September 29, 2022

Giveaway Suka-Suki Mamapipie

Sebut saja blog Mamapipie. Seperti biasa, blog ni dari dulu memang meriah dengan giveaway. Korang dah join Giveaway Suka Suki Mamapipie yang terbaru ni? Kalau belum, jom sertai ramai-ramai. Untuk makluman korang, penyertaannya dibuka sehingga 1hb Oktober 2022 ni. Korang boleh klik pada banner untuk ketahui lebih lanjut. Tak join memang rugi. Sebab ada banyak hadiah menarik yang ditawarkan.

 

 

Entri mana yang best?

 

Selain giveaway, blog Mamapipie ada juga cerita pasal makan-makan, lifestyle, travel & bermacam-macam topik lagi. Dalam blog Mamapipie ni, paling Syu suka Segmen Share Resepi Perintah Berkurung. Dah lama dah segmen ni Mamapipie buat sebenarnya. Dua tahun lepas πŸ˜‚. Yang Syu suka tu bukan apa. Dalam segmen ni ada bermacam-macam resepi menarik yang dikongsikan oleh rakan-rakan Blogger kita.

 

Dari resepi lauk-pauk, appetizers sampailah ke pencuci mulut. Satu segmen yang Syu kira agak bagus buat mereka-mereka yang kekeringan idea nak masak apa! πŸ˜† Kalau rasa kekeringan idea. Memang elok sangat rujuk segmen ni πŸ˜ŠπŸ’•. By the way, jangan lupa hantar penyertaan ya! Selamat ber-giveaway & all the best!

 

Giveaway
Klik banner untuk ke link penyertaan πŸ˜ŠπŸ’•.

September 24, 2022

Auntie Anne's Caramel Almond Pretzel Di AEON Seri Manjung Sedap

AUNTIE ANNE'S CARAMEL ALMOND PRETZEL DI AEON SERI MANUNG SEDAP | Sebenarnya di area Ipoh ni pun ada juga cawangan pretzel Auntie Anne's ni.  Nun di AEON Kinta City & AEON Klebang nun. Tapi, entahlah. Tengok orang ramai kata tak sedap & servisnya tak berapa nak okay. Pilihan pun katanya tak banyak πŸ˜…. 


Rindu pretzel air tangan akak ni. Rasanya sama & tak berubah langsung dari dulu sampai ke hari ni πŸ˜‹πŸ₯¨. 

 


Tak cukup satu! 


Bila dah orang ramai bagi reviews macam tu. Maka, sampai ke sudah tak jejakkan kaki ke sana. Rasa macam puas hati lagi beli dekat AEON Seri Manjung. Bukan saja banyak pilihan. Rasa pretzel-nya pun boleh tahan - Mungkin tengok air tangan orang yang membuatnya juga agaknya πŸ˜.


Sejujurnya, pretzel Auntie Anne's di AEON Seri Manjung ni dari dulu memang sedap. Kalau beli memang puas hati. Dah sejuk pun still lagi lembut pretzel-nya. Tak keras kejung macam kulit kaki.


Muka terkejut sebab akaknya tiba-tiba lesap entah ke mana lepas tu muncul dengan beg penuh pretzel 🀣. 


Kalau beli satu seriously memang tak cukup. Tambah-tambah kalau yang makan tu Syu Deris 😁. Itu pasal kalau balik kampung, gigihkan juga singgah ke AEON Manjung semata-mata nak  makan pretzel Auntie Anne's ni.  Sekali beli bukan satu. Tapi lima πŸ–πŸΌπŸ˜‚. 

 


Caramel almond pretzel sedap


Caramel Almond Pretzel. Terpaling favourite πŸ˜‹πŸ₯¨. 


Bila singgah Auntie Anne's di AEON Seri Manjung, semestinya Syu akan repeat beli Caramel Almond Pretzel ni. Rasa pretzel-nya lembut, manis & ada disalut dengan almond cincang & sedikit kelapa kering.


Pada Syu, makan Caramel Almond Pretzel ni tak cicah dengan sos karamelnya pun dah sedap. Sebab pretzel-nya dah sedia-sedia manis. Kalau dicicah lagi dengan sos karamelnya, makin bertambah-tambahlah manisnya 😁.


Sos karamelnya sedap. Tapi Syu tak berapa minat cicah dengan pretzel ni sebab manis sangat πŸ˜…


Pretzel Auntie Anne's ni ada banyak perisa sebenarnya. Ada yang plain, manis, masin, berkeju & macam-macam lagi. Terpulang pada korang nak pilih jenis & perisa pretzel yang macam mana. Kalau Syu, Caramel Almond Pretzel tetap jadi pilihan hati πŸ₯¨❤️.  

September 22, 2022

Cantik Tarikh Hari Ini 😊

Think

CANTIK TARIKH HARI NI | Bismillahirrahmanirahim. Lama betul tak bersiaran di Blogger. By the way, cantik betul tarikh hari ni ya! 22.9.22! Agak-agak ada tak yang pilih tarikh ni untuk apa-apa majlis atau event. Almaklumlah, tarikhnya cantik. Kena pula hari ni hari Khamis malam Jumaat. Alang-alang malamnya boleh lajak sekali untuk buat majlis bacaan yasin. Ada juga berkatnya.

 

Pada Syu, tarikh hari ni boleh dikatakan agak cantik & istimewa juga buat Syu sebenarnya πŸ˜ŠπŸ’•. Bukan apa, pejam celik dah masuk umur sekian-sekian πŸ˜‚. Apa-apa pun syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Buat mak, terima kasih kerana sudi melahirkan & membesarkan Syu dari sebesar kuman hinggalah sebesar-sebesar Doraemon πŸ˜†. 

 

Birthday
Tak sangka encik suami ingat hari lahir kita πŸ˜‚. Balik-balik rumah ada suprise. Dengan muka selebet.

 

Buat encik suami. Terima kasih untuk suprise hari ni tau. Next month kita balas dengan suprise juga okay! Apa-apa pun semoga rumahtangga kita kekal bahagia sampai bila-bila. Nampak gayanya tahun ni kita masih sambut hari lahir berdua. Harap tahun-tahun yang mendatang kita dapat sambut meriah dengan anak cucu. Andai tak ada rezeki...dengan anak cucu bulus pun jadilah πŸ˜‚!

September 04, 2022

Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak

BAN PECAH TANJUNG PIANDANG, PERAK | Ini alkisah hujung minggu lepas, Seperti biasa, hujung minggu sajalah satu-satunya waktu yang Syu ada untuk keluar berjimba-jimba. Tapi, dapat pergi tempat yang dekat-dekat sajalah. Nak pergi bercuti jauh-jauh takut esoknya tak larat nak masuk kerja pula. Jadi, kami berdua laki bini buat keputusan pergi jalan-jalan sekitar Perak saja.


Kali ni ke mana? Ke Ban Pecah Tanjung Piandang pula kita pergi. Bukan apa, saja nak tahu apa yang menarik di sana. Selama hari ni dengar nama & ceritanya saja. Tapi, tak pernah langsung jejakkan kaki. Nama saja orang Perak. Ban Pecah pun tak pernah pergi πŸ˜‚.


Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak
Stickers dekat signboard ni bukti Ban Pecah ni tak sendu dengan pengunjung 😊.  


Sebenarnya, di negeri Perak ni ada banyak tempat santai-santai menarik yang close to mother nature. Salah satunya macam Ban Pecah inilah. Apa yang uniknya pasal Ban Pecah ni ialah daratan & lautannya dipisahkan oleh batas yang dijadikan laluan utama untuk menyusuri pesisiran pantai. Di depannya nun luas terbentang lautan biru Selat Melaka. Manakala, di belakangnya pula terdapat kampung-kampung & juga bendang yang subur tanahnya.

 

 

Lautan sawah padi yang disumpah!


Untuk pengetahuan korang perkataan ban itu bermaksud batas. Jadi, dengan erti kata lain Ban Pecah tu merujuk kepada batas atau benteng yang pecah. Dengar cerita, satu ketika dahulu, sekitar 4 hektar kawasan sawah padi di sini telah musnah ditenggelami air laut disebabkan hakisan ombak yang sangat teruk. Bunyi macam fenomena alam biasa. Namun, disebalik kejadian tu ada cerita tersembunyi disebaliknya. Penduduk di sekitar Ban Pecah memang sinonim sangat dengan kisahnya apabila ditanya.


Dulunya kawasan sawah padi. Tapi dah transformed jadi laut lepas terkena hakisan.


Menurut cerita orang kampung - Sahih atau tidak wallahualam. Kononnya tragedi ban pecah ni terjadi disebabkan sumpahan seorang anak yatim piatu kepada bapa saudaranya. Dengar cerita, sebelum bergelar yatim piatu. Bapa saudaranya telah diamanahkan untuk menjaganya serta harta pusaka peninggalan dari arwah ayahnya. Malangnya, bapa saudara anak yatim tersebut jadi kabur biji mata & berubah menjadi seorang yang tamak haloba 😌.

 

Habis semua harta yang diamanahkan tu dibolotnya. Bukan itu sahaja. Kemudian dihalaunya pula anak yatim tu keluar rumah sehelai sepinggang. Dek kerana rasa teraniaya. Maka, berdoalah si anak yatim tersebut supaya diberikan pengajaran yang setimpal kepada bapa saudaranya.


Ban Pecah Tanjung Piandang


Dengan izin Allah. Doanya diperkenankan. Maka, terjadilah air pasang besar yang seterusnya memecahkan ban & menenggelamkan sebahagian kawasan sawah padi yang ada di Ban Pecah ni. Begitu juga dengan sawah padi yang dimiliki anak yatim tersebut. Begitulah ceritanya. Itu pasal tak elok makan harta & buat aniaya pada anak yatim.




Sejuk mata memandang


Sejujurnya, pemandangan di Ban Pecah ni memang sangat cantik. Tempatnya santai & boleh menenangkan jiwa sesiapa saja yang datang berkunjung. Bukan sahaja boleh hirup udara segar dari angin laut. Pada masa yang sama boleh lihat kehijauan sawah padi juga. 


Ban Pecah Tanjung Piandang
Tempatnya memang mendamaikan sungguh! 😌

 

Selain pemandangan cantik untuk bergambar, Ban Pecah ni juga antara lokasi riadah yang strategik buat kaki-kaki pancing juga. Walaupun hampir keseluruhan pantainya di penuhi cerucuk, ia bukan penghalang untuk pengunjung datang berkunjung. Sebab ada banyak tarikan & aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini.


Ban Pecah Tanjung Piandang
Depan laut. Belakangnya sawah padi. Hanya jalan kecil ni saja jadi pemisah.

Ban Pecah Tanjung Piandang
Banyak batu di Ban Pecah ni. Almaklumlah, tempatnya terdedah dengan hakisan laut.


Ban Pecah Tanjung Piandang
Tak kira panas terik. Pulun nak ber-OOTD juga πŸ˜†.


Ban Pecah Tanjung Piandang
Malangnya tudung & rambut tak nak bagi kerjasama ya. Almaklumlah, angin laut kuat sangat πŸ˜‚.


Pantai Ban Pecah


Ban Pecah ni kalau tak jelajah habis, sampai ke sudah korang tak tahu ada port mandi manda. Jadi, sampai di sini korang kena jelajah dari hujung persisiran pantai ke hujung persisiran pantai. Baru korang akan jumpa hidden gem di Ban Pecah ni. Di sebelah kanan persisiran pantai ada warung & bot-bot nelayan. Manakala di sebelah kiri persisiran pantai pula ada Pantai Ban Pecah.

 

Ban Pecah Tanjung Piandang
Baby crab & udang celup tepung memang murah dekat Pantai Ban Pecah. RM5 sahaja sepinggan πŸ˜‹.

 

Walaupun hampir 80 peratus kawasan pesisiran Ban Pecah ni diliputi cerucuk. Namun, di penghujung Ban Pecah ni ada satu port yang sesuai untuk mandi-manda & beriadah bersama keluarga. Kawasannya pantainya tak adalah besar macam Teluk Batik & Teluk Senangin. Tapi, tempatnya sarat dengan pengunjung. Ada yang datang lepak-lepak & bermandi-manda. Tak kurang juga ada yang datang untuk jalan-jalan cari makan. Macam kitaorang laki bini especially-nya πŸ˜†!

Ogos 22, 2022

Innalillah & Al-fatihah Buat Tokwan

Kemarin, hari sabtu. Abah ada war-warkan dalam WhatsApp group yang tokwan kena demam panas. Katanya, tokwan dah uzur sangat. Ingatkan tak ada apa-apa. Tak sangka pula dalam lepas maghrib tokwan dah pergi tinggal kitaorang untuk selama-lamanya πŸ˜”. Asbab kena demam panas. 


Kemarin, mak & Sarah Deris sempatlah jumpa tokwan sekejap sebelum bergerak ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Masa tu diaorang dah dapat rasa yang arwah tokwan dah semakin nazak. Suaranya pun macam jauh ke dalam bila nak bercakap. Sebelum hembuskan nafas terakhir, mak kata tokwan sempat jamah roti & minum air secawan buat basahkan tekak - Sebak gila bila dengar diaorang cerita 😩.


WhatsApp group


Sebenarnya tokwan dah lama sakit & lumpuh separuh badan. Semua ni jadi lepas tokwan disahkan menghidap penyakit prostat. Dulu, tokwan bolehlah bertatih uruskan diri sendiri. Since 4 tahun lepas, tokwan tak boleh bangun-bangun dah. Kakinya keras & tak boleh menguit langsung. Masa tu, bergilir-gilirlah abah & adik beradiknya membela.



Kini tinggal kenangan


Jika dibandingkan dengan cucu-cucu arwah tok & tokwan yang lain. Kami anak-anak Pak Deris antara yang paling rapih (rapat). Mana tidaknya, dari kecil kami adik-beradik duduk di kampung bersama diaorang berdua. Bersekolah pun di sana juga. Jadi, kenangan manis tu memang banyak bersama. 


Family
Sebelah kanan arwah tokwan tu cucu kesayangan arwah tok 😌. 


Arwah tokwan  memang gila-gila orangnya. Selalu menyakat cucu & boleh dibawa melawak. Berbeza dengan arwah tok. Tok garang πŸ˜‚. Tapi dalam garang-garang tu, cucu dia jangan dijentik. Paling dia sayang adik Syu yang nombor tiga. Walaupun cucunya tu cucu yang paling bingai πŸ˜…. 


Bila terkenang balik memori bersama memang bergenang air mata. Terlampau banyak. Baik dengan arwah tok mahupun arwah tokwan. Apa-apa pun alhamdulillah. Proses pengebumian arwah tokwan smooth saja perjalanannya. Cuaca pun elok Allah aturkan untuk arwah. Innalillah & al-fatihah buat arwah tok & juga tokwan. Semoga kedua rohnya tenang di sana πŸ˜”. Amin... 


Pengebumian

Ogos 20, 2022

Apa Khabar Tempat Kerja Baru?

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum korang. Pejam celik dah masuk pertengahan Ogos dah kita ya. Kerja di tempat baru pun dah hampir sebulan lebih. Entah confirm entah tidak. Harap-harap tak kena extend-lah hendaknya. Sebab memang dah buat sehabis baik dah ni πŸ˜‚. By the way, lama betul Syu tak bersiaran. Last entri pun cerita pasal kek kebun abah. Even balas komen & singgah blog rakan-rakan Blogger pun dah lama tak buat. Harap tak ada yang berkecil hati - Sumpah. Syu memang sibuk sangat! πŸ˜”

 

Think


Korang pun tahukan Syu baru tukar kerja. Agak risau juga sebenarnya kalau-kalau tempoh percubaan dilanjutkan tempohnya sampai ke enam bulan - Benda-benda macam inilah paling dirisaukan bila dalam tempoh probabation period πŸ˜”. Kalau boleh biarlah statusnya confirmed staff. Baru seronok sikit nak buat kerja. Almaklumlah, bila umur dah nak masuk level senja ni memang tak kuasa nak bercari & berpindah kerja bagai πŸ˜‚. 

 

Lagipun, Syu dah mula selesa & dapat adapted dengan persekitaran kerja & staff-staf yang ada dekat sini. Walaupun pada awalnya agak awkward. Tapi, alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Korang doa-doakanlah rezeki untuk Syu ya. Bukan apa, tengok orang lain dah confirmed, jealous pula rasa πŸ˜‚!

 

 

Okey ke tempat kerja baru?


Sehingga ke hari ni, alhamdulillah. Masih belum terkucil lagi. Cuma masa mula-mula saja agak lost sikit. Almaklumlah, baru masuk tempat baru πŸ˜‚. Banyak perkara yang nak kena di-digest. Dulu kerjanya ada kena mengena dengan construction. Kali ni lebih kepada manufacturing pula. Malah, sistem pengurusannya pun agak berbeza sedikit. Pada Syu ianya lebih teratur & tak ada kerja-kerja yang dibuat secara "underground" macam company yang sebelum ni πŸ˜….

 

Dari segi skop kerja, apa yang Syu buat sekarang tak jauh beza pun dengan kerja-kerja yang Syu pernah buat sebelum-sebelum ni. Mostly, masih ada kena mengena dengan HR & admin. Jadi, bila HOD (Head of department) bagi kerja. Tak ada lah Syu terkejut sangat sebab Syu dah familiar 😁. Yang sayangnya, Syu dah tak sentuh dah kerja-kerja yang melibatkan pekerja asing. Yang itu ada HR Executive yang seorang lagi yang handled. Sedih! πŸ˜‚

 

Inilah dia tangga kejayaan Syu setiap hari πŸ˜…. Kalau kekal membulat lagi tak tahulah. 


Sejujurnya, kerja di company ni kena banyak berjalan ke sana ke mari ya. Waima nak masuk kerja pun terpaksa mengucap panjang nak naik tangga - Paling perit lepas kenyang makan tengahari πŸ˜†. Jadi, untuk orang yang dah sedia-sedia berlemak macam Syu ni agak meranalah. Tapi, merananya sejenis merana yang sihat & baik. Pada Syu, tak menjadi masalah. Bukan apa, sambil kerja dapat juga Syu nyahkan segala lemak-lemak yang dah tepu & terlebih manja ni. 


Dulu meja menghadap pintu. Kali ni muka hadap amoi manis 😁❤️. 

Ogos 01, 2022

Kek Kebun Sayur Untuk Abah

Walaupun cuti hujung minggu agak terhad sejak Syu bertukar kerja. Tapi, masa bersama keluarga tetap nombor satu. Tak dengan encik suami. Semestinya dengan family members Pak Deris yang lain. Tak kiralah hujung minggu hari beristirehat sekalipun. Bila dapat luangkan masa dengan ahli keluarga. Tak berehat pun tak apa.



Semalam, semua adik beradik & ipar duai balik ke kampung celebrate hari lahir abah. Kalau ikutkan kemarin nak sambut hari lahirnya. Tapi, terpaksa postponed atas sebab tuntutan kerja. Walaupun agak lambat. Kami adik beradik tetap nak sambut juga. Dapat sambut ringkas-ringkas pun jadilah. Asalkan ada aktiviti bersama yang tersayang.

 


Kek tema kebun sayur


Birthday celebration abah kali ni luar biasa sikit tema keknya. Memang dekat sungguh dengan kehijauan. Selalu kek simple tema bunga-bunga. Kali ni tema keknya ala-ala petani berjaya gitu πŸ˜‚. Almaklumlah, sejak dah pencen. Abah sibuk menyesohkan kebun dia. Jadi, tema kek kebun tu memang kena sangatlah dengan jiwa abah.


Kek kebun sayur
Tengoklah! Comel sangat keknya. Nak makan pun sayang πŸ˜….


Abah kata kalau letak sebiji buldozer dekat tengah kebun tu lagi nampak padu katanya πŸ˜‚.

 

Apa-apa pun terima kasih pada adik ipar Syu. Pandai dia pilih tema. Keknya pun boleh tahan sedap juga πŸ˜‹. Tak tahu berapa harga kek ni. Mesti mahal. Lagipun bukan mudah nak gentel sayur tu sebiji-sebiji. Syu dengar cerita, dekat 3 hari juga tukang buat kek memerah otak nak hasilkan kek kebun sayur πŸ˜….


Tok wan excited nak potong kek. Tapi tak boleh lawan excited hero-hero dekat kiri kanan dia.


Masing-masing tengah sedaya upaya menahan sabar. Almaklumlah mak bapanya sibuk nak ambil gambar.

 

Masa ni semua hero-hero dah tak boleh tahan. Geram tengok sayur-sayur dekat kek tu dari tadi πŸ˜†.

Julai 19, 2022

Farewell Ringkas Di New Yorker Cafe

Agak lama juga Syu tak coretkan sesuatu dalam Syuderis.com ni kan? Almaklumlah, terlampau sibuk dengan urusan tukar kerja. Kemudian, ditambah pula dengan mood beraya raya haji hari tu. Kalau ikutkan ada banyak perkara yang nak diceritakan. Tapi, dek kerana kekangan masa & mood menulis agak ke laut sejak akhir-akhir ni. Maka, Syu biarkan sekejap blog Syu sendu seketika. Harap tak ada yang rindu πŸ˜‚.



Farewell ringkas di New Yorker Cafe

 

Sebelum berhenti kerja hari Selasa lepas. Syu agak sibuk clear-kan sisa-sisa kerja & buat beberapa serahan tugas kepada rakan sekerja Syu. Tak banyak mana pun saki baki kerja yang tinggal. Selebihnya banyak yang Syu dah selesaikan. Especially, hal-hal yang melibatkan pekerja asing. Lagipun projek pembinaan dah tak banyak. Kerja pun tak berapa nak ada. Kalau serah dekat orang baru silap-silap menung tak ada kerja nak buat.


Dalam sibuk-sibuk settle-kan kerja, sempat jugalah rakan sekerja Syu ajak buat farewell ringkas di New Yorker Cafe. Dalam hati baru nak terbang begitu saja. Tak nak ada farewell celebration segala. Dah diaorang nak buat juga. Kita layankan saja. Lagipun, aktivitinya  tak berat mana pun. Cuma duduk makan & sembang-sembang kosong saja πŸ˜†. Kira okeylah kan? Bukan selalu. Sekadar buat syarat sebelum berpisah.


Sejujurnya, New Yorker Cafe ni memang cantik & selesa tempatnya. Sangat sesuai untuk mereka-mereka yang ada perancangan nak buat simple events & parti. Makanan di kafe ni pun boleh tahan sedap. Portion banyak 😁. Harga pun berpatutan. 

 

New Yorker Cafe
Cantik dekorasi dalamannya. Ringkas & sejuk mata memandang.


Masa makan di New Yorker Cafe hari tu, Syu pesan set nasi ayam penyet. Dalam set tu ada disertakan air lemon tea & juga aiskrim. Kira lengkaplah set makan tengahari yang ditawarkan. Lengkap dari main course sehinggalah ke pencuci mulut 😘.


Niat asal nak pesan set spaghetti chicken bolognese. Tapi, memandangkan perut dah lapar nasi. Jadi, kita pesan set nasi saja. Selain set makan tengahari, set sarapan pagi & makan malam pun ada juga. Korang boleh  pergi ke laman FB New Yorker Cafe untuk info lebih lanjut. 

 

New Yorker Cafe
Majoriti pesan set nasi. Cuma yang seorang tu saja pesan set chicken chop


New Yorker Cafe
Sliced cake pun ada dijual di kafe ni. Tapi, kami hanya mampu pandang saja sebab dah terlampau kenyang 🀣. 

New Yorker Cafe
Mati-mati ingat makanan betul. Sabar jelah πŸ˜‚. 


Sebelum balik office cadang nak ambilah gambar beramai-ramai dalam sekeping dua. Tapi malangnya, masing-masing terlupa πŸ˜‚. Almaklumlah dah kenyang makan. Dalam kepala fikir nak balik office terus. Jadi, hanya ada gambar makanan & kafe saja untuk tatapan korang πŸ˜‚.


Apa-apa pun terima kasih pada ex-office mates sebab sudi belanja & buat farewell celebration untuk Syu.  Walaupun hanya duduk lepak makan-makan & sembang-sembang untuk kali terakhir. Pada Syu ianya moment yang sangat berharga. Even though gambar ramai-ramai  lupa nak ambil 🀣. 

Julai 08, 2022

Hari Arafah & Lafaz Niat

 



Jun 30, 2022

Mesin Basuh Tak Masuk Air? Ini Solusinya πŸ˜‰

Tak kisah barang eletrik jenis apa sekalipun. Bila sudah sampai masa mesti akan timbul bermacam-macam masalah. Almaklumlah, benda pakai hari-hari. Lama-lama rosaklah "dia". Beberapa hari lepas, microwave Syu buat perangai - Tak apa. Boleh bertahan lagi tak ada microwave. Kali ini mesin basuh automatik pula. Yang ini rosak, serius Syu menggelupur πŸ˜‚. Dalam hidup Syu Deris, ada 4 peralatan eletrik yang sama sekali DILARANG ROSAK.

 

  • Peti sejuk
  • Mesin basuh
  • Rice cooker
  • Seterika

 

Mesin basuh
SUMBER FOTO : Themanual.com


Nak dijadikan cerita. Masa nak basuh kain haritu, tiba-tiba air tak nak masuk dalam mesin basuh. Padahal, pili air dah Syu buka. Tak pasal-pasal menjerit "kawan" tu minta air. Bila jadi macam ini, mulalah runsing. Sudahlah banyak baju yang nak kena dibasuh.

 

Nak cuci dengan tangan memang tidaklah. Hantar dobi jauh sekali - Malas nak keluar & menunggu punya pasal πŸ˜‚. Nak tak nak terpaksa cari jalan supaya mesin basuh boleh elok balik. Kaji punya kaji. Barulah tahu puncanya kenapa. Terima kasih kepada YTubers di YTube sebab tak pernah kekeringan idea berkongsi jalan penyelesaian  πŸ‘.



Punca air tak nak masuk?


Kalau korang nak tahu. Di dalam mesin basuh automatik, ada satu komponen yang fungsinya mengawal air masuk secara automatik ke dalam mesin basuh. Komponen ini kita panggil water inlet valve. Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil injap. Injap apa? Injap air masuk. Masuk ke mana? Masuk ke mesin basuh.


Bila injap ini rosak, ia sekaligus akan menganggu proses kemasukkan air ke dalam mesin basuh apabila mesin basuh dihidupkan. Jadi, komponen inilah yang perlu ditukar supaya air mesin basuh boleh masuk secara automatik seperti biasa.

 

Water inlet valve
Tukar benda ini settle masalah air tak masuk mesin 😁.


Kos untuk tukar injap ni tak mahal mana pun sebenarnya. Harganya dalam lingkungan RM11 ke RM25. Bergantung kepada model mesin basuh & kategori parts (OEM atau original). Biasanya, injap original mahal sikitlah harganya berbanding OEM. Nak beli di mana? Korang boleh beli injap ni samada di Shopee atau pun di mana-mana kedai alat ganti peralatan eletrik - Nak senang beli di Shopee saja. Tak ada runsing nak bercari kedai πŸ˜†.

 

Actually, tak kisah pun korang nak pilih yang mana satu. Asalkan alat gantinya sama & compatible dengan model mesin basuh yang korang pakai. Macam Syu, Syu pilih untuk beli injap jenis OEM saja. Bukan apa, sengaja tak nak beli yang mahal. Takut eksperimen repair mesin basuh tak menjadi πŸ˜†. Almaklumlah, kita try & error saja repair mesin basuh ni. Itupun lepas buat kajian di YTube.


Filter
Alang-alang nak service mesin basuh. Kita tukar filter sekali. BTW, ubat stapler tu datang dari mana eak?Tiber! πŸ˜—


Untuk mesin basuh Syu ni, Syu pakai mesin basuh model Toshiba AW7480E - Nombor model ni korang boleh tengok di belakang mesin basuh korang. Untuk elakkan kesilapan semasa membeli. Sebaiknya korang ambil gambar & tunjukkan kepada seller. Misal kata korang beli di kedai, nak bawa sekali injap yang rosak ni sebagai sample pun tak jadi masalah. Lagi senang seller nak cari.

 

 

Cara pemasangan injap

 

Di mana tempat korang pasang hos air, disitulah letakknya komponen water inlet valve ni. Untuk menukar injap ni, korang perlu buka kotak panel atau mana-mana bahagian mesin basuh yang menyambungkan water inlet valve dengan hos air - Kedudukan injap mungkin berbeza mengikut jenis model mesin basuh. Kemudian korang hanya perlu tanggal & gantikan injap yang rosak dengan yang baru. Itu sahaja. Senang bukan?


Water inlet valve
Senang saja tukar water inlet valve ni πŸ˜‰.

 

Mesin basuh
Test dulu sebelum pasang covernya semula πŸ˜™. Dah okey baru kita tutup & pasang skru.


Begitulah cara selesaikan isu air tak masuk mesin basuh. Jimat duit & tak payah susah-susah dah nak panggil technician betulkan mesin basuh. Masalah kecil saja. Korang sendiri pun boleh buat. Kalau korang upah technician, Syu rasa lagi lebih dari ini korang kena cas. Jadi, selagi boleh baiki sendiri. Kita cuba baiki. Misal kata tak boleh juga. Sudah sampai masanya untuk nipiskan poket sendiri beli mesin basuh baru - Nak nipiskan poket suami pun boleh juga 😜. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

(P/S : Komponen & cara pemasangan mungkin berbeza mengikut jenis, jenama & model mesin basuh. Kalau rasa tak berapa yakin nak DIY. Sebaiknya rujuk pada yang pakar. Entri ini hanya sekadar perkongsian sahaja πŸ˜ŠπŸ’•)

Jun 27, 2022

Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia

Masuk bulan Jun saja memang Syu sibuk renew permit pekerja asing. Mujurlah pekerja asing tak berapa ramai sebab ramai yang sudah dihantar balik ke negara asal - Check out memo (COM) pekerja asing. Baru-baru ini, Syu pergi ambil stiker permit pekerja asing di Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) di Meru, Ipoh. Memandang prosesnya masih segar dalam otak. Maka, Syu abadikan di dalam Syuderis.com buat rujukan di masa akan datang. Pada yang nak tahu prosesnya macam mana. Baca entri ni sampai habis okey! πŸ˜‰πŸ’•


Tinggal satu lagi stiker nak kena pergi collect πŸ˜…. Malasnya nak pergi imigrisen.

 

 

Apa beza PLKS dengan permit?

 

Sebelum kita pergi lebih jauh. Apa beza PLKS dengan permit ni sebenarnya? TAK ADA BEZA! Actually, PLKS & permit ni benda yang sama. Kalau korang nak tahu. PLKS merupakan singkatan kepada pas lawatan (kerja sementara). Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil permit. Permit apa? PERMIT tinggal & bekerja bagi pekerja asing (PA) & pembantu rumah asing (PRA) 😁.

 

PLKS/permit ni dikeluarkan oleh pihak JIM dalam bentuk pelekat. Pelekat ini akan dilekatkan di dalam passport PA/PRA yang digajikan. Dengan adanya permit ini, mereka-mereka yang bukan berstatus warganegara diberikan kebenaran bersyarat untuk masuk, tinggal & bekerja di Malaysia untuk tempoh tertentu

 

PLKS/permit ini perlu diperbaharui setiap tahun. Tempoh penggajian yang diberikan kepada majikan adalah selama 10 tahun. Misal kata, majikan nak sambung lagi. Tempoh pelanjutan PA/PRA yang dibenarkan terhad kepada 3 tahun sahaja. Tapi, kadar levi lanjutan-nya akan jadi sedikit mahal berbanding sepanjang tempoh penggajian - RM6,000 bagi sektor pembuatan, perkhidmatan & pembinaan. RM2,000 bagi sektor pertanian & perladangan.



Senarai dokumen yang diperlukan

 

Untuk buat PLKS/permit ni mudah saja sebenarnya. Tambah-tambah bila menggunakan sistem e-PLKS@JIM. Dengan cara ini, majikan/wakil syarikat dapat memperbaharui PLKS/permit PA/PRA dengan mudah & lebih efisien. Tidak kira samada secara individu mahupun berkelompok.

 

Dengan sistem e-PLKS ini, majikan/wakil syarikat hanya perlu membuat permohonan PLKS secara atas talian & seterus perlu membuat permohonan buat cetakkan PLKS/permit di JIM yang berdekatan - Untuk menggunakan sistem ini, majikan/wakil syarikat perlu membuat pendaftaran ID terlebih dahulu di JIM.

 

Sekiranya majikan mewakilkan wakil syarikat untuk berurusan dengan JIM. Beberapa salinan dokumen sokongan WAJIB perlu disediakan terlebih dahulu. Dokumen yang tidak lengkap, akan menyebabkan proses pengambilan pelekat PLKS/permit akan ditolak oleh pihak JIM. Jadi, sila pastikan yang korang tak kurang walau satu pun dokumen-dokumen yang berikut :

 

  • Surat lantikan wakil syarikat*
    • Salinan kad pengenalan wakil syarikat
    • Salinan penyata caruman TERKINI (3 bulan) - Disahkan oleh pegawai KWSP
  • Surat permohonan pengambilan permit PA/PRA
    • Salinan passport & permit PA/PRA
    • Salinan resit e-PLKS
  • Salinan kad pengenalan pengarah syarikat
  • Salinan sijil pertubuhan & profil syarikat dari SSM MyData - TERKINI
  • Passport asal PA/PRA


Sekiranya majikan pergi sendiri, korang boleh skip salinan dokumen yang bertanda asterik (*). Walaubagaimanapun, salinan penyata caruman masih perlu disertakan bersama permohonan stiker PLKS/permit untuk pengesahan pegawai JIM.


Permit pekerja asing
Tak perlu ambil angka giliran. Cuma perlu drop dokumen di kaunter ekspres untuk semakan.


Bila semua dokumen sudah lengkap. Korang boleh buat serahan di kaunter ekpress JIM (Kaunter 1) untuk semakan - Kaunter urusan mungkin berbeza disetiap JIM cawangan negeri. Sekiranya dokumen tak ada masalah. Pegawai JIM akan proceed dengan proses cetakkan pelekat PLKS/permit - Pelekat tu nanti pegawai JIM yang akan lekatkan di dalam passport.



Bila sudah selesai, pegawai akan panggil nama syarikat/wakil untuk buat serahan passport. Untuk makluman korang juga, permohonan stiker permit lebih dari satu PA/PRA akan ambil masa sikit untuk dicetak. Biasanya, pegawai JIM akan suruh ambil esok. Kalau satu stiker saja, insyaallah akan siap pada hari yang sama. Untuk kepastian, sebaiknya korang tanya pegawai JIM terlebih dahulu πŸ˜ŠπŸ’•.

 

Permit pekerja asing
Tak ramai orang. Tapi makan masa jugalah nak dapatkan stiker permitnya πŸ˜….

Jun 26, 2022

Minyak Masak Botol Terhad & Tiada Lagi Subsidi

MINYAK MASAK BOTOL TERHAD & TIADA LAGI SUBSIDI || Bermula Julai depan, tak ada lagi subsidi minyak masak botol melainkan minyak masak peket. Sudahlah minyak masak botol makin mahal sekarang ni. Dulu gagah jugalah nak dapat minyak masak botol bawah RM20/5Kg. Sekarang jangan mimpilah. Sebotol saja dah dekat RM30 🀦🏻‍♀️.

 

Minyak masak
SUMBER FOTO : Healthline.com

 

Baru-baru ni pergilah ke pasaraya bercari minyak masak botol. Semua minyak masak tulen dalam botol (5Kg) SOLD OUT ya. Dekat rak semua kosong 😌. Yang tinggal cuma minyak masak campuran jenama Knife & Red Eagle sahaja. Memang tidaklah kita nak beli. Sudahlah mahal. Bau pun tak sedap πŸ˜‚. Selalu kaum cina saja suka minyak campuran dua jenama ni.



Minyak peket tak nampak bayang


Minyak paket jangan cakaplah. Dari dulu kini & selamanya tak pernah nampak bayang πŸ˜‚. Nak dapatkan dalam sepeket pun sikit punya payah. Baik di pasaraya mahupun di kedai runcit. Bila ditanya, memanjang saja kata tak ada stok πŸ€”. Yang hairannya, berkotak-kotak nampak dekat belakang kedai nun.


Bila sudah jadi macam ini. Penyudahnya, minyak botol saja pilihan terakhir yang Syu ada. Apa boleh buat. Nak tak nak kena beli juga. Sebab ianya keperluan. Tak ada minyak masak nak menumis & menggoreng guna apa? Air? πŸ˜…


Minyak masak
Boleh beli satu botol saja 😌. Sedih!


Pernah satu kali pergi dekat satu pasaraya ni. Bila tanya minyak paket mana? Jawabnya dah habis. Okay faham. First come first serve. Tapi, bila pergi ke kaunter bayaran. Bersusun staff pasaraya pergi bayar minyak paket dekat kaunter. Bukan sepeket dua. Berpeket-peket untuk seorang staff. Hairan, ada pula minyak masak peketnya  πŸ˜‘ .



Dulu tak laku & kena banned

 

Memang tak dinafikan yang Malaysia negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia selepas Indonesia & Thailand. Tapi malangnya, minyak masak dalam negara sendiri sikit punya mahal harganya 😌- Ikut harga pasaran dunia agaknya. Sampai tak cukup pun ada. 


Dedulu kalau ikutkan, minyak masak dari kelapa sawit ni tak laku & diharamkan di negara-negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Lepas perang tercetus di Ukraine & Rusia. Barulah minyak kelapa sawit ada demand sampai harga cecah RM8K/tan.


Tapi bila harga minyak masak dah ikut harga pasaran dunia, memang peritlah kita. Nampak gayanya, makan rebus-rebus sajalah kita lepas ni. Minyak mahal punya pasal πŸ˜‚.

Jun 25, 2022

Alasan Berhenti Kerja Terbaik & Munasabah Untuk Diberikan Kepada Majikan

ALASAN BERHENTI KERJA TERBAIK & MUNASABAH UNTUK DIBERIKAN KEPADA MAJIKAN || Contoh surat berhenti kerja sudah ada. Tapi otak pula runsing & buntu mencari alasan berhenti kerja yang sesuai. Bukan apa, mesti korang akan rasa risau. Jika alasan yang diberikan agak kurang munasabah & tak masuk akal untuk diterima majikan.


Ada sesetengah majikan. Mereka akan jadi agak fussy sedikit dalam soal berhenti kerja seseorang pekerja. Tambah-tambah bila ia melibatkan pekerja yang ada potensi & mampu memberikan manfaat kepada syarikat.


Berhenti kerja
SUMBER FOTO : Perkbox.com


Namun, ada juga segelintir majikan yang tak berapa ambil kisah langsung pasal hal ini. Jenis majikan yang macam ini senang nak deal. Silap-silap diaorang sanggup lepaskan korang lebih awal tanpa menghiraukan tempoh notis perletakkan jawatan yang dah dimeterai di dalam kontrak pekerjaan. Tapi semua ini bergantung kepada budi bicara majikan korang juga sebenarnya.



Jadi, alasan konkrit yang macam mana patut diberikan kepada majikan supaya diaorang boleh lepaskan korang dengan mudah? Kepada yang ada perancangan untuk berhenti kerja. Korang WAJIB baca entri ni sampai habis. 

 

 

1) Ikut pasangan berpindah

 

Memang tak dinafikan. Tinggal & kerja berjauhan dengan keluarga antara perkara agak sukar buat pasangan yang sudah berkahwin. Jadi, alasan ikut pasangan berpindah mengikut pasangan merupakan alasan yang paling relevan untuk  diguna pakai.


Demi memenuhi komitmen saya kepada keluarga, saya perlu mengikuti suami/isteri saya berpindah ke tempat lain.


Malah, alasan seperti ini agak sukar untuk majikan tolak. Nak-nak bila ia melibatkan pekerja wanita yang sudah berkahwin & hidup berjauhan dengan keluarga tersayang. Selalunya, kalau isteri ikut suami berpindah memang senang majikan nak lepaskan.


Tapi, bagi kes melibatkan suami ikut isteri berpindah pula. Mungkin agak keberatan sedikit majikan nak bagi. Tapi, bergantung kepada budi bicara majikan juga sebenarnya. Kalau slow talk elok-elok dengan majikan. Insyaallah majikan bagi lepas.



2) Sambung belajar

 

Selain ikut pasangan berpindah. Alasan sambung belajar juga antara alasan yang relevan untuk berhenti kerja. Alasan macam ini selalunya digunakan oleh mereka-mereka yang bekerja secara sambilan. Samada menunggu keputusan SPM, STPM atau keputusan peperiksaan dari universiti semasa cuti semester.

 

Study
SUMBER FOTO : University of Oxford

 

Untuk alasan seperti ini. Seelok-eloknya, korang selitkan juga salinan surat tawaran belajar sebagai dokumen sokongan untuk majikan korang. Sekurang-kurangnya, majikan korang percaya yang korang betul-betul nak sambung belajar.

 

...saya telah mendapat tawaran untuk menyambung

pelajaran saya diperingkat diploma/ijazah/sarjana.


Lagi satu. Kalau boleh, jangan sekali-kali tipu majikan korang. Berhenti kerjalah dengan cara profesional & beretika. Alang-alang korang dah datang minta kerja cara baik. Diterima dengan cara yang baik. Sebaiknya, pergi pun mesti kena dengan cara yang baik juga.

 

Bukan apa. Misal kata lepas habis belajar korang menganggur & tak ada kerja. Korang boleh datang bekerja dengan majikan korang semula. Tak ada lah korang tanam anggur memanjang di rumah sementara nak tunggu kerja lain panggil πŸ˜‰. Jadi, kekalkan hubungan baik dengan bekas majikan korang.



3) Tanggungjawab kepada keluarga


Apabila ahli keluarga berada dalam keadaan yang tidak sihat, uzur & tidak terurus. Waktu kerja yang fleksibel serta lokasi kerja yang dekat dengan tempat tinggal antara perkara yang sangat penting. Memang tak dinafikan komitmen terhadap kerja masih perlu dilaksanakan. Namun, komitmen kepada keluarga tetap menjadi tanggungjawab & kewajiban utama.

 

Bagi isteri/ibu yang bekerjaya pula, sudah semestinya tak menang tangan dalam menguruskan hal rumahtangga & kerjaya pada satu-satu masa. Tak kiralah multi-tasking supermom sekalipun. Tapi, bila sudah terlampau banyak bebanan kerja. Komitmen terhadap kerjaya & keluarga semestinya akan jadi imbalanced & tak teratur.

 

Ibu/ayah/isteri/anak/adik/abang berada dalam keadaan yang uzur.

Saya perlu memberikan komitmen sepenuhnya kepada keluarga saya.

Oleh yang demikian, saya terpaksa meletakkan jawatan

& mencari pekerjaan lain yang mempunyai waktu kerja yang lebih fleksibel.

Serta lokasinya tidak jauh dari kediaman kami.


Ada sesetengah majikan mungkin faham & boleh bertolak ansur. Tapi, tak semua majikan pemurah hati nak bagi waktu kerja yang fleksibel mahupun waktu pelepasan (time off) setiap masa. Sekali sekala mungkin boleh bagi muka. Andai berkali-kali. Majikan pun boleh naik fade-up. Jadi, solusi terakhirnya adalah dengan berhenti kerja & cari kerja lain.



4) Faktor kesihatan


Ada masa & ketika. Kerja yang diberikan majikan mungkin terlalu berat sehingga menyebabkan timbulnya masalah kesihatan. Mungkin disebabkan faktor persekitaran kerja yang tidak sihat, pernah mengalami kemalangan ditempat kerja, waktu kerja yang terlampau panjang serta pekerjaan yang melibatkan penggunaan kederat yang banyak/berat.

 

Alasan berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan antara alasan yang agak sukar untuk majikan kata TIDAK. Tambah-tambah bila ianya berpunca dari syarikat itu sendiri. Lagipun faktor kesihatan pekerja ni penting. Sebab ia sedikit sebanyak boleh memberikan kesan yang buruk kepada majikan & juga syarikat.

 

SUMBER FOTO : Prolawyer

Jadi, sudah semestinya majikan tidak berani untuk menanggung risiko dengan menggaji pekerja yang mempunyai masalah kesihatan. Terutamanya kepada pekerja yang pernah ada sejarah penyakit kronik & pernah mengalami kemalangan ditempat kerja.



Sebelum menghantar surat berhenti kerja. Jangan lupa selitkan sekali laporan kesihatan sebagai dokumen sokongan bagi membuktikan yang korang sebenarnya memang betul-betul sakit & tidak mampu untuk bekerja lagi.


 

5) Mengandung

 

Bila sudah berkahwin sudah semestinya akan ada perancangan untuk ada zuriat bukan? Buat ibu-ibu yang bekerjaya. Tak kira baru pertama kali hendak menimang cahaya mata mahupun bakal menimang cahaya mata yang seterusnya sekalipun. Sudah semestinya akan mengutamakan soal zuriat terlebih dahulu.



Kadang-kadang faktor persekitaran kerja, lokasi & jenis pekerjaan sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kondisi kandungan si ibu. Malah, ada juga yang mengalami alahan teruk sepanjang proses kehamilan sehingga mengganggu perjalanan kerja.


    Untuk makluman tuan/puan, saya kini
telah berbadan dua. Malah, saya juga berhadapan dengan
 alahan yang sangat teruk. Atas faktor ini, saya terpaksa
membuat keputusan untuk melepaskan jawatan saya yang sedia ada demi kebaikkan saya & juga kandungan saya.


Ada sesetengah ibu mengandung jenis yang tahan lasak. Ada sesetengah tidak. Bergantung pada individu. Jadi, alahan mengandung yang teruk serta faktor kesihatan kandungan boleh dijadikan sebagai alasan yang terbaik & munasabah untuk berhenti kerja. 



5) Kembangkan karier

 

Berhenti kerja
SUMBER FOTO : New York Post

 

Mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik juga merupakan rezeki yang agak sukar untuk ditolak. Tambah-tambah bila gaji & manfaat yang ditawarkan jauh lebih baik dari syarikat yang korang bekerja sekarang ini.

 

Dalam kes ini, keputusan untuk berhenti kerja memang sangat wajar untuk dibuat. Dengan adanya pekerjaan yang lebih stabil, semestinya ia dapat menjamin kehidupan korang untuk jangka masa panjang.

 

...saya ditawarkan bekerja dengan jawatan yang lebih baik.

Jadi saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan demi

perkembangan karier & memenuhi keperluan saya.


Adakala, majikan sanggup tawarkan kenaikkan gaji yang lebih lumayan supaya korang boleh pertimbangkan semula keputusan untuk berhenti kerja. Dalam kes ini, terpulang kepada korang sendiri untuk membuat keputusan.

 

Sebaiknya-baik korang teliti semula matlamat utama korang hantar surat berhenti kerja. Andai kata korang terpaksa menolak. Silalah tolak dengan cara yang baik. Syu harap, semua alasan-alasan ni dapat membantu korang untuk berhenti kerja πŸ˜‰πŸ’•.