The blog

Selamat Menuju Ke Negeri Abadi Suamiku

November 08, 2026

Tahun lepas arwah abah pergi tinggalkan saya asbab kanser. Tahun ni awak pula pergi yunk. Berat betul ujian saya nak hadap kali ni. Ya, hilang abah sakit. Tapi, hilang awak rasa macam gelap terus dunia saya ni. Patah terus dahan untuk saya berpaut. Saya macam tak percaya awak pergi tinggalkan saya secepat ini. Pedih betul hati saya ni yunk 😔💔.


Hari ni dah nak masuk dua minggu awak pergi. Semua orang macam tak percaya awak dah tak ada yunk, especially mak & adik beradik saya. Padahal malam sebelum awak pergi tu awak elok jer. Boleh pergi makan-makan. Jumpa semua anak saudara & adik-beradik saya. Even, seminggu sebelum tu kita sempat pergi bercuti & makan kenduri lagi ke Perlis nun. Celebrate birthday awak kat Niase pun sempat juga! 😢 


Lillahitaala...Saya redha awak pergi. Lagipun, apa lah daya saya untuk lawan apa yang Allah dah tulis. Rezeki, jodoh, ajal & maut tu semua Allah yang tentukan. Cuma saya terkejut & sedih. Tak sangka, dari umur awak genap 40 tahun tu Allah hanya pinjamkan saya 19 hari lagi untuk saya nikmati sisa-sisa hidup kita sebagai suami isteri.



Saya tak rasa ralat dengan permergian awak yunk. Sebab selama hayat awak masih ada, saya dah buat sehabis baik saya. Jatuh bangun, sakit perit, susah senang semuanya dengan awak. Bila saya teliti balik. Banyak nikmat & peluang Allah dah bagi kat saya sepanjang awak bersama dengan saya. Even, masa awak dah tak ada pun Allah susun cantik perjalanan "balik" awak.


Saya tak nak awak kena post mortem, Allah bagi. Saya nak jenazah awak diurus & dikebumikan sebelum Zohor Allah bagi. Saya nak mandi & peluk cium jenazah awak puas-puas sebelum kebumi pun Allah bagi juga. Alhamdulillah...Jadi, tak ada isu untuk saya rasa ralat dengan pemergian awak sebab terang-terang SEMUANYA ALLAH BAGI. 


Berbahagialah awak kat sana yunk. Saya tahu sakit rindu tu perit. Tapi andai ini yang tertulis untuk saya. Saya redha & terima pemergian awak dengan hati yang terbuka.


Sakit?? Tipulah kalau saya tak rasa sakit. Rindu?? Tipulah kalau saya tak rindu awak yunk. Sakit saya rindu saya biarlah masa yang memulihkannya. Tapi, saya percaya & yakin. Allah uji saya sebab Allah tahu saya mampu & saya percaya disebalik tiap-tiap kesusahan tu akan Allah sulamkan dengan kemudahan. Doa saya, semoga dipermudahkan urusan awak di sana - Selamat menuju ke dunia abadi suamiku. Saya sayang awak dunia akhirat 🫂💕. 

Innalillah & Al-Fatihah Suamiku

Oktober 27, 2026






Jam Terakhir Awak, Saya & Kita Semua

Oktober 25, 2026

Gambar kenangan bersama arwah suami masa pergi makan-makan dengan family Syu. Sempatlah arwah jumpa semua anak saudara, biras-biras & ipar duainya buat kali terakhir. Syu simpan sini buat kenangan. Al-fatihah buat arwah suami. Semoga Allah permudahkan urusan & tempatkan awak dalam kalangan hanbanya yang beriman. Sayang awak dunia akhirat 😔💕.


Sempat juga bergambar ramai-ramai buat kali terakhir dengan arwah sebelum balik ke sarang masing-masing.


Bila tatap gambar ni lama-lama, saya tengok wajah awak macam sayup jer yunk 😔.


Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?

Oktober 13, 2026

Diam tak diam. hari ni dah masuk hari yang ke-7 Cabaran Kurus 30 (CK30) Hari. Banyak hari juga Syu tak update menu CK30 ni kat blog. Entah masih dalam landasan ke dah tersasar jauh eak?! Meh Syu nak cerita 😂.


Hari kedua & ketiga cabaran, Syu repeat makan menu hari yang first jer, sebab saladnya Syu dah terbuat banyak. Dah lah Syu yang makan seorang. So, nak tak nak terpaksalah repeat makan salad tu sampai habis! Ha3 😂.

 

Susu Meiji perisa honeydew - Yang ni Syu minum time breakfast 😁.


Weekend Sabtu Ahad & Isnin semalam pula, Syu pergi makan kenduri kat Perlis. Memang tak sempatlah nak update apa-apa kat blog pasal CK30 ni. Yang pasti, Syu makan lauk kenduri - Nasi putih, ulam raja, sambal belacan, somtam betik, gulai batang pisang, ayam masak kicap, ikan duri sambal, ikan masin, tapai, bubur kacang hijau. Macam terlebih sudah kan?? Ha3. Tapi Syu ambil sikit-sikit jer. Buat ghaso-ghaso gittew.

 

 

Apa Menu Hari Ni?

 

 

Tak expect menu hari ni penuh dengan kehijauan belaka 😂. 

 

Untuk hari ni, ini jer menu yang Syu sempat prepare kat dalam mangkuk tingkat Syu. Menunya macam kurang bermaruah sikit Syu tengok 😂. Harap boleh terus konsisten jaga permakanan.

 

1) Nasi putih sepenumbuk

2) Salad & daging masak kicap

3) Tapai pulut & anggur muskat -  Anggur mampu makan 3 biji jer sebab dah perut kenyang sangat