September 10, 2021

Review : Adorable Food Goddess (2018)

 Adorable Food Goddess

Genre : 

Animation, romance, historical & friendship


Penulis :

Ziyi


Pengarah : 

Ni Jiafei


Jumlah Episod : 

12 Episod


Rating :


🌟🌟🌟🌟🌟/5


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Animasi bersiri bertajuk Adorable Food Goddess ni memang best sangat. Animasi ni juga telah diadaptasi ke dalam bentuk drama yang juga dikenali sebagai Cinderella Chef. Dalam drama ada 56 episode. Tapi dalam siri animasi sebenar, hanya ada 12 episod jer. Kalau korang nak tahu, animasi ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Jia Yao. Jia Yao ni merupakan chef selebriti moden yang gemarkan masakan tradisional Cina. Nak dijadikan cerita, masa Jia Yao tengah mencipta resepi baru, dia secara tak sengaja telah terkena keracunan makanan. Keracunan makanan tersebut telah menyebabkan dia jatuh pengsan. 


Sebaik sahaja sedarkan diri, Jia Yao dah ada kat tempat lain. Dia dikatakan telah merentasi masa ke zaman kuno & terperangkap dalam tubuh badan seorang gadis yang bernama Ye Jin Xuan. Syu tak pasti Jia Yao ni dah travel ke zaman dinasti apa. Tapi Jia Yao yang dulu dah jadi Ye Jin Xuan, anak gadis kepada seorang majistrate. Pada hari pertama dia kat dalam badan Ye Jin Xuan, dia sepatutnya dinikahkan dengan seorang pegawai gabenor.Malangnya ketika dalam perjalanan ke perkahwinannya, Jia Yao diculik oleh sekumpulan penyamun dari Benteng Angin Hitam & kemudiannya diserahkan kepada Xia Chun Yu untuk dijadi isteri kontrak. Chun Yu ni sebenarnya merupakan seorang putera raja & dia terpaksa menyamar untuk menghapuskan musuh-musuh dia. Pada awalnya, Chun Yu macam tak berapa suka dengan Jia Yao. Tapi lepas dah lama tinggal bersama, Chun Yu makin tertarik dengan bakat memasak & perwatakkan Jia Yao.


Sampailah satu malam tu ada seorang panglima ni bagitahu pada Chun Yu yang Jia Yao ni seorang perisik. Tapi sebenarnya tak pun. Entah macam mana, malam tu Chun Yu ada keluarkan ayat yang menyakitkan hati Jia Yao, jadi Jia Yao pun jadi kecik hati & membawa diri dia. Pada masa yang sama, ada segerombolan askar ni cuba nak bunuh Jia Yao. Sampai dekat tepi tebing tinggi, Jia Yao terjatuh ke dalam laut. Sejak dari malam tu, Jia Yao tak muncul-muncul. Kehilangan Jia Yao ni memberikan kesan yang sangat mendalam pada Chun Yu sebab dia dah mula ada perasaan pada Jia Yao. Kehilangan Jia Yao secara tak langsung membuktikan kenyataan pembesar dia pasal Jia Yao seorang perisik tu betul. Jadi, Chun Yu membuat keputusan untuk membakar & tinggalkan tempat yang ada segala kenangannya dengan Jia Yao. 


Setelah sekian lama menghilang, akhirnya Jia Yao muncul balik. Tapi dia menyamar & menukar perwatakkan dia macam orang lelaki supaya tak ada siapa pun yang mengenali dia terutamanya Chun Yu. Selepas kejadian malam tu, Jia Yao selagi boleh tidak mahu bertembung dengan Chun Yi. Tapi nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Jia Yao ke pusat bandar, dia terserempak dengan Helian. Sejak Helian menolong Jia Yao, diorang berdua menjadi kawan yang sangat rapat macam adik beradik. Helian ni kalau nak tahu, dia ni sepupu Chun Yu. Kalau ikutkan Jia Yao tak tahu. Tapi selepas dia ternampak Helian bersembang dengan Chun Yi baru Jia Yao tahu yang Helian ni ada kena mengena dengan Chun Yi. Jadi, Jia Yao buat keputusan untuk menyembunyikan diri dia dengan bekerja di sebuah restoran yang berada di dalam bandar tu jugak. Bila Helian hilang jejak Jia Yao, dia jadi macam tak tentu arah sebab dia dah anggap Jia Yao tu macam saudara dia jugak. Beberapa hari lepas tu, Helian dapat tahu yang Jia Yao dah jadi ketua Chef dekat restoran dia & kawan dia selalu pergi. Itupun sebab Helian perasan menu masakan yang Jia Yao pernah masak masa dia mengembara sama-sama dedulu. Sejak dari tu, Helian tak putus-putus datang ke restoran untuk makan selain membantu Jia Yao. Tapi dengan syarat, jangan sampai dia bertembung dengan Chun Yu  sebab dia bencikan Chun Yu.


Ada satu hari tu, entah macam mana Chun Yu datang ke restoran tempat Jia Yao bekerja untuk makan sama-sama dengan Helian. Chun Yu pun request menu special dari waiters & tak sangka, menu yang dia order tu sama macam yang Jia Yao pernah masak untuk Chun Yu. Jadi, Chun Yu pun decide nak jumpa dengan chef yang masak menu tu. Helian pun apa lagi. Dia pun selagi daya berlakon tercekik tulang supaya niat Chun Yu nak jumpa Jia Yao tu  tak jadi. Tapi, Chun Yu bijak. Dia pesan dekat pengawal dia supaya pergi ke dapur untuk tengok rupa sebenar chef yang masak menu tu. Sangkaan Chun Yu betul. Memang Jia Yao yang masak. Sejak dari tu, Chun Yu cuba selagi daya untuk memenangi hati Jia Yao. Tapi, Jia Yao mengelak & menolak sebab dia kata dia benci Chun Yu. 


Chun Yu pun jadi macam pelik. Kenapa Jia Yao benci sangat dengan dia. Lepas tanya banyak kali, Akhirnya Jia Yao bagitahu yang dia terdengar Chun Yu cakap pada paglima dia yang antara dia dengan Jia Yao tak ada apa-apa & kalau ada apa- apa jadi dekat Jia Yao pun dia tak kesah. Lepas Chun Yu dapat tahu, dia pun ceritakan perkara sebenar yang dia cuba buat malam tu. Actually, dia nak selamatkan Jia Yao. Jadi dia terpaksa cakap macam tu dekat  panglima tu malam tu. Sejak Jia Yao tahu perkara sebenar dari mulut Chun Yu, hubungan dia dengan Chun Yu  kembali baik & Chun Yu selalu datang ke restoran dia untuk menolong Jia Yao. Itulah dia ceritanya. Pada yang nak tengok anime ni, korang boleh dekat YTube. Taip jer tajuk Cinderella Chef. Gerenti jumpa!!πŸ˜‰

10 September : Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia

World Prevention Suicide Day 2021

Salam Jumaat sahabat-sahabat blogger sekalian. Agak petang sikit baru Syu dapat bersiaran πŸ˜‚. Entri kali ni Syu nak bercerita sikit pasal satu kempen kesedaran yang disambut setiap tahun diseluruh dunia. Kempen ni dianjurkan oleh International Association for Suicide Prevention (IASP)  dengan bertujuan untuk memberi komitmen global & tindakan secara menyeluruh bagi mencegah tindakan atau perilaku membunuh diri (Commit suicide).

Untuk pengetahuan korang, kempen kesedaran ni telah diwujudkan sejak tahun 2003 lagi dah ianya telah diendorse oleh World Health Organization (WHO) sendiri. Setiap tahun pada 10 September, seluruh negara akan bersama-sama menyambut Hari Pencegahan Bunuh Diri (World Suicide Prevention Day) sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai.

Tahun ni, dengan bertemakan "Bertindak segera harapan terbina" diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya dapat bersama berganding bahu dalam membendung kes bunuh diri ni dari terus berlaku. Bukan terhad kepada orang yang nak bunuh diri jer. Tapi kepada masyarakat sekeliling, keluarga & rakan-rakan yang terlihat & terlibat secara tidak langsung dengan seseorang yang keinginan & berpotensi untuk commit suicide. 

Berdasarkan statistik bunuh diri di Malaysia, setakat bulan Januari sehingga Julai tahun ni, dikatakan sebanyak 638 kes bunuh diri telah dilaporkan (Sumber : Berita Harian). Ini sekaligus menjadikan peratusan kes bunuh diri di Malayasia meningkat kepada 143 peratus jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Nampak agak meruncingkan jugak yer di situ. Berikut antara 10 fakta bunuh diri yang korang perlu tahu.

  • Setiap 40 saat seorang individu maut akibat bunuh diri (Setiap hari dikatakan 7 kes bunuh diri dilaporkan di Malaysia)
  • Bunuh diri punca kedua tertinggi kematian
  • Wanita lebih ramai mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki
  • 65% kes bunuh diri adalah melibatkan golongan lelaki
  • 3.6 % dari 100,000 populasi kaum India merncatatkan rekod kes bunuh diri tertinggi di Malaysia
  • 56.6 % membunuh diri  dengan cara menggantung diri & 15.1%  mengunakan racun
  • 72 kes bunuh diri dengan terjun banggunan
  • Lebih 800, 000 kematian  penduduk dunia disebabkan bunuh diri
  • Pusat Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan mencatatkan 2 orang kemasukkan setiap hari
  • Di Malaysia, 266 kes bunuh diri dilakukan ketika PKP dilaksanakan

Semoga kempen ni dapat membuka mata rakyat Malaysia tentang betapa seriusnya kejadian bunuh diri. Tambah-tambah di musim pandemik yang mencabar ni. Kita semua sedia maklum yang rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia tengah bergelut bermati-matian untuk meneruskan hidup. Dengan masalah ekonomi yang tak berapa nak stabil sudah semestinya ada yang tak terkecuali dari menghadapi masalah kemurungan. Kemurungan ni lah yang majoritinya menjadi penyebab utama berlakunya peningkatan kes bunuh diri. Kemurungan ni kadang-kadang kita tak boleh jangka. Dari luar kita tengok orang tu macam okay jer. Tapi hakikatnya, orang tu macam berperang dengan dunia dia sendiri. Bila dah jadi terlampau teruk, jalan terakhir yang akan dipilih adalah dengan bunuh diri.

Tanda-tanda peringatan bunuh diri


Diharapkan agar pada tahun-tahun yang mendatang, kes bunuh diri ni dapat dikurangkan. Kalau boleh sifar kes bunuh diri pun tak apa!! Jadi, sekiranya ada dalam kalangan sahabat, keluarga ataupun korang sendiri yang ada menghadapi masalah kemurungan & mempunyai niat untuk membunuh diri, korang boleh hubungi mana-mana talian yang tertera dibawah untuk mendapatkan khidmat nasihat & kaunseling. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu meredakan masalah kemurungan & niat untuk membunuh diri tu menjadi lebih parah.

MHPSS : 
03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih : 
15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999
(Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)

KSK-Care JAKIM : 
WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur : 
03-76272929

September 09, 2021

GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart (HBCT) Murah!!

GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart
Promo code : HOTDEALSGF


Meriah betul promosi GrabFood time bulan September ni yer. Ada banyak offer! Rambang mata. Asalnya bukak aplikasi GrabFood sebab nak tengok-tengok jer. Tanpa diduga. Jari jemari Syu ni laju jer dok tekan masuk cartπŸ˜…. Sungguhlah, tak tahan godaan Syu ni. Especially bila melibatkan bab makan πŸ˜†. Syu order apa? Macam biasalah. Order HBCT kegemaran Syu lagi πŸ˜‹. Rasanya macam tiap-tiap bulan pulak Syu repeat order dari Hokkaido ni. Submit order tak ingat donia. Acane nak kurus? Ha3 πŸ˜‚. 


GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart

Beli cheesetart di GrabFood kali ni memang murah. Kalau ikutkan harga asalnya RM31. Lepas guna kod HOTDEALSGF, harganya jadi RM18.50 jer sekotak termasuk sekali dengan harga cas penghantaran. Murahkan πŸ˜ŠπŸ’•. Memandangkan harganya memang tersangat mampu milik, maka dua kotak Syu rembat. Hi3 😁. 

Kebiasaannya, Syu akan order dua flavours ni jer. Original & chocolate. Selain dari dua perisa ni memang Syu tak boleh nak terima tekak. Especially durian πŸ˜…. Mungkin Syu tak biasa kot kombinasi durian dengan cheese. Dengar khabar, promosi GrabFood ni akan berlangsung sampai hujung bulan September ni. 

GrabFood : Hokkaido Baked Cheesetart

So, apa tunggu lagi. Pada yang teringin nak makan HBCT, korang boleh guna kod promosi GrabFood yang Syu bagitahu tadi untuk grab HBCT dengan harga yang murah (Tertakluk pada terma & syarat) πŸ˜ŠπŸ’•.

September 08, 2021

Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda

Giveaway

"DANIA SAYANG"


Dania sayang, 

Di mana jua dirimu bertapak, 

Tak kira dimana kakimu berpijak, 

Tetap berpegang pada pesan,

Berdiri teguh memeluk iman, 

Di lupa jangan,

Ditinggal pun jangan. 


Roda itu,

Santapannya adalah berputar,

Lurus laluan, 

Elok pengakhiran.

Barangkali? 

Ada hari? 

Boleh jadi? 

Beronak berliku jalannya.


Benar Dania sayang, 

Sekilas pandang, 

Tampak elok, 

Hakikatnya jelas,

Terlihat buruk, 

Jadi, berwaspadalah. 


Jikalau yang pahit itu tampak manis sentiasa, 

Nescaya terlihat, 

Bosannya dunia, 

Mungkin sedap di mata, 

Namun hakikat, 

Bisa racunnya. 


Ingat Dania sayang, 

Hati mesti cekal, 

Jiwa harus kental, 

Bila rendahnya duduk, 

Yang tinggi acapkali ditenang,

Bahkan, 

Dipejam mata terbayang-bayang. 


Andai tinggi tapak berdiri,

Nescaya, 

Ada banyak mata memerhati.

Makin besar bahtera dikemudi, 

Seiring jua beban yang digalasi. 


Kekal ingat wahai Dania sayang,

Walau setinggi mana puncak didaki,

Tetap diturut resminya padi,

Tunduk merendah kekal berisi, 

Walau hayat dituai dan ditampi, 

Masih tetap hidup berbakti. 


Dania sayang, 

Andai tempatmu berpaut kian rapuh, 

Kekal yakin & terus utuh,

Menyerah tidak,

Berpaling jangan sekali,

Teruskan terbang tanpa menyerah,

Jangan dikhuatiri sayap yang patah.



✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽



Tudia, sakan susun ayat untuk giveaway cipta sajak blog kak Suriaamanda kita. Yang pasti, bait-bait ayat tu tetap tak boleh challenge sasterawan negara kita. Agak lama jugak Syu tak buat sajak ni. Jenuh jugaklah nak memikir ayat. Bila baca balik macam cacamerba pun ada bait-bait ayatnyaπŸ˜†. Sajak ni dicipta khas bersempena hari lahir anak kak Suriaamanda kita. Hajat nak menang tu memang jauh sekali lah. Tapi, kalau ada rezeki. Pucuk dicita ulam mendatang! πŸ˜πŸ’•


Pada yang nak join, make sure korang follow semua syarat-syarat yang kat bawah ni okey. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh klik pada banner untuk ke pautan giveaway tuan tanah. Jom semua!! Kita meriahkan giveaway ni ramai-ramai. Mana tahu ada terselit rezeki korang untuk menang hadiah dari Shein Malaysia πŸ˜‰πŸ’•. 


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


  1. Follow blog Suriaamanda 
  2. Follow Instagram SA 
  3. Follow Facebook SA 
  4. Copy & paste banner di atas. Buat entri "Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda"
  5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen giveaway kak SA (Klik banner) 
  6. Pemenang akan dipilih oleh Dania berdasarkan sajak yang berjaya memikat hatinya
  7. Sajak perlulah berkaitan tentang Dania dan dunia pembelajaran dia
  8. 3 orang Pemenang di cari untuk giveaway ini
  9. 10  penyertaan kak SA kita akan masukkan ke dalam Bloglist Ahli- Ahli Mesyuarat Tingkap di sidebar (Guna Random.org)
  10. Tarikh penyertaan :  5 September 2021 - 30 September 2021 (Pengumuman akan dibuat pada 1 Oktober 2021)
3 Hadiah yang bakal disediakan adalah dari Shein Malaysia.

September 07, 2021

Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100

Giveaway

Bulan September ni macam ramai yang buat giveaway yer. Seronoknya!! Syu ingat nak buat jugak bersempena dengan bulan kelahiran Syu. Tapi disebabkan dah ramai yang buat. Nanti Syu fikir-fikirkan dulu 😁. By the way, giveaway pertama yang Syu nak join untuk minggu pertama bulan September ni adalah Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100.  Tinggal lagi beberapa hari jer lagi. So, masih sempat lagi untuk Syu submit Syu punya entri. Kat bawah ni syarat-syarat yang korang perlu follow untuk join giveaway ni. Nak join korang boleh klik pada banner πŸ˜‰πŸ’•.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1) Follow blog busyratakiyudin

2) Like facebook page Y.ra Printing

3) Buat 1 entri "Giveaway #busyrakongsirezeki Wang Tunai RM100" 

4) Copy & paste banner di atas dan link kan ke entri ini

5) Dalam entri korang, nyatakan 1 entri lain yang korang suka

6) Tinggalkan link penyertaan korang di ruangan komen



PEMILIHAN PEMENANG


Untuk pemilihan pemenang, tuan empunya blog akan menyemak penyertaan korang samada memenuhi semua syarat -syarat penyertaan kat atas ni ataupun tidak. Lepas dah buat spotcheck barulah akan dipilih secara random. Pemenang yang bertuah akan menerima wang tunai sebanyak RM50 x 2 orang. Giveaway ni akan berlangsung mulai 30 Ogos 2021 sehingga 10 Sept 2021. So, tunggu apa lagi. jom kita meriahkan sama-sama blog tuan tanah 😁. Mana tahu ada rezeki!!


Kalau nak diikutkan ada banyak post Busyra yang Syu suka. Yang terkini Syu paling suka entri Busyra pasal Self reward ipad 8th generation. Memang ipad ni antara item yang Syu tengah aim sekarang ni untuk berblog.  Bila  baca entri  ni, rasa macam tercabar pulak. Seolah-olah macam ada dapat anjakan paradigma untuk kumpul duit beli ipad!! Ha3 😁. Tapi kalau tak tercapai hasrat Syu, beli tablet biasa pun jadi lah. Janji dapat memudahkan kerja Syu untuk berblog. Kalau guna phone macam susah sangat nak tengok. Tak puas. Laptop jangan cakaplah. Nak kena duduk dekat meja kerja pulak nak menghadap. Lagilah malas. Hu3.


Actually, ada satu lagi entri yang suka dari blog Busyra ni iaitu Tips ambil gambar flatlay paling cun melecun.  Bukan apa, Syu ni kalau ambik gambar memang skill tu ke laut sikit. Takat ambik gambar bagi edit sikit-sikit tu Syu boleh lah. So, bila ada tips ambik gambar macam ni, Syu jadi tertarik. Sebab teknik flatlay ni macam simple & nice sangat. Rasa macam ambik gambar barang campak-campak pun ada. Hi3. Tapi kalau dah nama tangan tak berseni, ambiklah macam mana sekalipun tetap tak ada seni!! πŸ˜‚. Macam mana sekalipun, Syu akan cuba selagi daya untuk ambik gambar yang cantik-cantik untuk dipost dalam blog Syu.