Oktober 26, 2022

Air Tebu Fresh Kebun Abah

Hari tu masa pergi ke Laman Tebu Aidil Sungai Besar, Selangor. Tak dapat nak merasa air tebu fresh yang ada dijual dekat sana. Almaklumlah, laku keras air tebunya. Pantang letak mesti habis. Memang on demand sentiasa 🤭. Nak tunggu diaorang proses lagi, macam lama pula nak kena menunggu.



Jadi nak tak nak, kita perkena cendol sagu dengan kuih paunya saja buat minum petang masa tu. Air tebu fresh, kita postponed minum di kampung saja 🤭. Sebab dekat kampung pun ada tebu juga. Rajin dengan tak rajin jer nak buat tebunya jadi air 😜. 


Peeler tebu ni abah buat sendiri. Katanya lagi better dari peeler tebu yang biasa tu 🤭


Semalam Syu balik kampung. Hantar Sarah Deris. Sampai sana, apa lagi. Kita kerjakanlah tebu-tebu abah yang dah sedia-sedia merimbun dekat depan rumah nun. Mana yang tebunya dah keluar bunga. Abah Syu suruh cantas bagi habis untuk buat air.



Di kebun abah ni ada 2 jenis tebu. Tebu kuning (Morris) & tebu Ragnar. Tebu Morris sedap & manis airnya. Cuma tebunya keras nak mampus 😂. Orang meniaga tak guna tebu jenis ni buat jual. Sebab tebu jenis ni suka melingkupkan mesin. Bila nak proses kena belah dua tebunya. 


Part mesin tebu serah dekat abah. Kita tukang collect & cuci tebu saja 🤭. 


Lepas dah proses sampai habis. Inilah hasilnya. Bercinta jugalah nak proses air tebu ni semalam. Tambah-tambah bila mesinnya buat hal - Boleh pula mesinnya tak nak hidup kome 😂! Nak kata mesin lama, tak juga. Mungkin sebab dah lama tak guna agaknya - Last guna masa raya haji hari tu. Rasanya tak ada lah lama mana pun 😅. 


Mak Syu kata  air tebunya macam air ketum pun ada. Risau juga nak usung bawa balik Ipoh nun 😂. 


Nasib baiklah hujung-hujung tu mesinnya boleh hidup. Kalau tak, pakat gigit seorang sebatang tebunya sampai habis 🤣. Apa-apa pun puas hati dapat buat air tebu sendiri. Tak gaduh nak berbeli. Walaupun penat, tapi berbaloi hasilnya 😊💕. 

Oktober 18, 2022

Giveaway Contengan Cuya

Bismillahirrahmanirrahim. Masih belum terlambat lagi untuk Syu sertai giveaway anjuran Cuya ni kan 😁? Walaupun esok last day. Tetap nak juga cuba nasib. Syu tahu, mesti ramai rakan Blogger yang lain dah hantar penyertaan kan?


Actually, dah banyak hari dah tuan tanah giveaway ni pelawa Syu. Malangnya, Syu sendiri yang tak ada kelapangan nak join - Maaf ya tuan tanah😂. Ini pun curi-curi masa sementara nak tunggu waktu berbuka puasa. Harap ada rezekilah hendaknya


Giveaway
Klik banner untuk ke link penyertaan 😉. 



Kenapa nak menang? 


Bohonglah kalau kata tak menang kan 🤣. Mestilah nak menang! Walaupun tak menang duit. Tapi, nak tahu juga macam mana rupa gaya Syu bila dah dikartunkan dek Cuya. Bukan apa, spesis Syu Deris ni bila dikartunkan memang lain macam sikit rupanya. Kalau ada untung menang. Teringin juga nak tengok. Helok ke hawok 😂? 


Suka yang ini. Tapi pada masa yang sama, suka juga yang terkeluar bulu hidung tu. Sebabnya kelakar gila 🤣. 


Pada yang belum join. Jom sama-sama kita meriahkan lagi giveaway-nya. Jangan risau. Esok masih ada masa submit entri - Alah, macam tak biasa submit homework last minutes 🤣. By the way, pada yang join giveaway ni, all the best juga untuk korang okay 😊💕!

Aiskrim Gula Apong Mokti's

AISKRIM GULA APONG MOKTI'S | Hari ni nak review sikit pasal ais krim gula apong Mokti's. Korang dah cuba ke belum aiskrimnya? Tak cuba memang rugi sangat. Sebab aiskrimnya memang sedap & creamy. Sekali cuba mesti ketagih nak makan lagi 😘.Buat penggemar aiskrim. Korang wajib cuba aiskrim gula apong dari Mokti's ni. 


Aiskrim gula apong Mokti's
Sampai ke Sungai Besar makan aiskrim Mokti's. Padahal dekat Perak ni melambak franchise-nya 😂.

 

Sejujurnya, ini first time Syu makan aiskrim Mokti's. Tak sangka. Sedap rupa-rupanya! Dia punya kesedapan tu terkenang-kenang sampai ke hari ni. Kenapalah baru sekarang Syu tahu pasal kewujudan Mokti's ni. Padahal kawan tu dah merata-rata franchise-nya dibuka di negeri Perak ni. Memang tertinggal keretapi sungguh betul lah 😂!  

 

 

Mixed pandan babybob sedap!


Aiskrim gula apong Mokti's
Apong asli & mixed pandan babybob 😋🍦.


Sejujurnya, dalam banyak-banyak menu aiskrim Mokti's. Syu paling suka Mixed Pandan Babybob. Rasanya memang sedap sangat. Pada Syu, campuran dua flavour aiskrim gula apong asli dengan perisa pandan memang satu gabungan yang sangat mantap 👏 - Actually, nak request satu flavour saja pun boleh. Ditambah pula dengan topping baby boba yang lembut & senang nak dikunyah. Memang  jadi bertambah-tambah marvelous rasa aiskrimnya!


Aiskrim gula apong Mokti's
Ini antara menu-menu aiskrim gula apong yang korang boleh pilih di Mokti's.


Selain dari aiskrim. Mokti's pun ada jual minuman yang berunsurkan gula apong juga - Yang ini Syu belum try lagi. Yang pasti Syu akan repeat order lagi aiskrimnya. Sebab aiskrimya bukan sahaja lembut & creamy. Tahap kemanisannya pun tak keterlaluan & masih boleh diterima tekak. Syu yakin. Budak-budak mesti suka - Mak & bapa budak pun begitu juga sebenarnya 🤣.


Aiskrim gula apong Mokti's
Topping percuma. Tapi lagi sedap kalau makan kosong. Baru terasa keaslian sebenar aiskrim gula apongnya.


Popsicle
Popsicle pun ada. RM1 sepeket 😋🍦.


Oktober 17, 2022

Resepi Capati Gebu & Lembut Sampai Ke Petang

SUMBER FOTO : Foodpanda.com

RESEPI CAPATI GEBU & LEMBUT SAMPAI KE PETANG | Nak buat capati ni mudah saja sebenarnya. Bahan-bahan pun tak berapa rumit sangat. Senang nak dicari di mana-mana kedai. Cuma kadang-kadang kalau tak kena cara membuatnya, silap-silap capatinya boleh dibuat baling ke dinding macam piring terbang. Nak-nak bila tekstur capatinya tak lembut & liat macam kulit kaki bila dah sejuk 😅.



Untuk pengetahuan korang. Capati ni sebenarnya merupakan sejenis roti leper yang dibuat tanpa menggunakan yis. Adunan asasnya hanyalah tepung, air, garam & minyak semata-mata. Tepungnya pun sedikit berbeza dengan tepung gandum yang biasa digunakan untuk buat roti naan & roti canai. Tepungnya kita panggil tepung atta. 


Makan dengan kuah sardin pun layan juga 😋💕.

 


Asal usul capati


Di Malaysia, capati ni memang sinonim sangat dengan makanan masyarakat kaum India. Tapi, korang tahu tak dari segi sejarahnya, roti capati ni dikatakan berasal dari negara Mesir (Tamadun Lembah Indus) yang wujud sekitar 5,ooo tahun dahulu .


Namun, ada juga sumber yang mengatakan bahawa roti capati ni asalnya dari Timur Afrika. Kemudian ianya tersebar luas ke serata India sehinggalah ke seluruh dunia. Selebihnya, wallahualam. Sejauh mana kesahihannya Syu sendiri pun tak berapa pasti.



Yang Syu tahu, capati ni memang sedap bila dimakan panas-panas. Nak-nak capatinya dikawankan pula dengan kuah kari daging (lembu/kambing) & kuah sardin 😂. Makan sekeping memang tak cukup.



Resepi capai gebu & lembut


Tapi itulah. Nak hasilkan capati yang betul-betul gebu & lembut sampai ke petang memang susah. Kadang-kadang elok lembut capatinya. Kadang-kadang liat. Sampai nak kunyah pun sikit punya azab 😂. Berikut Syu kongsikan resepi capati gebu & lembut yang Syu dah buat baru-baru ni. Selamat mencuba! 

 

 

BAHAN-BAHAN

 

2 Cawan - Tepung atta (Syu pakai brand Alagappa's)

1 Cawan - Tepung gandum

2 Sdb. - Minyak sapi

1 Sdk. - Garam 

1 3/4 Cawan - Air suam



Masak menggunakan kuali nonstick supaya capati korang tak melekat 🍳. 

 

CARA-CARA


  1. Satukan kedua-dua jenis tepung dalam satu bekas. Kemudian masukkan garam & minyak sapi.
  2. Gaul sekata sehingga campuran terpungnya jadi macam serbuk roti.
  3. Tuangkan air suam (yang ini korang sendiri kena pandai agak sukatan airnya) & gaulkan sehingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan - Make sure dohnya lembut.
  4. Rehatkan doh selama 15 minit. Lepas tu bolehlah bulatkan dohnya kecil-kecil mengikut saiz capati yang korang nak - Jangan lupa tutup dengan kain lembab supaya dohnya tak kering.
  5. Bedakkan sikit doh capati tadi dengan sedikit tepung kemudian canaikan sehingga leper.
  6. Panaskan kuali menggunakan api sederhana & bakar capati yang telah dicanai tadi sehingga masak.



Tips capati gebu & lembut

 

Capati yang masak perfect macam ni rupa dia. Kembung & berpoket di dalam - SUMBER FOTO : acupofteasolveseverything.com

 

  1. Doh capatinya kalau boleh tak terlampau keras & tak terlampau lembik.
  2. Capati akan jadi lebih lembut & gebu bila dohnya direhatkan lebih lama - Rehatkan semalaman lagi better.
  3. Gunakan api sederhana supaya capati tak hangit & masak sekata
  4. Masa nak masak capati, kuali mesti kena betul-betul panas. Barulah capatinya boleh kembung & masak elok.
  5. Masa mencanai doh, kalau boleh canai secara lembut saja. Tak payah tekan doh kuat-kuat. Kalau tak nanti dohnya terkencat & susah nak kembung bila dimasak.
  6. Jangan masak capatinya terlalu lama. Kalau tak nanti capatinya jadi liat & keras bila dah sejuk - Anggaran dalam 5 minit untuk sekeping capati (Bergantung kepada saiz & ketebalan doh).
  7. Simpan capati yang dah dimasak di dalam bekas yang bertutup supaya capatinya tak kering & kekal lembut.


Oktober 02, 2022

Laman Tebu Aidil Sungai Besar, Selangor

LAMAN TEBU AIDIL SUNGAI BESAR, SELANGOR | Di Sungai Besar, Selangor ni ada satu port lepak viral yang best untuk korang minum petang bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Tempatnya memang santai & terletak berhampiran dengan kawasan bendang. Port ni diberi nama Laman Tebu Aidil. Waktu operasinya dari pukul 11.30 pagi hingga 7.30 malam.


Penuh lamannya dengan pokok tebu. 


Kalau dari pekan Sungai Besar, lokasinya tak jauh mana pun sebenarnya. Ada lah dalam lingkungan 10-15 minit. Cuma masa on the way nak ke sana, korang kena pandai tengok simpang. Bukan apa, takut terlajak ke depan. Sebab nak buat U-turn boleh tahan jauh juga 😅. Almaklumlah, jalannya dah jadi macam highway. Tak sama macam dedulu. Tapi, kalau follow Waze & Google Map insyaallah sampai.



Kenapa laman tebu?


Nak tahu kenapa? Sebab di sepanjang jalan nak masuk halaman kedai ni terdapat banyak pokok-pokok tebu merah yang ditanam & dijadikan sebagai hiasan & penyeri laman. Selalu kita tengok pokok tebu orang tanam pakai campak-campak & berterabur kan? Tapi, di Laman Tebu Aidil ni tak. Pokok tebunya elok tersusun & diikat kemas.

 

Sungai Besar
Kalau datang time padi menguning mesti cantik bendang dekat belakang tu kan?


Mak Syu pun rasa terinspirasi dengan cara penanaman pokok tebu dekat sini. Itu yang dia cadang nak tanam pokok tebumya dekat kampung style macam ni juga. Katanya cantik. Nampak tersusun & sejuk mata memandang. Nak ber-OOTD pun seronok. Tapi itulah. Tak sangka ya. Pokok tebu pun cantik dibuat penyeri laman. Memang kreatif betul 😊!

 

Sungai Besar
Mak rasa bersemangat lepas datang sini. Katanya nak tanam pokok tebunya macam ni juga 😊.


Sungai Besar
Kita pun jadi bersemangat juga. Bersemangat nak bergambar! 😆


Sungai Besar
Tambah-tambah bila ada bawa tukang ambil gambar sekali! 😆



Meriah dengan pengunjung!

 

Sungai Besar
Penuh lamannya dengan pokok tebu. Pengunjungnya pun boleh tahan juga.


Walaupun lokasinya agak tersorok sikit ke dalam. Tapi, tempatnya tak pernah putus dengan kehadiran pengunjung. Kalau datang ke sini memang bersusun kereta dekat tepi jalan. Kiranya, memang ramai pengunjung suka datang lepak ke sini makan angin.


Sungai Besar
Bukan air tebu saja ada dekat sini. Pilihan makanan lain pun ada juga 😋.


Kalau korang nak tahu. Di Laman Tebu Aidil ni ada ramai peniaga-peniaga yang berniaga di dalamnya. Pilihan makanan & minuman pun banyak. Dari menu pembuka selera sampailah ke menu pencuci mulut. Ada laksa, pau, ayam panggang, aiskrim & macam-macam lagi. Yang pasti, ramai datang ke sini disebabkan nak minum air tebu fresh-nya.


Pau Gebu
Sebesar muka Sarah Deris saiz paunya 😁. 


Pada yang rindukan suasana kampung, bolehlah singgah ke Laman Tebu Aidil ni. Memang best tempatnya. Boleh bergambar & at the same time boleh hirup udara segar kampung juga. Sambil-sambil tu boleh perkena air tebu fresh & pau gebu panas-panas dekat sini 😋. Memang layan!