April 27, 2024

Choco Rush Chocolate Almond Balls Auntie Anne Sedap!

Auntie Anne Choco Rush

Hujung minggu lepas, Syu lepak di AEON Kinta City Ipoh dengan Sarah Deris. Bila sampai sana, macam biasalah. Syu confirm akan singgah beli pretzel Auntie Anne's punya 😁. Ingatkan nak singgah beli pretzel Caramel Alomd saja. Tak sangka tertambah Chocolate Almond Balls dalam list - Menu baru Auntie Anne's ni tau!

 

Menu baru Auntie Anne's Choco Rush 

 

Choco Rush Auntie Anne's


So, berita baik buat penggemar-penggemar coklat, Auntie Anne's kali ni ada keluarkan menu baru yang berasaskan coklat tau! Choco Rush namanya. Dalam menu Choco Rush ni, ada 4 pilihan menu pretzel menarik yang korang boleh pilih. Antaranya :

 

  • Choco Eclairs Oat Pretzel - Harga RM7.90
  • Double Almond Chocolate Balls - Harga RM10.90 (7 ketul)
  • Chocolate Almond Balls - Harga RM8.90 (7 ketul)
  • Choco Eclairs Almond Pretzel - Harga RM8.90

 

Auntie Anne's Choco Rush

Sedap! Menyesal pula beli satu bekas 😅.

 

Yang sedihnya, promosi Choco Rush ni sampai hujung bulan ni saja Auntie Anne buat. So, kalau korang singgah Auntie Anne, better korang beli! Serius sedap & tak menyesal kalau beli lebih. Tambah-tambah Chocolate Almond Balls.

April 22, 2024

Puasa Ganti & Puasa 6 Syawal Serentak?

Puasa sunat enam Syawal antara amalan yang disarankan dalam Islam, di mana umat Islam digalakkan untuk berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal, selepas tibanya Hari Raya Aidilfitri.


Berpuasa enam hari di bulan Syawal mempunyai keistimewaan & ganjaran yang besar. Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, ganjarannya adalah seperti berpuasa sepanjang tahun [HR Muslim:1164]



Perbezaan puasa ganti dengan puasa 6 Syawal


Puasa
SUMBER FOTO : Kosmo


Dalam perspektif agama, terdapat perbezaan antara puasa ganti dan puasa 6 Syawal. Mari kita lihat penjelasan mengenai kedua-dua jenis puasa ini:


  • Puasa Ganti (Qadha)


Puasa ganti dilakukan bagi menggantikan puasa yang tidak dapat dilakukan pada bulan Ramadan sebelumnya. Contohnya, jika seseorang sakit atau sedang musafir, mereka boleh menggantikan puasa tersebut di luar bulan Ramadan - Hari selain pada hari diharamkan berpuasa


  • Puasa 6 Syawal


Puasa 6 adalah puasa sunat yang dilakukan selama enam hari di bulan Syawal. Amalan puasa 6 ni dilakukan setelah berakhirnya bulan Ramadan. Ini termasuk dalam amalan sunat yang dianjurkan dalam Islam. 


Seseorang boleh memilih enam hari dari mana-mana hari dalam bulan Syawal untuk berpuasa. Ia tidak perlu berurutan dan boleh dilakukan sepanjang bulan Syawal.



Boleh atau tidak gabung puasa ganti dengan puasa 6 Syawal? 


Menurut pendapat yang muktamad oleh para ulama, adalah lebih afdal bagi seseorang untuk berpuasa qada (ganti) & berpuasa sunat 6 Syawal secara berasingan.


Namun, menyatukan puasa qada dengan puasa enam berkenaan adalah harus & tetap mendapat ganjaran pahala kedua-duanya. Berikut adalah beberapa pandangan dari ulama:


  • Pandangan Pertama (Muktamad)


Puasa Ganti (Qadha) harus dilakukan terlebih dahulu, kemudian baru dilanjutkan dengan Puasa 6 Syawal. Pendapat ini dianggap lebih afdal (utama).

  • Pandangan Kedua


Beberapa fuqaha berpendapat bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan puasa 6 Syawal. Namun, ganjaran pahala dari gabungan ini tidak menyamai pahala seseorang yang telah menyempurnakan puasa sepenuhnya daripada sebulan Ramadan.


Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dari Majlis menyimpulkan :


Saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat.



Jadi, dibolehkan untuk kita menggabungkan kedua-dua puasa ganti & puasa sunat 6 Syawal serentak dalam satu niat.



Lafaz Niat Puasa Ganti Gabung Puasa 6 Syawal


 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ رَمَضَانَ

مَعَ سِتَّةِ شَوَّالِ لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala


Jadi, jika ingin melaksanakan kedua-dua jenis puasa ini, dibolehkan untuk melakukannya secara berasingan atau mengikut pendapat yang dhaif. Semoga ibadah puasa kita semua diterima & memperoleh manfaat yang berlipat ganda! 🌙✨

April 19, 2024

Biskut Almond London Crunchy Mudah & Sedap

Almond London

Biskut Almond London antara biskut legend evergreen yang tak lapuk ditelan zaman. Sentiasa on demand setiap kali tibanya hari raya 🤭. Kalau korang perasan, biskut Almond London tahun 2024 dah tak macam dulu dah.


Sekarang biskutnya dah diberi nafas baru menjadi Matcha Almond London - London tu rasanya dah boleh tukar jadi Jepun dah. Sebab Matcha kan sinonim dengan negara Jepun 😅. Sesuai dengan selera & tekak penggemar-penggemar matcha/green tea. 


Adunan biskutnya masih sama. Cuma coating coklatnya sahaja digantikan dengan coklat putih & serbuk matcha. Kalau Syu, Syu lagi prefer Biskut Almond London instead of Biskut Matcha Almond sebenarnya. Almaklumlah, sejenis Syuderis ni memang tak berapa minat sangat dengan white chocolate. Rasa cepat muak bila makan 😂. 

 

 

Resepi Biskut Almond London Crunchy & Sedap

 

Almond London
Syu tak pakai almond nibs sebab nak bagi biskutnya nampak lebih menyerlah dengan sprinkles warna-warni ni.

 

Tak kisahlah Biskut Almond London atau Biskut Almond Matcha sekalipun. Hari ni, Syu nak kongsi dengan korang resepi adunan biskut almond yang mudah & sedap. Nak buat makan sendiri pun boleh. Nak buat jual pun tak ada masalah. Yang penting biskutnya crunchy luar & dalam 😋. 


BAHAN-BAHAN ADUNAN BISKUT


1 sdk esen vanila

1 biji telur

375 butter

220g - Tepung jagung

30g - Susu tepung

3g emplex

3g baking powder

320g tepung gandum

30g tepung ubi

40g cornflakes/nestum (Dikisar halus)

 

 

BAHAN-BAHAN UNTUK COATING


Coklat masak - Syu pakai milk chocolate campur dengan dark chocolate

Shortening/Coco butter substitute (CBS)

Sprinkles/Almond nibs (Untuk hiasan)



CARA-CARA


  1. Gaul butter & gula aising hingga sebati
  2. Masukkan telur & juga esen vanila. Kemudian gaul lagi hingga adunannya mesra. 
  3. Lepas semuanya dah sebati, bolehlah masukkan kesemua bahan-bahan kering & uli sehingga adunannya tak melekat pada tangan.
  4. Rehatkan doh sekejap di dalam peti sejuk & kemudian bolehlah dibentukkan adunannya macam biasa.
  5. Susun dalam dulang pembakar elok-elok. Lepas tu, bakar doh Almond London yang dah dicanai tadi selama 30 minit pada suhu 160℃.
  6. Bila dah sejuk, bolehlah korang salut dengan coklat masak & taburkan dengan sedikit almond nibs/sprinkles - Coklat masak tu korang just cairkan guna kaedah double boiling.



Tips badam ranggup


Biji badam yang korang letak sebiji-sebiji dalam adunan tu korang kena bakar terlebih dahulu, supaya badamnya tak lemau bila dimakan. Untuk hasil badam yang lebih crunchy, tipsnya korang kena bakar biji badam tu 3 kali.


Bakar selama 15 minit pada suhu 130℃. Lepas dah bakar, bagi badamnya sejuk. Lepas tu bakar lagi. Repeat sampai 3 kali. Barulah korang akan dapat biji badam yang crunchy! Nak bakar guna oven boleh, nak guna air fryer pun tak jadi masalah.

 


Tips cairkan coklat

 

Untuk coating biskut Almond London, terpulang pada korang nak pakai coklat jenis apa. Asalkan korang cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiling.


Untuk hasil coklat yang cantik berkilat & tak terlalu pekat, korang boleh letakkan sedikit shortening atau pun coco butter substitute (CBS). Dekat kedai barang bakeri ada jual. Tak mahal manapun harganya. Tapi, kalau korang dah terdesak sangat, korang boleh guna butter 😁. 


Dah cair semua coklat, korang boleh tutupkan api. Make sure air dalam periuk sentiasa panas. 


Bila coklat masak cair sepenuhnya. Terus tutup api & boleh start salut korang punya biskut Almond London. Make sure air dekat dalam periuk tu sentiasa panas supaya coklatnya sentiasa cair. Kalau tak panas, boleh buka api lagi & panaskan seperti biasa. 

 

April 18, 2024

Team Purple Masuk Beradap! 💜

Hari Raya Aidilfitri 2024

Awalnya viral ya, warna orange brick bakal jadi warna tema baju raya tahun 2024. Tapi entah macam mana, hujung-hujung ramai pula yang decided untuk pilih warna hijau lembut as warna tema baju raya - Dekat kampung Syu, ramai pula saudara & jiran pilih warna maroon 😅.


Deme pakat pakai warna maroon. Dah sepesen dengan lapik meja pun ada 😅.


Baju raya Syu tahun ni Syu pilih untuk pakai tema warna purple. Syu tak expect pun nak pakai baju raya tema warna ni sebenarnya sebab kalau ikutkan, Syu nak pakai baju raya tema warna salmon. Tapi, tak jumpa pula warna yang sedondon untuk baju raya husband Syu.Jadi, kita pakai saja warna yang ada. Nak jahit sendiri tak sempat!


Encik suami kita dah macam penyanyi kopratasa dah rupa dia 🤣. 


Apa-apa pun, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan-rakan Blogger yang mengenali Syu. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa & tersilap kata. Walaupun tak pernah bersua muka, Syu harap ukhuwah kita akan tetap terus terjalin mesra. Gittew!



(P/S: Pasal baju warna orange brick tu. Ada yang kata, warnanya tu striking sangat & seakan-akan macam baju tok sami & tahanan polis. That's why ramai yang tak berapa berkenan agaknya 🤭. Tak pun warna tu memang dah SOLD OUT sebab kuasa viral)

April 10, 2024

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

 

Hari Raya Aidilfitri

April 09, 2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Syuderis.com


Hari Raya Aidilfitri


Gemersik takbir mengundang hiba

Salam diutus tanda ingatan

Syawal dinanti menjelang tiba

Salam dihulur pohon dkemaafan


SELAMAT HARI RAYA SEMUA!

April 02, 2024

Setel Menyimpul Kasih 😁!

Alhamdulillah, setel kerja-kerja menyimpul popiah simpul kasih Syu! Berjam-jam juga menghadapnya semalam 😅. Dapatlah dua jenis popiah simpul kasih. Satu inti serunding ikan & satu lagi serunding ayam - Serunding ayam tu Syu guna chicken floss yang pedas tu saja.


Popiah simpul kasih
Yang inti merah-merah ni Syu guna chicken floss pedas 😋. 

 

Sekarang ni tinggal nak bagi popiah simpul kasihnya betul-betul kering. Lepas tu goreng. Segaja tak goreng awal-awal sebenarnya. Almaklumlah, dekat rumah ni ada peminat popiah simpul kasih. Nanti belum sempat raya, popiah simpulnya dah licin kena ngap 😂!


Jadi, kita goreng lambat-lambat sikit. Memandangkan simpul kasih dah siap. Lepas ni bolehlah Syu fokus untuk buat biskut raya pula. Korang pula macam mana. Dah start buat kuih raya ke belum 😁?

 

Popiah simpul kasih
6 paket kulit popiah Syu guna semalam 😂.