Air Tebu Fresh Kebun Abah

Oktober 26, 2022

Hari tu masa pergi ke Laman Tebu Aidil Sungai Besar, Selangor. Tak dapat nak merasa air tebu fresh yang ada dijual dekat sana. Almaklumlah, laku keras air tebunya. Pantang letak mesti habis. Memang on demand sentiasa 🤭. Nak tunggu diaorang proses lagi, macam lama pula nak kena menunggu.



Jadi nak tak nak, kita perkena cendol sagu dengan kuih paunya saja buat minum petang masa tu. Air tebu fresh, kita postponed minum di kampung saja 🤭. Sebab dekat kampung pun ada tebu juga. Rajin dengan tak rajin jer nak buat tebunya jadi air 😜. 


Peeler tebu ni abah buat sendiri. Katanya lagi better dari peeler tebu yang biasa tu 🤭


Semalam Syu balik kampung. Hantar Sarah Deris. Sampai sana, apa lagi. Kita kerjakanlah tebu-tebu abah yang dah sedia-sedia merimbun dekat depan rumah nun. Mana yang tebunya dah keluar bunga. Abah Syu suruh cantas bagi habis untuk buat air.



Di kebun abah ni ada 2 jenis tebu. Tebu kuning (Morris) & tebu Ragnar. Tebu Morris sedap & manis airnya. Cuma tebunya keras nak mampus 😂. Orang meniaga tak guna tebu jenis ni buat jual. Sebab tebu jenis ni suka melingkupkan mesin. Bila nak proses kena belah dua tebunya. 


Part mesin tebu serah dekat abah. Kita tukang collect & cuci tebu saja 🤭. 


Lepas dah proses sampai habis. Inilah hasilnya. Bercinta jugalah nak proses air tebu ni semalam. Tambah-tambah bila mesinnya buat hal - Boleh pula mesinnya tak nak hidup kome 😂! Nak kata mesin lama, tak juga. Mungkin sebab dah lama tak guna agaknya - Last guna masa raya haji hari tu. Rasanya tak ada lah lama mana pun 😅. 


Mak Syu kata  air tebunya macam air ketum pun ada. Risau juga nak usung bawa balik Ipoh nun 😂. 


Nasib baiklah hujung-hujung tu mesinnya boleh hidup. Kalau tak, pakat gigit seorang sebatang tebunya sampai habis 🤣. Apa-apa pun puas hati dapat buat air tebu sendiri. Tak gaduh nak berbeli. Walaupun penat, tapi berbaloi hasilnya 😊💕. 

Comments

  1. sedapnya air tebu freshhhh!
    biasa jmpa air tebu bulan puasa jela.. hihi

    BalasPadam
  2. sedapnya..kena plak sejuk2 kan..dap dap

    BalasPadam
  3. huih sedapnya nampak pekat betul tu, tebu yang warna merah dia punya batang tu ada beza ye rasa dengn yang warna hijau tu ya. Ingatkan sama je semua , teringat dulu zaman kecik-kecik kokak tebu gigit nak buang kulit pastu gigit hisap airnya, dulu lah sekarang kalau buat gitu habis gigi.

    BalasPadam
  4. lama dah tak minum air tebu sbb risau nak beli yg tepi jalan tu. dorang dok suka suka je baringkan tebu tu tepi longkanglah..pacakkan kat tanah berhari2...risau je ntah apa2 je yg tebu tu serap

    BalasPadam
  5. Bestnya air tebu. Lama tak minum. Dulu abah saya pun pernah jual air tebu. Sedap dapat minum fresh gitu kan. Dan dijamin bersih buat sendiri. Sambil tu boleh makan tebu. Tapi sekarang nak makan tebu pun ghisau. Gigit dah tua..huhu...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!