Jun 30, 2021
Resepi : Sardin Sedap Style Mak Syu
Nah!! Hari ni Syu nak share satu menu yang sememangnya sangat dekat di hati rakyat marhaen & golongan B40. Lauk ni akan muncul especially bila dah dekat nak hujung-hujung bulan π. Actually ada banyak menu boleh dibuat dengan sardin dalam tin ni. Contoh macam laksa & sandwiches. Tapi yang paling mudah & selalu orang buat just masak tumis biasa jer. Pada Syu, mungkin cara masak sardine dalam tin ni tak sama pada setiap orang. Ada sesetengah orang tu just masak semua sekali dalam kuali dengan bahan-bahan macam cili & bawang tanpa tumis. Macam Syu tak, apa-apa mesti nak kena goreng & tumis dulu sebab memang macam tu mak Syu masak selama ni. Hurmmm... Tiba-tiba rindu pulak masakan mak. Dah lah lama tak balik π. Okey, kalau nak tahu macam mana cara mak Syu masak sardin tin ni, korang boleh tengok caranya dekat bawah. Tak susah mana pun nak masak sardin ni. Cara dia lebih kurang ker dengan tak tumis, cuma ada tambah beberapa step jer π.
Bahan-bahan
1Tin - Sardin tin
2 Biji - Bawang merah
1 Ulas - Bawang putih
1 Biji - Tomato
2 Biji - Kentang [Digoreng terlebih dahulu]
3 Biji - Cili padi
1 Cili giling
Gula & bahan perasa secukupnya
Kicap [Optional]
Air asam jawa/limau/cuka [Untuk hilangkan rasa hanyir ikan]
Cara-cara
3) Masukkan segala bahan perasa & sayur tambahan macam tomato ataupun kentang yang dah siap goreng. Jangan lupa letakkan perahan asam limau. Kalau tak ada boleh gantikan dengan cuka & air asam jawa. Lepas dah masukkan air perahan, kacau-kacaukan kejap & bila dah menggelegak bolehlah tutupkan api. Dah boleh hidang!!Korang masak sardin ni macam mana? Cuba korang share dekat ruangan komen π. Syu nak jugak tahu.
Siap!! π |
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 12
Jun 29, 2021
Cantik Manis Berscrunchy Bersama Jshimz Co.
World of Scrunchie ##scrunchies ##jshimz ##homebasedbusiness ##smallbusiness ##lovesewing
GOOD NIGHT & SLEEP TIGHT ππ!!
OST Wifi Sebelah Rumah
Kalau korang nak tahu, drama bersiri 16 episod "Wifi Sebelah Rumah" dah direleasekan dah dekat Disney+Hotstar 24 June 2021 haritu ππ. Setakat ni, Syu sempat cover dua episod jer. Bukan tak nak buat drama marathon, cuma Syu pun ada jugak cerita best lain yang Syu nak tengok. Kalau tengok sekali hadap cerita tu sampai habis episod, bosanlah kehidupan kan π. Disebabkan lagu "300 Saat" ni dijadikan salah satu original soundtrack cerita [OST] ni, so Syu tiba-tiba jadi jatuh cinta pulak dengan lagu ni. Bila dengar tu macam sedap pulak didengar dek telinga. Actually, lagu ni tahun lepas lagi Bunga & Amzar release. Bila dijadikan sebagai salah satu OST dalam drama ni, lagu ni jadi trending balik π. Apa-apa pun enjoy the song okey!!
Cara Letak Mesej Di Ruangan Komen
Dua tiga hari ni memang tak larat sangat nak hadap blog. Mood nak bukak laptop tu memang ke laut sangat sebab kena angin satu badan π . Segala daily story Syu dalam blog ni banyak yang Syu setkan under mode scheduled. Bila buat macam tu at least tiap-tiap hari ada lah post dari Syu. Kena angin ni memang perit betul. Dengan peningnyer lepas tu dengan tekak rasa melugai nak muntah. Memang tak lalu betul dibuatnya. Tak tahulah apa yang Syu salah makan π. Itulah dia, sejenis Syu ni memang senang kena angin. Tambah kalau makan sayur yang sejuk-sejuk & berangin macam taugeh & kacang panjang. Tapi Kadang-kadang tu Syu bedal jugak sebab dah sedap. Kalau makan pecal, sayur-sayur ni memang Syu tak boleh nak reject π.
Sebelum ni Syu pernah bagi tutorial macam mana nak "Cara Hilangkan Fungsi Copy & Paste Pada Blog". Kali ni pulak, Syu share tutorial dekat blogger-blogger newbies yang masih tak tahu macam mana nak letak mesej dekat komen section. Actually, kalau tak nak letak pun tak jadi masalah sebenarnya. Tapi kalau korang letak, sekurang-kurangnyer ada sikit remarks atau notes untuk para blogger baca sebelum diorang tinggalkan jejak dekat ruangan komen korang π. Step untuk letak mesej dekat komen form ni, korang boleh tengok dekat bawah okey.
CARA YANG PERTAMA
Settings > Comment form message > Tulis mesej korang > Tekan SAVE
CARA YANG KE-2
Cara yang nombor dua ni agak mencabar sikit yer π. Sebab korang kena main dengan kod html sikit. Tapi hasil dia memang cantik, sebab korang boleh letak animated icon comel dekat hujung dia. Pada yang dah biasa hadap kod-kod html & CSS, mungkin 'pieces of cake' jer pada korang.
<span class='font-size: 10px; text-align: center; font-style: italic; color:#444; word-spacing: 0.1em;'>COMMENT MESSAGES<img src='GIF LINK' width='30'/></span>
Apa yang korang perlu buat hanyalah, korang pergi dekat bahagian Theme & pilih untuk edit html di bahagian Customize. Kat sana, korang tekan Ctrl+F untuk cari kod ni "<p class=comment-footer">. Lepas dah jumpa kod tu, then korang copy & paste kod kat bawah ni. Dekat bahagian 'COMMENT MESSAGES' tu korang tulislah ayat apa pun yang korang nak tulis. Untuk 'GIF LINK' tu pulak korang kena letak link icon yang korang nak , Tekan save & dah siap ππ!!
Kadang-kadang, ada sesetengah template blog tu kod dia mungkin tak sama. So, korang kena pandai try & error banyak kali π . Kalau sama, alhamdulillah. Mudah kerja korang. In case kalau korang search tak jumpa, korang boleh cuba cari guna kod "comment-footer" ni jer & korang paste kod yang Syu bagi tadi macam biasa.
Last but not least, kalau korang ada cara lain untuk buat mesej di ruangan komen form, korang boleh share dekat ruangan komen Syu. Sekurang-kurangnya perkongsian korang tu bermanfaat pada blogger-blogger yang baru saja nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Lagipun, sharing is caring right?ππ
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 11
Keesokan paginya, Azim pergi ke pasar untuk mencari bahan masakan. Masa dekat sana, Azim rasa macam ternampak kelibat Azra. Time tu Azra memang dah perasan dah Azim ada dekat situ. So, selagi boleh dia cuba mengelak dari terserempak dengan Azim. Lepas apa yang jadi malam tu antara dia dengan Joe, Azra masih lagi belum bersedia untuk bersemuka dengan Azim. Sebab dia tahu, Azim mesti akan tanya dia macam-macam soalan pasal lamaran Joe tempoh hari.
Malam tu Azim tak dapat tidur dengan nyenyak sebab dia teringatkan pasal Azra. So, keesokkannya Azim cuba ambik initiatif untuk pergi ke Imazra Bakeri. Pada Azim, mungkin dah sampai masanya untuk dia berjumpa & berbaik-baik semula dengan Azra. Yelah, sampai bila dia nak terus mengelakkkan diri dari Azra. Pagi tu, masa Azim sampai dekat depan kedai, tak sangka Azra menyambut baik kedatangan Azim. Diorang masing-masing bertanya khabar & bersembang macam tak ada apa-apa yang berlaku antara diorang berdua. Azra siap tapaukan desert lagi untuk Azreen & Nisa.
Masa Azim & Azra bersembang, Iman dekat belakang pasang telinga. Iman jadi geram bila dia dapat tahu yang Azra tak ada cerita sikit pun pasal hubungan dia & Joe dekat Azim. Jadi esoknya masa dekat Restoran Sedap, Iman jumpa Azim & ceritakan perkara sebenar yang telah berlaku antara Azra dengan Joe tanpa pengetahuan Azra. Bila Azim dapat tahu, dia rasa terkejut sebab selama ni dia ingat Azra dah berkahwin dengan Joe. Bersambung...
Jun 28, 2021
Sell Your Haunted House [2021]
Genre :
Horror, adventure, supernatural & comedy
Pelakon :
Jang Nara [Hong Jia], Jung Yong Hwa [Oh In Beum], Kang Mal Gum[Joo Hwa Jung],Kang Hong Seok[Heo Ji Cheol], Ang Gil-Gang [Do Hak Seong] , Baek Eun Hye[Hong Mijin]
Pengarah :
Park Jin Seok
Rating :
πππππ/5
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Alhamdulillah. Selesai movie marathon drama korea ni. Ada dua hari jugaklah Syu ambik masa nak habiskan tengok kesemua 16 episodnya. Actually Syu just nak cover tiga episod jer untuk satu hari. Tapi disebabkan drama ni terlampau best sangat, so dalam tak sedar sampai ke final episod jugak Syu layan π€£. Serius best drama korea ni. Tak tengok memang rugi.
Drama pelakon Jang Nara ni memang Syu follow sejak zaman Syu sekolah menengah lagi. Walaupun dah dekat lebih dua dekad, muka Jang Nara ni memang tak nampak tua langsungπ . By the way, apa yang paling Syu suka pasal drama ni bukan apa, alhamdulillah satu adegan comolot pun tak ada π€£!! Kalau tengok dengan anak-anak memang sesuai sangat. Even muka hantunya pun tak seram nak tengok. Sejujurnya Syu memang sangat suka dengan penampilan watak gothic yang Jang Nara bawak dalam drama ni. Selalu kalau dia berlakon, dia memang akan pegang watak yang comel-comel & ayu. Tapi dalam drama ni, penampilan dia memang luar biasa.
Kalau korang nak tahu, drama ni mengisahkan tentang broker estate yang bernama Hong Jia [Jang Nara] yang mempunyai kuasa supernatural untuk menghalau hantu. Homg Jia ni akan menggunakan kuasa sixth sense dia untuk menghalau hantu-hantu yang selalu mengacau rumah klien dia. Sebelum satu-satu properti tu dijual, Hong Jia akan diamanahkan oleh klien dia untuk buat pembersihan rumah dahulu sebelum dijual kepada pemilik yang baru. Bila dah bersih, baru Hong Jia ni akan jual & ambik share dia dari hasil jualan properti tu.
Nak dijadikan cerita, Hong Jia ni secara tak segaja bertembung dengan scammer properti sorang ni iaitu Oh In Beum. Sebenarnya Oh In Beum ni ada terkait jugak dengan sejarah kematian mak Hong Jia. Ada satu malam ni Hong Jia dengan pembantu dia tengah bersihkan rumah klien dia dari gangguan, entah macam mana Oh Im Beum pun ada jugak dekat tempat kejadian tu sekali. Masa Hong Jia tengah buat ritual menghalau hantu, si Oh In Beum ni pun kena rasuk jugak. Sejak dari situ Hong Jia perasan yang Oh Im Beum ni ada kelebihan yang sama macam pembantu dia. Sejak dari peristiwa malam tu, Oh In Beum ni ditakdirkan untuk menjadi pembantu Hong Jia. Cerita ni tak habis sampai tu jer tau. Syu sarankan korang tengok cerita ni. Disebabkan jalan cerita drama ni best, jadi memang layaklah kiranya Syu rate drama ni sebagai 5π!!
Minuman Yang Agak Disgusting Kena Dihadap Dua Tiga Hari Ni π!!
Sejak dua tiga hari ni, memang kemurungan sikit nak hadap blog sebab satu badan kena serang angin. Perit betul rasa.Tak tahulah apa yang Syu salah makan sampai boleh kena angin macam ni. Nasib ada minuman penyelamat ni dalam rumah. Tapi rasa dia, nauzubillah disgusting!! Bila nak minum tu memang kena tarik nafas panjang sikit. For those yang suka halia, mungkin minuman ni tak akan jadi masalah pada korang π. Start dari hari Jumaat hari tu, Syu terpaksa hadap air ni hari-hari. Hari ni pun masih kena hadap lagi. Haiya...
Tengok powder dia pun dah cukup buat selera Syu tertutup π. Bertabahlah wahai tekak. |
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 10
Akhirnya, Azra & Iman berjaya cari kedai baru untuk tempatkan Imazra Bakeri. Kali ni bakeri Azra memang nampak lebih menonjol & strategik untuk tarik ramai pembeli. Iman pun rasa lega sangat sebab segala yang dia & Azra rancang semua berjaya & berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pagi tu masa Azra & Iman buka bakeri, Azra ada tanya Iman samada dia ada pelawa Shah untuk datang singgah ke Imazra Bakeri ataupun tak. Tapi Iman cakap yang dia dah buat keputusan nak putus dengan Shah, sebab sepanjang perhubungan tu Shah asyik ambik kesempatan dekat Iman. So, Iman rasa lagi baik dia putuskan hubungan dengan Shah supaya dia tak terus jadi mangsa parasit Shah yang jenis suka mengikis duit Iman. Bila Azra dapat tahu, dia macam tak percaya yang perangai Shah macam tu.
Akhirnya, Iman berjaya lepaskan diri dari kehidupan Shah. Pada dia, keputusan untuk berpisah dengan Shah tu satu pilihan yang bijak untuk dia dari terus hidup dengan lelaki yang suka ambik kesempatan dengan kesenangan orang perempuan. Tapi Iman jenis yang cepat move on. So, dia malas nak ambik pasal hubungan dia dengan Shah yang tak ada hala tuju tu. Sambil-sambil luahkan perasaan dekat Azra, tiba-tiba Iman bagitahu dekat Azra pasal perkembangan terkini Azim. Actually Azra dah lama tahu dah sebab Izat ada cerita dekat Azra masa dia datang singgah bakeri beli kuih dengan isteri dia.
Masa Azim tengah rehat, dia tiba-tiba terfikir nak letak satu menu kuih dalam menu Restoran Sedap. So, Azim pun bagi senarai barang yang diperlukan untuk buat kuih tu dekat Naufal. Pada awalnya Naufal macam pelik & tergelak jugak bila Azim cadangkan nama menu tu "Kuih Lopez Azra" sebab pada dia nama tu macam tak kena. Tapi lepas Azim explain sebab kenapa dia nak kreditkan nama Azra dekat menu kuih lopes tu, barulah Naufal faham. So, menu "Kuih Lopes Azra" tu akhirnya diterima baik oleh Naufal. Malam tu, secara tak segaja Azim ternampak Joe keluar dinner dengan perempuan lain dekat Restoran Sedap. Dari situ Azim dah macam pelik. Mana mungkin Joe keluar dengan perempuan lain sedangkan dia dah melamar Azra masa dekat bakeri hari tu. Bersambung...
Jun 27, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 9
Jun 25, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 8
"Kebenaran tu rasanya tenteram,kepalsuan tu rasanya berat" - Iman |
Senarai Peserta Pencarian Bloglist Syu Deris
Lepas jer Syu post cerita pasal nasi ganja, terus Syu senyap π. Bukan apa, busy nau menyettlekan permit pekerja asing yang dah nak tamat. Even duduk rumah, kerja office tetap kena buat jugak. Kalau ikutkan, sepatutnya permit pekerja asing ni Syu kena submit 3 bulan sebelum tarikh luput. Cadang kalau dah buat awal senang, sekurang-kurangnya tak adalah Syu nak kena hadap Pejabat Imigrisen kalau ada apa-apa masalah.
Tapi memandangkan banyak perkerja asing yang berada bawah seliaan Syu tak boleh nak bagi duit, so terpaksalah Syu tangguhkan buat sementara. Maklumlah, dengan PKP nyer, lepas tu dengan lockdown lagi. Mesti diorang susah jugak nak cari makan. Sedangkan kita yang sedia-sedia rakyat Malaysia ni pun terkesan dengan pandemik covid, inikan pulak diorang.
Petang tadi, ada seorang pekerja warga Indonesia telefon & mengadu dekat Syu. Dia kata dia tak boleh nak renew permit sebab tak ada duit. Kalau ada pun memang ngam-ngam untuk diorang guna untuk berhidup dekat Malaysia ni. Hurm...sedih pulak dengar.Nak buat macam mana kan. Tapi kalau Syu nak tolong pun bukannya Syu banyak duit π.
Memang tak dinafikan sejak pandemik ni menyerang, ramai kalangan pekerja asing ni tak terkecuali dari kehilangan sumber pendapatan. Tambah-tambah bila kerajaan kita laksanakan PKP & lockdown. Tapi nak buat mana kan. Kalau tak buat lockdown & PKP memang teruk jadi dekat Malaysia ni. Silap-silap boleh jadi macam dekat India. Nauzubillahiminzalik.
So,berbalik kepada pencarian bloglist Syu. Alhamdulillah, dapat sambutan yang agak menggalakan yer dari rakan-rakan blogger. Terima kasih kerana sudi support & luangkan masa bersegmen dengan blog blog picisan Syu ni. Kat sini Syu senaraikan peserta-peserta yang join pencarian bloglist Syu ni.
Pada yang berminat untuk menyertai pencarian bloglist ni korang boleh tinggalkan link penyertaan korang pada entri Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris. Syarat penyertaannya mudah sangat. Pada yang belum submit penyertaan, korang jangan risau okey. Masih belum terlambat lagi untuk korang join, sebab Syu buka penyertaan ni sehingga 14 Julai 2021 π. Apa-apa pun, teruskan bersegmen & semoga korang bertuah untuk tersenarai dalam bloglist Syu.
Sedap Sangat Ke Nasi Ganja Ipoh?
Tengah-tengahari ni memang syok kalau cerita pasal makan kan π. Korang masak apa jer hari ni? Kari ke? Sebut jer kari memang Syu auto teringat dekat nasi ganja Yong Suan yang viral dekat Ipoh ni!! So, tengahari ni nak cerita sikit pasal nasi ni. Orang yang duduk Ipoh kalau tak kenal nasi ganja ni memang menipu kalau cakap tak pernah dengar.
Walhal, orang belah-belah KL & Selangor nun pun tahu & sampai sanggup turun Ipoh lagi tau semata-mata nak makan nasi ganja ni π. By the way, sebut pasal nasi ganja Yong Syuan ni. Apa yang best sangat eak pasal nasi ni? Sampai ramai yang sanggup datang jauh-jauh & beratur panjang sampai ke luar kedai π. Ada taruk ganja ke dalam tu sampai viral & orang ketagih sangat nak makan.
Actually, nasi ganja ni nasi kandar biasa jer pun. Bukanlah nasi tu ada letak ganja dalam dia. Yang jadi punca dipanggil ganja tu sebab ramai yang ketagih datang makan. Berdasarkan sumber maklumat yang Syu dapat dari kawan Syu, kawan Syu cakap dalam nasi ganja ni diorang ada letak REMPAH KAS-KAS. Nak kata sahih atau tak yang itu Syu tak pasti. Sebab yang bagitahu ni pun kawan Syu.
Kalau korang nak tahu rempah kas-kas ni datangnya dari biji pokok popi [Papaver somniferum]. Lagipun, ianya tak jadi satu kesalahan pun nak letak rempah kas-kas ni dalam masakan sebab rempah kas-kas ni cuma digunakan sekadar untuk menambah rasa & memekatkan kuah π. Dulu hangat jugak isu pasal rempah kas-kas ni. Tapi tak ada apa dah sebab kerajaan pun benarkan pengunaan rempah kas-kas ni. Cuma ketum jer kerajaan tak benarkan lagi!! Ki3π
Biji popi yang digunakan untuk buat rempah kas-kas [Sumber Foto : Vitdaily.com] |
Yang ni review jujur Syu lah eak pasal nasi ganja Yong Suan ni. Pada penggemar nasi ni korang kena terimalah hakikatnya yer. Sebab ini pengakuan jujur berdasarkan apa yang Syu rasa pada tekak Syu π. Mungkin ada yang cakap nasi ganja ni sedap yakhamat. Tapi pada Syu ianya tak. Sorry to say. Bagi Syu, nasi ganja Yong Suan ni biasa-biasa jer. Nak kata sedap sangat tu tak lah. Syu cuba pernah makan sekali. Lepas tu Syu tak repeat dah sebab rasa dia tak kena dengan tekak Syu π.
Setakat ni nasi kandar yang Syu akui sedap dekat Ipoh ni ada tiga jer. Nombor satu Restoran Ahamedia dekat Pasir Putih sederet Maybank Pasir Putih. Yang nombor dua Gerai Makanan & Minuman Rahamath dekat Jalan Dato' Sagor Ipoh & last Restoran M.Salim dekat Jalan Yang Kalsom Ipoh. Selain dari yang tiga ni memang Syu tak boleh nak nerima termasuklah nasi ganja Yong Suan ni π.
Nasi ganja a.k.a Nasi kandar dari Kedai Yong Syuan Tapi, pada yang nak cuba tu tak menjadi masalah pun sebenanya. Sedap tak sedap, itu ikut tekak korang. Lain orang lain diorang punya rasa & pandangan. Artikel pasal nasi ganja Yong Suan ni korang boleh baca lebih lagi dekat SINI. Last but not least, selamat tengahari & selamat menjamu selera!!Lapar pulak tengok nasi kandar ni π. |
Jun 24, 2021
Pencarian Bloglist Setengah Tahun 2021
1) Create satu post berkenaan pencarian bloglist ni
2) Follow IG Sis Syamimi kita &
3) Submit link penyertaan korang di ruangan komen dia
Geli Jangan Hina, Tapi Raikan Kepelbagaian Citarasa & Budaya
P/S : Awas!! Visual agak mengganggu ketenteraman jiwa sikit yer. Mohon bertabah kalau baca post ni π.
"Balut" makanan eksotik Filipina [Sumber Foto : www.sunnydecircus.com] |
Lelita atau Lelitak [Sumber foto : FB Aku Anak Iban] |
Belalang goreng [Sumber Foto : cdn-brilio-net.akamaized.net ] |
Jun 23, 2021
Luca [2021]
Genre :
Animation, Comedy, Adventure
Pelakon :
Jacob Tremblay [Luca], Jack Dylan [Alberto], Emma Berman [Giulia], Saverio Raimondo [Ercole], Jim Gaffigan[Lorenzo], Maya Rudolph [Daniela]
Pengarah :
Enrico Cadarosa
Rating :
πππππ/5
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Dalam filem animasi ni, Luca seorang budak lelaki yang juga seekor raksasa laut bersama dengan kawan dia yang bernama Alberto berusaha mengeksplore dunia manusia di darat semata-mata untuk mendapatkan sebiji motor Vespa π . Pada awalnya, Luca memang tak berani. Tapi disebabkan terikut-ikut dengan ajakan Alberto, Luca menjadi lebih confident & indipendent.
Ketika berada di bandar Portorosso , Luca & Alberto bertemu dengan Giulia. Sejak dari tu diorang bertiga mula berkawan rapat & nekad untuk berusaha bersama-sama memenangi pertandingan triathlon tahunan bandar tu. Namun, usaha diorang selalu terbantut dek seorang budak nakal bernama Ercole. Ercole ni juara bertahan pertandingan triathlon tu. Untuk mengekalkan statusnya sebagai juara bertahan, selagi boleh Ercole & konco-konco dia cuba berusaha menghalang Luca & kawan-kawan dia daripada memenangi pertandingan tu.
Pada Syu, secara keseluruhannya filem animasi ni memang lawak!! Tambah-tambah dengan perangai Luca yang lurus bendul tu π. For those yang ada anak kecik, Syu sarankan korang bagi anak-anak korang tengok. Memang tak dinafikan yang cerita ni cerita kartun, tapi ada banyak pengajaran yang boleh dipelajari dalam filem animasi Luca ni π!! Syu bagi 5π!!
Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris
Ya ampun...Syu sibuk join pencarian bloglist blogger lain. Walhal, Syu baru perasan yang bloglist Syu sendiri pun tak hado!! π . Patut lah macam ada something yang missing jer dalam Syu punya blog. Almaklumlah,template baru kan, memang banyak benda yang Syu nak kena explore & betulkan. Sebab lepas Syu tukar template blog hari tu, memang banyak jugaklah setting yang lari. Jenuh jugak lah nak kena kejar balek π!!
Memandangkan senarai bloglist Syu tak ada lagi, so Syu cadang nak buat segment pencarian bloglist buat pertama kalinya dalam sejarah Syu berblog. Tak tahulah ada yang sudi nak join ataupun tak kan. By the way, untuk segmen Syu ni apa yang korang perlu buat adalah:
1) Create satu post bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris"
2) Copy banner & backlink kan ke post ni
3) Teka jumlah peribahasa yang korang nampak dalam gambar
4) Nyatakan salah SATU peribahasa tersebut &
5) Tinggalkan link segmen korang di ruangan komen
Jumlah peribahasa : ________. Nyatakan [satu] :_________________________ |
Untuk makluman korang, segmen pencarian bloglist Syu ni akan berlangsung selama 3 minggu jer. Bermula pada 23hb Jun 2021 sehingga 14hb Julai 2021. 10 blogger terpilih akan Syu senaraikan dalam bloglist Syu. All the best & selamat bersegmen π!!
Senarai Peserta Pencarian Bloglist Syu Deris
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "Ψ¨ِΨ³ْΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ ِ Ψ§ΩΩΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨْΩ َΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨِΩْΩ ِ" Untuk Entri Blog
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
- Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata & Manis
- 10 Pantang Larang Orang Tua-tua Dahulu Ketika Membuat Tapai
- 10 Surah Lazim PENDEK & MUDAH DIHAFAL
ARCHIVE
-
▼
2021
(332)
-
▼
Jun
(68)
- Resepi : Sardin Sedap Style Mak Syu
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 12
- Cantik Manis Berscrunchy Bersama Jshimz Co.
- OST Wifi Sebelah Rumah
- Cara Letak Mesej Di Ruangan Komen
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 11
- Sell Your Haunted House [2021]
- Minuman Yang Agak Disgusting Kena Dihadap Dua Tiga...
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 10
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 9
- Know Your Cat Language & Gestures
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 8
- Senarai Peserta Pencarian Bloglist Syu Deris
- Sedap Sangat Ke Nasi Ganja Ipoh?
- Pencarian Bloglist Setengah Tahun 2021
- Geli Jangan Hina, Tapi Raikan Kepelbagaian Citaras...
- Luca [2021]
- Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris
- Pulut Panggang Tanpa Santan
- Godaan Besar Bila Berblog π
- Jerawat Bernanah Start Hilang Lepas Pakai Produk Ni
- Cara Hilangkan Fungsi Copy & Paste Pada Blog
- Layan K-Pop Jap Pagi Ni π
- Alhamdulillah, Semua Pemenang Dah Selamat Terima H...
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 7
- J Revolusi Vs. J Retribusi : Mana Satu Lagi Best?
- Segmen Refresh Bloglist By Nieza
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 6
- D'Zahara Cat Kibbles!
- I Liked Durians, Yet Not So Loving It π
- Must Try This New Cadbury Dairy Milk!!
- Cara Buat Hidden "Post Thumbnails" Blog Post
- Fresh Milk Sedap Kembar Farm Fresh
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 5
- Hiburan Selepas Berketayap π
- Kulit Kuih Legend Buat Cicah Kuah Sardinπ
- Frozen Food Yang Wajib Beli Dari TESCO/LOTUS
- Paheli [2005]
- Sesungguhnya COVID Itu Benar!!
- Bluberry Ice Blended Campak-campak
- The New Mutants[2020]
- Finders Keepers [2014]
- Raya Dah Habis, Kuihnya Belum Lagiπ
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 4
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 3
- Crimebites Rocher Cookies - How Does It Taste?
- Siap Packing Hadiah Contest!!
- Nak Buatnya Punyalah Berjam-jam, Makannya Sekejap ...
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 2
- Drama Semanis Senyumanmu - Episod 1
- Breakfast Dumpling Jer Pagi Ni π
- Orang Dah Membuta, Kita Sibuk Menggentel Dumpling π
- Garment Steamer Murah !!
- Guna Semula Plastik Wrap & Kotak Parcel Untuk Retu...
- Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap
- Cara Langgan Disney+Hotstar
- Pulihkan Semula Kulit Guna Produk Penjagaan Kulit ...
- Blog Review & Kad Raya Virtual Dari AO
- Streaming Movie Dengan Harga Mampu Langgan!!
- Cara Gantung Airplants Guna Tali Pancing
- Cuba Resepi PJJ Donut & Bomboloni
- 'Epiphora' Dari Air Mata Bulus
- Tart Nenas Lemak & Melting Di Mulut
- 1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021
- Bantuan AFTN : Lockdown 2.0
- GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - D' SAMBAL licious
- Mellow Crunch Giveaway By Atiqah Najihah
- WAHED : Platform Pelaburan Patuh Syariah & Legit
-
▼
Jun
(68)