Januari 31, 2022

TEXAS Chicken : Crimson Crunch

Hari tu Syu cuba TEXAS Chicken Ramyeon & Glazed Herbs & Garlic. Kali ni ada keluar pula perisa yang baru. Iaitu Crimson Crunch 😋. Bunyi macam sedap. Memandangkan malam tadi gaji dah masuk awal. Jadi, Syu buat keputusan untuk mencuba perisa TEXAS Chicken yang baru ni. Bukan apa, saja nak tahu sedap ke tidak 😁. 



Untuk pengetahuan korang, Crimson Crunch ni berbeza sedikit dengan Chicken Ramyeon & Glazed Herbs & Garlic. Diluar ayamnya disadur sejenis serbuk kasar hasil gabungan udang kering, serbuk roti & serbuk cili.

 


Sejujurnya, Crimson Crunch dari Texas Chicken tak berapa kena dengan tekak Syu. Isi ayamnya okay. Cuma seredak-seredak  yang di salut luar ayam tu macam kurang kick. Ayam pun nampak macam berminyak sikit. Rasa pula biasa-biasa jer. Walau macam mana pun, Honey Butter Biscuit nya tetap menjadi pujaan hatiku 😋💕. Pada yang nak mencuba. Boleh beli melalui GrabFood. Pesan online jer. Tak payah nak keluar-keluar rumah 😁. 


Januari 30, 2022

Bahubali : The Begining [2015]

Bahubali : The Begining


Genre : 


Aksi


Pelakon : 

Prabhas [Shiva / Bahubali], Rana Daggubati [Bhalla], Tamannaah [Avantika], Anushka Shetty [Devasena], Ramya Krishna [Sivagami], Sathyaraj [Katappa], Nassar [Engin]


Pengarah : 

S. S. Rajamouli


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Ahah!! Review filem Telegu pula dah kali ni 😅. Beberapa hari lepas Syu review drama Turki - Dolunay. Hari ni review pula filem Telegu pecah panggung yang bertajuk Bahubali. Kadawalek sungguhlah kan. Macam-macam cerita berlainan bahasa Syu tengok dalam bulan ni. 


Sebenarnya, filem Bahubali ni berkurun dah Syu tonton sebenarnya. Dekat siaran televisyen tempatan pun dah banyak kali filem ni ditayangkan. Cuma Syu sahaja tak berkesempatan nak buat review. Memandang filem Tamil ni antara filem terbaik yang Syu paling suka tonton. Jadi Syu nak berkongsi dengan korang semua sejauh mana menarik & hebatnya filem ni.



Untuk pengetahuan korang, filem Bahubali ni ada dua episod. Satu Bahubali : The Beginning & satu lagi Bahubali : The Conclusion. Sejujurnya teknik sinematografi, grafik & jalan cerita filem ni memang terbaik. Kalau tak, masakan filem ni boleh jadi box office.


Mungkin ada sesetengah orang tak berapa minat filem Telegu mahupun Tamil. Tapi, kalau korang dah mula tengok Bahubali yang pertama. Korang akan terjebak sampai tengok sambungan Bahubali yang ke-2.


Bahubali : The Begining


Di dalam filem Bahubali : The Beginning ini, diceritakan bagaimana perjalanan Mahendra Bahubali membongkarkan asal usul dirinya sebagai pewaris tahta kerajaan Mahishmati. Semua berpunca apabila, ada sebuah topeng jatuh ke lembah yang dia diami.


Topeng tu sebenarnya merupakan kepunyaan seorang gadis yang bernama Avantika. Avantika ni merupakan rakyat kerajaan Kunthana yang telah dimusnahkan oleh Bhalla setelah Devasena berada dalam tawanan kerajaan Mahismati.



Sejak memiliki topeng Avantika, Mahendra berusaha untuk keluar dari kampungnya semata-mata untuk mencari & bersemuka dengan empunya topeng tersebut. Dari situ bermulalah perjalanan Mahendra yang penuh dengan cabaran. Cabaran yang macam mana? Yang ini korang kena tengok sendiri sampai habis. Tak seronoklah jadi tukang spoiler. 


Pada yang belum menonton, filem ni memang WAJIB ada dalam senarai tontonan korang. Sebab jalan ceritanya memang terbaik & menarik. Tak rugi tonton walaupun ianya filem Telegu. Jadi memang layak filem ni untuk Syu bagi 5 🌟. 

Januari 29, 2022

Limau Mandarin Ada Sulfur Dioksida? 🤔

LIMAU MANDARIN ADA SULFUR DIOKSIDA | Hari Raya Cina dah tak lama dah. Mesti korang ada dapat sesuatu bersempena perayaan diorang ni kan 😁. Tak dapat ang pao dapat limau. Tak pun kalau bos korang baik hati, dia bagi pakej sekali bonus. Itu kalau dapat bos yang baik hati lah yer🤣.  


Beberapa hari lepas suami Syu bawa balik buah Mandarin seplastik. Dapatlah dalam 10 biji. Itu pun masih lagi ada dalam peti ais tak termakan. Semalam, Syu pula dapat. Macam biasa. Sama macam tahun lepas. Semua staff masing-masing dapatlah merasa seorang sekotak bos Syu bagi. Alhamdulillah. Rezeki. Tak payah sibuk nak berbeli dah. Cuti nanti makan limau Mandarin puas-puas 😋.



BANYAK KHASIAT | Makan buah limau Mandarin ni bagus tau. Dia punya khasiat sama macam limau-limau lain yang seangkatan dengannya. Antara khasiat limau ni ialah :


  1. Mengawal kolestrol
  2. Pencerahan kulit - Kaya dengan antioksidan & vitamin C
  3. Menurunkan tekanan darah
  4. Mengawal kolestrol & paras gula dalam badan
  5. Baik untuk pencernaan
  6. Menguatkan tulang - mengandungi kalsium dan magnesium
  7. Membantu penurunan berat badan bagi mereka yang sedang berdiet
  8. Mampu mencegah kecacatan kandungan & penyakit jantung - Kaya dengan asid folik & vitamin B9 -


MENGANDUNGI SULFUR DIOKSIDA | Tapi, korang kena ingat sebelum nak makan buah limau Mandarin ni sebaiknya korang basuh bersih terlebih dahulu. Supaya korang tak terkena batuk teruk akibat penggunaan Sulfur dioksida pada permukaan kulit limau tu. Selain batuk, kesan dari terhidu & termakan Sulfur dioksida daripada limau Mandarin ni juga mampu menyebabkan lelah pada mereka-mereka yang sensitif pada bahan kimia ni. 


Limau Mandarin


Untuk pengetahuan korang, Sulfur dioksida ni merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memanjangkan jangka hayat buah limau Mandarin sebelum dipasarkan ke luar negara. Korang jangan risau Sulfur dioksida ni tak merbahaya & penggunaannya dibenarkan mengikut Akta Makanan 1983 - Peraturan-peraturan Makanan 1985.



Malah, ianya telah dinilai oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA) & disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan. Asalkan penggunaannya mestilah tidak melebihi 30mg/kg. Sekiranya didapati penggunaanya melebihi paras yang ditetapkan, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Makanan 1983. Jadi, korang jangan risau. Buah limau Mandarin kegemaran korang masih boleh dimakan dengan selamat. Janji korang basuh dulu bersih-bersih sebelum makan 😉💕. 




SUMBER RUJUKAN


1) Cara Betul Makan Limau Mandarin - Mingguan Wanita

2) Batu Teruk Lepas Makan Limau Mandarin - My Resepi


Januari 28, 2022

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie

PANTANG NAMPAK | Pantang!! Yer, memang pantang. Pantang ada nampak giveaway! Mesti tak nak lepas peluang untuk sertai 😁. Asalnya, Syu singgah blog Mamapipie ni sebab ternampak entri pasal Nasi Kukus Sotong Besar yang baru di reading list semalam. Alang-alang dah mendarat di halaman tuan rumah, Syu pun tinjau-tinjaulah entri-entri Mamapipie yang sebelum ni. Saja nak tahu perkembangan semasa blog Mamapipie.



Untuk ketahui lebih lanjut pasal giveaway ni, korang boleh klik pada banner. Syaratnya tak susah mana pun. "Piece of cake" jer Mat Salleh cakap 😉💕. Sekiranya bernasib baik, korang bakal menerima bag comel seperti mana yang tertera dalam banner giveaway ni. Cantik kan?



Jadi, apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang ni okey. Syarat penyertaan dah mudah sangat tu. Rugi kalau tak hantar penyertaan. Pada yang dah sertai Giveaway Awal Tahun Mamapipie ni - ALL THE BEST! Semoga ada rezeki untuk korang beroleh kemenangan.



BLOGPOST KEGEMARAN? | Kalau korang nak tahu, dalam banyak-banyak entri Mamapipie, Syu paling suka entri pasal Segment Share Resepi Perintah Berkurung. Segmen ni dah lama dah sebenarnya Mamapipie anjurkan - 2 tahun lepas. Cuma Syu tak dapat nak sertai sebab masa tu Syuderis.com masih lagi dalam perut mak dia - Syuderis.blogspot.com 😆. Berblog pun tak aktif lagi masa tu. Hanya sekadar jadi pembaca dibelakang tabir sahaja.



Dalam segmen ni ada banyak resepi-resepi yang dikongsikan oleh rakan-rakan Blogger Syu. Memang menarik sangat. Kalau buntu nak masak apa, bolehlah Syu rujuk di sana nanti. Ada manfaat juga segmen yang Mamapipie ni buat.


Segmen Share Resepi Perintah Berkurung

Tamat Riwayat Selepas 12 Tahun Berkhidmat

Ingatkan lepas balik kerja semalam nak kelebek lah laptop sekejap. Kononnya nak draftlah barang satu dua entri & selesai isu CLS (Cumulative Layout Shift) blog Syu. Entah macam mana masa Syu cuba switch on Syu punya laptop, skrinnya jadi gelap gelita. Bunyi ada. Malangnya, satu imej apa pun tak dipaparkan di skrin 💆🏻‍♀️. 



Akhirnya, selepas 12 tahun berbakti, tamat juga riwayat laptop Syu ni. Memang bijak & cantik dia pilih waktu. Sudahlah Chinese New Year just around the corner. Kena cuti lama pula tu. Dah sah-sah Syu tak dapat nak berblog. Macam mana Syu nak habiskan sisa-sisa cuti 5 hari Syu tu nanti 😌. Naya-naya.


ASUS Laptop
Cuba buka tengok. Ingat boleh elok lepas betulkan wayar & chip dekat belakang skrin. Malangnya, tak mahu juga 😌


Sudahlah cuti Hari Raya Cina nanti tak dapat nak ke mana-mana. Encik suami pula kena kerja 🙃. Mereputlah jawabnya.  Nampak gaya, buat sementara waktu ni Syu terpaksalah menulis entri sepenuhnya menggunakan smartphone Syu ni. Itu jer harapan Syu. Jangan smartphone ni buat hal juga sudahlah 😌. 

Januari 27, 2022

Kek Batik Vico Mudah : 5 Bahan Sahaja!

Malam tadi ada kerajinan sikit nak buat kek 😅. Tapi, buat kek versi orang malas sajalah. Tak ada nak pukul-pukul bagi kembang segala. Waima, main bakar-bakar sekalipun pun tak ada. Serius. Syu tak ada kerajinan nak menghadap semua tu 🤣. Jadi kek apa lah yang tak ada pukul bakar segala tu? Apa lagi. Sememangnya Kek Batik lah! Itu saja kek yang paling mudah yakhamat untuk dibuat.



Sebenarnya, dah lama juga Syu tak buat Kek Batik ni. Kali terakhir Syu masak kek ni masa Syu duduk di rumah sewa masa belajar di Shah Alam dedulu. Itu pun sebab ada buat jamuan makan-makan sebelum cuti semeter ke-4. Kira memang dah lama sangat tak buat. Resepi pun Syu dah ingat-ingat lupa. Tapi tak mengapa, resepi kek ni senang nak cari. Dah macam-macam versi dah ada. Versi lumut indulgence segala lah. Even, dekat blog rakan-rakan blogger Syu pun ada dikongsikan resepi Kek Batik ni 😁. 


Kek Batik VICO
Masa padatkan kek, jangan ditekan padat-padat sangat. Tekan-tekan manja jer. Kalau tak hasilnya jadi macam ni 😅. Layer nya macam hidup segan mati tak mahu jer.


Tahun lepas ada singgah makan kek ni dekat rumah sepupu belah suami Syu. Tak ingat bila. Dah lama dah. Masa Raya Haji kalau tak silap Syu. Yang hairanya, dia punya rasa tu sampai ke hari ni terasa-rasa & teringat. Sedap sangat. Itu yang nak buat juga tu. Takut kempunan. Jadi, malam tadi Syu pun cubalah membega (modified) sikit resepi Kek Batik yang Syu pernah buat sebelum-sebelum ni. Bahan-bahan Syu pakai yang mana ada jer dekat dapur.



Selalu kalau buat kek batik mesti kena pakai serbuk MILO & serbuk koko sikit untuk bagi rasa coklat kan? Kali ni tak. Syu guna serbuk VICO 3 in 1 Original yang Syu beli dari Speedmart 99. Harga sepeket (18 sachet) tak sampai pun RM10 - Lotus's jual RM12. Kira murahlah juga berbanding MILO. Apa yang menariknya bila guna VICO 3 in 1 Original ni, kek batik tu akan nampak lebih cantik. Tekstur coklatnya nampak jauh lebih pekat & warnanya lebih gelap berbanding menggunakan MILO - Minta maaf yer MILO. Malah, rasa coklatnya pun sedap. Kalau buat air jangan cakaplah. 1 sachet ni boleh buat dua mug. Memang pekat.



 BAHAN-BAHAN


250g - Mentega*

1/2 Tin - Susu pekat* (Nak kurangkan pun boleh)

5 Sachet - VICO 3 in 1 Original*

Air Panas*

1 Bungkus - Biskut Marie Original Mini (Dipatah-patahkan)


Kuali kita ni tak secerah kuali Sugu Pavithra yer. Jadi, sila abaikan. Kita nak tunjuk gambar biskut Marie yang kita pakai ni jer sebenarnya 😂. 


Bahan-bahan yang bertanda (*) tu korang masukkan jer semua ke dalam kuali & masak sampai jadi likat & nampak berkilat. Lepas tu korang masukkan biskut Marie & gaul lah biskut Marie tu sampai dia mesra gembira dengan coklat yang dah dimasak tadi. Kemudian masukkan dalam loyang & tekan sampai jadi padat. Dah selesai boleh masukkan dalam peti ais bagi kek ni berehat & bertenang sekejap. Baru masak tak boleh potong & makan terus. Berderai keknya yong. Jadi, kena bagi kek ni sejuk dulu yer 😋.

Dolunay [2017]

 Dolunay

Genre : 


Romantik & Komedi


Pelakon : 

Özge Gürel [Nazli], Can Yaman[Ferit Aslan], Necip Memili [Hakan], Ilayda Akdogan [Asuman], Hakan Kurtas [Deniz], Öznur Serçeler [Fatos], Balamir Emren [Engin], Berk Yaygin [Tarik], Aliona Bozbey [Demet], Alihan Türkdemir [Bullut], Alihan Türkdemir [Alya]


Pengarah : 

Cagri Bayrak


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Sejak akhir-akhir ni rasa macam nak jebakkan diri tengok drama Turki. Asyik layan drama Melayu & Korea lama-lama jemu juga kan. Sekarang ni di TV3 orang ramai tengah kemaruk layan Sirah Beyaz Ask. Tak tahu dah habis ke belum drama bersiri tu ditayangkan. Syu ada tengok juga. Tapi sekejap-sekejap jer. Ada juga beberapa episod yang Syu terlepas. Faham-fahamlah bila tengok sekerat-sekerat. Mesti tak akan faham punya. Ada kelapangan nanti Syu buat drama marathon terus. Tak suka tengok cerita sekerat-sekerat. Tak puas. 


Buat masa sekarang ni Syu baru selesai layan drama Turki yang bertajuk Dolunay (Bulan penuh/purnama). Jalan cerita drama Dolunay ni memang menarik. Kalau korang nak tahu, drama bergenre romantik komedi Turki ni mengisahkan tentang kisah cinta seorang gadis jelita yang bernama Nazli dengan usahawan terkenal Ferit Aslan. Nazli ni merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan gastronomi di salah sebuah universiti di Istanbul & dia memang suka memasak. Di Istanbul, dia tinggal sebumbung dengan adiknya yang bernama Asuman & seorang lagi rakan karibnya Fatos.



Nak dijadikan cerita, Nazli ni perlukan kerja untuk menampung hidup di Istanbul bersama Asuman. Kebetulan. Di rumah Ferit ada kekosongan kerja sebagai tukang masak peribadi. Jadi dia pun mohonlah. Tak sangka dia diterima bekerja serta merta. kalau nak tahu, jawatan yang dia pegang tu agak panas juga sebenarnya. Setiap hari mesti akan ada pekerja yang kena pecat. Jadi tak hairanlah kalau jawatan tukang masak peribadi di rumah Ferit tu selalu saja ada kekosongan. Dari saat itu, bermulah detik-detik perkenalan Nazli & Ferit. Pada awalnya, hubungan Nazli dengan Ferit boleh dikatakan agak dingin juga sebenarnya. Salah satu sebabnya adalah Ferit tak suka dengan etika kerja Nazli.


Kalau nak tahu, Ferit ni sejenis lelaki maskulin yang serius, cerewet & perfeksionis dalam apa jua perkara. Semua kerja yang dia lakukan mesti berada kena teratur & tersusun. Berbeza dengan Nazli. Nazli ni pula perangainya jenis gila-gila sikit & tidak suka terikat dengan peraturan. Keras kepala pun ya juga. Lagi dilarang lagi dibuat. Bila di tempat kerja dia suka buat perkara yang Ferit tak suka. Walaupun dah banyak kali ditegur oleh Ikbal (Pembantu peribadi Ferit). Dia tetap ulang perkara yang sama. Tapi dek kerana masakan Nazli berjaya memikat selera & hati Ferit. Jadi, agak sukar untuk Ferit lepaskan Nazli begitu sahaja. Tambahan pula, jawatan tersebut agak sukar untuk dia cari pengganti.



Setelah sekian lama bekerja di rumah Ferit, akhirnya bibit-bibit cinta antara Ferit & Nazli pun berputik. Ferit pun dah mula suka & serasi dengan sikap Nazli. Malangnya, keserasian tersebut jadi terbantut dek kerana perbuatan nakal Asuman. Asuman ni baik sebenarnya. Disebabkan dia masih muda & buta dengan duit, jadi dia sanggup bekerjasama dengan Demit & Hakan. Dek kerana perbuatan Asuman, Ferit gagal mempertahankan dirinya untuk mendapatkan hak penjagaan penuh kepada Bulut. Akhirnya, hak penjagaan tersebut jatuh kepada Demit & Hakan. Tapi masa ni, Ferit tak tahu yang semua ni berpunca dari Asuman. Malah, rahsia ni juga diketahui Nazli.


Dolunay : Nazli & Ferit
Jelesnya tengok diorang berdua. Serasi sangat digandingkan bersama 😍.


Selepas rahsia Asuman bocor. Ferit pun mula membenci Nazli & sukar untuk memaafkan dia. Tapi disebabkan Ferit nak rampas semula anak saudaranya kembali, dia terpaksa bekerjasama dengan Nazli. Drama ni sebenarnya ada banyak konflik tau. Jadi macam susah sikit Syu nak ringkaskan ceritanya. Syu rasa sebaiknya korang tengok sendiri drama Dolunay ni. Serius menarik. Korang boleh tonton episod penuh Dolunay di Ytube Channel Turkish Series. Kalau ikutkan, drama ni ada 26 episod. Tapi lepas dipendekkan durasi tayangan setiap episod kepada 45 minit, maka jadilah 81 episod. Jadi, pada yang menonton tu korang bertabahlah yer untuk habiskan kesemua episodnya 😅.



Secara keseluruhan, drama Turki ni memang seronok untuk ditonton. Tak bosan walaupun episodnya banyak. Bila korang mula tengok episod 1, korang akan terjebak terus sampai episod terakhir. Sebab jalan ceritanya menarik & tak membosankan. Untuk drama ni, 5 🌟 Syu bagi. Pada yang belum tengok, korang wajib tonton drama ni. Higly recommended! 👍 

Januari 26, 2022

Follower Ke-100 : Tahniah!

Pagi ni, agak awal juga Syu buka blog. Saja nak baca komen-komen yang rakan Blogger Syu tinggalkan - Tapi nak tulis entri ni sikit punya berjam yer 😌. Sambil tu Syu sempat juga jengah ruangan yang Syu paling tunggu-tunggu - My Followers. Bukanlah Syu ni gilakan pengikut tau. Tapi, sebenarnya Syu saja nak bagi kejutan & penghargaan sikit buat pengikut yang berjaya merangkul nombor bertuah ni.


TAHNIAH & TERIMA KASIH | Setelah sekian lama Syu menunggu. Alhamdulillah. Akhirnya muncul juga followers bertuah Syu yang ke-100 ni. Dari tahun lepas asyik lekat dekat nombor 99 jer. Tak bertambah-tambah. 😂 Dalam hati banyak kali dok ulang-ulang - "Cecah 100 aku bagi hadiah". Nah, cecah juga akhirnya.


Follower Blogger Ke-100


Apa-apa pun tahniah Syu ucapkan buat penulis blog Tentang Yaya & terima kasih juga sebab sudi luangkan masa menjenggah ke blog Syuderis.com ni. Mula-mula Syu tercari-cari juga siapa gerangan pengikut yang ke-100 ni sebenarnya. Syukur Yaya ada maklumkan di ruangan komen. Kalau tak, jenuh Syu bercari 😅.


Blogger Comment Section
😅 Ruangan komen juga penyelamat keadaan. Jadi, pengajarannya- Jangan serik mengomen okey!


Kalau korang nak tahu, blog Tentang Yaya ni sangat menarik & bermanfaat untuk dibaca tau. Dalam blog ni tak ada diceritakan pasal diri tuan empunya blog. Sebaliknya, blog ni banyak dikongsikan entri-entri yang berilmiah & bercirikan Islamik. Dalam blog ini ada juga diselitkan elemen-eleman berunsurkan pengajaran yang mana sedikit sebanyak dapat membuatkan kita bermuhasabah diri seketika - Blog ni tiba-tiba buat Syu teringat dekat blog Pemuda TTBC (Ke Arah Mencari Redha-Nya). Nanti nak singgah sana sekejap. Lama tak singgah 😅.



SELIT SEKALI BOLEH? | Memandangkan hadiah Top Bawangians Syu masih lagi dalam proses penyediaan. Syu rasa ada baiknya juga Syu selitkan sekali hadiah buat pengikut Syu yang ke-100 ni. Senang. Sekali harung. Tak payah nak buat dua kali kerja dah. Buat Top Bawangians Syu, Syu harap korang bersabar yer. Hadiah yang Syu nak bagi ni "spesial" sikit. Tulus ikhlas Syu buat untuk pengomen & pengikut setia Syuderis.com. Harap korang sudi menunggu. 😁 Jangan marah aaaaa...



Pada rakan Blogger Syu yang lain. Jangan rasa sedih & hampa. Insyallah akan ada rezeki korang nanti. Yang penting jangan serik mengomen & menyokong Syuderis.com okey.  Pada yang belum follow. Tak mengapa. Peluang masih terbuka. Mana tahu Syu nak bagi kejutan lagi untuk "lucky number" yang seterusnya. Siapa tahu 😊🍎?






[Kepada Blogger Warisan Petani & Atiqah Najihah, minta hantar alamat surat menyurat di ruangan Contact Form yer. Syu masih belum terima apa-apa maklumbalas lagi 😊💕]

Januari 25, 2022

Foodrio Forty Four Shake : Sedap & Mengenyangkan

Foodrio Forty Four Shake
Satu tong ni boleh tahan selama 28 hari. Hanya 1½ sudu sahaja diperlukan untuk setiap hidangan.


Lambat Syu bersiaran hari ni yer. Matahari dah nak tenggelam baru sibuk nak munculkan diri. Harap korang sudi membaca. Jadi, untuk entri kali ni Syu nak cerita sikit pasal salah satu produk yang Syu dah konsum sejak beberapa hari ni. Mula-mula rasa macam ragu-ragu juga nak kongsi. Tapi memandangkan produk ni bagus. Ada baiknya Syu buat review sikit. Produk ni diberi nama Foodrio Forty Four Shake & ianya ada dijual secara online di official website Slim Korea & juga di Shopee : Slim Korea - Shopee murah sikit. Tapi kena tunggu ada promosi 😁. 


Kalau nak tahu, Foodrio Forty Four Shake ni merupakan salah satu produk minuman berprotein tinggi yang berasal dari Korea. Foodrio Forty Four Shake ni halal & berfungsi sebagai pengganti kepada makanan (Meal replacement). Produk ni dihasilkan khas buat mereka-mereka yang tengah berdiet & cuba untuk mengawal selera makan. Foodrio Forty Four Shake ni didatangi dengan pelbagai perisa. Antaranya :

 

  • Banana
  • Caffe Latte
  • Chestnut
  • Choco Cookies
  • Cocoa - Ada dibagi sampel. Dah rasa. Tapi tak berkenan ditekak Syu 😂
  • Coffee - Syu beli yang ni 😁
  • Cookie & Cream
  • Oatmeal & Almond
  • Strawberry
  • Strawberry Yogurt - Syu beli yang ni juga! 😋
  • Blueberry Yogurt
  • Orange & Manggo


BUKAN UBAT KURUS | Jangan salah faham yer. Foodrio Forty Four Shake bukan ubat untuk kuruskan badan. Sebaliknya, ia adalah minuman berprotein tinggi yang mampu mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lama - Tahap keberkesanan mungkin berbeza mengikut individu. Pengambilan produk ni bukan bermakna korang kena tolak semua makanan yang korang makan. Produk ni hanya sekadar pengganti sahaja supaya korang kekal kenyang & tak pedih perut terutamanya bila korang tengah berdiet. Dengan pengambilan protein shake ni, korang boleh berdiet tanpa berlapar.



CARA PENGAMBILAN | 1½ sudu (25g) serbuk Foodrio Forty Four Shake perlu dibancuh terlebih dahulu dengan menggunakan air ataupun susu. Nak minum sejuk atau panas, terpulang. Waima kalau korang nak campur dengan buah-buahan & dijadikan overnight oats pun tak menjadi masalah. Ikut kreativiti korang nak buat macam mana 😉💕. Cuma lepas korang dah bancuh, sebaiknya diminum terus. Kalau dibiar lama, nanti airnya akan jadi pekat & keberkesanannya untuk membuat perut korang kenyang lebih lama tu kurang berhasil sedikit.


Sudu memang dah dibagi siap dalam bekas. Tak payah runsing-runsing nak bersukat bagai 😁.


Lagi satu. Masa nak bancuh tu nanti, sebaiknya korang guna Rechargeable Mini Juice Blender macam yang Syu pakai ni. Senang. Tak akan ada isu serbuk jadi ketul-ketul. Nak kisar sekali dengan buah & ais pun tak menjadi masalah. Elok jer hancur. Seandainya korang tak ada masa nak bersarapan, pengisar mini ni antara pilihan yang terbaik untuk korang buat susu kocak (Milkshake) dengan mudah & cepat.



WAKTU PENGAMBILAN | Foodrio Forty Four Shake ni kebiasannya dikonsum ketika sarapan pagi atau makan malam. Tapi, kalau korang nak konsum untuk dua-dua waktu ni pun tak menjadi masalah. Ianya sangat-sangat digalakkan. Cuma nasihat Syu, korang jangan skip makan. Paling kurang pun makan sehari sekali. Jangan bergantung seratus peratus kepada produk ni sahaja untuk korang kekal kenyang. Nutrisi dari makanan yang lain pun masih perlu dibekalkan seperti biasa.


Perisa yogurt strawberi ni memang sedap. Bau strawberinya wangi sangat. Bertambah sedap bila dicampur dengan buah strawberi segar 😋🍓.


SEDAP & MENGENYANGKAN | Sejujurnya, Foodrio Forty Four Shake ni bukan sahaja sedap. Malah satu cawan pengambilan sudah memadai untuk buat korang kenyang dari pagi sehingga ke petang - Bergantung kepada metabolism badan juga. Memang sesuai sangat kalau nak diamalkan ketika bulan Ramadhan. Tak ada lah isu pedih perut lagi lepas ni kan? 😊💕



TIADA KESAN SAMPINGAN | Setakat ni, Syu tak ada apa-apa permasalahan dengan Foodrio Forty Four Shake ni. Lepas minum tak ada sebarang kesan sampingan pun. Cirit-birit, perut memulas segala tak ada. Cuma air masak tu kena minum lebih sikit. By the way, korang harus ingat bahawa produk ni bukan tiket untuk korang skip  makan & makan sesuka hati yer. Produk ni hanya sekadar membantu & mengawal korang dari makan secara berlebihan sahaja. Selebihnya korang sendiri yang kena kawal pemakanan korang - Nasihat untuk diri sendiri juga sebenarnya ni 😁. 

Januari 24, 2022

PayPal : Keluarkan Duit Hasil Intellifluence & Klaim Ganjaran

ADA KENAIKKAN ATAU TIDAK | Sebenarnya agak lama juga Syu peram duit hasil Intellifluence ni di akaun Paypal. Lepas selesaikan job dari Intellifluence masa lockdown hari tu, Syu memang tak sentuh langsung duitnya. Saja buat eksperimen. Nak tengok ada naik atau pun tidak kadar tukaran wang asing dari $USD (US Dollar) ke RM (Ringgit Malaysia) dalam Paypal ni. Alhamdulillah. Tunggu punya tunggu. Ada kenaikkan rupanya. Tak sia-sia biarkan duit dalam tu 😁. Lepaslah guna buat belanja encik suami satu set kombo KFC Golden Crunch  kemarin.



Memandangkan Syu malas nak peram lagi lama. Hari Jumaat lepas, buat pertama kalinya Syu pun buat pengeluaran. Tak sampai 24 jam. Duit Syu dah berjaya dipindahkan ke akaun Maybank Syu. Sebenarnya, nak keluarkan duit dari PayPal ni tersangatlah mudah 😊💕. Tambah-tambah bila korang menggunakan aplikasinya yang dah sedia ada - Tak ada aplikasi PayPal. Boleh muat turun dari mana-mana appstore. Hanya perlu pergi ke dashboard PayPal & klik pada pengeluaran. Kalau korang dah link siap-siap akaun PayPal dengan akaun bank & debit kad korang, lagi bertambah mudah kerja korang.


Dari RM811.69 naik jadi RM835.08 - Anggaran sahaja. Masuk akaun bank lain jumlahnya 😁.


Untuk makluman korang, jumlah yang dipaparkan ni tak sama dengan jumlah yang akan masuk ke dalam akaun bank korang yer. Setiap hari, kadar tukaran wang asing ke ringgit Malaysia tak sama. Adakala naik & adakala turun. Jadi, ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi jumlah duit yang korang akan terima. Sebaiknya, keluarkan duit dari PayPal bila kadar semasa tukaran wang asing melonjak naik. Maklumat lanjut berkenaan pengeluaran duit di PayPal, korang boleh rujuk di SINI



PAYPAL BAGI GANJARAN |  Syu tak ingat sejak bila tawaran PayPal ni bermula. Yang pasti, Syu ada terima makluman berkenaan tawaran ni di kedua-dua email Syu. Dalam email tu Syu disuruh log masuk ke akaun PayPal & klaim ganjaran yang diorang bagi. Tak banyak pun ganjarannya sebenarnya. RM20 jer. Tapi, kalau klaim untuk kedua-dua akaun ni dapatlah Syu RM40. Siapa nak bagi kan? Dah PayPal suruh klaim. Kita klaim saja. Tambah pula, wangnya gratis guys!! Masakan mahu ditolak? 😝


PayPal
Ganjaran RM20 boleh diklaim sehingga penghujung bulan Januari ni sahaja - Ada tertera di aplikasi PayPal 😘


MATAWANG BERBEZA AKAN DIASINGKAN | Untuk makluman korang, duit yang PayPal bagi ni akan diasingkan dari duit yang matawangnya berbeza. Kiranya kalau korang dapat gaji dari Intellifluence dalam bentuk $USD & ganjaran dari PayPal dalam bentuk RM, akan diasingkan kedua-duanya bila korang klik jumlah baki dilaman utama aplikasi PayPal. Malah, masa korang nak buat pengeluaran nanti korang kena pilih salah satu daripadanya. Tak boleh keluarkan sekali. Walaupun, dekat dashboard PayPal dah sedia-sedia tertera jumlah duit baki korang.



Jadi, semasa korang buat pengeluaran nanti akan ada dua pilihan akaun. Samada dari akaun matawang asing ataupun dari matawang kita sendiri iaitu Ringgit Malaysia (RM). Had minimum pengeluaran dihadkan kepada RM40 sahaja. Kurang dari tu korang tak dibenarkan buat pengeluaran. Jadi, itu sahaja celoteh Syu untuk entri kali 😉🍎.  

Carian Bloglist Secret Whisper 2022

HUJUNG MINGGU SEPI TANPA ENTRI | Hujung minggu memang boleh dikatakan hari bermalas-malasan Syu. Blog pun auto malas nak sentuh juga. Walau macam mana sekalipun, rutin mengemas rumah tetap dibuat macam biasa. Tapi selingannya lebih banyaklah dari buat kerja 🤣. Cuit kerja ni sikit, berhenti. Sambung balik. Lepas tu berhenti lagi. Jadi, kerjanya jadi lambat sikitlah nak siap.



Kalau ikutkan Syu boleh jer nak bagi siap cepat. Cuma tak tahu kenapa boleh terpengaruh dengan banyak selingan. Tak boleh nak fokus. Mungkin, dah bosan agaknya sebab selalu sangat hadap. Nak buat tu jadi macam malas. Almaklumlah, hari bekerja buat kerja. Hari tak kerja pun bekerja juga. Pokoknya hari-harilah kerja 😂. Tak henti-henti.



Memandangkan hujung minggu hari tu blog Syu terbiar sepi tanpa sebarang entri. Maka, di pagi hari Isnin yang cerah ceria ni Syu nak berceloteh sikit pasal satu segmen ni 😁. Sebenarnya, kalau nak tahu, dari hari Jumaat lepas lagi Syu dah peram segmen pencarian bloglist Secret Whisper ni dalam draft Blogger. Kononnya nak gunalah untuk modal bercerita di blog Syuderis.com. Tapi sampai ke sudah Syu tak sempat nak war-warkan.


Carian Bloglist Secret Whisper


Jadi, pada yang ada kelapangan. Korang boleh sertai segmen "Carian Bloglist Secret Whisper" yang dianjurkan oleh sis Najwa ni. Syaratnya mudah sahaja. Nak tahu lebih lanjut pasal segmen ni? Korang boleh klik pada banner. Sebelum tu, jangan lupa sertai juga giveaway & segmen pencarian bloglist lain dari rakan Blogger Syu yang masih lagi berlangsung. Jangan lepaskan peluang okey! Semoga blog korang ada rezeki untuk tersenarai dalam blog penganjur - ALL THE BEST 😊🍎!!

Januari 21, 2022

JJM Bloglist Year 2022

JJM Bloglist Year 2022


Ramai dah sertai JJM (Jari Jemari Menari) Bloglist ni kan? Tak mengapa. Syu sekadar nak mewar-warkan sahaja. Mana tahu, kot-kot ada lagi rakan-rakan Blogger yang tak tahu pasal segmen ni. Untuk ketahui lebih lanjut pasal segmen pencarian JJM Bloglist 2022 oleh sis Ika ni, korang boleh klik pada banner 😊🍎. Syarat penyertaannya mudah sahaja.



Apa-apa pun selamat bersegmen buat semua rakan Blogger Syu. Semoga korang bertuah untuk tersenarai dalam bloglist JJM ni. Untuk pengetahuan korang, selain dari segmen ni ada segmen pencarian bloglist lain yang korang boleh sertai juga. Jangan lepaskan peluang okey! - SELAMAT BERSEGMEN 😉💕!

Januari 20, 2022

KFC Golden Egg Crunch : Sedap & Tak Masin

KFC GOLDEN EGG CRUNCH : SEDAP & TAK MASIN | Sejak wujudnya Texas Chicken di Ipoh ni, agak lama juga Syu tak perkena KFC. Sampai dah lupa rasanya macam mana 😁. Memandangkan masa berbeli barang dapur semalam Syu terkandas di Lotus's Station 18 dek kerana hujan lebat.


Maka, terpaksa tunggu sekejap sampai hujannya reda. Memang lama betul hujannya turun. Agak lewat jugalah balik rumah semalam. Dekat pukul 8.30 malam baru sampai rumah. Yang encik suami pula dah bising. Ghisau 😅! Nak buat macam mana kan? Dah hujan. Nak redah malas. 



Sementara nak tunggu hujan berhenti, ada baiknya juga Syu isi perut dulu. Perut pun dah lapar minta diiisi. Jadinya, Syu singgahlah sekejap di medan selera untuk isi perut. Sampai-sampai tengok macam penuh tempat duduknya. Tak jadi. Terus batalkan niat. Kemudian terpandang pula atuk KFC. Hallah3. Udah melambai-lambai kome!



Kedainya ngam-ngam duduk sebelah Harold's Bread dekat medan selera. Aduh-aduh. Gila tak terliur.😅. Masa tu memang tak fikir panjang dah. Tekadkan hati. Cekalkan diri untuk masuk juga perkena KFC dalam seketul dua. Sesampai di kaunter macam biasalah. Adik cashier KFC tu minta tunjukkan sijil vaksin. Almaklumlah, nak dine-in kan. Tunjuk sajalah.



Lepas tu Syu pun pesanlah set kombo KFC Golden Crunch ni. Tapi Syu ambil set yang ada dua ketul ayam jer. Tak nak banyak-banyak. Takut tak habis. Lagipun, Syu saja nak cuba sedap atau tidak.


Tengok dekat skrin menunya memang menggoda sungguh. Tambah pula masa tengok TV hari tu, iklan KFC Golden Crunch ni asyiklah dok lalu lalang. Jadi, tekak jadi tak teringin dah nak order set kombo yang biasa 😁. 


Yang Syu makan ni set kombo untuk dua ketul ayam bersama dengan air Lemon Tea 😋.


LAGI SEDAP DARI 4FINGERS | Ingat tak entri Syu yang lepas pasal Cheesy Cheesy Chicken dari 4Fingers? Rupa ayamnya lebih kurang macam KFC Golden Crunch ni. Cuma seasoning atas ayam KFC tu tak semasin 4Fingers. Bila dimakan dengan coslaw, kemasinan yang ada pada ayam tu jadi balanced.


Kira ngamlah bila digandingkan bersama. Lepas tu cicah pula dengan Sos Cili Thai dari Life. Memang lagi bertambah-tambah padu dibuatnya. Kalau korang nak tahu. Syu bila makan KFC, Syu suka guna Sos Cili Thai sebagai sos pencicah berbading dengan sos cili biasa. Sebab sosnya memang sedap 😋!



Dekat atas ayam gorengya Syu tak pasti diorang tabur apa 😅. Rasa macam serbuk telur masin & daun kari. Secara keseluruhannya, set combo KFC Golden Egg Crunch ni memang sedap. Kewujudan daun yang Syu kata daun kari tu sikit pun tak menjejaskan rasa ayam goreng KFC ni.


Cuma air tu kalau dapat tukar pergi air Coke & Mirinda strawberi mesti lagi best - Tapi pesan guna GrabFood boleh buat pilihan air lain. KFC Golden Crunch ni dah ada rasa lemak-lemak & soft drink macam ni antara yang elok digandingkan bersama.


Kulitnya sedap sangatlah korang. Auto lupa terus Syu pasal kolestrol 😅.

Dolla | Berani

Music



Semalam dah berlalu

Masih gelap pilu, sinar pun keliru

Sepi memberitahu

Semua salahku, ku percaya tipu



Tapi teman di bahuku

Kata yang ku mampu

Aku tak perlukan kamu

'Cause I got my girls



Baby, baby, aku tak peduli

Walaupun apa yang kau beri

Ku lebih baik bersendiri

Baby, baby, berakhir di sini

Sudah aku berdiam diri

Kini ku berani



Baby, baby, uh-oh (aku berani)

Baby, baby, uh-oh (aku berani)



Sememangnya ku tahu

Cinta kita layu, tapi ku membisu

Seketika ku rindu

Perasaan sayu tak diendahkanmu



Tapi teman di bahuku

Kata yang ku mampu

Aku tak perlukan kamu

'Cause I got my girls



Baby, baby, aku tak peduli

Walaupun apa yang kau beri

Ku lebih baik bersendiri

Baby, baby, berakhir di sini

Sudah aku berdiam diri

Kini ku berani



Baby, baby, uh-oh (aku berani)

Baby, baby, hu-uh (aku berani)



Lihat ke hadapan

Yang luas pemandangan

Terangnya (cahaya)

Tak kira apa saja

Kasih masih ada bersama

'Cause I got my girls



Baby, baby, aku tak peduli

Walaupun apa yang kau beri

Ku lebih baik bersendiri

Baby, baby, berakhir di sini

Sudah aku berdiam diri

Kini ku berani



Baby, baby, uh-oh (aku berani)

Baby, baby, uh-oh (aku berani)



Baby, baby, berakhir di sini

Sudah aku berdiam diri

Kini ku berani

Januari 19, 2022

Dumpling Debab By Encik Suami

Ini alkisah malam semalam. Tak pasal-pasal ada yang teringin nak makan dumpling. Ini semua bahana tengok cerita makan-makan di YTube 😏. Memandangkan semalam cuti umum bersempena hari Thaipusam. Maka ada lah kelapangan kami laki bini nak buat. Bahan-bahan mentah untuk buat inti semua ada dalam peti ais. Cuma kulit dumpling jer tak ada. Pagi tu bercarilah di Tesco berbeli kulit dumpling semata-mata. Tak mahal mana pun kulit dumpling-nya. Sepeket ± RM2 jer. Tak ingat ada berapa keping kulitnya sebab ralik menggentel dumpling sampai tak ingat nak kira berapa keping.



Inti dumpling yang suami Syu buat ni sukatannya agak-agak yer. Syu nak selit resepi macam tak berani pula. Nanti tak menjadi takut ada yang mencari. Ghisau 😂!! Yang pasti, dalam inti ni ada diletakkan isi ayam, cendawan Shitake, daun bawang, bawang merah & bawang putih. Selebihnya ada lah ramuan-ramuan rahsia pakai campak-campak.



Masa dekat dapur, Syu perhati jer encik suami buat inti. Bahan-bahan dipotongnya kecil-kecil lepas tu semua di kisarnya dalam pengisar. Dengan daun-daun bawang dikisarnya juga. Senang betul kerja orang lelaki yer. Dua langkah jer. Potong & kisar 😂. Maka inilah hasilnya selepas bersilat di dapur dengan suami malam semalam. Dumpling debab!! Sepadat-pada inti letak dekat dalam. Berbeza dengan dumpling yang Syu pernah buat hari tu - Orang Dah Membuta, Kita Sibuk Menggentel Dumpling


Chicken dumpling
Debab gila!! 😅


APA RASA? | Alhamdulillah. Dumpling-nya sedap. Tambah-tambah bila cicah dengan sos Thai ceroi 😁. Cuma Syu masih tertanya-tanya & tercari-cari bayang cendawannya 😂. Mungkin, ini hasil dari teknik "potong & kisar" tu agaknya. Bagus betul teknik ni yer. Cendawannya auto halimunan terus 😌. Oh lah encik suami. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi masakkan dumpling. Dah lah debab. 😋 Puas makan. Nanti malam nak cuba buat goreng pula. Tak pun buat sup ke. Macam menarik - Nampak tak? Kalau dalam bab makan memang tak akan ketandusan idea walau sedikit pun 😆.


Isi padat. Puas makan 😋.

Januari 17, 2022

Hari Hora Hore 😁

Syu Deris
Acah-acah sibuk 🤣.


BERDUA SAJA | Selalunya, hari Isnin hari bermalas-malasan dek bahana terbawa-bawa mood hujung minggu kan. Hari ni tidak yer kawan-kawan. Mood kerja kita yakhamat hora hore sangat. Bangun awal. Muka ada senyum. Tak ada istilah "muka tak siap" untuk hari ni 😜. Tapi, entri pagi-paginya memang tak boleh blah. Cerita pasal Upin Ipin Meninggal?Dah kenapa kan? Tiber 🤣


Untuk pengetahuan korang, hari ni cuma Syu berdua sahaja masuk kerja. Dua rakan sepejabat Syu yang lain sambung cuti sampai Thaipusam esok. Jadi, keadaan di pejabat agak lenggang sedikit berbanding biasa 😁. Tapi dalam lengang-lengang tu banyak kerja minggu lepas yang tertangguh menanti yer. Serabut nak bagi settle tau 😂. Tambah-tambah bila dapat bos yang sejenis tak faham kita terang apa.



KIV LAGI | Nak dijadikan cerita, beberapa minggu yang lepas ada satu tender ni dah diluluskan untuk jalankan kerja-kerja pembinaan. Untuk mulakan kerja, perkara yang paling penting adalah sumber bekalan air. Jadi, nak tak nak terpaksalah buat pemohonan perkhidmatan bekalan air sementara dengan Lembaga Air Perak (LAP). Tapi, permohonannya kena dibuat melalui kontraktor yang berdaftar. Tak boleh secara terus melalui kaunter LAP katanya. Katanya yer 💆🏻‍♀️.


LAP : Borang Permohonan Bekalan Air
Borang ni kena diisi & hantar bersama dokumen sokongan kepada kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan. 


Syu ingatkan boleh selesaikan hari ni. Malangnya ada beberapa dokumen sokongan tak mencukupi untuk dihantar kepada kontraktor tu sebab dokumennya ada pada rakan sepejabat Syu yang seorang lagi. Nampak gayanya terpaksa KIV ke hari Rabu. Tak apalah. Kita bagi borang & perjanjian ni sambut Thaipusam satu hari. Tak kisahlah bos kata urgent sekalipun. Dah dokumennya tak ada. Nak buat macam mana kan? 💁🏻‍♀️



INTERNET BUAT HAL | Awal pagi tadi, internet di pejabat ni elok jer. Entah macam mana dalam pukul 11 pagi macam tu dia buat perangai pula. Memang mati akal dibuatnya. Yang duduk kerja di pejabat mesti tahu. Tak ada internet sehari memang mendap kehidupan 😅. Jadinya, terpaksalah Syu selesaikan masalah internet ni secepat yang mungkin supaya tak mendap berganda hidup dalam pejabat seharian.


Selepas dua kali telefon Telekom (TM) buat aduan, diorang kemudiannya buka satu kertas laporan untuk tindakan susulan. Katanya dalam tempoh 24 jam, juruteknik akan datang buat pemeriksaan & baikpulih. Alhamdulillah lepas waktu makan tengahari tadi, masalah internet pun selesai.



Rupa-rupanya, router TM di pejabat kitaorang ni rosak. Nak tukar yang baru warantinya pun dah out - Pakai baru 2 tahun bos cakap 😅. Jadi, tak ada pilihan lain. Terpaksalah tukar router yang baru. Rabaklah RM50++ (dimasukkan ke dalam bil yang akan datang). Router yang baru ni ada banyak sesungut. Kalau tak laju juga line internet memang tak boleh nak cakap apa lah 😂. 


Unifi Router
Dari tiga sesungut pergi empat. Bermasalah juga tak tahulah 😂. 

Upin Ipin Meninggal Di Dunia Nyata

 Upin & Ipin


Siapa tak tahu siri animasi hebat terbitan dari Les Copaque Production ni. Bukan sahaja terkenal di Malaysia. Malah, siri animasi Upin & Ipin ni mendapat sambutan yang hebat di seluruh dunia termasuk negara jiran kita Indonesia. Walaupun sehingga kini, hubungan Malaysia-Indonesia ada sedikit pergolakkan. Tapi, masih ada sesetengah rakyatnya menerima baik negara kita & beranggapan yang negara kita ini serumpun dengan mereka.


Upin Ipin


Pada Syu, animasi Upin & Ipin ni antara salah satu kartun animasi yang berjaya menjadi pengikat silaturahim antara bumi Malaysia & Indonesia. Kalau tak, masakan kartun animasi ni mendapat tempat dihati mereka di sana. Malah, mereka ambil pusing dengan setiap jalan cerita & karakter-karakter yang ada dalam kartun animasi Upin & Ipin ni.



Selain dari Upin & Ipin, ada lagi animasi bersiri yang telah diterbitkan di bawah Les Copaque Production ni. Antaranya Pada Zaman Dahulu, Puteri & Dadudido. Semua animasi yang telah diterbitkan memang sesuai untuk ditonton oleh pelbagai peringkat umur. Malah, ada banyak elemen-elemn yang berunsurkan nasihat & pengajaran yang sememangnya bagus untuk dijadikan teladan 😊💕. 



MENINGGAL DI DUNIA NYATA | Di TikTok sekarang ni heboh & trending berkenaan kewujudan dua karakter animasi ini. Khabarnya nama Upin & Ipin ini bukan sahaja wujud di dunia animasi. Malah, ianya wujud di dunia nyata juga. Akan tetapi empunya kepada nama Upin & Ipin ini dikatakan telah lama meninggal dunia sekitar tahun 1995-1996. Penemuan dua kubur yang namanya tertera Upin & Ipin ini telah dimuatnaik di laman TikTok. 



Berdasarkan perkongsian putrapahit03, dua kubur tersebut dikatakan berada di Palu, Indonesia. Kuburnya berwarna biru & tertera jelas nama Upin & Ipin. Berdasarkan ukiran pada batu nisan. Upin dikatakan meninggal pada 6.8.1995. Manakala, Ipin pula meninggal 2.4.1996. Beza tarikh meninggalnya cuma empat bulan sahaja jaraknya. Betul atau tidak? Wallahualam. Sejauh mana kesahihannya Syu sendiri pun tak pasti. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja penjelasan dari ayahanda Les Copaque kita 😉💕. Andai benar wujud empunya nama Upin & Ipin ni. Takziah & Al-Fatihah buat mereka berdua.

Januari 16, 2022

Temasya Duka

Floral GIF

TEMASYA DUKA


Yang pergi

Biarkan pergi

Tenang bersemayam bersemadi 

Menghadap ilahi



Ironinya

Yang datang menyantuni

Perilakunya tampak galak

Mengharap ditamu dijamu

Tanpa sekelumit silu



Tatkala ini

Yang kehilangan 

Sedu-sedan meratapi

Ditinggal pergi

Dek insan yang disayangi



Tetangga pula

Ada yang terlihat tidak cakna

Menghuni cuma sekangkang kera 

Nun

Jauhnya tidak sampai sedepa



Namun 

Terlintas tidak di benak fikiran

Bertandang menghulurkan tangan

Walhal 

Berkurun lama hidup berjiran



Usai puji memuji Ilahi

Sepertinya ada temasya

Tetamu dijamu girang gembira

Empunya badan 

Perkenan paksa

Walakin hati

Masih gundah gulana



Sewajarnya

Jangan ditambah beban & duka

Adat budaya zahirnya cuma pada nama

Andai dijadikan norma

Bimbang andai ada yang terluka



Ingat

Yang pergi

Selama abadinya pergi

Yang hidup jangan pula dibebani & diculasi

Kelak menjawab di akhirat nanti

Januari 14, 2022

Superhost Giveaway By BTS

Niat hati kononnya nak berbalas komen & kunjungan tauke homestay yang seorang ni di entri Syu yang lepas - Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara. Tak sangka. Masuk halaman utama terpandang entrinya yang terbaru ni - Giveaway Bernilai RM500 Untuk Follower (and Subscriber)!!! Penginapan Percuma Kat Airbnb Condo KL KLCC View !!! Wah3, tuan tanah ada buat giveaway lah pula!! Nak join ke tak nak? Nak join ke tak nak kan. Tengok dekat reading list pun macam ramai sahabat-sahabat Blogger Syu dah join. Rancak yer 😁.



Sejujurnya, dia punya tajuk entri tu memang mengundang resah & nestapa sungguh kalau tak sertai. Dahlah syarat penyertaannya mudah jer. Walaupun tuan tanah tak ada pelawa masa komen dekat blog Syu hari tu, tapi kunjungannya tu seolah-olah macam mengajak 😜. Jadinya, Syu sertai sahajalah sebagai tanda sokongan. Lagipun, ini giveaway pertama BTS anjurkan bersempena homestay Yasmin @ Legasi Residence nya dinobatkan sebagai Superhost di Airbnb. Tak salahkan kalau nak memeriahkan lagi. Menang tolak tepi. Janji sokongan cenggini 👍 - Jadi, tuan tanah BTS dah boleh buang jejauh dah perasaan "afraid of rejection" tu okey 😁💕. 


Superhost Giveaway by BTS


SYARAT PENYERTAAN & HADIAH | Nak sertai giveaway BTS ni mudah sahaja. Tuan tanah tak mintak lebih. Dia cuma minta korang FOLLOW Blog, SUBSCRIBE Ytube Channel - Family Factor, TEKA tuan tanah asal mana (Pemenang yang teka dengan betul akan dapat RM100), BUAT ENTRI ringkas pasal giveaway ni & HANTAR link penyertaan di ruangan komen entri giveaway. Mudah jer kan. Hadiah apa? Yang ini Syu rasa korang better tengok sendiri hadiahnya dekat entri giveaway ni - Klik pada banner 😉💕. Tak syoklah sembang sini habis sini kan. Yang pasti hadiahnya memang LUMAYAN. 



TUAN TANAH ASAL MANA? | Secara kasarnya Syu tahu tuan tanah BTS ni asal dari Kedah sahaja. Dekat belah mana. Syu sendiri pun tak pasti 😂. Tapi berdasarkan hasil bacaan Syu di blog BTS sendiri. Rasanya tuan tanahnya berasal dari Ayer Hitam, Kedah. Betul ke tidak tuan tanah BTS? Tak betoi habaq mai na.



By the way, sebelum Syu terlupa. Tarikh penyertaan giveaway ni akan dibuka sehingga 28 Februari 2022. Jadi, jangan lepaskan peluang okey 😉💕. Apa-apa pun, pada yang dah sertai Superhost Giveaway By BTS ni, Syu ucapkan - ALL THE BEST!! Buat tuan tanah BTS, terus luaskan kuasamu. Memang hebat dapat beli banyak properties buat homestay. Kita nak beli sebiji pun belum dapat lagi. Sebab "duit tak mandang" orang Perak kata 😁.