September 23, 2021

#4 : Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

Bila sebut jer pasal buku, memang bohonglah kalau kata tak pernah baca. Masa zaman sekolah rendah dedulu memang rajin membaca sebab Syu jadi Pengawas Pusat Sumber. Time sekolah menengah pun sama. Memang rajin pinjam buku sebab nak penuhkan sinopsis dalam projek NILAM sekolah πŸ˜†. Kalau buku yang Syu pinjam tu membosankan, Syu salin jer sinopsis yang ada tulis dekat belakang buku tu. Nampak tak cengkelatnyer punya perangai 😝. 


Dalam banyak-banyak buku yang Syu pernah baca, Syu paling suka baca satu buku ni. Tajuknya "The Wishing Chair Collection". Buku ni ditulis oleh Enid Blyton. Memang best ceritanya. Dalam buku ni, dirangkumkan kesemua siri-siri "The Wishing Chair" yang pernah diterbitkan. Kalau nak tahu, buku ni menceritakan tentang pengembaraan dua orang budak dengan kerusi ajaib ke alam fantasi yang penuh misteri. Memang best!! Walaupun bukunya tebal, tetap tak jemu baca.

Biarkan Ia Berlalu
Dah jadi tukun dah novel-novel Syu πŸ˜….

Buku kedua yang Syu suka baca merupakan sebuah novel hasil penulisan Sha Ibrahim yang bertajuk" Biarkan Ia Berlalu". Novel ni Syu beli masa belajar dekat UiTM Shah Alam tahun 2012. Syu pun tak ingat kisahnya pasal apa. Dah lupa dah. Nak kena baca sekali lagi sebab dah lama habis baca πŸ˜‚. Lagipun bukan satu dua novel Syu penah baca. Melambak kot. Novel ni, dia punya tebal jangan cakap lahπŸ˜‚. Nak baca memang sikit punya bercinta. Kalau nak tahu, novel ni kesemuanya ada 98 bab (±1140 muka surat). Memang jenuh nak baca. Tapi disebabkan jalan ceritanya best. So, Syu ambil masa 3 hari jer untuk baca. Dulu time belajar boleh lah nak pulun sebab banyak freetime. Sekarang ni dah tua-tua, baca dua ke tiga muka surat dah mengantukπŸ˜†. 


Panjang pulak entri Syu bercerita pasal buku malam-malam cenggini πŸ˜…. Actually, Syu join satu book giveaway ni. Kalau korang berminat, boleh klik pada banner okay!! Syarat penyertaan pun mudah jer. By the way, Syu sebenarnya tertanya. Fariha Jafri dengan Farhana Jafri ni adik beradik ke? Sebab nama & surname nya lebih kurang sama jer πŸ˜‚. Kalau rajin, tolong jawab jap tuan tanah. Saja nak tahu😁. Good night!! Jangan lupa join giveaway ni tau πŸ˜‰πŸ’•. 


 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Follow blog www.farihajafri.com

2) Follow kedai Shopee emerald_waterfall.

3) Follow akaun social media Farihajafri

4) Publish satu entri bertajuk "Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com"

5) Copy & paste banner kemudian backlink kan ke entri giveaway

6) Ceritakan sikit tentang 2 buah buku terbaik yang pernah korang baca.

7) Tinggalkan link pernyertaan di ruangan komen entri giveaway. 

September 22, 2021

Kahwin Dah Lama, Tapi Belum Mengandung

Mood bangun pagi hari ni memang helok sangat. Tapi, jadi spoiled pulak bila ada golongan-golongan toksik ni muncul dalam kehidupan. Niat asalnya memang dah baik nak wish birthday. Tapi ada jugak hujung-hujung tu ayat yang menyakitkan jiwa. Ingatkan makciks bawang jer perangai kepochi. Pakciks bawang pun boleh tahan jugak yer sama naiknya. Syu bukan apa, mulut tempayan kalau terbuka, Syu tak heran sangat kalau menganga sebabnya tak bebunyi. Busuk-busuk pun ada air jer dalam tu. Bermanfaat jugak lah kalau nak buat basuh kaki  & siram pokok bagai. Kalau mulut tempayan manusia ni, Allah...kena sabar jelah banyak-banyak. Padahal dalam hati, rasa nak ku cili -cili kan ajer tangan yang menaip tu πŸ˜‚.


Pregnant

Syu tertanya-tanya. Teruk sangat ke kalau dah kahwin lama lepas tu tak mengandung-ngandung?? Macam besar bebenor isu tak ada anak ni. Yang peliknya, orang yang tak kahwin tiba-tiba mengandung tak pulak dihairankan. Aduhai, manusia-manusia. Macam-macam perangai lah. Kadang-kadang jadi malas nak layan sebab toksik sangat. Membohonglah kalau berkahwin tak nak ada anak. Tak ada mana-mana perempuan yang jadi isteri tak nak jadi ibu. Tapi kalau dah rezeki tu belum ada, siapalah kita nak persoalkan. Buatlah treatment walau macam mana hebat sekalipun, kalau bukan dengan izin Allah memang tak akan jadi. 



Kadang-kadang Syu perhatikan jugak diorang-diorang yang suka bangkitkan isu pasal anak ni. Pada Syu, tak ada lah hebat manapun. Selalu sibukkan Syu yang tak mengandung-ngandung ni, padahal sendiri yang anak bersusun pun tak terjaga. Bila tak ada anak nak anak. Bila dah bersusun disumpah-sumpah dicarut-carutkan πŸ˜‚. Lepas tu bising, kata anak nakal lah. Penat nak jaga lah. Ni lah dia sejenis manusia yang tak sedar di untung & tak reti bersyukur. Lepas tu, salah kita yang tak mengandung-mengandung ni jugak yang dicarinya. Mental ke apa πŸ˜†? Macam lah esok lusa kalau kita mengandung dia yang usung perut & masuk labour room tolong beranak kan anak kita.



Memang tak dinafikan, kalau mengandung time umur dah nak "expired" ada banyak risiko πŸ˜‚. Nak jaga anak pun tak berapa nak larat sebab dah berumur. Anak bakal berisiko kena down syndrome lah apa lah. Tapi, Syu tengok arwah opah Syu elok jer. Umur 45 tahun mengandungkan mak Syu. Tak ada pulak mak Syu kena down syndrome ke apa. Elok jer lahir normal. Siapa sangka. Gara-gara arwah opah Syu nak kan sangat anak perempuan, arwah sampai sanggup berambik anak angkat. Nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu ada isi. Bila dah dengan izin Allah, segala apa perkara pun kita tak boleh nak jangka. Jadi, janganlah nak jadi bijak pandai mengalahkan Tuhan nak pertikaikan soal rumah tangga orang bila nak ada anak. Kalau nak tanya sekalipun biar berlapik. Kalau orang dah jawab belum ada rezeki lagi, terus tutup cerita. Sebab cerita mengandung-mengandung ni kira cerita dalam kain jugak tau. Kadang-kadang Syu sendiri pun jadi malu & segan nak bercerita.

🎧🎢 Kpop On - L.A.L.I.S.A By Lisa

September 20, 2021

Apam Mekar Unicorn (Sukatan Cawan)

Apam Mekar Unicorn

Petang-petang ni tiba-tiba rasa rajin pulak nak buat kuih. Memandangkan barang pun dah sedia-sedia ada dekat dapur. So, Syu pun buatlah apam mekar untuk minum petang hari ni. Saja-saja cuba. Dah lama sangat tak buat. Lagipun, nak buatnya tak susah mana pun. Cuma kalau teknik tu ke laut, mungkin end resultnya akan mengecewakan sikit lah. Apam mekar ni lebih kurang sama jer macam apam soda. Cuma versi Syu ni guna susu & bukan air berkarbonat perisa aiskrim soda. Disebabkan Syu guna warna ala-ala unicorn, jadi Syu nama kan jelah apam mekar unicorn πŸ˜†, 



Actually nak buat apam mekar ni tak susah mana pun. Semua bahan-bahan yang Syu listkan kat bawah ni korang campur & mix jer sampai kembang. Syu pukul bahan-bahan ni semua tak lama mana pun (Anggaran dalam 5-7 minit) sebab Syu buat untuk satu adunan jer. Bila buat tak banyak, masa memukul tu kurang sikit. Misal kata korang nak buat lebih dari satu adunan, korang cuma perlu lebihkan sikit masa memukul. Untuk pengetahuan korang, satu adunan ni boleh lah dapat dalam 18-20 ketul acuan apam yang warna merah tu.


Apam Mekar Unicorn
Berbunga-bunga hati bila tengok apamnya pecah elok. Ni baru betul apam mekar namanya πŸ˜‹.


BAHAN-BAHAN


1 Cwn. (125 g) -  Cawan Tepung gandum

3/4 Cwn. (125g) - Cawan gula pasir/ gula kastor

1/2 Cwn. (95g) - Susu segar

1 Sdk. (Edited : bersamaan 6g yer uncle gedek πŸ˜…) - Ovalette (Syu guna sudu KFC 😁)

1 Sdk. Esen vanilla

1 Biji (Gred B) - Telur ayam

Pewarna makanan (Kuning, merah & purple)

Minyak masak untuk sapu dekat acuan (Kalau pakai papercup, tak payah sapu minyak)


Adunan yang korang dah pukul kembang tu korang bahagikan kepada 4 bahagian & letak pewarna makanan pilihan korang. Macam Syu, Syu pilih warna kuning, merah & purple. Baru nampak macam ala-ala unicorn sikit. Untuk lapisan pertama Syu letak warna putih & warna-warna yang lain Syu letak dekat bahagian atas. Kukus tak payah lama-lama. Dalam 10-15 minit dah cukup. Simple jer bahan-bahannya & cara nak buatnyer kan. So, pada yang nak cuba sila-silakan. Semoga resepi ni bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh drop dekat ruangan komen. Mana boleh jawab, Syu jawab 😁 . Selamat mencuba!!


Apam Mekar Unicorn
Gebu teroks ni 😁.

TIPS


1) Macam mana nak tahu adunan dah betul-betul kembang? 

- Adunan bertukar jadi warna putih & creamy

-Bila ditarik, adunannya tak meleleh & nampak bertanduk




2)  Kalau acuan tak banyak, boleh guna papercup. Tapi kena make sure papercup tu letak dalam acuan. Kalau tak nanti, shape apam tak cantik & adunan senang melimpah bila dituang.

3) Lepas kukus jangan terus buka penutup. Kalau tak nanti apam akan jadi bantat.

4) Masa nak mengukus, api kena kuat. Baru apam akan masak dengan cantik & sekata.

5) Kukus dalam 10-15 minit jer. Tak kisah lah pengukus ada berapa banyak tingkat sekalipun.

#3 : Suprise Giveaway By Aienienka

Giveaway
Klik pada banner untuk info lebih lanjut πŸ˜.


Sejujurnya, giveaway ni paling lama sekali duduk dalam draft. Start dari tarikh direleasekan sampai ke hari ni baru tengok balik. Semua point entri, banner segala dah ada, Tapi tak tertulis-tulis & publish entrinya, Minta maaf lah yer tuan tanah. Baru hari ni dapat luangkan masa untuk join. Tapi masuk dalam list giveaway marathon lah πŸ˜‚.



Bulan September ni ramai betul blogger buat giveaway yer. Bagus-bagus! At least ada jugak point yang Syu boleh celotehkan bulan ni, tambah-tambah bila dah ketandusan idea πŸ˜…. Pada yang nak join giveaway ni, jangan risau. Masih ada berbaki 3 hari lagi untuk korang submit penyertaan. As long as korang submit sebelum tarikh tutup okay πŸ˜‰!




KEJUTAN BEST?


By the way, the best suprise yang  Syu pernah dapat dalam hidup Syu? Emmm...jap Syu fikir (Dalam otak : Ada ke orang yang pernah buat kejutan best dekat aku? Macam tak hado jer πŸ˜‚). Bukan apa, hidup sebagai seorang Syu Deris ni memang tak ada banyak sangat kejutan yang best-best. Kejutan yang buruk-buruk banyak lah πŸ˜†. Jap Syu fikir lagi...Oh ya... Ada!! Suprise makanan dari GRAB Food. Husband orderkan Mc Donald dari tempat kerja dia.



Actually masa tu, Syu tak tahu pun brother GRAB Food dah sampai depan rumah hantar makanan Sebabnya masa abang GRAB Food datang Syu tengah mandi πŸ˜‚. Yang husband pulak satu hal tak bagitahu ada order makan. Tak tahulah berapa kali brother Grab Food tu tekan loceng. Lepas husband call, tahu-tahu Syu tengok dah ada makanan dekat atas tembok depan rumah. Tapi kalau Syu tahu sekalipun abang GRAB Food sampai, korang ingat Syu nak keluar ke? memang tak lah kan. Dah sah-sah lah pakaian tak proper. Takkan nak keluar berkemban. Kerja gila. Ha3 πŸ˜‚.



Jangan kata kan GRAB Food. Kadang-kadang abang posmen pun selalu datang salah time. Tapi nak buat macam mana kan, Dah tugas diorang hantar barang. Diorang bukan tahu pun kita buat apa dekat dalam rumah.  Tu pasal kalau dekat ruang tamu, memang Syu prepare siap-siap huddy sweater & tudung cekup. Bila orang datang jer terus sarung πŸ˜†. Tak payah pening-pening nak bercari. Tapi kalau time tu Syu tengah ada dalam bilik air ke jamban ke. jangan haraplah Syu nak keluar yer 😝. Memang salah time sangat tu.

September 19, 2021

#2 : Birthday Giveaway Sheila Inspire

Masih belum terlambat lagi untuk Syu ucapkan selamat hari lahir kan Shiela? Walaupun penyertaan dah hujung-hujung tarikh tutup. Alah, macam nak buat assignment masa study dedulu. Last-last minit baru nak buat. Sebabnya, time last minit lah baru ada idea datang mencurah-curah 😁. Tapi kena perah otak sikitlah. By the way, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari lahir buat Shiela & tahniah jugak diucapkan atas kelahiran baby baru Shiela. Semoga mummy & baby kekal sihat sentiasa. Doakan Syu ada baby pulak lepas ni tau. Lama dah tunggu nak ada Syu junior 😁. Tapi masih belum diberi rezeki.

Birthday Giveaway Shiela Inspire

Pada yang nak join giveaway Shiela, korang boleh klik banner untuk terus ke link penyertaan. Macam biasalah. Dah semestinya kena follow sikit syarat untuk join giveaway. Untuk pengetahuan, giveaway ni akan berlangsung sehingga 21 September 2021 ni.  Masih berbaki 3 hari jer lagi. Jom! Kita meriahkan lagi giveaway Sheila Inspire ni. Masih sempat lagi kalau nak join. Mana tahu last-last minit punya penyertaan boleh menang hadiah. Bila dah namanya rezeki. Siapa tahu kan? (Panjang pulak berceloteh. Padahal nak tulis sikit jer πŸ˜….)

#1 : Giveaway By Shida Radzuan

Giveaway Shida Radzuan

Memandangkan hari ni ada kelapangan, Syu cadang nak buat giveaway marathon lah. Selalu buat movie marathon kan. Kali ni buat giveaway marathon pulak πŸ˜†. Ni kalau ada 100 giveaways, mau kepak jari menaip. Nasiblah giveaway yang Syu bookmark tak sampai 10. Kalau tak, memang tak berani nak buat giveaway marathon πŸ˜†. So, giveaway marathon yang pertama yang Syu nak sertai hari ni adalah giveaway dari kak Shida kita. Syu panggil giveaway ni giveaway tak ada angin tak ada ribut. Sebab kak Shida buat pun tergempar & santai-santai gitu πŸ˜…. 


Sejujurnya, ini lah antara salah satu sebab kenapa Syu suka blog ni. Malas nak selindung-selindung dah. Actually, Syu suka join giveaway dari blog kak Shida ni. Walaupun tak pernah menang hadiah utama. Tapi Syu suka. Sekurang-kurangnya content blog Syu terisi dengan aktiviti. Selain dari giveaway, Syu suka perkongsian masak-memasak dari kak Shida. Kalau tengok menu-menu yang kak Shida post dekat blog memang boleh mengundang lapar sungguh πŸ˜‚. Especially, post pasal resepi mi MAGGIE tumis hari tu. Dah lah Syu blogwalking pukul dua tiga pagi. Elok-elok tak lapar terus jadi lapar πŸ˜‚. Padahal, mi MAGGIE je pun 😁. Pada yang berminat nak join giveaway by Shida Radzuan ni korang boleh klik banner untuk terus ke link penyertaan. Berikut antara syarat-syarat penyertaan yang korang kena follow.
 


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Buat satu entri bertajuk Giveaway by Shida Radzuan
2) Follow Sosmed kak Shida : Blog + Facebook + Instagram + Twitter
3) Letak banner giveaway berserta backlink
4) Cerita sikit dalam entri : Apa yang korang suka tentang blog kak Shida
5) Submit link penyertaan diruangan komen di blog Shida Radzuan


Untuk makluman korang, giveaway ni akan berlangsung selama 15 hari sahaja. Mulai 18hb September 2021 sehingga 2hb Oktober 2021. Pemenang yang bertuah akan memenangi hadiah misteri dari kak Shida kita & keputusannya akan diumumkan melalui cabutan nama. Lagi satu, dengar cerita kak Shida akan tambah hadiah lagi kalau penyertaan peserta melebihi 50. So, apa tunggu lagi. Jom kita sama-sama meriahkan giveaway ni. Lagi ramai join, lagi meriahπŸ˜ŠπŸ’•. 



Hinakah Berstatus Janda?

[jan.da] | Ψ¬Ω†Ψ―Ψ§


Orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian.


-Dewan Bahasa & Pustaka-

Nauzubillahiminzalik. Bagi lah dekat mana-mana wanita sekali pun. Tak ada wanita mana pun yang niatnya membina masjid semata-mata nak pegang gelaran janda ni. Kita dah sedia-sedia tahu. Semua perkara yang melibatkan ajal maut & jodoh tu semua Allah yang tentukan. Lain orang, lain jalan ceritanya yang Allah dah atur.  Kadang-kadang, tak semua perkahwinan tu akan berakhir dengan bahagia macam yang kita nak kan sepertimana dalam drama love story dekat TV.  Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.


Hinakah Berstatus Janda

Jadi, kita sebagai orang luar sangat tak layak untuk pertikai apa yang berlaku dalam rumahtangga orang. Itu sebab dalam perkahwinan adanya nikah, cerai & rujuk. Andai  perceraian tu jalan terakhir kepada kemelut rumahtangga, tak ada siapa yang dapat menghalang. Sebagai orang luar janganlah nak judgemental sangat dalam soal dalam kain orang lain. Takut nanti kain sendiri koyak langsung tak sedar. Kadang-kadang Syu pun tak faham dengan mulut-mulut bawangian yang toksik kat luar sana. Tak kahwin salah. Dah kahwin salah. Bercerai pun salah? Dah tu apa yang betulnya yer?



JANDA VS. DUDA


Dedulu, menjadi janda ni memang dipandang serong sangat-sangat. Tak kisah lah samada menjanda disebabkan diceraikan, mintak cerai mahupun bercerai mati. Kalau yang bercerai mati tu mungkin ada elok sikitlah dipandang. Sebab bila bercerai mati, tak banyak hal yang nak dipertikaikan. Kebiasaannya yang selalu jadi bahan ejekkan adalah kalangan janda yang terlibat dalam kes bercerai hidup. Semestinya janda yang bercerai hidup ni akan jadi topik bualan hangat makciks-makciks bawang. Bila dah pegang status janda ni, ada segelintir masyarakat beranggapan yang janda ni jahat. Suka goda suami orang lah apa lah. Senang cerita, semua serba serbi buruknya pada janda. Padahal tak semuanya berperangai macam tu. Takkan lah dek kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. 



Yang hairannya, duda tak pulak kena tempias yer πŸ˜…. Idak pulak diorang dicop perampas mahupun perosak rumahtangga orang. Jika dibandingkan dengan wanita yang pegang status janda, lelaki  yang pegang status duda jarang sekali terpalit dengan apa-apa spekulasi & andaian buruk oleh masyarakat. Mungkin dek kerana duda ni seorang lelaki, barangkali susah sikit untuk dibuli & diperkotak-katikkan jika dibandingkan dengan janda yang seorang wanita. Pernah rasa penumbuk duda? Nak rasa cubalah.



STIGMA MASYARAKAT HARI INI


Sekarang ni dah zaman millennium. Zaman moden. Sewajarnya, pandangan tu jauh ke depan bergerak seiring zaman. Tapi, masih ada lagi ke yang cop janda ni jahat? Kaki kikis & perosak rumahtangga orang? Mungkin ada segelintir janda yang berbuat macam tu. Tapi takkan disebabkan segelintir janda yang buat perangai tak semenggah, kita semua nak pukul rata pada diorang-diorang yang tak ada kena mengena. Pada Syu, itu tak adil. Walaupun Syu pernah alami dalam keluarga Syu sendiri. Tapi, itu tak menjadikan Syu stereotype untuk melabelkan semua janda ni jahat. Walhal Syu tengok mak Syu (sebelum berkahwin) & kawan Syu elok jer perangai. Idaklah pulak diorang menggoda & merosakkan rumahtangga orang. Yang tergoda tu mungkin lah. Ironinya bukan orang lain pun yang tergoda. Selalunya, suami-suami makciks-makciks bawang toksik tu jugak yang sibuk kejarkan janda.



Kadang-kadang sedih tau. Golongan-golongan yang macam ni selalu sangat dipandang serong. Padahal diorang tak ada salah apa pun. Kalau jenis janda yang jahat tu tak boleh nak kata apa lah kan. Cuma yang tak ada salah apa tu turut terpalit sama.  Walhal, ada dikalangan janda ni terdiri dari kalangan ibu tunggal yang gigih mencari rezeki untuk menyara anak-anak & tak terlibat langsung pun dalam bab nak menjatuhkan masjid orang. Ini antara bait-bait luahan seorang janda yang Syu baca dalam salah satu blog. Memang sedih jugaklah baca luahan dia. Cerita penuh boleh baca dekat SINI.

Yang perempuan pulak, ramai yang menjuih2 bibir pandang kami penuh prasangka. Nak ngorat suami diorang lah, dikatakan tak reti jaga suami. Lebih buruk lagi ditambah perisa & disensasikan kisah perceraian kami yang memang selalunya kalian tak tahu punca sebenar. Diperli2 kami sehingga kami malu nak menghadap masyarakat. Kami bukan bahan hinaan. iktiraf kami sebagai ibu tunggal yang berjuang sendirian membesarkan anak2. Kalau ada golongan kami yang jahat atau terlebih hot & nakal, jangan lah kami semuanya dilabel sama.


(Sumber : iiumc.com)

Zaman sekarang ni janda-janda kat luar sana dah tak macam dulu. Kebanyakannya dah jadi golongan cerdik pandai, bekerjaya & pandai berdikari. Bahkan, tanggungjawab sebagai ayah pun diorang galas sorang-sorang. Ada sesetengah masyarakat hari ni, especially yang duduk di bandar-bandar besar, memang dah tak hairan dah dengan wanita-wanita yang pegang status janda.  Sebab diorang tahu, betapa struggle-nya menjadi janda & ibu tunggal kepada anak-anak jagaan diorang walaupun si duda yang menjandakan si isteri ada yang culas dalam bab nafkah anak-anak. Jadi, sudah-sudahlah menghina wanita yang bergelar janda ni. Dari dok kutuk-kutuk janda jahat penggoda bagai, lagi elok kita berikan sedikit bantuan & dorongan untuk diorang teruskan hidup. Bukan nak menangkan janda ke apa. Cuma nak pesan. Janda tak semua jahat. Tak semua penggoda & perosak rumahtangga. Sekian saja, topik pasal janda.


September 18, 2021

New Camping Tent in The House

Hi blogger fellas!! Good evening. How's your weekend going? Me? This time, I prefer to stay at home. Do some cleaning stuff, playing with some dirts at my backyard garden & of course waste a little bit of my time with my fluffy clingy creatures.You know what? During Malaysia Day, I've no idea what to do. So, I spent my time by searching some items in Shopee. And of course, that searching was ending with buying. πŸ’Έ Say goodbye to my money. That's the true power of Shopee seduction πŸ˜…! I admit that. As a result, I end up with purchased some of my camping stuff in Shopee. 

My precious camping tent πŸ˜ŠπŸ’•


This afternoon, I received one of them from JnT Courier Service. For your information, this is my first purchase since my account  got banned from Shopee πŸ˜…. Actually, it didn't take so long to reactivate back my account. After submitting my appeal through email to Shopee Pay team, less than 24 hours I managed to log into my account again. You can read more about my Shopee account got banned experience here (Part 1 & Part 2). 

This one got more space & look comfortable compared to my old one. Can't wait to use it! 😁

Currently, I already got two camping tents. However, both that camping tents are quite small for me & husband to use. So, I decided to purchase the new & huge one as replacement. This time I chose mini bazoogi camping tent with measurements of 200cm x 200cm x 130 cm. This camping tent can loads 4 persons in it. Even though the price is quite pricey, overall I'm satisfied with the quality of the product. Now, where should I go for the next camping 😜? Teluk Batik? Nah...not again. I better find another place next time.

The bottom sheet made from durable canvas & it's waterproof too. That's why the price was a bit expensive 😁.


September 17, 2021

Baru Dia Tahu, Mi Sedap Tu SEDAAP!! πŸ˜†

Masa mula-mula kahwin dedulu, husband ada cakap yang dia tak suka mi SEDAAP ni. Sebab katanya tak sedap πŸ˜…!! Bulan lepas, masa keluar berbeli barang dapur, Syu sempat grab senyap-senyap barang sebungkus. Asyik makan MAGGIE jer, lama-lama naik jemu lah pulak. Sekali sekala, kita tukar selera makan mee goreng segera SEDAAP pulak.

Syu beli pun sebab nak lepas gian makan Mi SEDAAP jer. Lama sangat dah tak pekena. Syu tak ada lah ambik banyak. Sebab yang sorang tu kata tak suka 😁. Lagipun dalamnya dah ada 5 bungkus. Nanti grab banyak-banyak takut tak termakan pulak. (Eh, kejap-kejap. Grab sebungkus? Dalam ada 5 bungkus. Apa bendalah ayat Syu ni. Bungkus dalam bungkus? Ha3 πŸ˜‚. Patutnya 5 pek lah kan?)

Mi Sedaap
"Jelas terasa sedapnya". Memang ngam lah dengan slogan dia πŸ˜…. 

Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu Syu masaklah satu pek sekali dengan pakej scrambled egg. Husband nampak dia pun jadi terliur. Cubalah makan dalam sesuap. Kunyah-kunyah. Tiba-tiba dia diam kejap (Menghayati kesedapan agaknya 😁). Lepas dah telan baru ada respon kata sedap πŸ˜†! Lambat nau respon nya. Dia punya gaya makan mee segera macam makan hati.


Bila ditekak dah kata sedap, tak pasal-pasal disuruhnya Syu buat yang baru. Yang Syu punya di ambiknya. Dalam hati Syu "Baru dia tahu, mi SEDAAP tu SEDAP!!". Dulu kemain menyombong πŸ˜†. Asal nak beli jer kata tak sedap. Asal tunjuk jer, memanjang kata tak sedap. Padahal tak pernah di rasanya. Bila dah tau sedap, sampai ke hari ni asyik dok mengulang restock mi SEDAAP sampai mi MAGGIE pun dilupakannya.

Mi Sedaap
Maaflah. Food plating tak semenggah sikit πŸ˜…. 

Malam tadi kitorang try pulak yang pek JUMBO sekali pakej scrambled egg 😁. Tapi kan, yang pek JUMBO ni macam kurang sikitlah rencahnya. Yang membezakan dengan pek biasa cuma dia punya kuantiti mi jer. Mi dalam pek JUMBO ni macam banyak sikit berbanding dengan pek biasa. 

Bila makan mi goreng segera. Tiba-tiba teringat masa zaman belajar dedulu. Selain nasi, mi segera ni lah makanan pengganti nasi time poket tengah senak. Nak mintak duit dekat mak & abah segan. So, makan jelah mi segera sampai lah abah telefon tanya ada duit lagi ke tak πŸ˜…. Kadang-kadang sampai kena marah sebab tak bagitahu duit dah licin. Bukan tak nak mintak, cuma terfikir & kesian dekat abah sebab ada banyak lagi yang dia nak kena tanggung kat rumah.


Actually ada banyak lagi perisa mi SEDAAP ni. Cuma setakat ni yang Syu boleh terima mi goreng jer. Itupun beli yang original. Pernah cuba yang sambal & ayam. Tapi tak sedap πŸ˜†. Siapa dekat sini suka Mi SEDAAP angkat tangan!! πŸ™‹

September 16, 2021

Kuih Bulan Baker's Cottage

Semalam Syu kena masuk office setengah hari sebab ada hal kerja sikit yang nak kena bagi settle. So lepas habis kerja, on the way balik tu sempat lah singgah ke Baker's Cottage sekejap untuk beli ayam panggang (Gambar ayam tak sempat nak ambik. Sebab dah kena ngap!!πŸ˜‚). Murah jugak ayam panggang dekat Baker's Cottage. Seekor RM11.90 jer. Tak ingat dah berapa kali repeat order πŸ˜†. Kat Baker's Cottage ni ada dua flavour ayam panggang yang  korang boleh pilih. Flavour barbeque (BBQ) & lada hitam. Dua-dua flavour Syu dah rasa. Kalau Syu, Syu lagi suka flavour BBQ lah. Husband Syu pulak suka yang lada hitam πŸ˜….  Tapi kalau beli mana-mana flavour pun Syu makan jer. Cuma yang BBQ tu lebih moist sikit lah compare to BBQ. 

Kuih Bulan Baker's Cottage | Taro Jingsa

Dalam tengah dok submit order dekat cashier, terpandang pulak kuih bulan dekat rak. Memang cantik & helok jer tersusun. Tengok packaging saja dah tergoda. Bila dah terpandang, tekak ni pun teringin lah nak cuba barang seketul dua. Actually, sebelum-sebelum ni Syu pernah jer makan kuih bulan. Tapi malangnya rasa kek bulan tu tak sedap & tak boleh diterima tekak Syu πŸ˜…. Barangkali bahan-bahannya bukan dari bahan yang berkualiti premium agaknya. Padanlah dengan harganya yang tak sampai RM5 seketul. 


Kali ni Syu saja nak cuba makan kuih bulan yang mahal sikit dekat Baker's Cottage. Betul ke mahal? Boleh tahanlah...Seketul tu ada lah dekat RM15 πŸ˜‚. Sekali sekala nak merasa. Tak ngapa lah. Pandang sebelah mata jer. Lama jugaklah Syu duduk depan rak kuih bulan tu. Bukan apa, saja ambik masa baca ingredients yang dia letak. Filling kuih bulan yang Syu beli ni ada letak taro atau keladi. Namanya kat packaging dia tulis "Kuih Bulan Jingsa Keladi"? Tak tahulah Syu apa benda Jingsa tuπŸ˜…. 

Kuih Bulan Baker's Cottage | Taro Jingsa

Inilah rupa isi dalam kuih bulannya bila dah dipotong. Dari kulit luar sampailah ke isi dalam, memang cantik. Nak makan pun sayang😌. Tapi kalau tak makan, nak simpan sampai bila ye dak? Kalau nak tahu, inti yang hitam (actually warna dark purple) tu sebenarnya lotus paste yang memang khas digunakan untuk buat kuih bulan. Rasa dia seakan-akan sri kaya tin brand Yeo's pun ada. Memang sedap! Rasa keladi tu macam tak ada. Walaupun kuih bulan yang Syu pilih ni berperisa keladi πŸ˜….


Dalam paste hitam tu ada lah jugak dicampur sikit dengan melon seeds. So bila kunyah tu adalah rasa ranggup-rangup kekacang. Manisnya pun memang ngam-ngam.  Yang kuning tu pulak kuning telur masin yang dah di lenyek. Bila makan, teksturnya lembut & cair jer bila masuk dalam mulut. Percayalah cakap Syu. Memang sedap kuih bulan dari Baker's Cottage. Kalau tak, tak takdelah seketul besar ni Syu sorang jer yang makan πŸ˜†. Pertama kali dalam sejarah Syu dapat habiskan seketul tanpa share dengan siapa-siapa. Serius, memang highly recommended untuk korang yang nak beli!!πŸ˜‹

Selamat Hari Malaysia



Ψ¨ِΨ³ْΩ…ِ Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…َΩ†ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ِΩŠΩ…

Lambat sikit Syu bersiaran hari ni 😁. Hari ni public holiday bersempena Hari Malaysia. Tapi sejak kena WFH, rasanya macam hari-hari public holiday. Cuma hari ni tak ada feel tak ke mana-mana. Mungkin sebab dah puas ber-"camp" ung dekat tepi pantai hari tu.

Hari Malaysia Ke-58

Apa-apa pun, di kesempatan ni Syu nak ucapkan Selamat Hari Malaysia buat semua rakan-rakan blogger Syu & seluruh keluarga Malaysia kita. Tak kira di mana jua korang berada. Selamat bercuti & selamat beristirehat disamping keluarga. Pada yang nak keluar bergumbira tu stay safe & janganlah dok pulun pergi tempat yang dah sedia-sedia crowded πŸ˜…. Kalau dah nampak tempat tu dah rupa macam semut hurung carilah tempat lain okey.

 Bumi Malaysia bumi bertuah
Berbilang bangsa hidup muhibbah
Hari Malaysia hari bersejarah
Nak dibentuk digubah sangatlah payah

Rukun negara jangan dilupa
Tonggak perpaduan rakyat jelata
Jalur gemilang identiti kita
Sayang & hormati tanda setia


SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE-58!! 

September 15, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 4

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Sesampai jer di rumah, Mira rasa seronok sangat dapat luangkan masa dengan Ghaz. Dalam dia tengah senyum-senyum happy. Mira tak sangka yang papa dia ada dekat ruang tamu πŸ˜‚. Bila dia nampak papa dia, terus tak jadi nak sengeh-sengeh macam kerang busuk. Sebelum dia naik ke bilik, Mira sempat luangkan masa bersembang dengan papa dia. Macam biasalah bila dah bersemban-sembang, papa Mira mulalah bukak topik pasal Fizi. Mira pun dah jadi macam cacing kepanasan lah dibuatnya. Selagi boleh Mira cuba nak elak bila papa dia bukak topik pasal Fizi. Lagipun, Mira bukan ada apa-apa perasaan pun dengan si Fizi tu. Dalam papa Mira sibuk dok berceloteh, tiba-tiba ada mesej masuk. Malam tu, Haji Dollah ajak papa Mira keluar lepak dekat restoran janda. Tak tahulah janda mana. Nak tak nak papa Mira terpaksa ending kan conversation dia dengan Mira. Alasan papa Mira, kawan ajak jumpa dekat surau πŸ˜‚.

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Malam tu Ghaz & Fendi tak tahu nak pergi ke mana. So, diorang pun lepaklah dekat cafe kak Zetty. Sambil-sambil tu diorang bersembang-sembanglah dengan kak Zetty pasal Mira. Tak disangka-sangka, dalam tengah rancak bersembang tu ada seorang lelaki tegur kak Zetty. Allah, papa Mira rupanya!! Ghaz & Fendi pun apa lagi. Sorok mukalah tak nak bagi papa Mira nampak πŸ˜‚. Tak sangka, restoran janda yang Haji. Dollah maksudkan tadi tu  rupa-rupanya kak Zatty punya cafe.


Actually, papa Mira tak perasan pun yang Ghaz & Fendi ada dekat tempat kejadian sebab Ghaz & Fendi pandai cover. Bila dah nampak papa Mira ada dekat cafe kak Zetty, Ghaz & Fendi pun jadi tertanya-tanyalah kenapa papa Mira boleh ada dekat situ malam-malam. Ghaz & Fendi pun apa lagi. Diorang pun sibuklah pasang mata. Kemain sakan papa Mira malam tu.  Ranggi pakaian dia mengalahkan orang muda. Cara bersembang dengan kak Zetty pun lain macam. Seolah-olah papa Mira ni  macam ada hati dengan kak Zetty. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Dalam diorang tengah dok sibuk-sibuk mengintai papa Mira, tiba-tiba muncul Ghaz punya secret admire. Masa ni Ghaz memang dah gelabah. Risau takut-takut papa Mira nampak. Tambah pulak secret admire Ghaz tu jenis yang gedik orangnya. Mana nak reti cover-cover. Tapi nak tak nak sambil-sambil tu Ghaz terpaksa layan jugak. Sebab tak nak orang tu kecil hati. 


Dalam diorang tengah nak cover-cover tu, entah macam mana papa Mira pulak nampak diorang duduk bersembang-sembang lelaki perempuan. Naya Ghaz & Fendi. Dah confirm-confirm akan jadi point untuk papa Mira reject untuk dijadikan menantu. Balik jer rumah, papa Mira pun apa lagi. Membawang lah dia dekat mama Mira. Tapi, mama Mira malas nak ambik port sangat sebab dia malas nak percaya cakap papa Mira. Takut jatuh fitnah. Bagus jugak mama Mira ni. Sekurang-kurangnya dia tak sama naik dengan papa Mira dalam bab-bab memburuk-burukkan orang πŸ˜‚.

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Keesokkan paginya, masa nak pergi kerja, Ghaz & Fendi ternampaklah mama & papa Mira dekat depan rumah.  Diorang baru balik dari pasar agaknya. Fendi pun bagilah idea dekat Ghaz supaya tegur mama & papa Mira. Mana tahu bila tegur dapat naikkan  saham Ghaz untuk jadi calon menantu pilihan. Masa Ghaz tegur, mama Mira okay jer. Tapi papa Mira pulak yang pandang sepesen dengan Ghaz & Fendi. Bila Ghaz & Fendi nampak papa Mira dah buat muka macam nak makan orang, diorang pun tak berani lah nak tunggu lama-lama dekat depan rumah Mira. Takut kena ngap! So, diorang pun gerak jelah pergi kerja macam biasa. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Masa dekat tempat kerja, Mira jumpa Ghaz & Fendi dekat ruangan rehat. Dia cadang nak ajak Ghaz & Fendi balik sama-sama lepas kerja nanti. Tapi Fendi awal-awal menolak dengan alasan tidur dekat rumah mak sedara. Padahal tak pun. Saja jer nak bagi peluang Ghaz luangkan masa dengan Mira. Nak tak nak, Ghaz pun terpaksalah terima pelawaan Mira tu. Rumah pun dah sebelah-sebelah, tak kan nak kata dah pindah rumah lain pulak kan πŸ˜†. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

So lepas habis kerja, Ghaz & Mira pun baliklah sama-sama. Sesampai jer dekat depan pagar rumah, Ghaz & Mira nampak motor Fizi parking betul-betul depan rumah Mira. Ghaz pulak jadi macam tak syoklah bila nampak motor bos dia dekat rumah Mira. Mira pun tertanya-tanya jugak, apa yang Fizi buat dekat rumah dia. Tanpa buang masa, Mira pun bagitahu dekat Ghaz nak masuk ke dalam rumah dulu. Ghaz pun ya kan jer. Padahal dalam hati dah rasa tak sedap. Bersambung...

September 14, 2021

Ber-"camp"ung Di Tepi Pantai 😁

Alhamdulillah. Sekian lama menanti. Akhirnya, selesai sudah berpantang 14 hari dari vaksinasi πŸ˜„. Apa lagi, on vacay lah kita. Memandang status MySejahtera pun dah bertukar ke "Fully Vaccinated", maka hujung minggu lepas Syu & husband dah start buat outdoor aktiviti kegemaran kitorang berdua iaitu berkhemah atau Mat Salleh panggil "camping" 😁. Sebelum kerajaan umumkan total lockdown, Syu & husband sempatlah jugak spend time bercamping sama-sama dekat campsite di Gopeng. Bila dah berbulan-bulan terperap tak boleh keluar ke mana, semua barang-barang berkhemah Syu lepapkan dalam stor. Masa keluarkan balik, terpaksalah Syu bagi bersih & cuci sikit-sikit sebab dah berhabuk.


By the way, untuk pengetahuan korang. Weekend hari tu, kitorang decide untuk ber-camping 3 hari 2 malam dekat Teluk Batik Campsite & Teluk Senangin 😁. Selalunya, dua port camping ni memang pilihan Syu & husband untuk ber-camping bila pergi ke daerah Manjung. Kali ni Syu & husband tak pergi berdua. Kitorang pergi beramai-ramai dengan family belah suami. Alhamdulillah diorang semua pun dah lengkap dua dos macam kitorang. Jadi, tak jadi masalah lah untuk kitorang semua rentas daerah.  Actually, diorang satu family dah lama "fully vaccinated" sebab diorang bertugas sebagai frontliners.


Teluk Batik Campsite
Alhamdulillah. Lengang tak ada orang πŸ˜…. Dalam campsite cuma ada 4 khemah jer termasuk kitorang. 


JUMAAT, 10/9/21 (Campsite Teluk Batik) - Hari Jumaat malam Sabtu tu kitorang ber-camping dekat Teluk Batik Campsite dulu & the next malamnya baru kitorang bermalam pulak dekat Teluk Senangin. Memang seronok tak terkata. Dua malam tu memang sejuk sangat angin pantai. Memang terubat sungguh rindu nak outing dengan family. Masa malam pertama kitorang pacak khemah, tak ramai pun orang ber-camping dekat Teluk Batik Campsite ni. So, memang seronoklah sebab tak payah-payah sibuk pening kepala nak memilih tapak. Tapi, esoknya baru ramai orang walk-in dekat campsite & datang bersidai dekat tepi pantai. Nak kata crowded sangat tu taklah. Masing-masing yang datang masih lagi follow SOP. Bagus orang-orang Perak ni. Tapi Syu boleh nampaklah, rata-rata yang datang tu memang muka-muka yang rindukan laut 😁.


Teluk Batik Campsite
Angin malam memang sejuk sangat kat Teluk Batik Campsite ni. Memang selesa lah bila tido 😊.


Untuk makluman korang, sewa tapak tak mahal mana pun. Satu malam cuma RM40 jer untuk satu tapak khemah.  Kalau nak tambah add-on plug point, korang cuma perlu tambah RM10 lagi. Tapi korang kena make sure yang korang  pilih tapak khemah yang dah sedia ada plug point. Kalau korang pilih tapak yang jauh dari plug point, korang memang takkan dapat power supply sebab diorang tak ada tarik cable untuk supply eletrik macam dekat Teluk Senangin. Bila ada plug point ni senanglah korang nak guna eletrik untuk memasak (Syu bawak rice cooker. Senang nak masak nasi 🍚) & cas handphone bagai. Powerbank boleh simpan pulak untuk kegunaan lain 😁. Dedulu, tapak khemah ni tak terbela. Tapi sejak Majlis Perbandaran Manjung ambik alih, barulah ada rupa sikit. Selesa sangat bekhemah dekat Teluk Batik Campsite ni. Malam-malam ada pak "guard" & staff MBI ronda. Tempat tak gelap. Nak ke tandas pun dekat 😁. 


SABTU, 11/9/21 (Pantai Teluk Senangin) - Lepas jer makan tengahari, petang sikit dalam pukul 4 macam tu kitorang pun packing segala barang camping & tukar tempat berkhemah ke Teluk Senangin pulak (Dalam hati: "Dah macam orang nomad sampai nak kena berpindah randah bagai πŸ˜‚). Kalau ikutkan kitorang nak terus stay sampai hari Ahad dekat Teluk Batik Campsite tu. Tapi memandang air laut pun macam kuat sangat ombaknya. So, kitorang terpaksa buat keputusan untuk tukar tempat camping. Lagipun, kitorang ada bawak budak-budak sekali. Takut pulak nak lepaskan diorang mandi-manda time ombak tengah kuat. Bukan apa, risau. Sebab pernah ada kes orang mati lemas dekat Teluk Batik tu πŸ˜‚. At least, kalau dekat Teluk Senangin, ombak lautnya tak ada lah deras sangat. Dasar laut pun landai jer. Tak curam ke dalam macam dekat Teluk Batik. Budak-budak pun boleh mandi. 


Pantai Teluk Senangin
Pemandangan yang sangat-sangat dirindui πŸ˜ŠπŸ’•.

Dekat Teluk Senangin, harga tapak khemah ada murah sikit lah compare to Teluk Batik Campsite. Kalau pandai cari, tapak khemah yang free of charge pun korang boleh dapat 😁. Cuma tak ada plug point & kemudahan tandas lah untuk korang guna waktu malam. Lepas tu kalau datang malam-malam, bila nak pacak khemah tu memang gelap gelita gundah gulana lah jawabnya πŸ˜†. Kalau macam Syu & husband, kitorang berdua memang tak kisah dah sebab kitorang memang dah prepare siap-siap kelengkapan untuk bercamping. Head lamp, power bank, shower bag, ice box, dapur segala. Insyallah boleh survive semalaman. Bukan apa, cuma risaukan budak-budak jelah. Takut ada yang nak kencing lah ape lah. Almaklumlah budak-budak. Banyak no hey nyer πŸ˜…. 

Jadinya, kitorang pun sewa lah tapak khemah berpondok yang ada sekali power supply & lampu. Satu pondok owner cas RM90 sehari. Tak kisah nak pacak berapa khemah pun keliling pondok. Tandas pulak casnya cuma RM1 untuk satu kepala. Boleh guna bila-bila masa sampai habis waktu berkhemah. Actually, ada jer sewa tapak yang murah lagi. Tapi disebabkan kitorang nak kan lokasi berkhemah yang dekat dengan pantai, so kitorang pilih tapak khemah yang ada pondok. Keliling pondok kitorang pasang khemah, yang pondok tu pulak kitorang buat sebagai tempat memasak & dining area. Untuk tapak khemah yang tak ada pondok, cas satu tapak cuma RM30 (Tapak & power supply) jer. Cuma nak pasang khemah tu kena belakang sikit dari pondok. Bila dah duduk belakang pondok, dah sah-sah lah tak nampak pandai. Tu pasal kitorang tak nak . Datang ber-"camp"ung nak tengok pantai, bukan nak tengok pondok πŸ˜‚.

Pantai Teluk Senangin
Ombak tak berapa kuat. Angin pun sejuk jer 😊.

For those yang masih lagi berstatus "partially vaccinated" tu, sabar tau! Insyaallah akan sampai turn korang untuk rentas daerah & beriadah macam Syu ni. Pada yang belum vaksin pun sama, jangan sedih-sedih tau. Kalau tak silap Syu sekarang ni dah boleh walk-in ke PPV. Tapi untuk divaksin tu kena tunggu lah yer sebab ianya based on first come first serve. Yang dah " fully vaccinated" macam Syu, jangan lupa diri pulak bila dah dapat pelepasan SOP πŸ˜‚. Tetap amalkan SOP & kawalan kendiri sebab risiko untuk dijangkiti tu masih ada. 


(Notes : Gambar tak dapat nak ambil banyak, sebab jadi AJK masak memasak πŸ˜‚. Handphone pun memang tak pegang sangat. Takut hilang. Jadi dapatlah dalam dua  tiga shot jer buat post dekat blog.)

September 10, 2021

Review : Adorable Food Goddess (2018)

 Adorable Food Goddess

Genre : 

Animation, romance, historical & friendship


Penulis :

Ziyi


Pengarah : 

Ni Jiafei


Jumlah Episod : 

12 Episod


Rating :


🌟🌟🌟🌟🌟/5


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Animasi bersiri bertajuk Adorable Food Goddess ni memang best sangat. Animasi ni juga telah diadaptasi ke dalam bentuk drama yang juga dikenali sebagai Cinderella Chef. Dalam drama ada 56 episode. Tapi dalam siri animasi sebenar, hanya ada 12 episod jer. Kalau korang nak tahu, animasi ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Jia Yao. Jia Yao ni merupakan chef selebriti moden yang gemarkan masakan tradisional Cina. Nak dijadikan cerita, masa Jia Yao tengah mencipta resepi baru, dia secara tak sengaja telah terkena keracunan makanan. Keracunan makanan tersebut telah menyebabkan dia jatuh pengsan. 


Sebaik sahaja sedarkan diri, Jia Yao dah ada kat tempat lain. Dia dikatakan telah merentasi masa ke zaman kuno & terperangkap dalam tubuh badan seorang gadis yang bernama Ye Jin Xuan. Syu tak pasti Jia Yao ni dah travel ke zaman dinasti apa. Tapi Jia Yao yang dulu dah jadi Ye Jin Xuan, anak gadis kepada seorang majistrate. Pada hari pertama dia kat dalam badan Ye Jin Xuan, dia sepatutnya dinikahkan dengan seorang pegawai gabenor.Malangnya ketika dalam perjalanan ke perkahwinannya, Jia Yao diculik oleh sekumpulan penyamun dari Benteng Angin Hitam & kemudiannya diserahkan kepada Xia Chun Yu untuk dijadi isteri kontrak. Chun Yu ni sebenarnya merupakan seorang putera raja & dia terpaksa menyamar untuk menghapuskan musuh-musuh dia. Pada awalnya, Chun Yu macam tak berapa suka dengan Jia Yao. Tapi lepas dah lama tinggal bersama, Chun Yu makin tertarik dengan bakat memasak & perwatakkan Jia Yao.


Sampailah satu malam tu ada seorang panglima ni bagitahu pada Chun Yu yang Jia Yao ni seorang perisik. Tapi sebenarnya tak pun. Entah macam mana, malam tu Chun Yu ada keluarkan ayat yang menyakitkan hati Jia Yao, jadi Jia Yao pun jadi kecik hati & membawa diri dia. Pada masa yang sama, ada segerombolan askar ni cuba nak bunuh Jia Yao. Sampai dekat tepi tebing tinggi, Jia Yao terjatuh ke dalam laut. Sejak dari malam tu, Jia Yao tak muncul-muncul. Kehilangan Jia Yao ni memberikan kesan yang sangat mendalam pada Chun Yu sebab dia dah mula ada perasaan pada Jia Yao. Kehilangan Jia Yao secara tak langsung membuktikan kenyataan pembesar dia pasal Jia Yao seorang perisik tu betul. Jadi, Chun Yu membuat keputusan untuk membakar & tinggalkan tempat yang ada segala kenangannya dengan Jia Yao. 


Setelah sekian lama menghilang, akhirnya Jia Yao muncul balik. Tapi dia menyamar & menukar perwatakkan dia macam orang lelaki supaya tak ada siapa pun yang mengenali dia terutamanya Chun Yu. Selepas kejadian malam tu, Jia Yao selagi boleh tidak mahu bertembung dengan Chun Yi. Tapi nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan Jia Yao ke pusat bandar, dia terserempak dengan Helian. Sejak Helian menolong Jia Yao, diorang berdua menjadi kawan yang sangat rapat macam adik beradik. Helian ni kalau nak tahu, dia ni sepupu Chun Yu. Kalau ikutkan Jia Yao tak tahu. Tapi selepas dia ternampak Helian bersembang dengan Chun Yi baru Jia Yao tahu yang Helian ni ada kena mengena dengan Chun Yi. Jadi, Jia Yao buat keputusan untuk menyembunyikan diri dia dengan bekerja di sebuah restoran yang berada di dalam bandar tu jugak. Bila Helian hilang jejak Jia Yao, dia jadi macam tak tentu arah sebab dia dah anggap Jia Yao tu macam saudara dia jugak. Beberapa hari lepas tu, Helian dapat tahu yang Jia Yao dah jadi ketua Chef dekat restoran dia & kawan dia selalu pergi. Itupun sebab Helian perasan menu masakan yang Jia Yao pernah masak masa dia mengembara sama-sama dedulu. Sejak dari tu, Helian tak putus-putus datang ke restoran untuk makan selain membantu Jia Yao. Tapi dengan syarat, jangan sampai dia bertembung dengan Chun Yu  sebab dia bencikan Chun Yu.


Ada satu hari tu, entah macam mana Chun Yu datang ke restoran tempat Jia Yao bekerja untuk makan sama-sama dengan Helian. Chun Yu pun request menu special dari waiters & tak sangka, menu yang dia order tu sama macam yang Jia Yao pernah masak untuk Chun Yu. Jadi, Chun Yu pun decide nak jumpa dengan chef yang masak menu tu. Helian pun apa lagi. Dia pun selagi daya berlakon tercekik tulang supaya niat Chun Yu nak jumpa Jia Yao tu  tak jadi. Tapi, Chun Yu bijak. Dia pesan dekat pengawal dia supaya pergi ke dapur untuk tengok rupa sebenar chef yang masak menu tu. Sangkaan Chun Yu betul. Memang Jia Yao yang masak. Sejak dari tu, Chun Yu cuba selagi daya untuk memenangi hati Jia Yao. Tapi, Jia Yao mengelak & menolak sebab dia kata dia benci Chun Yu. 


Chun Yu pun jadi macam pelik. Kenapa Jia Yao benci sangat dengan dia. Lepas tanya banyak kali, Akhirnya Jia Yao bagitahu yang dia terdengar Chun Yu cakap pada paglima dia yang antara dia dengan Jia Yao tak ada apa-apa & kalau ada apa- apa jadi dekat Jia Yao pun dia tak kesah. Lepas Chun Yu dapat tahu, dia pun ceritakan perkara sebenar yang dia cuba buat malam tu. Actually, dia nak selamatkan Jia Yao. Jadi dia terpaksa cakap macam tu dekat  panglima tu malam tu. Sejak Jia Yao tahu perkara sebenar dari mulut Chun Yu, hubungan dia dengan Chun Yu  kembali baik & Chun Yu selalu datang ke restoran dia untuk menolong Jia Yao. Itulah dia ceritanya. Pada yang nak tengok anime ni, korang boleh dekat YTube. Taip jer tajuk Cinderella Chef. Gerenti jumpa!!πŸ˜‰

10 September : Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia

World Prevention Suicide Day 2021

Salam Jumaat sahabat-sahabat blogger sekalian. Agak petang sikit baru Syu dapat bersiaran πŸ˜‚. Entri kali ni Syu nak bercerita sikit pasal satu kempen kesedaran yang disambut setiap tahun diseluruh dunia. Kempen ni dianjurkan oleh International Association for Suicide Prevention (IASP)  dengan bertujuan untuk memberi komitmen global & tindakan secara menyeluruh bagi mencegah tindakan atau perilaku membunuh diri (Commit suicide).

Untuk pengetahuan korang, kempen kesedaran ni telah diwujudkan sejak tahun 2003 lagi dah ianya telah diendorse oleh World Health Organization (WHO) sendiri. Setiap tahun pada 10 September, seluruh negara akan bersama-sama menyambut Hari Pencegahan Bunuh Diri (World Suicide Prevention Day) sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai.

Tahun ni, dengan bertemakan "Bertindak segera harapan terbina" diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya dapat bersama berganding bahu dalam membendung kes bunuh diri ni dari terus berlaku. Bukan terhad kepada orang yang nak bunuh diri jer. Tapi kepada masyarakat sekeliling, keluarga & rakan-rakan yang terlihat & terlibat secara tidak langsung dengan seseorang yang keinginan & berpotensi untuk commit suicide. 

Berdasarkan statistik bunuh diri di Malaysia, setakat bulan Januari sehingga Julai tahun ni, dikatakan sebanyak 638 kes bunuh diri telah dilaporkan (Sumber : Berita Harian). Ini sekaligus menjadikan peratusan kes bunuh diri di Malayasia meningkat kepada 143 peratus jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Nampak agak meruncingkan jugak yer di situ. Berikut antara 10 fakta bunuh diri yang korang perlu tahu.

  • Setiap 40 saat seorang individu maut akibat bunuh diri (Setiap hari dikatakan 7 kes bunuh diri dilaporkan di Malaysia)
  • Bunuh diri punca kedua tertinggi kematian
  • Wanita lebih ramai mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki
  • 65% kes bunuh diri adalah melibatkan golongan lelaki
  • 3.6 % dari 100,000 populasi kaum India merncatatkan rekod kes bunuh diri tertinggi di Malaysia
  • 56.6 % membunuh diri  dengan cara menggantung diri & 15.1%  mengunakan racun
  • 72 kes bunuh diri dengan terjun banggunan
  • Lebih 800, 000 kematian  penduduk dunia disebabkan bunuh diri
  • Pusat Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan mencatatkan 2 orang kemasukkan setiap hari
  • Di Malaysia, 266 kes bunuh diri dilakukan ketika PKP dilaksanakan

Semoga kempen ni dapat membuka mata rakyat Malaysia tentang betapa seriusnya kejadian bunuh diri. Tambah-tambah di musim pandemik yang mencabar ni. Kita semua sedia maklum yang rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia tengah bergelut bermati-matian untuk meneruskan hidup. Dengan masalah ekonomi yang tak berapa nak stabil sudah semestinya ada yang tak terkecuali dari menghadapi masalah kemurungan. Kemurungan ni lah yang majoritinya menjadi penyebab utama berlakunya peningkatan kes bunuh diri. Kemurungan ni kadang-kadang kita tak boleh jangka. Dari luar kita tengok orang tu macam okay jer. Tapi hakikatnya, orang tu macam berperang dengan dunia dia sendiri. Bila dah jadi terlampau teruk, jalan terakhir yang akan dipilih adalah dengan bunuh diri.

Tanda-tanda peringatan bunuh diri


Diharapkan agar pada tahun-tahun yang mendatang, kes bunuh diri ni dapat dikurangkan. Kalau boleh sifar kes bunuh diri pun tak apa!! Jadi, sekiranya ada dalam kalangan sahabat, keluarga ataupun korang sendiri yang ada menghadapi masalah kemurungan & mempunyai niat untuk membunuh diri, korang boleh hubungi mana-mana talian yang tertera dibawah untuk mendapatkan khidmat nasihat & kaunseling. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu meredakan masalah kemurungan & niat untuk membunuh diri tu menjadi lebih parah.

MHPSS : 
03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih : 
15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999
(Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)

KSK-Care JAKIM : 
WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur : 
03-76272929