Oktober 07, 2021

Dinner Menu Sarawak Hari Ni 😋

Menu Sarawak

Masih belum habis lagi topik Syu pasal bumi kenyalang yer kawan-kawan. Beberapa hari yang lepas Syu ada bercerita pasal parcel kayangan Syu dah sampai. Hari ni Syu nak cerita pulak pasal salah satu menu Sarawak kegemaran yang Syu masak malam ni untuk makan malam, iaitu Mee Kolok. Menu ni memang senang sangat nak prepare tau. Yang penting minyak bawang goreng wajib ada. Bak kata kawan Sarawak Syu yang sorang tu : "Minyak bawang ya penting Syu key molah mee ya nyaman!!". Ayat yang sama diulang-ulang dari tahun lepas masa mintak resepi Mee kolok ni. 


Mee kolok kering
Ni mee kolok kering, Syu tak pasti dekat Semanjung ada jual ke tak ðŸ˜….

Tapi kan memang betul pun tau apa yang kawan Syu cakap. Bila buat Mee Kolok ni, minyak goreng bawang tu antara key ingredient yang jadi penyedapnya kepada Mee Kolok selain dari mee nya😋. Tak kira lah korang buat Mee Kolok ayam mahupun daging. Minyak bawang tu yang penting!!  Nak buat minyak bawang ni, korang cuma perlu gunakan bawang merah &  bawang putih sikit. Bawang-bawang tu kena dimayang halus kemudian digoreng sampai keperang-perangan. Minyaknya tu korang guna untuk gaul dengan mee & bawang gorengnya pulak korang boleh digunakan masa nak garnishing Mee Kolok Ayam tu nanti 😉.


Actually, nak buat Mee Kolok ni tak guna banyak bahan sangat pun. Kalau nak tahu, meh kita tengok bahan-bahan apa yang Syu guna untuk buat Mee Kolok ni. Tapi yang ni versi Syu punya lah yer. Harap orang Sarawak tak marah lah Syu derhaka resepi 😅. Yang Syu buat ni Mee Kolok Ayam. Kalau ikutkan nak buat yang daging punya. Tapi malas pulak nak keluar cari daging kat pasaraya. So, Syu guna mana bahan yang ada jer. Kalau nak sedap better buat Mee Kolok Daging 😋. Baru ada umphhhh...(Peringatan : Skill "agak-agak" digunakan untuk buat Mee Kolok ni yer!!😆)


BAHAN-BAHAN (6 orang makan)

Mee kolok (direbus sehingga al dente)
Isi ayam/daging (telah direbus)
Bawang goreng
Minyak bawang
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Kicap manis
Daun sup
Daun bawang
Taugeh (Dicelur)
Sawi (Dicelur)
Lobak masin
Rempah 3 sekawan (Bunga cengkih, kayu manis & bunga lawang)



Memandangkan ada tetamu frontliner (a.k.a kakak ipar) dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) datang bertandang makan malam, maka kita masaklah lebih sikit. Untuk masak Mee Kolok ni, apa yang perlu korang buat adalah dengan merebus daging ayam/lembu terlebih dahulu untuk buat supnya. Masa nak merebus tu masukkan juga rempah 3 sekawan. Bila dah empuk keluarkan dari kuah sup tu. Kalau buat Mee Kolok Daging, make sure korang potong daging tu nipis-nipis supaya senang nak kunyah 😁. Untuk ayam pulak cuma perlu carik-carikkan jer guna tangan macam nak buat Soto. Lepas tu, kuah rebusan tu tadi korang boleh lah guna untuk buat sup pulak. 


Sup yang Syu buat ni sup simple jer. Air rebusan ayam tadi tu Syu cuma masukkan bawang goreng, bawang putih, black paper, akar daun sup & MAGGIE cukup rasa. Sukatannya macam biasalah, main agak-agak jer. Tak kuasa nak sukat-sukat. Rempah 3 sekawan tak payah bubuh lagi tau. Sebabnya masa merebus ayam tadi dah bubuh siap-siap. Kalau tak nanti, rasa rempah tu akan jadi kuat bila makan dengan mee kolok nanti. Lagipun sup mee kolok cuma lite-lite jer rasanya.

Mee kolok ayam

Lepas dah siap sup, mee, ayam carik & segala sayur semua. Boleh lah get ready untuk plating. Tapi kena buat mee kicapnya dulu. Nak buatnya memang senang sangat. Syu cuma letak minyak bawang dalam satu camca, lada sulah & kicap manis. Kacau-kacau sikit lepas tu gaul bagi sebati dengan mee kolok yang dah dicelur. Kemudian letaklah sayur sawi, taugeh, ayam carik, bawang goreng, lobak masin, daun sup & daun bawang. Dah siap bolehlah ngap dengan sup 😋. Kalau makan dengan sambal kicap memang terangkat tau. 

Cara Letak Twitter Tweet Pada Blog



Assalamualaikum blogger-blogger kesayangan Syu sekalian. Di hari Khamis yang indah ni, Syu nak share sikit cara-cara macam mana letak Twitter Tweet di tengah (center align). Dengan cara ni, blog korang akan nampak lebih kemas & tersusun. Mungkin ada sesetengah blogger lebih suka screenshot & upload image Twitter Tweet di blog. 


Macam Syu, Syu lagi suka embedded kod dari post yang Syu nak share dekat blog. Bukan apa, senang blogger-blogger lain nak baca & pergi terus ke laman Twitter Tweet yang Syu dah share. Nak tweet reply, share & like pun senang sebab dah link terus ke Twitter 😊💕. Pada yang belum tahu macam mana nak share Twitter Tweet dalam blog, Syu akan tunjukkan caranya satu persatu. Senang jer. Tak susah mana pun. Korang follow jer step yang Syu tunjuk ni. 




CARA LETAK TWITTER TWEET



STEP 1 : Pergi ke laman Twitter korang. Klik pada butang MORE 💬 yang ada tiga titik dekat penjuru belah kanan Twitter Tweet yang korang nak share. Klik pada EMBEDDED TWEET.

STEP 2 : Kemudian korang COPY CODE yang dah dibagi

STEP 3 : PASTE kod yang korang dah copy tadi pada ruangan compose section pada blog di bahagian HTML VIEW.




CARA LETAK TWITTER TWEET DI TENGAH




Once korang dah copy & paste kod tu, hasilnya akan jadi macam ni. Tapi, position Twitter Tweet ni takkan automatik berada di tengah-tengah tau. So, untuk bagi dia center align , korang kena TUKAR kodnya sikit dari <blockquote class="twitter-tweet"> ni kepada <blockquote class="twitter-tweet tw-align-center">. Bila korang guna kod ni, Twitter Tweet korang akan terletak elok di tengah-tengah. Tak faham jugak? Tak apa. Syu bagi contoh dekat korang supaya mudah faham.


Contoh kod asal Twitter Tweet korang macam ni :


<blockquote class="twitter-tweet"><p dir="ltr" lang="in">Guys, belajar pasal perempuan , period time , ....</blockquote>


Kod tadi yang korang dah paste tu, korang cuma kacau dekat bahagian yang Syu bagitahu tu jer. Kod selebihnya janganlah korang kacau. Kalau tak hasilnya akan jadi caca merba. Tapi kalau korang terkacau pun, korang still boleh copy kod tu dekat Twitter. Tak jadi masalah besarlah. Cuma kena buat kerja dua kali lah 😅.


Lepas korang tukar, kod barunya akan jadi macam ni :


<blockquote class="twitter-tweet tw-align-center"><p dir="ltr" lang="in">Guys, belajar pasal perempuan , period time , ....</blockquote>


Actually, cuma perlu tambah "tw-align-center" jer lepas kod "twitter-tweet" tu. Saja tak nak bagi korang pening tengok kod sekerat-sekerat. Senang kan? Kat bawah ni hasil selepas korang replace kod yang Syu ajar tadi. Twitter Tweet yang left align yang korang tengok tadi dah jadi center. Kan nampak elok bila macam ni. So, kalau korang nak letak Twitter Tweet dalam blog korang, korang boleh gunakan step yang Syu dah tunjuk ni dari awal. Sebarang kemusykilan korang boleh drop dekat ruangan komen.



Oktober 06, 2021

Platform Social Media Buat Hal Satu Dunia 😅

Platform social media buat hal satu dunia


Dalam beberapa hari lepas, kalau tak silap Syu satu dunia mengadu & marah pasal gangguan perkhidmatan 3 platform media sosial ni. Facebook, Instagram & WhatsApp 😅. Sampai jadi trending lah dekat Twitter. Berdasarkan laporan DownDetector, gangguan ni jadi masa pukul 11.30 malam waktu Malaysia. No wonderlah Syu tak tahu sebab benda ni jadi masa Syu dah syahid dibuai mimpi.


Bukan apa, mungkin Syu bukan jenis yang 24 jam tak berlekang menghadap sosmed macam FB, Insta & WhatsApp agaknya. So, bila 3 platform media sosial ni hilang dari radar, pada Syu ianya tak memberi kesan apa pun pada Syu. Lagipun, kejadian ni jadi masa waktu tidur Syu. Memang sikit pun Syu tak hairan apa yang jadi. Kalau Syu ada masa kejadian tu berlaku sekalipun, pilihan tetap Syu adalah untuk TIDUR. Lantak nak jadi apa pun 😆. Dah malam, lagi baik tidur. Kan?



Mungkin Syu tak rasa terkesan dengan apa yang jadi ni. Faham-faham jelah. Sebab insan bernama Syu Deris ni memang tak terlampau addicted sangat dengan platform sosmed macam FB & Insta. Kalau WhatsApp tu mungkin ada kepentingannya sikitlah. Sebab memang selalu guna untuk berkomunikasi hari-hari. Pengguna dari negara lain mungkin terkesan banyak masa tu. Almaklumlah, malam di Malaysia dah confirm-confirm tak sama dengan waktu di negara-negara lain. Time siang-siang hari mestilah pengguna-pengguna tegar sosmed-sosmed ni nak buka & guna.


Apa-apa pun ketiga-tiga platform sosmed terkemuka ni ada bagitahu tentang masalah ni di Twitter. Siap minta maaf lagi. Tapi rata-rata, ramai jugaklah yang marah bila benda macam ni jadi. Mungkin ada dalam kalangan pengguna tu terdiri dari kalangan pemilik syarikat-syarikat besar, businessman/businesswoman yang menggunakan ketiga-tiga platform sosmed ni untuk berbisnes. So bila down, mati akal lah diorang-diorang ni. Kita tak boleh nak cakap yang marah tu semuanya pentaksub sosmed-sosmed. Kita kena fikir, yang sosial media jugak antara salah satu platform untuk buat marketing. Bukan hanya untuk share & update kehidupan diri sendiri jer. 

 


Tapi yang pasti, komen-komen dekat Twitter memang hidup gila!! Memang tergelak bila baca komen satu-satu 😂. Yang menganjing, memaki, siap buat meme guna gula-gula dalam drama Korea "Squid Game" pun ada. Macam-macam. Kalau tak percaya pergi baca dekat Twitter. Nasiblah Twitter tak down. Ada jugak platform sosmed terakhir untuk mereka-mereka ni menghiburkan hati. Apa-apa pun Syu bersyukur, Blogger tak kena tempias. Kalau setakat bermasalah sikit tu mungkin boleh diterima lagi. Tapi kalau masalah besar sampai tak boleh nak recover memang habislah. Tak ada lah platform untuk Syu berceloteh panjang 😅. 



 

Surat Cinta, Pertama Dari Google Adsense 😂

Google Adsense

Kemarin, masa hari pertama masuk kerja memang seronok sangat. Tapi mood jadi spoiled terus dek kerana dua khabar buruk yang Syu & husband kena hadap. Khabar buruk pertama, tuan rumah nak naikkan sewa rumah yang Syu duduk sekarang ni. Selama kitorang duduk dekat rumah ni tak pernah-pernah bagi naik sewa. Lagipun, tuan rumah pernah janji tak nak naikkan sewa masa mula-mula kitorang masuk menyewa. 


Tak sangka pulak semalam lepas balik kerja bini tuan rumah wassup nak naikkan sewa rumah dari RM450 ke RM550. Duit deposit pun kena tambah jugak dalam  RM300. So, untuk bulan depan saja kena bayar dalam RM850. Nampak gayanya, janji dah dicapatilah ni 😂. Deal dengan suaminya okay jer sebelum-sebelum ni. Sejak bini dia yang incharge, bininya pulak yang lebih-lebih. Apalah daya Syu & suami, nak tak nak kena teruskan jelah menyewa sementara nak kumpul duit sikit untuk beli rumah. 



Pada yang mampu, mungkin korang rasa harga sewa rumah RM550 tu murah . Tapi, pada kami laki bini yang golongan B40 ni memang tak berapa nak mampu tau 😞. Dah lah apply rumah Perakku dekat Lembaga Perumahan & Hartanah Perak(LPHP) sampai kesudah tak ada seorang pun yang nak halo-halo. Nak beli rumah harga RM150K ke atas, loan pulak tak lepas.


Nak tak nak terpaksa ambil masa lagi untuk kumpul duit nak beli rumah sendiri. Panjang pulak rungutan Syu kan? Kalau difikirkan susah Syu ni, Syu rasa dekat luar sana mesti ada famili lain yang lebih susah jika dibandingkan dengan Syu. So, apa yang jadi sekarang ni Syu fikir positif jer. Kena percaya, rezeki Allah tu luas. Cuma cepat & lambat jer Allah nak bagi.



By the way, khabar buruk Syu yang kedua pulak adalah melibatkan Google Adsense (GA). Nak dijadikan cerita, malam Isnin hari tu sebelum nak tidur Syu tergerak hati nak baca email. Lama tak buka tau. Sampai tak tahu ada blogger seorang tu wish birthday masa 22hb September hari tu. Terima kasih yer blogger Rabiah. Sorry sangat tau. Baru hari ni akak sempat tengok email yang Rabiah hantar.


Google Adsense
Inilah dia surat cinta dari Google Adsense. Tapi versi alam maya lah 😂.

Pasal email dari GA tu, agak terkejut jugaklah bila Syu baca. Macam kena supend, macam tak pun ada. Sebabnya, earning GA elok jer running macam biasa. Hari-hari ada peningkatan. Tak faham lah GA ni. Banyak no halnya. Syu sempat jugaklah roger Kak Shida untuk tanya pasal hal ni. Almaklumlah, kak Shida kan pernah ada pengalaman pasal GA kena suspended. So, Syu rasa dia blogger yang tepat untuk Syu share & dapatkan pandangan pasal hal ni. Terima kasih yer kak Shida. Pagi-pagi celik mata dah kena layan wassup Syu 😂. Harap tak ada apa-apa lah hendaknya. Nanti ada kelapangan, Syu update lagi pasal GA ni.

Oktober 04, 2021

Hari Pertama Kembali Bekerja

Alhamdulillah. Isnin yang sangat indah & permulaan yang sangat baik jugak untuk bulan Oktober ni. Otak rasa fresh jer nak buat kerja. No Monday blues bagai 😁. Mungkin sebab dah puas memerap & bertapa dalam rumah agaknya. Start malam tadi Syu dah start ubah jadual tidur Syu. Normally masa PKP hari tu Syu selalu stay up & dah Subuh baru pejamkan mata. Layan movie blog semua. Tapi malam tadi, walaupun tak boleh nak tidur, Syu tetap paksakan diri untuk lelapkan mata. Bukan apa, sebab esoknya dah nak kena bangun awal.  Nanti confirm tak cukup tidur esoknya.



Lepas settlekan hal husband  untuk bersiap pergi kerja, Syu siap-siapkan diri Syu pulak. Dalam pukul 7 macam tu dah settle semua kerja Syu. Buang sampah, siram pokok, bersihkan kandang kucing,cuci pinggan mangkuk segala. Kalau nak tahu, Syu masuk kerja 8.30 pagi. So, ada lah sikit masa nak layan blog sekejap dalam sejam. Sempatlah create satu post pasal Parcel Kayangan Dari Bumi Kenyalang pagi tadi. Itu pun ada jugak "typo" 😆.



So, apa jer yang jadi dekat office hari ni? Macam biasalah kan. Bila dah lama tinggalkan office, otak pulak tertinggal dekat rumah. Ada jer yang Syu lupa hari ni. Kawan-kawan Syu pun sama tak terkecuali. Office pun berhabuk & kotor. Of course nak kena buat cleaning sikit supaya selesa nak buat kerja. Lap meja, sapu & mop lantai, cabut segala macam hiasan raya yang dah berkurun-kurun tak cabut. Lama betul sambut Raya Aidilfitri 😂!! So, nak tak nak kitorang dekat office pun ramai-ramai lah bergotong-royong kemas satu office. Memang sakan berhabuk. Meja, lantai, cermin semua lah. Even kaki Syu pun jadi hitam dibuatnya.



Selesai jer kemas officer berjemaah, kitorang pun buatlah kerja masing-masing. Hari ni, setengah hari kerja Syu sibuk dengan urusan permohonan permit pekerja asing jer. Risau jugak sebenarnya kalau-kalau permohonan tak lepas masa mohon masa PKP hari tu. Sebabnya, sticker permit tu masih belum sampai-sampai lagi. Lepas follow up balik dengan orang MyEG, alhamdulillah semua permit dah settle & approved. Rupa-rupanya masa 30 haribulan hari tu, runner MyEG ada call office untuk buat penghantaran. Tapi tak berjawab. Almaklumlah, kitorang semua mana masuk kerja lagi time tu.  So, office pun kosong tak ada orang.  Nak tak nak, hari ni Syu terpaksa terpaksa follow up semula dengan MyEG untuk buat penghantaran semula stiker permit.


Sambil menyetelkan hal permit, Syu sempat lah keluar kejap buat penghantaran dokumen ke pemaju. Of course bila dah keluar tu akan ada selingan sikit 😁. Alang-alang dah ke pekan. Bukan selalu. So, masa dekat pekan tadi Syu sempat singgah kedai jual makanan ringan dekat belakang UTC Ipoh.  Bukan apa, Syu teringin nak makan jeruk pelam. Dapatlah grab dalam setengah kilo. Kalau ikutkan banyak Syu nak beli sebenarnya. Demi menyahut seruan misi menguruskan badan, Syu terpaksa menahan nafsu. 


Ni sekali hadap jer ni. Dah lah Syu hantu jeruk. Kena pulak sambil buat entri ni sambil mengunyah. Memang sekali hadaplah gamaknyer  ðŸ˜‹.


Memang rambang mata tengok jajan-jajan yang ada dalam kedai tu. Tak sempat nak snap gambar sebab rushing nak balik office. Bukan apa, nanti mengular lama-lama takut kena aim 😂. Sekali sekala tak mengapa yedak. By the way, lupa Syu nak bagitahu. Hari ni buat pertama kalinya Syu dapat dine-in. Memang best lah hari pertama masuk kerja hari ni. Harap hari-hari yang seterusnya berjalan lancar macam hari ni 😊💕. Amin...