premium (ESC)


Malam ni Syu bawakan khusus buat penggemar-penggemar kopi espresso premium dari Espresso Street Coffee(ESC) Ipoh yang rase dia sememangnyer sedap, pekat, likat, melekat, terangkat!! Sekali cuba mesti terpikat!! Gittew!!๐Ÿ˜‹ 

ESC ni kalau korang nak tau baru sahaja beroperasi pada bulan Februari yang lalu & gerainya terletak di jalan Sci 1/2 Sunway City, Ipoh. Nak tau lebih lanjut korang boleh pergi ke FB page diorang Espresso Street Coffee.


Terus terang Syu cakap, once korang cuba kopi espresso dari ESC ni gerenti korang akan jatuh cinta. Sebab apa? Dia punya rasa tu masyaallah... memang setanding jenama-jenama coffee drinks yang mahal-mahal yang ada kat Malaysia ni. Cuma konsepnya adalah "Street Coffee" atau "Kopi Jalanan". Siapa sangka kan... Kopi espresso premium macam ni boleh ada di jual di jalanan. Siap ada coffee machine & coffee grinder bagai. 


Dari segi penyediaan dia kalau korang tengok la kan, fuhhh...memang style ala-ala cafe & coffee shop. Tapi, portnya adalah tepi jalan.

Actually, kalau ikutkan ramai yang tak tahu akan kemunculan ESC ni. Tapi sejak diviralkan oleh youtuber Azfar Badrul(AB), alhamdulillah...makin maju bisnes brother ni. Dua kali Syu cuba pergi tak dapat nak beli sebab sold out gara-gara penangan viral AB. Akhirnya, buat kali ketiga baru lah Syu dapat merasa. Jujur Syu cakap, memang sedap kopinya. Memang sangat rugi kalau korang tak cuba. Kalau korang nak tau lebih pasal penceritaan kopi brother ni, korang boleh tengok Channel AB ni.


Walaupun statusnya adalah "kopi jalanan", tapi standard & kualiti penyediaan memang brother ni jaga dari A  sampai Z tau. Coffee powder yang brother ni guna memang di grind fresh dari biji kopi yang dibeli khas dari supplier biji kopi dari Gerik. 

Serbuk kopi yang brother ni guna dia ekstrak sekali jer tau. Once dapat dia punya pati (espresso) hampasnya tu terus dia buang. Takde recycle guna banyak kali. Salah satu sebabnya adalah untuk bagi korang rasa kopi espresso yang betul-betul umph!!

Serbuk kopi akan dimasukkan ke dalam cup & akan diekstrak patinya menggunakan espresso machine bagi mendapatkan espresso.

Harga kopi espresso yang sememangnyer mampu beli!! 

Machiato & Signature ESC. 

So, kalau korang turun Sunway City Ipoh, korang WAJIB cuba kopi espresso brother ni dekat area Tambun. Sambil-sambil korang berbeli tu secara tak langsung korang dah support & membantu bisnes brother ni jugak. Lagi satu, korang juga jangan lupa support & subscribe channel brother Azfar Badrul(AB) kita di Azfar Badrul Channel. Next entry sekiranya ada kelapangan Syu akan buat entri pasal AB Channel ni pulak okay.