November 25, 2021

Ironinya...Tethop Tak Cukup!! 😂

Hari ni agak sedikit stress memikir pasal kerja. Tapi, bagi Syu Deris - "Tenang aja dong!!". Setiap masalah tu mesti ada jalan penyelesaiannya. So, tak payah nak ribut-ribut serabut-serabut. Pekena mee kari semangkuk & segelas teh ais confirm hilang masalah. Tapi, sekejap jelah 🤣. 



Hari ni partner makan tengahari ada bawak makanan sendiri. So, tak ada lah teman berceloteh Syu masa nak makan tengahari kat luar. Kalau tak...time tu lah  mulut nak masuk makanan & time tu jugaklah mulut nak bergossip.


Mee kari & teh ais buih-buih
Makan mee kari lepas tu minum dengan teh ais. Kejap lagi alamat berkocaklah perut 😂. 


Tengahari hari ni senyap!! Hanya tangan Syu jer berbicara & berceloteh dekat Syuderis.com. Tapi, sepesen jugak orang kat kedai makan pandang. Mana taknya. Tangan nak menyuap. Mulut pulak nak makan. Jari jemari pulak sibuk menaip. Godek telefon sana sini. Rancak!! Sepertinya, ada partner makan & tak ada, macam sama jer 😂. 



Sambil-sambil nak makan tu sempatlah baca status adik ipar Syu di aplikasi WhatsApp. Agak menarik jugak apa yang dikongsikan. Statement ni diambil dari pengguna laman Twitter yang bernama iKaa. Bunyi macam menganjing tapi hakikatnya betul. Betul sangat-sangat pada orang yang bergaji bawah RM2K macam Syu ni 😅. Kerja banyak gaji sikit. Yang kerja sikit, gaji banyak!!Tu belum campur pakej datang kerja lambat & wayang buat kerja. 



Sejujurnya lah kan. Walaupun, gaji Syu laki bini cukup makan, cukup pakai & segalanya serba-serbi cukup. Ada masa & ketika, teringin jugak nak merasa macam mana orang lain rasa. Tapi, hanya sekadar teringin sajalah. Teringin tu kan percuma!! Tak salah kan? 😁



Tudiaaaa...Tengah makan pun boleh berceloteh panjang. Isunya sekarang ni hujan. Waktu makan tengahari pun dah nak habis. Macam mana nak rempit balik office ni? Matilanak!! Kalau kena begini. Mana boleh tenang aja dong 🤣!! 

Sajak : Andai Hidup Semudah Gemuk



ANDAI HIDUP SEMUDAH GEMUK


 Celik mata
Dipejamnya lagi
Selimut ditarik berdengkur kembali
Malas nak bangun mencari rezeki
Segala yang dihajati
Tinggal angan dan mimpi


Andai hidup, semudah gemuk
Nescaya malas bersulam mengantuk
Hidup bermatlamat ini
Pasangannya usaha
Barulah hidup kekal berjaya


Bulan itu
Nun...jauh di sana!!
Ditatap indah, disentuh payah
Jangan diangan jatuhnya diriba
Nak berjaya?
Ringankan tulang
Istiqamah berusaha


Jangan diikut resminya nyamuk
Makin membunting, makin menggemuk
Bukan berkira dek kerana darah seteguk
Mencuri hasil itu
Tetap tak elok!!





[Note : Ada lagi nak tambah ni sebenarnya. Tapi cukuplah takat ni. Nak buat panjang-panjang, baik karang lagu terus. Yedak?! Ha3 😅]







BACA JUGA


👉 Pentoksik Maya

👉 Dania Sayang

👉 Dilema Memberat Membukit

November 24, 2021

Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia

Masa lunch break tadi Syu sempat luangkan masa blogwalking blog rakan-rakan baru Blogger. Saja curi-curi masa luaskan kawasan jajahan. Singgah rumah orang sini, lepas tu singgah pulak rumah orang sana. Meleret-leret. Sampailah Syu terhenti dekat satu blog ni. Blog Nazfea Solehah namanya. Blog ni tak ada dalam senarai blog yang Syu follow. Jadi, Syu tinggalkan jejak Syu kat sana dengan tinggalkan beberapa komen & follow sebagai tanda sokongan. Bukan apa, saja nak meramaikan kawan. 



Muda lagi rupanya tuan tanah blog ni. Selidik punya selidik, dah lama rupanya Nazfea ni berkecimpung dalam dunia blog & penulisan bersama dengan kembar dia. Bukan tu jer. Rupa-rupanya nama Nazfea Solehah & Arra Sephia ni memang terkenal dengan penulisan cerpen & puisi seperti "Hadirnya Doa Merawat Luka" & "Jurnal Pejuang Introvert". Hebatlah kamu berdua ni dik. Dalam diam ya. Ni baru betul ikut resmi padi dalam diam berisi.



Alang-alang dah terlanjur blogwalking dekat blog Nazfea Solehah, Syu ternampak post pasal giveaway ni. Kalau nak tahu, giveaway ni giveaway pertama gabungan diorang berdua buat bersama. Jadi, Syu rasa terpanggil nak luangkan masa untuk join & war-war kan kepada korang. Tak syok lah kalau join sorang-sorang jer. Dalam pertandingan, kalau tak ada opponents tak best!! 😁



Panjang pulak Syu berceloteh yer 😅. Padahal nak ajak join giveaway jer pun. By the way, jom ramai-ramai support giveaway pertama dari blogger Nazfea Solehah & Arra Sephia ni!! Syarat-syaratnya mudah jer. Nak tahu lebih lanjut pasal giveaway ni korang tekan pada banner. - ALL THE BEST OKEY!!😊🍎


Giveaway By Nazfea Solehah & Arra Sephia

One Cup Is A Must!!

Coffee

Assalamualaikum & selamat pagi sahabat Blogger Syu. Lama juga tak perkena kopi pagi-pagi masa sarapan. Pagi ni sarapan biasa-biasa jer. Seketul leftover ayam Baker's Cottage bahagian dada, sekeping roti gandum jenama Gardenia yang "Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja" tu 😋. Dan tak lupa juga secawan kopi segera dari OldTown White Coffee sebagai booster & ubat tahan mengantuk di office 😅!! - Gambar tak dan nak snap sebab semua dah licin masuk dalam perut. Okey bye!! Nak conteng sikit jer dekat blog buat hilang gatal tangan sementara nak start kerja. Nanti ada kelapangan sambung lagi. 😁 He~



HAVE A NICE & WONDERFUL WEDNESDAY GUYS!!😊🍎

November 23, 2021

Good Night!! Sleep Tight!! 😊🍎

Good Night

Good night, good night! Parting is such sweet sorrow, that I shall say good night till it be morrow.”


-William Shakespeare-