Januari 29, 2023

Selamat Hari Lahir Mak! 🤗

Boleh kata tergempar juga celebrate hari lahir mak Syu ni sebenarnya 😅. Almaklumlah, tarikh hari lahirnya jatuh pada hari minggu. Jadi macam agak terkejar-kejar sikit dibuatnya. Lepas itu, plan A pula terpaksa tukar ke plan B.



Bukan apa, niat asal nak buat makan-makan dikampung sambut dengan abah. Tapi, masa pula tak berapa nak mengizinkan sebab terpaksa ke pekan ziarah orang meninggal. Lagipun, bukan orang lain. Saudara sendiri juga. 


Selamat hari lahir
Buat birthday celebration ringkas saja. Jadilakan daripada tak ada 😅. 


Selesai ziarah. Terus shoot ke Manjung pula. Pergi rumah adik ipar Syu. Maka, dekat sanalah kami-kami ni berkampung celebrate birthday mak. Serba ringkas saja kami sambut. Almaklumlah, baru balik dari ziarah orang meninggal. Takkan nak seronok-seronok tak ketahuan. Waima, yang pergi tetap pergi. 


Selamat hari lahir
Happy birthday mak! 🤗💐


Apa-apa pun, selamat hari lahir buat mak. Semoga dipanjangkan lagi usia untuk luangkan lagi lebih masa bersama keluarga, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Sayang mak! 🤗💕

Januari 23, 2023

Giveaway 23rd Anniversary Ciknur & Husband

Klik banner untuk ke link penyertaan.


Tak tahu apa nak dicelotehkan di blog? Jom sertai giveaway  Cik Nur bersempena ulang tahun perkahwinan Cik Nur & suaminya yang ke-23 tahun pada 13hb Februari 2023 ni nanti. Untuk pengetahuan korang, giveaway ni akan berlangsung mulai hari ini sehingga 13 Februari 2023.


Syarat penyertaan


  1. Follow  blog "Dapur Cik Nur"- Yang penting ada list kat blog korang
  2. Buat entri bertajuk "Giveaway 23rd Anniversary Ciknur & Husband"
  3. Sertakan sedikit ucapan indah
  4. Tinggalkan link penyertaan di ruang komen giveway


Semoga kedua pasangan diberi kesihatan yang baik & berkekalan jodohnya hingga ke jannah. Bukan mudah ya nak harung 23 tahun. Syu yang baru setahun jagung dalam alam perkahwinan ni pun kadang-kadang termenung sekejap nak hadap 😂.  

Januari 22, 2023

Master Grill Seri Iskandar, Perak

Agak lama juga Syu tak singgah makan di Master Grill Seri Iskandar. Memandangkan hari ni Syu malas nak masak. Jadi, lepas beli barang dapur di TF Valuemart Batu Gajah tadi, kita lajak terus ke Seri Iskandar untuk isi tangki.



Masa kami sampai, restorannya tak berapa ramai orang. Jadi, rasa tenang sikit 🤭. Bukan apa, kadang-kadang rasa serabut juga otak bila tempat makan terlampau crowded dengan orang. Nak ambil gambar pun segan. Takut orang pandang sepesen 😂. 


Lengang & tak ramai orang sebab Master Grill ni selalu meriah waktu malam 🤭. 


Sejujurnya Master Grill dahulu & sekarang memang jauh berbeza. Dulu, ada pelayan ambil pesanan di setiap meja. Sekarang tak ada dah. Teknologi semua di hujung jari. Nak makan kena pesan guna aplikasi.


Hanya perlu imbas QR code yang pelayan bagi, klik pada pautan & submit order. Kemudian, tunggu saja pesanan korang sampai ke meja. Nak bayar nanti, hanya perlu sebut nombor meja sahaja. 


Set Mix grill ni ada ayam, daging kambing & lembu 🤗💕


Kalau korang nak tahu, Master Grill ni antara tempat makan favourite arwah bapa mertua Syu singgah makan makanan western. Menu yang paling arwah suka adalah Mix Grill & Lamb Chop - Favourite Syu juga sebenarnya 🤭. 


Ketiaw kungfu Master Grill ni memang sedap! 😋💕


Untuk kunjungan Syu kali ni, Syu pesan 3 menu. Ketiaw kungfu, mix grill & nasi goreng seafood - Lupa nak ambil gambar nasi goreng seafood sebab dah lapar sangat 😅. Memang sedap-sedap belaka. Rasa tak berubah langsung. Sama macam sebelum-sebelum ni.



Paling Syu suka ketiaw kungfunya. Serba serbi cukup rasa. Portion banyak, harga pun boleh tahan murah! Encik suami pun suka. Kalau korang lalu Seri Iskandar, jangan lupa singgah okay! Gerenti puas hati makan dekat Master Grill ni 😋💕. 

Januari 20, 2023

Nasi Ayam Penyet Sedap Lotus Station 18 Ipoh

Nasi ayam penyet
Dari A sampai Z sedap 🤭💕. 


Tak tahu apa yang nak dicelotehkan hari ni. Jadi, kita tayang sikit nasi ayam penyet sedap yang Syu makan dengan officemates Syu semalam dekat food court Lotus Station 18 Ipoh. Rasa sekali gerenti repeat lagi! 😋


Rata-rata makanan & minuman dekat food court Lotus Station 18 ni memang sedap-sedap belaka. Dari kiosk orang jual nasi campur sampailah ke kiosk yang ada jual nasi ayam penyet ni - Sizzling dekat sini macam tak berapa sangat rasanya. Sedap lagi food court Lotus Manjung punya 😂. 


Nasi ayam penyet
Sambal ayam penyetnya tak cukup ya. Padahal dah melimpah ruah adik tu letak dalam bekas 😂. 

Pada Syu, nasi ayam penyetnya memang sedap. Syu paling suka sambal & ayam gorengnya 😋💕. Harga tak mahal mana pun. Cuma RM9.80 sahaja untuk satu set. Portion banyak pula tu. Kenyang makan tau.



Jadi, kalau korang datang Lotus Station 18, korang wajib cuba. Kiosknya terletak antara kiosk nasi ayam & masakan Thai. Tak suka makan nasi ayam penyet, korang boleh pilih menu yang lain 😉. 

Januari 18, 2023

Cara Semak & Kemaskini STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Di MySTR

BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) telah dijenamakan semula oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kini, BKM dikenali sebagai STR (Sumbangan Tunai Rahmah). Pembayaran Fasa 1  STR 2023 ini telah mula dikreditkan secara berperingkat mulai 17 Januari 2023.


Dikhabarkan pembayaran STR ini diawalkan bagi meringankan beban sara hidup rakyat yang terdiri dari golongan B40. Seramai 8.4 juta penerima bakal menerima STR yang melibatkan peruntukkan RM1.67 bilion dari kerajaan Malaysia. Kelayakkan penerimaan STR Fasa 1 adalah berdasarkan rekod sedia ada MyBKM 2022.


Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
FOTO : Bernama


Semakan lanjut berkenaan status kelayakkan pembayaran STR Fasa 1 boleh dibuat dengan melayari halaman MySTR. Sebarang bantuan boleh pergi ke cawangan  LHDN berhampiran atau hubungi talian hotline LHDN 1-800-88-2747.



Cara semak status bayaran di MySTR


  1. Pergi ke halaman MySTR
  2. Masukkan nombor kad pengenalan & klik log masuk
  3. Sahkan frasa keselamatan
  4. Masukkan kata laluan - Kata laluan  sama seperti kata laluan MyBKM
  5. Klik pada butang SEMAKAN PEMBAYARAN FASA 1 di laman menu pengguna



Januari 17, 2023

Tips Pilih Peralatan & Kelengkapan Camping Buat Campers Beginner

Camping ni memang seronok. Pada yang yang biasa ber-camping, semestinya segala peralatan & kelengkapan asas dah lengkap dalam senarai. Buat yang baru nak berjinak-jinak macam mana pula 🤔? Mesti ada yang tertanya-tanya peralatan & keperluan macam mana yang perlu disediakan sebelum memulakan aktiviti perkhemahan.


Foto : Mega Genset Malaysia


Jika dibandingkan dengan glamping, camping jauh lebih murah. Bezanya, glamping korang masuk khemah cuci kaki. Camping korang kena berangkut barang & pasang sendiri. Kiranya camping ni banyak kerja. Bermula dari korang nak pilih tempat sampailah korang nak setup khemah. Pada yang minat, semestinya alah bisa tegal biasa 😁.



Harus diingat, selain daripada kelengkapan peribadi, ada beberapa kelengkapan perkhemahan WAJIB ADA dalam senarai semak campers. Malah, dari segi pemilihan barangan perkhemahan pun perlu dititik beratkan juga, supaya ianya boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.



Ciri-ciri kelengkapan & peralatan camping terbaik


Seperti korang sedia maklum, camping dengan glamping tak sama. Untuk camping semua kelengkapan & peralatan korang kena sediakan sendiri. Jadi, ada banyak aspek yang perlu dititikberatkan sebelum & semasa kita membeli satu-satu kelengkapan & peralatan perkhemahan.


Tambah-tambah pada campers yang nak jadikan aktiviti perkhemahan ni sebagai satu hobi jangka panjang. Sebaiknya, pilih kelengkapan & peralatan khemah yang mempunyai ciri-ciri berikut :


  • Tahan lasak  
  • Kalis air 
  • Tidak mudah berkarat
  • Boleh digunakan semula 
  • Boleh dicas
  • Ringan & mudah dibawa
  • Menjimatkan ruang 
  • Mudah untuk dipasang
  • Selamat untuk digunakan


Bila kesemua aspek ni ada, korang bukan sahaja boleh menjimatkan kos pembelian kelengkapan & peralatan berkhemah. Malah, korang boleh gunakannya untuk tempoh masa yang agak lama - Dengan teknik penjagaan yang betul. Selain tu, kerja pemasangan & penyimpanan semula akan jadi lebih mudah & cepat.

Januari 16, 2023

String of Hearts (SOH) Ku

Dulu, pokok String of Heart (SOH) Syu ni hidup segan mati tak mahu 🌿. Tumbuh pun macam nak tak nak saja. Jenuh bertukar tanah segala. Hari harilah dok belai bagi kasih sayang. Semata-mata tak nak bagi mati - Dalam hati, senang lagi tanam taugeh 😂. Ada saja yang tak kena. Itu belum campur dengan gangguan anasir-anasir luar lagi.


String of hearts
Ini baru jumpa seekor. Dekat celah-celah daun nun ada banyak lagi 😑.


Elok kawan tu nak tumbuh elok. Dikunyahnya pula dek ulat beluncas. Satu kerja pula nak kelebek celah-celah daun nun satu persatu. Kalau tak ditengok. Jawabnya, habis togel satu pokok kena kunyah. Benci tau! Dahlah pokok ni mahal & susah nak cari 😂. Nak bela pun sikit punya azab. Senang-senang dikendurikan. Banyak cantik punya perangai!

 

Sampai satu masa tu, Syu memang dah rasa give up sangat nak jaga pokok-pokok SOH Syu ni. Sudahnya Syu biarkan saja dalam pasu nun. Bangun celik mata, siram air saja. Tak ada nak belek-belek macam dulu dah. Yang gerammya. Bila dibiar, elok pula tumbuh melata dalam pasu.


String of hearts
Alhamdulillah, penuh satu pasu 😊💕. 


Sama macam pokok-pokok dekat belakang rumah nun. Jenis tak sukakan perhatian & belaian manja agaknya pokok-pokok Syu ni 😂. Macam manusia jugalah kan. Kalau asyik dikongkong, rimas juga. Lagipun, tak ada kebebasan dalam hidup pun tak seronok.


Sekarang, alhamdulillah. Syu dah rasa lega sikit tengok pokok-pokok SOH Syu 😚💕. Elok gemuk penuh pasu. Cuma sekali sekala tu Syu nak kena tengok-tengokkan juga pokok-pokoknya. Bukan apa, takut ulat beluncas tu datang lagi buat kenduri.

 

String of hearts

Dekat setahun lebih nak bagi SOH ni jadi sampai macam ni 😑


String of hearts

Yang bergantung-gantung tu pun sama. Tak reti-reti nak beranak-pinak 😂.


Almaklumlah, lauk dah banyak. Gemuk-gemuk pula tu. Takkan datang nak tengok saja kan? Semestinya, datang singgah untuk dikendurikan. Tapi, sebelum diaorang nak buat kenduri. Syu kendurikan diaorang dulu. Awas! 🐛

Januari 15, 2023

Nestle La Cremeria Sharewich Baru

Buat penggemar aiskrim. Syu nak bagitahu. Aiskrim Nestle La Cremeria Sharewich baru dah muncul ya 😅. Harganya RM6 sepeket. Nampak macam mahal. Tapi, apa yang uniknya, aiskrim ni boleh dikongsi dengan partner korang macam aiskrim Nestle MatKool Butterfly tu.


Selain itu, dekat atas biskut aiskrim Nestle La Cremeria Sharewich ni ada diselitkan juga beberapa special messages ringkas buat cuci mata, sejukkan hati & penambah semangat  korang untuk menempuh liku-liku hidup yang penuh onak duri ni 🤭. Jadi, nak tahu gempak ke tidak rasa aiskrimnya. Jom Syu review sikit pasal aiskrim ni.


Nestle La Cremeria Sharewich
Alang-alang dah nampak. Kita beli terus 🤭💕. 


Kalau korang nak tahu, aiskrim Nestle La Cremeria Sharewich ni diapit dengan dua keping butter biscuits yang lembut & senang untuk dikepak dua. Lepas tu, aiskrim yogurt di tengahnya berkrim & ada rasa masam manis mixed berries macam aiskrim La Cremeria Summer Berries Yogurt. Memang sedap 😋💕.


Cuma Syu tak berapa nak berkenan dengan butter biscuits aiskrim ni 😂. Sebab biskutnya ada rasa masin-masin berlemak yang tak berapa nak kena pada tekak Syu. Nak-nak bila digabungkan dengan aiskrim yogurtnya tu. Pada Syu, butter biscuits ni macam lagi serasi dimakan dengan aiskrim coklat 🤭. Pada yang nak cuba, silakan. Manalah tahu, citarasa korang tak sama dengan Syu. Next, kita nak cuba aiskrim KitKat Pink pula. Dengar cerita aiskrimnya sedap.

Januari 10, 2023

Kupang Hijau Fresh & Murah Di Pasar Malam Manjung

Nak dijadikan cerita. Kemarin, Syu bawa mak & Sarah Deris jalan-jalan ke Manjung. Lepas ronda-ronda dalam AEON, sempatlah singgah sekejap luangkan masa ke pasar malam cuci mata. Sambil-sambil tu, Syu belilah sikit barang-barang mentah untuk buat stok lauk di rumah. Kalau nak tahu, kupang hijau ni antara salah satunya 😋. 


Kupang hijau
Rupa nampak macam unpleasant. Tapi, rasanya memang sedap. Lagi sedap dari yang frozen 😁. 


Masa lalu depan gerai abang jual kupang ni, pada awalnya memang Syu dah ada niat nak beli dalam sebungkus dua. Cadang nak ronda-ronda dululah satu pasar malam. Masa balik nanti baru nak singgah berbeli kononnya.



Tapi, mak Syu cakap jangan tunggu-tunggu. Nanti melepas mak Syu kata. Nasib Syu dengar juga cakap mak. Kalau tidak, memang tak merasalah gamaknya. Sebab masa nak balik, Syu tengok semua kupang-kupang yang abang ni jual dah sold out 😂.


Kalau korang nak tahu, dekat pasar malam Manjung ni memang ada banyak peniaga-peniaga yang jual seafood yang segar-segar. Harganya pun boleh tahan murah juga. Ada yang jual pakai timbang kilo. Jual sepinggan-sepinggan pun ada. Memang berbaloi sangat beli.

 

Sebelum nak masak & makan kena bersih & cuci betul-betul. Takut kena food poisoning.


Actually, kupang yang Syu beli ni tak sama macam kupang yang dah diproses macam dekat kedai-kedai frozen nun. Rasanya jauh lebih manis & fresh. Cuma kupang yang baru dituai ni ambil masa sikit untuk dibersihkan.


Sebab kupangnya agak kotor & diselaputi dengan lumut & juga teritip. Malah, cara cuci kupang fresh ni pun kena ada caranya. Kalau tak dicuci dengan bersih, lepas makan confirm akan terkena cika (Muntah, cirit birit & sakit perut 😨).


Kupang
Nak makan kupang fresh, boleh beli dengan abang Kadi ni. Dia ada berniaga di pasar malam Manjung setiap hari Sabtu & Ahad.


By the way, kalau korang datang ke pasar malam Manjung. Jangan lupa singgah & support abang Shardi ni. Kupang hijau yang dijualnya memang fresh & besar-besar saiznya. Harga pun boleh tahan murah juga - 3 kilo RM10 sahaja. Pada yang nak buat tempahan awal, boleh Whatsapp atau call abang Shardi di talian 013-4898270.

Januari 06, 2023

Farewell Plus Food As Well 😂

Wan Ly Protective Packaging Sdn. Bhd.
DARI KANAN : Big boss, isteri & insan yang diraikan. Muka happy jer nak tinggalkan company 😄.


Hari ni, hari terakhir teman sepejuangan Syu kerja. Katanya, dia dapat tawaran kerja disalah sebuah badan kerajaan di Kuala Lumpur. Tapi, tak ramai yang tahu dia nak berhenti. Hanya kitaorang yang duduk sama department saja yang tahu pasal ni 😅.



Entah macam mana entah, disaat-saat akhir big boss war-warkan pada staff yang lain & buat keputusan nak buat farewell simple, sekali dengan new year celebration sikit. Maka, ke laut dalam lagilah misi jaga makan kita hari ni. Dah makan, kena makan lagi. Padahal baru lepas lunch sejam yang lepas 🤭. 


Wanly Protective Packaging Sdn. Bhd.
Semua sedap-sedap makanannya. Tapi, mampu makan sikit saja, sebab dah kenyang 😋. 


Selamat maju jaya & semoga terus sukses! 


Wan Ly Protective Packaging Sdn. Bhd.
Hilang seorang geng bertepuk bertampar. Entah siapalah yang gantikan lepas ni. Sudahlah kerusi dia ni kerusi panas 😌.


Yang pasti, sebelum nak balik, sempat jugalah kitaorang luangkan masa bergambar & bermaaf-maafan. Almaklumlah, last day kan. Entah bila gamaknya dapat jumpa dengan budak ni lagi lepas ni.  Walaupun kenal tak lama mana, tapi rasa satu kehilangan jugalah sebab geng gelak ketawa & bertepuk bertampar dah tak ada 😩. 


Wan Ly Protective Packaging Sdn. Bhd.
Ini geng lunch berjemaah plus geng membawang 😂.


By the way, buat adikku Nurin Munirah. Selamat maju jaya & semoga terus sukses ditempat baru & di mana jua kamu berada ya. Lebih kurang minta halal ya. Misal kata hati rasa tak syok dekat sana, jangan lupa cari jalan balik tau 🤭. Kerusi kamu ni kerusi panas. Gerenti sentiasa kosong. Melainkan akak yang take over 🤣. 



Kalau ada balik Taiping, jangan lupa pula singgah Ipoh. Roger saja akak-akak mu ini! Kami setia menanti di sini. Lagi satu, kahwin nanti jangan lupa jemput. Nak tahu update terkini pasal kitaorang dekat office ni, rajin-rajinlah singgah blog Syuderis.com yang tak seberapa ni - Itupun kalau akak ada update 😁💕. 

Januari 05, 2023

Taman Alam Kuala Selangor

TAMAN ALAM KUALA SELANGOR | Niat asal nak pergi Bukit Malawati. Tapi, malas pula nak tunggu trem ke sana. Pengunjung pun boleh tahan ramai juga 😅. Penyudahnya, kita ubah haluan ke Taman Alam Kuala Selangor. Dekat sini memang tak banyak orang. Yang banyak cuma lontong kelabu  (Trachypithecus cristatus) ni saja 😅.


Di sekitar Taman Alam Kuala Selangor & Taman Malawati ni memang ada banyak spesis lotong kelabu ni. Boleh dikatakan jinak juga lotongnya. Cuma, korang dinasihatkan supaya tidak memberi makan lotong-lotong ni.  Sebab ianya dah melanggar fitrah semulajadi haiwan-haiwan ni untuk cari makanan sendiri.


Maknya kelabu. Anaknya oren. Comel! Geram pula tengok. Nak culik bawa balik rumah takut mummy dia marah 😁. 


Kalau tidak, perangainya nanti jadi macam  perangai monyet dekat Taman Paya Bakau menghala ke Lumut nun. Serius seram! Suka sangat rampas barang orang 🙄.  Dah terbiasa agaknya diberi makan. Bila tak dapat, habis dirampasnya. Mungkin dia ingat makanan dia agaknya.



Harga tiket masuk & waktu operasi 


Untuk pengetahuan korang. Lokasi Taman Alam Kuala Selangor ni terletak di bawah kaki Bukit Malawati - Kira-kira 500 meter dari tempat menunggu trem ke Bukit Malawati. Taman ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. 



Harga tiket masuknya tak mahal mana pun. Cuma RM1 untuk kanak-kanak. RM2 untuk warga emas & ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Manakala, RM4 untuk golongan dewasa. Murah kan?



Denai kembara


Pintu masuk Denai Kembara 😁. 


Pada yang sukakan aktiviti trekking. Di sinilah tempat yang sesuai untuk korang. Sambil-sambil keluarkan peluh, boleh cuci mata & tenangkan fikiran dengan tengok kehijauan semulajadi yang ada dalam Denai Kembara ni. Tapi, sebelum korang berhajat nak masuk trekking dalam Denai Kembara ni, sebaiknya korang pakai pakaian yang sesuai.


Jangan jadi macam kitaorang ni. Masuk pakai terjah saja tanpa pakai pakaian yang proper. Selain itu, jangan lupa juga bawa insect repellant ya. Sebab tempatnya memang banyak nyamuk. Bukan apa, takut kena malaria tapioca pula nanti gara-gara dikokak dek nyamuk! 😂

 

Syok dapat trekking & keluarkan peluh. Tapi, pakaian pula macam tak kena 🤭. 


Actually, kawasan Denai Kembara ni agak luas juga sebenarnya. Syu sendiri pun tak sempat nak jelajah sampai habis. Kalau ikutkan ada banyak check points menarik yang sepatutnya Syu singgah. Tapi, macam malas pula nak jalan jauh 🤣.Jadi, kita surrender sajalah. Kalau korang datang sini, korang jelajahlah sampai habis ya 🤭. 


Serba hijau. Sejuk mata memandang 😌💕. 



Lokasi burung-burung hijrah

 

Taman Alam Kuala Selangor ni sebenarnya merupakan sejenis Hutan Paya Laut. Luas kawasannya lebih kurang 264.81 hektar (646.9 ekar). Kawasan paya ini kaya dengan pelbagai jenis spesies tumbuhan yang menjadi habitat semulajadi kepada haiwan-haiwan yang ada di sini. Termasuklah burung-burung hijrah, terutamanya dari Negara Rusia dan Siberia.


Taman Alam Kuala Selangor
Cantik pemandangan dari atas menara peninjau ni. Terus hilang rasa gayat 😂. 


Dengar cerita, burung-burung ni akan datang ke sini sekitar bulan September hingga April. Nak tengok spesis burung-burung ni dengan lebih dekat? Sebaiknya korang bawa binokular. Senang sikit nak teropong burung-burung ni dari menara peninjau. Nak tahu apa lagi ada di Taman Alam Kuala Selangor ni? Korang kena datang sini 😉💕. 

Januari 01, 2023

Nestle Mochi Boba: Akhirnya Dapat Merasa Juga 😋

Hari ni Syuderis.com mulakan lembaran tahun baru 2023 dengan something yang sweet. Macam aiskrim Nestle Mochi Boba ni. Penuh dengan kemanisan 😁. Walaupun aiskrim ni dah lama berada di pasaran & dah di-review ramai. Tapi, Syu tetap nak buat review juga. Almaklumlah, baru ini nak merasa.



Macam biasa. Bila dah habis keviralannya. Maka, freezer kedai-kedai sentiasa penuh  dengan aiskrim ni. Dulu, sikit punya jenuh bercari tak jumpa-jumpa. Langsung tak nampak bayang. Sedih tau! Asal buka freezer, sold out belaka aiskrimnya 😩. 



Yang tinggal cuma gambar poster depan kedai & sticker harga aiskrim pada cermin peti ais 😅. Memang laku keras betul sampai sold out memanjang. Bila dah habis viral, penuh pula aiskrim ni dalam freezer tak luak-luak.


Sampai tak ada siapa sudi nak beli. Jadi, muka-muka macam kita yang tak pernah try lagi ni juga yang beli sudahnya 😂. Takkan nak tengok saja kan? Orang lain ramai dah cuba.  Kita saja yang belum merasa. Nak hilangkan kempunan, cuba jugalah barang sebungkus dua. 


Nestle Mochi Boba
Jumpa aiskrimnya dalam freezer TF Valuemart Batu Gajah 😂.


Jika dibandingkan dengan Wall's Mochi Durian yang Syu makan hari tu. Aiskrim mochi boba ni jauh lebih besar sedikit saiznya, walaupun harganya dah lebih kurang sama macam aiskrim mochi durian hari tu.



Sedap ke?


Pada Syu aiskrimnya boleh tahan sedap jugalah sebenanya. Cuma rasanya agak manis sedikit. Mungkin disebabkan kemanisan brown sugar yang ada pada boba tu agaknya membuatkan aiskrim ni bertambah manis. Tapi, boba dalam aiskrim ni Syu suka. Sebab ada tekstur kenyal-kenyal.


Nestle Mochi Boba
Beginilah rupa asikrimnya. Ditengah-tengahnya ada filling boba. 


Kulit mochinya pun sedap. Nipis & tak terlalu tebal. Memang kenalah dengan tekak. Pada yang belum cuba aiskrim ni, korang kena cuba dalam sebungkus dua. Memang sedap askrim 😋.