November 23, 2021

Responsif Youtube Video. Buat Online Pun Boleh!!

Hari ni gantung periuk belanga sebabnya orang rumah Syu dah kenyang makan nasi Vanggey πŸ˜† dengan ayam Baker's Cottage. Makanya, tidak berasaplah dapur hari ini. Horey!! Memandangkan Syu ada kelapangan, jadi Syu nak buat perkongsian sikit pasal satu laman web yang membolehkan video YTube di convert menjadi video yang responsif bila diletakkan di blog.



Sebelum ni Syu ada kongsi cara macam mana nak buat video YTube responsif di blog [Cara Buat Responsif YouTube Video Di Blog] . Caranya mungkin agak renyah sikit sebab korang kena bermain dengan kod CSS & html. Kali ni Syu tunjuk satu cara lagi. Kali ni lagi mudah. Korang hanya perlu copy, paste & embedded kan sahaja link YTube video yang korang nak letak pada blog πŸ˜‰πŸ’•. 




Untuk embed link YTube tu, korang perlu pergi ke Embend Responsively. Lepas dah dapat kodnya. Korang just copy & paste pada post yang korang nak create. Make sure korang paste dalam mode html view okay & bukan compose view. Dekat bawah ni korang boleh tengok hasil video YTube dari kod yang Syu dah embed menggunakan Embend Responsively (Sila papar menggunakan versi mobile mode πŸ“²




Semoga perkongsian Syu kali ni bermanfaat pada korang yang nak letak video YTube pada blog dengan cara yang mudah tanpa bermain dengan kod CSS & html yang ternyata menyerabutkan kepala tu. Sebarang pertanyaan korang boleh drop diruangan komen - Good Night!! Nah epal πŸ˜‰πŸŽ!!

Weekend Lepas Buat Apa Jer?

Weekend


Alhamdulillah. Sabtu Ahad lepas sempatlah cuit sekejap akaun Google Syu. Dekat sehari suntuk jugaklah menghadap. Itupun sebab banyak sangat selingan πŸ˜‚. Mana taknya. Laptop nak hadap. Kerja rumah pun nak hadap jugak. Nak masak lagi. Tu belum campur dengan berbakul kain yang terlihat "rancak" dalam bilik tetamu nun. Itupun nak kena hadap kejap lagi lepas balik kerja nanti. Kalau tak lipat siapa nak buat. Niat hati nak jer upah jiran belakang rumah tu tolong lipatkan. Tapi nanti tak syok pulak di cop pemalas πŸ˜‚. So, hadap jelah.




SESI "CUCI" GOOGLE ACCOUNT STORAGE


Sebut pasal Google Account Storage Syu. Sejujurnya, agak serabut jugak yer bila asyik dapat notifikasi dari Google ni. Mana tak nya. Ruang penyimpanan di akaun Google Syu dikatakan dah hampir 99% dah digunakan. Bila dah kena macam tu, Google apa lagi. Berdesup-desup hantar email suruh tambah space. Sajalah tu nak suruh kita keluar duit. Sebulan katanya kena bayar RM8.49 untuk 100GB. Nampak macam murah. Tapi, kalau dicongak-congak balik. Setahun RM101.88 jugaklah nak kena bayar. Domain setahun busuk dalam RM60. Kalau campur yang ini? Koyak jugak poket. So, no thanks Google!! πŸ˜…. 



Memandangkan Syu tengah ada kerajinan nak buka laptop. So, nak tak nak terpaksalah Syu rajinkan jugak diri untuk manage storage Google Account Syu. Yang jadi penuh tu sebab Syu ter-sync Syu punya photo dalam phone ke Cloud. Setiap kali ada gambar baru dari phone, berdesup-desuplah gambar tu masuk dalam Google Photo.



Korang bayangkanlah, dalam Google Photo sahaja dah 14.2GB. Dah lah space kawan tu cuma boleh muat 15GB jer πŸ˜‚. Bila nak delete satu-satu udah pening kepala. Nak buang sayang. Bukan apa, dalam setiap gambar tu semua ada kenangan. Walaupun gambar tu gambar seekor semut sekalipun. Itupun Syu tak habis pilih lagi yang mana satu nak delete.


Penuh gambar kahwin. Tu belum campur gambar makanan & pokok-pokok segala πŸ˜‚.

Yang penting Syu dah remove auto sync ke Google Photo. So, tak akan ada lagi muat naik gambar secara automatik dari phone Syu. Selain Google Photo, Syu buang jugak mana-mana file & email yang tak berguna yang ada dalam Google Drive & GMail. Kebiasaannnya, dalam Google Drive ni Syu simpan dokumen temuduga kerja, sijil-sijil belajar & beberapa dokumen peribadi Syu laki bini 😁. Bukan apa, senang bila dah ada soft copy. Tak payah kalut nak scan & upload dua tiga kali bila nak guna.





SESI MEMBALAS KOMEN DI BLOGGER


Lepas dah buang segala mak nenek sampah dalam akaun Google. Syu beralih pulak ke Blogger. Dekat Blogger pulak, sesi melihat & membalas komen pun bermula. Sejujurnya, banyak komen-komen sahabat Syu terbiar sendu diruangan komen. Maaflah yer. Punya lama baru Syu nak respon.



Nak kata Syu tak balas langsung tu taklah. Ada juga beberapa komen-komen yang Syu sempat balas secara random. Itu pun balas dengan menggunakan handphone. Bila buka Blogger guna handphone, korang faham-fahamlah kan. Dia punya view tu kadang-kadang sakit mata nak pandang. Buka guna laptop juga baru puas. Walaupun, laptop Syu dah haok screennya. Entah bila nak tukar pun tak tahu lah πŸ˜‚.


Nah, berderet masuk awaiting list. Padahal yang lain elok jer lepas πŸ˜….


Dalam tengah nak berbalas komen tu, Syu terperasan ada beberapa komen missing dari blog. Dekat dashboard ada tunjuk. Tapi, bila view dekat blog tak ada. Rupa-rupanya, dah masuk dalam "Awaiting Moderation". Itu tak apa lah lagi. Yang hairannya ada pulak yang sesat masuk dalam "Spam". Hallah3 πŸ˜…. Dah kenapa pulak jadi macam tu yer. Mungkin Syu tertekan kot? πŸ˜•Tapi, rasa macam tak...Entahlah.



Malas nak semak kepala berfikir, Syu hantar jer feedback pada pihak Blogger berserta screenshot. Harap Syu boleh tahu sebabnya kenapa. Yang pasti, komen-komen korang semua dah dibalas & diterbitkan. Cuma beberapa komen Kak Azhafizah Syu terpaksa padam. Sebab komennya ber-double muncul dekat dashboard. Minta maaf yer kak πŸ˜…. Tapi, komen akak tetap ada. Cuma komen yang sama jer Syu buang.


Yang ini usah dikenanglah. Blog yang Syu sedia-sedia follow pun masih dok masuk dalam spam.


For those komentator yang komennya masuk dalam "Awaiting List" &  "Spam", Syu harap korang tak berkecil hati tak nampak komen korang muncul dalam blog Syu yer. Memang tak dinafikan ada komen yang dah lah lama duduk bersarang dalam tu πŸ˜‚. Syu sendiri pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Apa-apa pun, jangan serik mengomen okay!! Syu suka bila korang tinggalkan jejak. Baru Syu tahu yang blog Syu ada yang memerhati πŸ˜ŠπŸ’•. Terima kasih!!

November 22, 2021

Good Morning!! Here's Monday Again πŸ˜…

 Monday Motivation


Semoga hari Isnin ni tak muncul segala negatif-negatif "M". Kepada sang malas, menyampah, meluat, menung, melagut, melalut segala...nyah kau dari sini!! πŸ˜† Ha3~


Semoga hari Isnin korang pun begitu juga - SELAMAT BEKERJA!! 😊🍎

November 21, 2021

Ronda-ronda Taiping Bandar Warisan

Taping | Bandar Warisan


Okay, ni alkisah hari Isnin minggu lepas. Nak bercerita macam biasalah mood "M" berleluasa πŸ˜‚. So, hari ni baru ada kerajinan sikit nak buka laptop. Ini pun curi-curi masa jugak nak coretkan sesuatu dekat blog tau. Nak dijadikan cerita, kitorang laki bini rasa malas sungguh nak masuk kerja Isnin hari tu. Jadinya, kitorang masing-masing merancang bercuti sakit secara sengaja 😁.  Sekali sekala apa salah ponteng kerja kan. Tapi, nak ponteng pun mesti kena dengan cara yer. Bukan sembrono jer "miss in action" tanpa sebab & bukti. Itu memang meminta sangat untuk dimaki berguni-guni dengan bos. 


So, pagi-pagi Isnin tu,  Syu & husband masing-masing pergi klinik panel ambil medical leave (ML). Untuk tahun ni, ML Syu memang tak pernah ambil langsung. Jadi, Syu manfaatkan sisa-sisa ML yang ada untuk pergi jalan-jalan. Takkan nak ambil emergency leave (EL) pulak kan. Rugi cuti tahun Syu. Dah lah Syu dah plan nak guna cuti tahun tu untuk pergi berkhemah pertengahan bulan Disember  nanti.



Sejujurnya, memang Syu tak berapa sihat pun hari tu. Tapi, sakitnya tak ada lah teruk sangat sampai tak boleh bangun. Yang pasti, lepas jalan-jalan pusing satu Taiping eloklah segar bugar dibuatnya πŸ˜‚. Hilang segala sakit kepala bagai. Nampak gayanya, ni petanda sakit nak pergi jenjalan agaknya ni.


Lepas pergi klinik & dapat MC segala, kitorang pun berhora-hore lah ke Taiping. Saja jalan-jalan makan angin. Nak pergi time Sabtu & Ahad, encik husband pulak kerja. Bagus jugak pilih hari bekerja untuk jalan-jalan ni sebenarnya. Orang pun tak ramai. Highway pun lengang jer.


So, apa jer yang kitorang berdua buat dekat sana? Apa lagi kalau bukan jalan-jalan cari makan dekat Kuala Sepetang. Ingatkan, nak cubalah naik boat cruise & buat eagles sightseeing. Malangnya, cuaca pulak tak mengizinkan. Jadinya, kitorang hanya singgah makan & pusing-pusing Kuala Sepetang jelah.


Mee Laut Udang Laut Segar Pak Hashim
😌 Nak kata sedap sangat tu...tak jugak. Tapi boleh lah kalau takat nak bagi 3⭐. 


Sejujurnya, tak ada apa sangat pun kat Kuala Sepetang ni. Cuma Syu rasa sayang sebab kawasan dekat Kuala Sepetang ni macam tak berbela. Kalau dijaga elok,insyallah ada potensi untuk jadi kawasan ekepelancongan yang sama level macam dekat Kuala Selangor tu. 


Sementara nak tunggu hujan berhenti, Syu & husband pun pergilah singgah makan dekat Mee Udang Laut Segar Pak Hashim. Nak singgah Mee Udang Mak Jah tak buka lah pulak. Makan dekat sini agak mahal jugak yer. Bila makan nasi goreng udang & mee udang dekat sini, teringat terus akak nasi goreng udang yang Syu selalu beli tu. Udangnya lebih kurang macam ni jugak. Harga pun tak sampai RM15 sepinggan πŸ˜….



Lepas jer makan, kitorang pun ronda-rondalah pekan Taiping sekejap cuci mata. Nak jenjalan lebih-lebih dekat Kuala Sepetang macam tak ada apa sangat. Tambah pulak cuacanya tak berapa nak elok. Jadinya, kitorang cuci mata dari dalam kereta sajalah. Tak ada lah keluar kereta, sebabnya hujan punya pasal πŸ˜†. Start dari susur keluar Changkat Jering> Kuala Sepetang> Bandar Taiping> Kemunting> Semanggol sampai lah destinasi akhir Bukit Merah. Habis kitorang ronda. Lepas Magrib baru bergerak pulang ke sarang.


Bukit Merah
Lama tak singgah Bukit Merah. Kalau jumpa saudara dekat Semanggol tak pernah pun teringin nak pergi. Padahal dah dekat sangat dah tempatnya πŸ˜…. 


Masa on the way nak balik tu kitorang sempatlah singgah kejap dekat Ramly Mart di R&R Simpang Tiga, Semanggol. Ingat nak belilah fast food dia dekat Ramly Kiosk tu. Tapi bila tengok macam ramai manusia, Syu decided beli makanan sejuk beku jelah. Nak kata beli banyak tu taklah. Cukup sekadar nak merasa sesetengah produk Ramly yang susah nak dapat dekat pasaraya-pasaraya & kedai makanan sejuk beku yang ada dekat tempat Syu ni. So, itulah alkisah ponteng kitorang laki bini Isnin minggu lepas. 😁 Heeee~


Ramly | Pastikan Ramly Baru Beli
Inilah hasil yang sempat dicekup. Cheese cake & keropok lekor memang sedap yakmat. Menyesal pulak beli sikit!! πŸ˜‚

Sajak : Pentoksik Maya

Cyber Bully



PENTOKSIK MAYA



 Berfikir ligat seiring jemari

Ditekan, dihentak di papan kekunci

Di sini rancak, di sana juga rancak

Tanpa berdosa!!

Si pentoksik maya.



Di sini dijaja, di sana juga dijaja

Puasnya tidak

Rasa bersalah pun tiada

Tak mahu mengalah, pantang juga menyerah

Memang dasar si pentoksik maya!!



Cakap siang itu dipandang-pandang

Cakap malam pula didengar-dengar

Lain orang, ada mungkin lain pandang

Lain pandang

Barangkali, lain pula terjemahannya.



Sengketa itu

Jangan dicipta andai tidak bertanya

Setiap yang hujung mesti ada pangkalnya

Jangan mengherdik

Jangan juga sekali menghina

Gundah gulana si polan yang terkena.



Walau bergunung ilmumu di dada

Berpijak kaki tinggi di menara

Andai tidak ada  padamu sekelumit rasa

Sungguh kelam hitam hatimu

Wahai pentoksik maya. 




Ingat,

Andai buruk di luahkan

Buruk jua bakal ditelan

Bukan menyindir mahupun diajak berlawan

Sekadar peringatan buat pedoman.