September 24, 2023
Huawei Band 8 Best 👍🏻!

Actually, dah lama dah Syu teringin nak beli jam. Tapi, tak terbeli-beli 😅. Bukan apa, Syu tengah dok fikir-fikir. Nak beli jam biasa ke? Nak beli smart watch 🤔? Paling bagus, kalau dapat jam yang jenis rechargeable. Tak payah Syu runsing nak bertukar bateri dah.
Fikir punya fikir. At the end, Syu decide untuk beli Huawei Band 8 ni. Harga pun murah. Tak sampai pun RM150 🤭. Itu pun beli masa sales dekat Shoppe. Yang best-nya, jam ni unisex. Lelaki perempuan boleh pakai 😁.
Niat asal Syu, nak beli Honor Watch GS3. Memang cantik betul jamnya. Design pun nampak lebih elegan. Function-nya pun ada up sikitlah compare Huawei band 8 ni. Tapi apakan daya. Harganya pun cantik juga 😂.
Since, poketku tak seindah jam. Maka, kita beli smart watch yang biasa-biasa saja 🤣. Nanti ada duit lebih sikit, baru kita upgrade dengan yang lebih advance.
Kecil & minimalis
Alang-alang harga jamnya dah murah. Syu pun beli dua terus. Satu untuk Syu & satu lagi untuk encik suami as a present sempena birthday dia nanti 😁.
Saiz jam Honor Band 8 ni tak besar sangat. Ngam-ngam & cantik terletak bila pakai dekat tangan. Jam ni bagus untuk fitness sebenarnya & sangat compatible dengan peranti jenis iOS & Android.
![]() |
Watch face boleh tukar ikut citarasa korang. Ada bermacam-macam design boleh pilih. |
Selain tu, Honor Band 8 didatangkan lengkap dengan pelbagai fungsi yang sangat bagus untuk keep track korang punya :
- Kadar O2 dalam badan (SpO2)
- Tidur
- Stress level
- Heart beat
- Aktiviti
- Handphone yang korang suka lepek rata-rata tu 🤣
![]() |
Banyak functions yang best dalam Huawei band 8. Cuma tak ada GPS tracking saja 😁. |
Overall, Huawei Band 8 ni memang best! Especially, fungsi find phone tu. Lepas ni, takkan ada lagi kes handphone hilang dari radar dah. Main miscall pakai handphone orang lain pun tak payah dah. Sebab Syu sendiri dah boleh cari handphone Syu dengan menggunakan jam ni 🤭.
September 23, 2023
Senarai Semak Permohonan Kemaskini Pasport Lama Pekerja Asing (PA) Ke Pasport Baru Di Jabatan Imigrisen

![]() |
SUMBER FOTO : Google |
Untuk pengetahuan korang. Sekiranya, pasport pekerja asing (PA) tak cukup tempoh 12 bulan & PA dah terima passport baru dari kedutaan. Majikan/wakil majikan perlu hadiro ke kaunter Jabatan Imigrisen Negeri bagi membuat pengemaskinian maklumat passport baru.
Pengemaskinian pasport tu mesti dibuat sebelum meneruskan permohonan pembaruan permit melalui sistem e-PLKS. Kalau tidak, nama PA tak akan appear dalam sistem & sekaligus menyukarkan proses korang untuk buat pembaharuan permit.
Dokumen yang diperlukan
Berikut, Syu senaraikan dokumen-dokumen yang korang perlu sertakan semasa proses pengemaskinian pasport.
- Surat permohonan dari syarikat/majikan
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan borang pendaftaran syarikat (MyDATA)-Borang 9, 49 atau borang B&D
- Surat wakil syarikat berserta salinan kad pengenalan & penyata 3 bulan KWSP
- Salinan muka depan pasport lama & baharu
- Salinan permit PA
- Pasport asal pekerja asing
Selesai pengemaskinian, barulah korang boleh proceed dengan pemohonan permit. Kebiasaannya, tempoh pengemaskinian pasport ni akan mengambil masa tak lebih dari tempoh 7 hari bekerja.
Tapi, sekiranya dalam sistem e-PLKS masih belum ada apa-apa update. Sebaiknya, korang telefon semula Jabatan Imgirisen Negeri & bercakap sendiri dengan pengawai berkenaan status pengemaskinian pasport PA.
Kalau tak nanti, alamat pending-lah proses pembaharuan permit PA korang. Harap korang dapat sesuatu? Nak cerita lebih lagi? Jumpa di next entri 😉💕.
September 21, 2023
Sling Bag Cantik Siap Ada Nama 🥰.

Masa nak balik kerja kemarin, Syu ada dapat suprise dari officemate Syu. Hadiah sempena hari lahir katanya. Malu pula rasa. Dah tua-tua bangka dapat hadiah 😂.
Tapi, itulah. Bukan selalu orang nak bagi hadiah kan? Alang-alang dah ada yang memberi bagi. Kita sebat sajalah. At least, ada juga bag nak dibawa melaram & BER-OOTD nanti 🤭 .
![]() |
Sampai-sampai rumah terus bergambar dengan bag. Excited punya pasal 🤣. |
Terima kasih Wana!
![]() |
Luar dalam cantik begnya 😍. |
Bagi Syu, design & warna sling bag ni memang cantik & perfect sangat. Kecil & senang nak bawa ke sana ke mari. Walaupun, saiznya tak besar. Tapi, semenika meradak (macam-macam benda) boleh sumnat dalam tu. Dari tablet, notebook, dompet, handphone sampailah ke barang make up 🤭.
Syu ada tengok sling bag ni di Shopee. Boleh tahan juga harganya ya😅. Kalau korang berkenan boleh beli dekat SINI. Saiz kecil ada. Saiz medium pun ada. Saiz medium tu sesuai sangatlah kalau korang nak buat bag telekung & beg bekal. Alang-alang korang belilah satu set terus! 🤣
![]() |
Cantik betul bagnya. Siap ada tulis nama Syu lagi. Terharu gila rasa! 🥹 |
Apa-apa pun, alhamdulillah. Rezeki Syu untuk birthday tahun ni. Terima kasih banyak tau Wana! Cantik betul hadiahnya 🥰. Sayang nak guna. Siap ada letak nama bagai. Segan tau. Dahlah masa birthday kamu hari tu aku tak ada bagi apa-apa. Tak apa. Nanti ada lepak Nifayyi lagi, aku belanja kamu 😁! By the way, selamat hari lahir untuk diri sendiri.
Berapa Angka Maksimum Followers Boleh Follow Blog Korang 🤔?
Sebut pasal followers. Ramai ke followers blog korang sekarang? Mesti lagi ramai kan dari Syu kan 🥹. Tapi, korang tahu tak, berapa ramai followers yang Blogger bagi untuk someone follow blog korang 🤔? Mesti tak tahu kan. Meh Syu nak cerita.
Tak boleh follow kalau lebih dari 50K
Kalau korang nak tahu. Maksimum followers yang dibenarkan untuk follow satu-satu blog terhad kepada 50K sahaja. Tak kisahlah korang follow dengan klik butang follow pada widget Blogger atau korang follow secara manual sekalipun.
Bila dah sampai limit, blog tu tetap takkan dapat di-follow sampai bila-bila. Sedih kan 🥲? - Melainkan ada penurunan jumlah followers pada blog tu, then korang follow. Korang kena faham. Berblog ni tak sama macam platform social media yang lain.
![]() |
Bila dah sampai limit. Akan keluar macam ni lepas korang klik butang follow pada blog yang korang nak follow tu. |
Sebab ia lebih memfokuskan kepada page views, click through rate (CTR), click to action (CTA), search perfomance & etc. As long as bukan melibatkan jumlah followers yang ramai. Waima rating pun tak ada dalam kamus blog 😅.
Perlu ke follow blog orang 🤔?
Followers ramai. Itu satu bonus! Actually, tak ada paksaan pun untuk korang follow satu-satu blog tu. Unless korang nak kembangkan circle blog korang & ambil tahu pekembangan blog rakan-rakan Blogger korang yang lain.
Walaupun, korang tak kenal rapat pun dengan tuan empunya blog tu. Tapi, atas dasar korang rasa suka & tertarik dengan content satu-satu blog tu. Jadi, korang pun buat decision untuk follow 👆🏻.
![]() |
Dari hari tu Syu cuba follow blogger ni. Sampai ke hari ni tak dapat-dapat 😅. |
Hidup sebagai Blogger ni lebih kurang macam korang hidup berjiran juga. Tak nak blog sendu. Kenalah usaha tambah kawan. Nak tak nak kena beramah mesra juga dengan orang. Kalau tak, macam mana orang nak kenal blog korang. Dalam dunia Blogger, kena ada win win situation juga 🏆.
![]() |
SUMBER FOTO : Leanplum |
Selalunya, orang yang dalam circle blog korang tu jugalah yang akan membantu korang naikkan pageviews blog. Malah, diaorang jugalah yang secara tak langsung menolong korang jana pendapatan bila mana korang ada letak iklan dalam blog 🤑.
Walaupun, follow blog tu bukan satu paksaan. Atas dasar support sesama bloggers. Kita follow-kan saja. Tak rugi apa pun sebenarnya. Lebih kurang begitulah alkisahnya. Nak cerita lebih lagi? Jumpa di next entri 🫡.
September 17, 2023
Selamat Pengantin Baru Buat Anak Pak Zaini
Semalam singgah makan kenduri dekat rumah Pak Zaini. Driver lori satu tempat kerja Syu. Actually, Syu jarang bersemuka dengan Pak Zaini ni. Nak kata rapat tu tidaklah. Almaklumlah, dia selalu bawa lori outstation ke Singapore. Bertembung pun sekali dua saja. Entah dia kenal Syu entah tidak. Kalau sebut orang HR, mungkin dia tahulah gamaknya 😂.
Dengan menantu dia, Syu memang rapih. Sebab menantu Pak Zaini ni officemate Syu. Memandangkan dah duduk satu office. Pak Zaini wakilkan menantunya untuk jemput semua orang-orang office datang makan kenduri sempena anak perempuannya nak kahwin. Since orang dah pelawa, kita pun pergi sajalah sekadar memenuhi jemputan - Bunyi macam terpaksa jer 🤣. Bukan selalu dapat makan kenduri pun.
![]() |
Awning tudung tu, time inilah tak nak bagi kerjasama pun 😮💨 |
Semalam memang ramailah geng-geng driver lori datang. Syu tegur gitu-gitu sajalah. Tak berani nak sembang lebih-lebih. Sebab diaorang masing-masing ada bawa mem. Kita sajalah yang single but not available. Jadi, kena behave sikit perangai masa tu. Takut terlajak ramah nanti, mem diorang fikir apa pula 🤭.
Apa-apa pun. Taniah buat Pak Zaini sebab dah menerima menantu. Semoga berbahagia kedua-duanya hingga ke jannah. Dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah. Buat officemate Syu, Huda. Tahniah juga. Dah dapat biras baru 😁.
September 16, 2023
Lama Betul Tak Makan Pucuk Sanglang
Payah betul nak jumpa orang jual pucuk sanglang sekarang ni. Tambah-tambah di area Ipoh. Selalu kalau nampak orang jual sayur kampung, macam biasa akan ada pucuk ubi, pucuk paku, kangkung segala. Tapi, jaranglah nampak orang berjual pucuk sanglang.
Even, pergi ke Sanglang, Kedah pun tak jumpa orang berjual pucuk ni tau 🤭. Alang-alang dah ternampak masa pergi pasar minggu Batu Gajah ni. Syu grab barang dua ikat. Bukan mahal mana pun. Seikat seringgit saja peniaga tu jual. Dapatlah buat dua kali masak sebab sayur ni jenis susah nak rosak & layu.
![]() |
Secekak macam ni seringgit. Kira murahlah kan? Nak cari cari sendiri memang tidaklah. Bukan apa, takut salah petik daun lain pula nanti 😂. |
Bila masak sayur pucuk sanglang ni, auto teringat dekat arwah tok Syu. Arwah masak pucuk sanglang memang simple. Antara dua. Tak dibuat masak lemak putih. Dibuatnya masak tumis air buat makan dengan nasi - Arwah tok suka tambah keledek/labu 😋.
Lepas tu, dikawankan pula dengan lauk ikan goreng/ikan masin & sambal belacan sikit. Perghhhh..memang terangkat! Sampai bertambah nasilah dibuatnya. By the way, korang pernah makan tak pucuk sanglang ni? 😁
September 03, 2023
Resepi Laksa Mee Pangkor Paling Ringkas & Sedap 😋
![]() |
Syu guna ikan jer. Cadang nak guna ketam. Tapi, susah pula nak cari ketam fresh kat Ipoh ni 😅. |
Laksa Mee Pangkor ni antara laksa favourite Syu. Resepinya memang mudah sangat nak buat. Siapa yang duduk sekitar daerah Manjung, mesti dah familiar sangat dengan Laksa Mee ni. Especially, for those yang duduk area Lumut, Pulau Pangkor & Pantai Remis.
Laksa Mee Pangkor ni tak sama macam laksa-laksa yang lain. Laksa biasa, guna mee yang diperbuat daripada tepung beras. Kalau di Johor, mee-nya menggunakan spaghetti. Di Sarawak pula menggunakan bihun.
![]() |
Dah lama beli laksa mee-nya. Hari ni baru ada kerajinan nak buat 🤭. |
Untuk Laksa Mee Pangkor ni, mee-nya menggunakan mee khas (Mee Teow) untuk buat Laksa Mee Pangkor. Mee-nya tu kemudian dicelur & dimakan bersama kuah sup seafood, sedikit sayur & juga sambal tumis.
Resepi penuh, boleh rujuk kat bawah. Sukatan tak ada. Pandai-pandailah korang agak.
BAHAN-BAHAN UNTUK SUP
Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam
Asam keping
Seafood (Ikan/ketam/udang)
Daun sup/ketumbar
Daun bawang
MAGGIE Cukup Rasa
*Pernah masak sup kan? Buat macam tu 🤭.
BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL
Cili giling
Belacan
Bawang putih
Bawang merah
Gula
MAGGIE Cukup Rasa
*Masak macam kita masak sambal tumis nasi lemak 😁
BAHAN-BAHAN UNTUK SAYUR
Kacang panjang/buncis
Carrot
Bawang putih
Bawang merah
Minyak untuk menumis
Cili padi
*Tumis saja macam biasa 😋
Kuah supnya tu memang senang sangat nak prepare. Penggunaan seafood, terpulang pada citarasa & poket korang 🤭. Nak buat guna ikan pun boleh. Nak guna ketam & udang pun tak jadi masalah - Paling sedap guna ketam 😋.
[P/S: Resepi Laksa Mee Pangkor ni versi Syu Deris punya. Bahan-bahan & cara penyediaan mungkin sedikit berbeza dengan Laksa Mee Pangkor yang asli. Almaklumlah, masak ikut selera tekak sendiri 🤣]