Januari 08, 2022

Warung Bakso Olala : Bakso Tepi Lombong

MONDAY BLUES IN FRIDAY | Salam hujung minggu sahabat maya. Ini alkisah semalam. Nak create entri tapi malas. Hari ni baru ada kelapangan nak menulis dalam blog. Itupun paksa diri juga sebab tak nak post cerita basi ๐Ÿ˜‚. Kalau ikutkan semalam rasa mengantuk & malas yakhamat nak masuk kerja. Almaklumlah, ambil cuti hari Rabu & Khamis. Nak masuk kerja hari Jumaat macam liatlah sikit.


Walaupun badan di tempat kerja. Otak nun jauh kat Padang Besar lagi ๐Ÿ˜‚. Mood nak kerja tu memang jauh ke laut. Silap Syu juga sebenarnya. Sepatutnya Syu mohonlah cuti terus sampai hari Jumaat yedak? Tak memasal Monday Blues di hari Jumaat ๐Ÿ˜…. 



Jenuh melayan mata gara-gara tak nak bagi terlelap๐Ÿ˜…. Dah lah komputer Syu di pejabat buat hal masa hari Jumaat hari tu. Satu hapah kerja tak boleh buat. Makanya, untuk hilangkan bosan & mengantuk, menghadap telefon lah solusinya. Sambil-sambil godek-godek telefon tu sempat jugalah Syu jenggah FB baca komen-komen netizen & tengok cerita sensasi terkini. Apa boleh buat. Nak bagi hilang bosan. Layankan sajalah. 


Warung Bakso Olala | Warung Tepi Lombong
Warung kecil & comel duduknya betul-betul tepi lombong ๐Ÿ˜. 


WARUNG TEPI LOMBONG | Nak dijadikan cerita, masa Syu godek-godek FB tadi Syu terperasan satu post akak seorang ni di laman FB Station 18 Ajerr. Rupanya dia tuan empunya kepada Warung Bakso Olala ๐Ÿ˜. Berdasarkan komen orang ramai. Dengar cerita Bakso & Air Buah Segarnya sedap. Bila dengar - ORANG CAKAP SEDAP. Apa lagi. Laju jer ajak officemate pergi lepak sana untuk makan tengahari. Lagipun tempat makannya tak jauh pun dari tempat kitaorang berdua kerja. Jadi, sejam waktu rehat tu memang kira cukuplah untuk kitaorang bertepek di kedai akak ni. Jadinya, untuk makan tengahari semalam, Syu & officemate singgah makan di Warung Bakso Olala. Saja nak tahu sejauh mana kesedapan makanan yang ada dekat warung ni.


Warung Bakso Olala | Warung Tepi Lombong
Damai jer rasa. Sambil makan sambil tengok. Pemandangan lombong ๐Ÿ˜Œ. 


Kalau nak tahu, lokasi Warung Bakso Olala ni agak terpencil sikit tempatnya. Duduknya betul-betul dalam kawasan kampung depan rumah orang. Syu ada cuba juga cari nama warung ni di dalam Google Map. Tapi, tak ada. Even petanya pun tak up-to-date ๐Ÿ˜…. Bila kurun punya peta pun tak tahu. Lepas WhatsApp tuan kedai, baru Syu tahu lokasi sebenar kedai ni dekat mana. Nasib Syu familiar dengan jalan di kawasan Kampung Seri Kinta ni. Kalau tak, jenuh bercari tak jumpa ๐Ÿ˜…. Memandangkan lokasi Warung Bakso Olala ni tak ada di dalam Goggle Map. Jadi,  Syu dah tambahkan lokasinya supaya senang korang nak cari. Yang pasti, warung ni terletaknya betul-betul di tepi lombong Lorong 11 Kampung Seri Kinta. Warungnya memang kecil & comel jer



TEMPAT TERHAD | Pada yang nak datang makan kat sini, Syu nasihatkan korang datang dengan menaiki motor sahaja. Sebabnya kalau korang bawa kereta, tempat letak kenderaannya terlampau sempit ๐Ÿ˜…. Almaklumlah, jalan kampung. Kalau nak parking, korang terpaksa letak kereta betul-betul dekat bahu jalan atau pun tumpang letak kereta sekejap dekat depan rumah orang - Itupun kalau orang bagi ๐Ÿ˜. Di warung ni tempat duduknya agak terhad juga. Hanya boleh memuatkan tak sampai 15 orang pelanggan sahaja. Tapi, kalau tak nak makan dekat sini pun boleh. Korang boleh pilih untuk takeaway ๐Ÿ˜‰๐Ÿ’•. 


Warung Bakso Olala | Bakso & Air Buah Segar
Memang layan perkena dua-dua menu ni ๐Ÿ˜‹. 


Makan di sini memang seronok. Tempatnya santai & damai jer. Sambil makan Bakso & Air Buah Segar, korang boleh cuci mata tengok lombong kecil yang ada ditengah-tengah kampung Seri Kinta ni. Walaupun lombongnya nampak kecil. Di dalamnya usah dikenanglah. Memang banyak ikan. Sepat ronggeng & tilapia besar-besar. Kalau bawa batang pancing memancing dekat sini pun seronok. Tapi, dengan konsep catch & release sajalah. Ikan lombong. Almaklumlah. Hanyir sikit ๐Ÿ˜‚.


Warung Bakso Olala | Warung Tepi Lombong


AIR BUAH SEGAR SEDAP | Secara keseluruhannya, makanan di Warung Bakso Olala ni memang sedap. Terutamanya Air Buah Segar ni. Sejuk & layan jer bila lalu kat tekak. Isi banyak. Buah yang diletak dalam air ni pun boleh dikatakan buah yang mahal lah juga - Tembikai susu, buah naga & tembikai merah.



Selain buah segar, ada juga diletakkan bahan lain seperti Nata de Coco, agar-agar , lengkong, biji selasih & susu cair. Untuk pilihan sirap buah, korang boleh pilih sendiri samada nak letak perisa strawberi, pandan, laici, markisa ataupun tembikai susu. Pada Syu, harga RM5 semangkuk tu boleh dikatakan murah jugalah sebenarnya. Memang berbaloi & ada kemungkinan untuk Syu singgah sini lagi untuk repeat order ๐Ÿ˜‹๐Ÿ’•.


Warung Bakso Olala | Fresh fruits cocktails
Air buah segar ni Syu pilih untuk letak sirap berperisa buah markisa. Memang sedap. Ada rasa masam manis ๐Ÿ˜‹๐Ÿ’•. 

Januari 06, 2022

Kopi Candu : Padu & Syahdu

Kemarin sengaja mohon cuti nak pergi cuti-cuti Malaysia ke Kedah hari ni ๐Ÿคฃ. Saja nak habiskan sisa-sisa cuti tahun lepas & ambil angin bersama yang tercinta. Sebelum bergerak ke Kedah, Syu singgahlah sekejap perkena secawan dua kopi yang baru viral beberapa hari ni. Kopi Candu namanya! Nama lain macam kan. Itu yang nak cuba tu. Nak tahu juga sejauh mana kecanduannya sampai beratur panjang orang berbeli ๐Ÿคฃ. 


Nama boleh tahan mengancam ๐Ÿ˜Ž. Harap tak kecanduan lepas minum. 



Actually, masa balik kampung ke Manjung minggu lepas ada ternampak kedai kopi ni. Tapi, tak berkesempatan nak menyinggah sebab ramai sangat orang datang berbeli. Tertanya-tanya juga sejauh mana kepaduan Kopi Candu ni sampai jadi buah mulut orang. Memandangkan cawangannya dah dibuka secara rasmi di Station 18 Isnin lepas. Apa lagi. Berkopi candulah kita hari ni ๐Ÿ˜.


ADA PILIHAN LAIN UNTUK YANG TAK SUKAKAN KOPI | Untuk pengetahuan korang di kedai Kopi Candu ni bukan setakat air kopi sahaja yang dijual. Ada juga minuman lain selain kopi. Pada yang kurang gemar dengan kopi, korang boleh cuba diorang punya Frapee & Refreshing Drinks. 

 

Dari segi harga, harganya masih mesra rakyat ๐Ÿ˜. Yang pasti lagi murah dari stabak ๐Ÿคฃ


TERNYATA PADU & SYAHDU | Sejujurnya kopi di Kopi Candu ni memang padu & syahdu. Sekali cuba memang akan ketagih nak cuba lagi. Macam terkena candu ๐Ÿคฃ. Memang kenalah dengan nama dia. Signature Kopi Candunya memang pekat likat melekat. Ditambah pula dengan taburan kacang almond & sedikit curahan Nutella. Yang ini memang Syu galakkan korang cuba bila datang ke kedai Kopi Candu ni. Rasanya memang tak mengecewakan. Ini kalau dapat perkena pagi-pagi sebelum pergi kerja memang terangkat. Syu minum Kopi Candu ni sepanjang perjalanan nak ke Kedah memang tak mengantuk langsung. Memang kuat penangannya. Sesuai sangat kalau nak jadikan ubat hilang mengantuk ๐Ÿ˜‚. 



ADA IRAS-IRAS ESC | Bila fikir-fikir balik, dia punya Signature Kopi Candunya lebih kurang rasa macam Caramel Machiato di Espresso Street Coffee (ESC) yang Syu cerita hari tu. Sedap sangat. Memang terasa kepaduan kopinya ๐Ÿ˜‹๐Ÿ’•. Kalau korang datang JJCM (Jalan-jalan cari makan) di Ipoh atau Manjung, wajib singgah berbeli kopi di Kopi Candu ni. Kedai kopinya beroperasi dari jam 1 petang hingga 9 malam. Okey done sembang pasal kopi yang Syu beli semalam. Hari ni nak ronda-ronda Kedah sekejap . Kalau sempat, nak cuba lajak ke Perlis sekali ๐Ÿ˜.  Nanti dah balik Syu cerita  dekat entri yang seterusnya - Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara. Kalau ada kerajinan ๐Ÿ˜†.


Yang Syu beli ni Signature Coffee Kopi Candu & Caramel Machiato. Dua-dua ni memang terangkat bila minum ๐Ÿ˜‹๐Ÿ’•. 

Januari 04, 2022

My Top 5 Bawangians 2021

Bawang

TERIMA KASIH MY BAWANGIANS | Dah beberapa hari dah kita tinggalkan tahun 2021. Macam tak terasa kan ๐Ÿ˜‚? By the way, sebagai penutup untuk tahun 2021. Buat pertama kalinya Syu nak ambil kesempatan ni untuk memberi sedikit penghargaan kepada 5 PENGOMEN TEGAR yang tersenarai dalam Syu punya senarai MY TOP BAWANGIANS. Terima kasih kerana kekal konsisten dalam meninggalkan jejak & menyokong blog Syuderis.com dari awal penglibatan Syu sehingga ke hari ni ๐Ÿ˜š. Korang memang terbaik & sangat-sangat supportive. Berikut 5 blogger yang tersenarai dalam senarai TOP 5  BAWANGIANS Syu : 


Tahniah!! ๐Ÿ˜


Pada Syu, diorang-diorang ni bukan setakat pengomen tegar sahaja. Malah, ada diantara diorang ni sentiasa setia berada dibelakang menyokong Syu - ada yang tak termasuk dalam senarai. Dari noob-nya Syuderis.com sehinggalah ke hari ni helok tertib blog Syu tersusun. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•. Pada yang tak tersenarai dalam top 5 pun terima kasih Syu ucapkan juga. Komen korang sangat-sangat membantu Syu untuk terus konsisten berceloteh tanpa henti di blog.




ADA APA DENGAN BAWANGIANS?


KENAPA BAWANGIANS | Almaklumlah. Sejenis Syu ๐Ÿ˜. Saja. Sengaja letak tajuk untuk TOP COMMENTATORS tu kepada TOP BAWANGIANS. Geng-geng membawanglah katakan. Walaupun tak meninggalkan komen yang pedas & memedihkan mata seperti bawang merah nun. Tapi meninggalkan komen-komen manis iras-iras bawang holland pun boleh diterima juga bagi Syuderis.com ๐Ÿ˜. 


Onions
Kenapalah bawangians?๐Ÿ˜ฎ


SAYA SAYANG BAWANGIANS SAYA | Pada Syu, geng-geng pengomen tegar ni wajar juga diberi gelaran yang letops & token sekali-sekala ๐Ÿ˜. Walaupun diorang hanya sekadar tinggalkan komen. Tak bermakna korang boleh pandang sebelah mata sahaja tau. Dari komen itulah sebenarnya semangat korang membara-membara nak teruskan menulis. Walaupun mood menulis korang datang dan pergi. Tapi, dek kerana ada sokongan dari pembaca. Korang akan jadi rajin & bersemangat nak menulis.



Korang jangan main-main. Ada sesetengah Blogger, nak merasa sebutir komen pun tak dapat tau ๐Ÿ˜Œ. Tulis blog sikit punya panjang berjela. Seorang pun tak tinggalkan jejak. Lagi sedih tau. Macam Syu alhamdulillah. Tak putus-putus jejak dari sahabat Blogger Syu tinggalkan. Cuma Syu sahaja yang kadang-kadang terlepas pandang & tak sempat nak berbalas komen ๐Ÿ˜‚ - Yang ini Syu minta maaf sangat-sangat.



Sebenarnya, bukan mudah tau untuk seseorang Blogger ni nak buat BW (Blog walking) & tinggalkan jejak di satu-satu blog. Itupun kira bernasib baik diorang ada keinginan nak landing dekat page korang membaca. Kadang-kadang diorang baca entri semasa korang dari senarai bloglist rakan Blogger lain. Ada masa & ketika diorang baca melalui Reading List. Bergantung pada keadaan. Silap-silap diorang landing ke page korang secara tak sengaja selepas loncat blog orang sana sini (Blog walking).




DON'T GIBAB KIPIDAP


JANGAN SERIK MENULIS & MENGOMEN | Dalam bab-bab tinggalkan jejak (komen) ni bergantung pada nasib sebenarnya. Kalau ada yang mengomen itu satu bonus. Kalau tak ada, abaikan sahaja. Jangan serik menulis. Sebab menulis tu memang niat asal korang berblog. Jadi, kekalkan minat & momentum korang dalam dunia penulisan. Orang baca atau pun tak, itu belakang kira. Anggap sahaja menulis di blog ni macam salah satu terapi untuk korang ekspresi diri. Janji korang tak menulis perkara bukan-bukan yang boleh menjatuhkan imej penulis blog.


Onions


Pada yang mengomen, teruskan mengomen walaupun komen korang tak dilayan ๐Ÿ˜‚. Sebenarnya, penulis blog bukan saja-saja tak nak balas komen korang. Kadang-kadang korang kena faham juga. Menulis entri dalam blog ni tak sama macam up status di sosial media seperti FB (Facebook) & instagram. Macam di FB & Insta, setiap kali orang lain komen, korang akan dapat notifikasi. Berbeza dengan dunia blog. Notifikasi orang yang mengomen di blog memang tak ada. Pemilik blog sendiri kena buka & tengok sendiri komen korang dekat ruangan komen di Blogger. Jadi, jangan hairanlah kalau komen korang dibalas satu kurun kemudian ๐Ÿ˜„.  



Jadi, buat TOP 5 BAWANGIANS Syu, tahniah Syu ucapkan. Jangan lupa hantar details alamat surat menyurat korang pada Syu okey!!  Ada nak bagi token sikit sebagai penghargaan. Pada yang tak sersenarai. Teruskan mengomen. Mana tahu ada rezeki menanti korang di kemudian hari. Siapa tahu? ๐Ÿ˜Š๐ŸŽ

Januari 03, 2022

Celoteh Pagi 2022

2022 DATANG, 2021 DIKENANG | Hari ni masuk kerja masih terkenang-kenang pada tahun 2021. Mana taknya, masa nak menulis tarikh, tangan ni laju jer asyik nak tulis tahun 2021 dekat belakang tarikh ๐Ÿ˜†. Menaip dekat komputer pun sama.  Ingat hari & bulan tapi lupa tahun. Padahal mata ni dah banyak kali dok tatap Kalendar 2022. Tetap nak tulis 2021 juga. Hello Syu, wake up lah!! Dah tahun 2022 dah hari ni ๐Ÿ˜‚. Masih bermimpi & belum move on lagi dengan tahun 2021 nampak gayanya yer.


Sejujurnya, Syu rasa kenangan tahun 2020 & 2021 Syu macam tak berapa nak ada. Nak throwback pun macam kekurangan modal untuk dijadikan cerita ๐Ÿ˜‚. Masa semua terbazir dengan duduk di rumah sahaja sejak munculnya Covid-19 yang durjana tu. Malah, Wawasan 2020 yang dok tergiang-ngiang dekat telinga masa Syu kecil-kecil dulu seolah-olah dogengan semata-mata ๐Ÿ˜…. Teknologi nampak maju ke hadapan seiring arus permodenan, tapi malangnya jadi terkebelakang sebab perancangan Allah lagi Maha Hebat.



MENCABARNYA TAHUN 20-AN | Tahun ni Syu tak berani nak minta lebih-lebih, cuma Syu berharap sangat perjalanan tahun ni tak macam dua tahun lepas. Sedih juga bila dikenangkan kembali. Banyak musibah & banyak juga bala satu dunia kena hadap. Kena bekerja & belajar dari rumah. Tak dapat beraya & berjumpa keluarga. Solat berjemaah tak dibenarkan. Paling sedih ramai yang diuji & diduga dengan pemergian ahli keluarga yang tercinta ๐Ÿ˜”- Masih tergiang-ngiang lagi pasal pemergian arwah Siti Sarah.


Pada Syu, tahun 20-an ni memang tersangat mencabar. Sebab diuji dengan wabak & bencana yang boleh dikatakan agak buruk juga sebenarnya. Bila datangnya ujian & bala macam ni, jadi takut bila difikirkan & direnungkan semula. Bumi Allah ni dah makin tua rupanya. Kita yang umat manusia ni mungkin dah berada diambang-ambang zaman pengakhirannya dunia. Bila-bila masa sahaja Allah boleh sapu bersih ๐Ÿ˜”.


Relaxation


Tahun 20-an ni bukan sahaja mencabar. Malah, ianya menginsafkan (bagi mereka yang insaf). Tapi, walau seburuk mana pun ujian & bala yang datang. Pada Syu semuanya ada hikmah. Zahirnya mungkin nampak macam bala yang dahsyat. Tapi, jikalau dipandang & direnung dari sudut yang positif, ada kemanisan yang Allah S.W.T cuba titipkan pada kita semua. Sejak terjadinya pandemik, kita nampak macam-macam perangai & ragam manusia. Baik perangai buruk mahupun perangai elok. Semua keluar masa tu.



Apa-apa pun Syu bersyukur sangat-sangat. Berhidup di bumi Malaysia ni masih aman & terkawal keadaannya. Kalau tengok dekat negara luar dah huru-hara dah. Macam-macam pergolakkan & rusuhan berlaku. Sampai berbunuh pun ada. Alhamdulillah rakyat Malaysia semua ada hati perut. Sangat-sangat prihatin & saling bantu membantu walaupun ada segelintir pemimpinnya tak berapa nak membantu sangat. Sibuklah dengan agenda politik tak sudah-sudah ๐Ÿ˜‚.




AZAM APA 2022?


Positive aura


FOLLOW THE FLOW | Bila sebut pasal azam,sejujurnya Syu tak berani nak setkan azam Syu tahun ni apa dia. Sebab azam Syu dua tahun kebelakangan ni macam tak berapa nak tercapai ๐Ÿ˜‚. Padahal dah rancang baik punya. Tetap perancangannya tak boleh kalahkan perancangan Allah S.W.T. Tahun ni apa yang Syu terlintas nak buat, Syu buat. Teringin nak berbeli apa-apa, Syu beli. Tak ada nak set target segala. Cuma impian melangit sebutir dua tu ada lah. Itupun tak tahu bila boleh tergapai sebab rupanya macam masih samar-samar ๐Ÿ˜‚.



Buat masa sekarang ni Syu just follow the flow sahaja. Harap semuanya berjalan lancar & positif. Kalau ada ujian yang mendatang, Syu harap Syu mampu tangani dengan hati yang terbuka. Ada masa & ketika, cabaran & ujian dalam kehidupan tu perlu juga. Tak syoklah kan kalau dalam kehidupan semuanya manis belaka. Kadan-kadang ujian yang Allah bagi tu bersebab & Dia takkan uji diluar dari kemampuan kita melainkan kita betul-betul mampu ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•.


Azam 2022 korang pula macam mana? Mesti banyak perkara yang korang dah setkan untuk harungi tahun 2022 ni kan? Syu doakan semoga apa yang korang rancang berjalan dengan lancar & dipermudahkan segala urusan - SELAMAT TAHUN BARU 2022!

Januari 01, 2022

Kalendar 2022 : Cute Couple

Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple


Kalendar 2022 : Cute Couple