Oktober 04, 2021

Parcel Dari Bumi Kenyalang πŸ˜ŠπŸ’•


Alhamdulillah. Akhirnya semalam sampai jugak barang-barang yang Syu order dari kawan Syu. Punya jauh parcel ni datang dari bumi kenyalang. Actually, boleh jer nak kalau beli barang-barang dari bumi Sarawak ni dekat Shopee. Saja nak rasa pengalaman beli barang direct dari sana macam mana.  Lagipun, entah kurun bila lah dapat terbang ke Sarawak lagi. Duitnya asyik lari ke lain jer. Bukan tak ada selit budget untuk jalan-jalan. Cuma buat masa sekarang nin mampu travel dalam area Perak & Semenanjung. Lagipun harga tiket pergi balik pun boleh tahan mahal sekarang ni. 



Apa lah khabar Warung 2000 dekat Kota Samarahan tu yer? Dah lah tomyam dia sedap. Sampai ke hari ni tak boleh move on dengan rasa dia. Dengar cerita Chicken Hut pun masih ada buka lagi sampai ke hari ni. Berapa agaknya harga makan buffet kat situ sekarang ni yer? Dedulu RM19 jer satu kepala. Murah giler.



Masa belajar dedulu, kalau takda kelas mesti Syu dengan kawan akan keluar pergi ke pekan makan dekat buffet dekat Chicken Hut ni. Ya Allah, rindunya nak ke sana. Rindu Sarawak!! Harap ada lah rezeki jejak ke sana lagi. πŸ˜‚ Tapi tu lah, harga tiket flight nak ke sana pulak mahal nak mampus. Rasa macam nak pinjam kejap pintu Doraemon yang warna pink tu. Tak payah naik belon (orang Sarawak panggil kapal terbang tu belon).


Parcel
Besar jugak parcelnya. No wonderlah berat πŸ˜‚.

So, inilah dia parcelnya. Nak kata besar sangat tu tak lah. Tapi beratnya ada lah dalam 6 kilo 😁. Makan modal jugak tu nak bayar duit pos ke Perak ni. Yang pasti, dalam parcel ni semuanya adalah MAKANAN!! Meh kita tengok apa barang-barang dekat dalam. Yang ni cuma sebahagian jer tau. Selebihnya ada lagi dalam kotak. Cuma Syu tak ada order kek lapis jer sebabnya dekat Semenanjung ni pun ada jugak orang jual. Syu beli mana yang tak ada jual dekat Semenanjung jer. Macam gula apong, mee kolok, pes laksa Sarawak. 



Actually, pes laksa ni kalau korang nak beli dekat Shopee pun ada. Harganya dalam RM12 ( Tak termasuk postage) sepeket kalau tak silap Syu. Yang kawan Syu beli ni harganya lebih kurang dalam RM11 macam tu. Jadi lah kan. Bukan nak makan hari-hari pun. Sekadar nak lepaskan gian makan laksa Sarawak πŸ˜‹. Lama tak makan tau. Ada lah dalam 10 tahun πŸ˜‚.


Ole-ole dari Sarawak
Kuih yang bentuk cengkerang tu tak ingat apa nama dia. Syu tak pernah makan pun. Tap kawan cakap sedap πŸ˜‹.

Oktober 03, 2021

7 Eleven : Slurpee Strawberry Yogurt + Tutti Frutti

Kemarin keluar dating tak dapat dine-in, semalam kitorang laki bini cuba nasib untuk terjah lagi mana-mana kedai yang buka untuk dine-in. Bukan apa, saja. Malas nak masak hari ni 😁. Bukan selalu mood malas masak ni datang. Lepas jer Maghrib, kitorang pun keluarlah jalan-jalan cari makan. 



Actually, dah ramai dah peniaga-peniaga yang dah start buka kedai & meniaga tepi jalan. Tapi, yang open untuk dine-in cuma ada dalam dua tiga kerat. Kalau buka pun, hanya terhad untuk beberapa meja jer. Even, kedai makan yang Syu selalu pergi makan sebelum-sebelum ni pun masih belum ready nak terima pelanggan untuk makan dekat kedai. Sebabnya ada lagi pekerja diorang yang masih belum lengkap divaksin. Diorang cuma berani open untuk take-away jer. Sedihnya. Kita nak dine-in. Sob2 😒.



Bila dah hajat nak dine-in asyik tak tercapai, apa lagi. Merata-rata lah kitorang meronda. Bayangkan. Dekat 3 kali lalu mainroad simpang nak masuk ke taman rumah sendiri.  Tak masuk-masuk jugak, macam orang sesat tak jumpa jalan balik rumah πŸ˜‚. Nak tapau makan dekat akak nasi goreng udang selambak tu dah habis lah pulak. Nak tak nak merondalah kitorang cari makan. Actually ada banyak jer kedai makan buka. Even yang meniaga tepi jalan pun bersusun. Cuma tak biasa pergi. Nak cuba tak berani. Takut tak sedap 😁.


Apa yang dicari pun tak tahu lah. Kejap ke depan, kejap ke belakang πŸ˜ƒ. Dah lah 7 Eleven ni  boleh tahan jugak mahal barang-barang dia πŸ˜‚. Kalau masuk kedai Eco 2 tak ngape lah jugak pusing  depan belakang isi penuh raga πŸ˜†.

Gara-gara tak nak balik rumah punya pasal πŸ˜‚. Kitorang pun meronda-ronda macam orang gila bercari makan. At least, takdelah balik bawa tangan kosong kan. Lepas tapau makan dekat kedai Pak Jabit, kitoang pergi bercari burger dekat taman rumah bujang husband duduk dedulu. Sampai-sampai jer, abang burger pulak tutup kedai kejap sebab gas habis πŸ˜…. Aduhai. Spoiled lah. Dek kerana burger abang tu sedap, so kitorang pun decide untuk tunggu. Sementara menunggu tu, kitorang pun pergi menyinggah pulak 7 Eleven bercari jajan & Slurpee. Nasib  7 Eleven nya dekat belakang stall  abang burger tu jer. Sekali sekala apa salahnya selit selingan sikit. Janji keluar 7 Eleven, abang tu dah siap pasang gas kat dapur dia  πŸ˜.

Memandang bigboss sorang ni pernah kerja 7 Eleven , kita bagi dia buat. Mana tahu time tengah isi  Slurpee tu dia boleh flashback balik pengalaman dia kerja kat 7 Eleven πŸ˜†.

Seelok-eloknya kalau korang nak beli Slurpee, better jangan campurkan macam Syu buat ni. Ni nasihat daripada husband Syu lah. Tapi masalahnya, dah beli masuk kereta baru nak bagitahu. Tadi time masa kat dalam 7 Eleven tak nak cakap. Menyirap pulak rasa πŸ˜‚. Bila korang asingkan at least korang boleh rasa perisanya satu-satu. Tapi itu kalau korang beli lebih dari  satu cup lah. Kalau korang beli satu cup jer, lagi baik campur dua-dua. Takkan korang nak beli sampai dua cup kan kalau nak minum sorang. 


Pada Syu Slurpee Strawberry Yogurt  ni sedap jugak rasa dia. Ada rasa masam-masam manis strawberry & bergas. Cuma dia tak boleh challenge kesedapan flavour yang Tutti Frutti tu jelah πŸ˜‹. Yang pasti sedap. Sedap lagi dari air yang berkeladak hari tu (Masih tak boleh move on dengan air yang satu tu πŸ˜…). Apa-apa pun, overall Syu suka kedua-dua flavour Slurpee ni. Rasa macam nak pergi mengulang beli lagi pulak esok. Bukan apa, bila sedut tu memang layan gila. Tambah bila minum time malam-malam. Memang rasa macam kena freeze kejap kepala otak ni πŸ˜†.

Jadilah dapat sorang satu cup. Kalau beli satu  jer nanti  takut berperang. Ada sedut banyaklah apa lah. Padahal Slurpee jer pun  πŸ˜œ.

Oktober 02, 2021

Dominos Vouchers Booklet : Is It Worth It?

Dominos voucher booklet
Pay RM20 then you can get this voucher booklet & one FREE regular pizza πŸ˜‹.

Hello fellas!! What's up? As usual, this morning I spent a couple of minutes with my air plants. They have grown up pretty big & healthy now (No pictures because I'm lazy to snap it 😁). Need to prepare their new home soon. So they didn't get stunted. However, I'm pretty sad that some of my Spanish mosses have died. I'm not sure why. Maybe, I put it in the shaded area πŸ˜”. So, it became rotted because of the humidity.

Instead of dealing with my air plants, I also spent a little bit of time to clean up my garage & vehicles. Seriously dirty with a lot of dust. Maybe it came from the nearby cement factory. It was located just 2 kilometers away from my home. Not far right? That's the bad thing when you lived near the industrial areas. 


While I am sweeping the floor, I saw one Malay man came to me. That man actually was a Dominos Pizza staff. He told me that he sale the Dominos voucher booklet with the price of twenty Ringgit (including one FREE regular size of a pizza). I've purchased this same type of voucher booklet from Dominos once before. I think, it's really worth to use because I can get more discounts when purchase food at Dominos Pizza. 

How to use this voucher? If you order via the Dominos website, you just simply enter the code before proceed with the payment. If you order in-store, you just hand over the voucher that you want to use to the cashier once you place the order. Simple isn't it? What do you think? Have you ever purchased & use this voucher? Is it worth it or not? Kindly drop your comments for sharing your experience & opinions πŸ˜‰πŸ’•. 

Dominos voucher booklet
Got 20 Dominos vouchers in this voucher booklet & it valid until February 2022 😁.

Oktober 01, 2021

Tea Live Onde-onde : No More Repeat Order!! πŸ˜‚

Syu order Nishio  Matcha  & Onde-onde Smoothie.

Ni alkisah semalam tau. Memandangkan dah end of September. Saja nak manfaatkan voucher 50% HOTDEALSGF di GrabFood sebab dengar kata expired semalam. Konon-kononnya, taknak terlepas peluang dapat diskaun 50% lah kiranya. Tapi, pagi tadi bukak elok jer ada lagi promo jer. Geram pulak rasa πŸ˜‚. Nampak gayanya, Syu tertipu yer akak-akak adik-adik. 


Kelebek punya kelebek, tekak rasa teringin nak cuba minum Tea Live. Selama hidup dekat muka bumi Allah ni, seumur hidup Syu tak pernah cuba minum Tea Live πŸ˜†. So, semalam terdetik nak cuba. Saja nak rasa. Memang semalam, hari "saja-saja" agaknya. Saja nak order, saja nak rasa. "Saja-saja" segala. Nak dijadikan cerita, Syu pun order lah flavour yang tengah viral sekarang ni. Alah yang onde-onde tu. Bunyinya macam sedap sangat. Tapi Syu order satu cup je lah. Yang satu lagi Syu order flavour mactha. 

πŸ˜‚Nampak macam sedap, tapi hakikatnya...mengucap panjang bila nak sedut.

Bila dah cuba dua-dua flavour ni. Allah...sampai ke hari ni mengucap panjang nak menyedut. Tak pernah-pernah tau kitorang laki bini minum air boba tak habis. Ada lagi airnya dekat peti ais nun tak berminum. Kitorang hanya mampu minum separuh cup jer. Tak mampu nak teruskan . Nampak gayanya "tongsam" lah yang ngap!! Bukan apa, yang flavour onde-onde tu sedap airnya. Tapi seredak-seredak kelapa tu yang mengganggu tekak. Mungkin sebab dah kembang kena air agaknya. Bila sedut tu rasa macam tekak ni kena geletek πŸ˜‚.  Yang matcha tu pulak. Emmm...malas nak cerita. Sedap lagi green tea pasar malam yang letak cincau tu (πŸ˜‚ Sorry Tea Live!!).

Dia punya  coconut crunch tu agak menganggu tekak sikit. Rasa macam makan hampas kelapa pun ada πŸ˜‚.

Ini review jujur Syu lah yer. Maaf buat penggemar-penggemar & pentaksub Tea Live termasuk kawan Syu. Serius Tea Live tak sedap πŸ˜‚. Maaf sekali lagi yer Tea Live. Tak tahu lah kot-kot tekak Syu ni dah nak masuk era acik-acik ke tak tahu lah kan. Bila dah rasa...Allahuakbar. Airnya manis leting!! Tapi salah sendiri jugak sebab pilih tahap kemanisan 100%. Rasakan. Nak bergegar jugak lah kepala otak minum. Lepas tu yang sedihnya, bobanya keras. Macam tak masak sempurna. Agak menyesal jugaklah beli.  Dua-dua flavour memang mengecewakan.  Baik mactha mahupun onde-onde.


Lepas ni memang tak akan order dah Tea Live πŸ˜‚. Syu prefer beli dekat Wakaka jer. Minuman boba rakyat marhaen dengan harga mampu milik. Walaupun bukan jenama terkemuka, tapi rasanya sedap & puas hati bila minum. Ngam lah dengan trademark dia "Makan Minum Sampai Wakaka". Emmm...tetiba rindu pulak dengan waffle dia. Ha3 πŸ˜‹. Nak ke Batu Gajah jauh pulak.

Hello October!!

 
 

Alhamdulillah, hari yang baik untuk permulaan Oktober. Ngam-ngam jatuhnya pada hari penghulu segala hari. Cuaca pun elok jer hari ni, sejuk-sejuk mendung. Nak kata panas pun tak. Ngam-ngam belaka. Semoga di hari Jumaat yang barakah ni, Allah limpahkan rahmat & rezeki yang mencurah-curah buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat Syu tak kira dalam & luar dunia blog. 



Walaupun tak banyak yang berlaku bulan lepas, tapi pagi ni ada dapat perkhabaran gembira & tak berapa nak gembira. Perkhabaran gembira, menang Giveaway Ikan Bilis Salted Egg by Aishah Nizam. Alhamdulillah. Rezeki penghujung September. Khabar tak berapa gembira pulak...Isnin ni kena masuk kerja (Dalam hati : Nak duduk rumah lagi, wu3 πŸ˜‚).



Apa-apa pun, Syu tak mintak lebih. Cuma Syu berharap di bulan Oktober ni semua perkara akan berjalan dengan smooth & tak caca merba, selain sentiasa ditetapkan hati & istiqamah dalam menjaga hubungan Syu dengan Allah S.W.T. Dear October, please don't be harsh with me okay πŸ˜ŠπŸ’•!!