November 19, 2022
Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog

Kehabisan idea nak tulis blog macam Syu 😅? Jom kita pakat ramai-ramai sertai giveaway anjuran
blogger Syazni Rahim ni. Syarat penyertaannya mudah sahaja & terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
SYARAT PENYERTAAN
- CREATE ENTRI bertajuk "Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog"
- COPY & PASTE banner giveaway pada blog
- BACKLINK banner ke entri giveaway
- Jangan lupa TINGGALKAN link penyertaan di ruangan komen pada entri giveaway
Nak tahu lebih lanjut lagi pasal giveaway ni. Korang boleh klik pada banner. Untuk makluman korang. 3 pemenang yang bertuah akan dipilih secara UNDIAN RAWAK & bakal menerima hadiah MISTERI. Jadi, jangan lepaskan peluang okay! Pada yang dah sertai - ALL THE BEST! 😊💕
Oktober 18, 2022
Giveaway Contengan Cuya
Bismillahirrahmanirrahim. Masih belum terlambat lagi untuk Syu sertai giveaway anjuran Cuya ni kan 😁? Walaupun esok last day. Tetap nak juga cuba nasib. Syu tahu, mesti ramai rakan Blogger yang lain dah hantar penyertaan kan?
Actually, dah banyak hari dah tuan tanah giveaway ni pelawa Syu. Malangnya, Syu sendiri yang tak ada kelapangan nak join - Maaf ya tuan tanah😂. Ini pun curi-curi masa sementara nak tunggu waktu berbuka puasa. Harap ada rezekilah hendaknya
![]() |
| Klik banner untuk ke link penyertaan 😉. |
Kenapa nak menang?
Bohonglah kalau kata tak menang kan 🤣. Mestilah nak menang! Walaupun tak menang duit. Tapi, nak tahu juga macam mana rupa gaya Syu bila dah dikartunkan dek Cuya. Bukan apa, spesis Syu Deris ni bila dikartunkan memang lain macam sikit rupanya. Kalau ada untung menang. Teringin juga nak tengok. Helok ke hawok 😂?
![]() |
| Suka yang ini. Tapi pada masa yang sama, suka juga yang terkeluar bulu hidung tu. Sebabnya kelakar gila 🤣. |
Pada yang belum join. Jom sama-sama kita meriahkan lagi giveaway-nya. Jangan risau. Esok masih ada masa submit entri - Alah, macam tak biasa submit homework last minutes 🤣. By the way, pada yang join giveaway ni, all the best juga untuk korang okay 😊💕!
September 29, 2022
Giveaway Suka-Suki Mamapipie

Sebut saja blog Mamapipie. Seperti biasa, blog ni dari dulu memang meriah dengan giveaway. Korang dah join Giveaway Suka Suki Mamapipie yang terbaru ni? Kalau belum, jom sertai ramai-ramai. Untuk makluman korang, penyertaannya dibuka sehingga 1hb Oktober 2022 ni. Korang boleh klik pada banner untuk ketahui lebih lanjut. Tak join memang rugi. Sebab ada banyak hadiah menarik yang ditawarkan.
Entri mana yang best?
Selain giveaway, blog Mamapipie ada juga cerita pasal makan-makan, lifestyle, travel & bermacam-macam topik lagi. Dalam blog Mamapipie ni, paling Syu suka Segmen Share Resepi Perintah Berkurung. Dah lama dah segmen ni Mamapipie buat sebenarnya. Dua tahun lepas 😂. Yang Syu suka tu bukan apa. Dalam segmen ni ada bermacam-macam resepi menarik yang dikongsikan oleh rakan-rakan Blogger kita.
Dari resepi lauk-pauk, appetizers sampailah ke pencuci mulut. Satu segmen yang Syu kira agak bagus buat mereka-mereka yang kekeringan idea nak masak apa! 😆 Kalau rasa kekeringan idea. Memang elok sangat rujuk segmen ni 😊💕. By the way, jangan lupa hantar penyertaan ya! Selamat ber-giveaway & all the best!
![]() |
| Klik banner untuk ke link penyertaan 😊💕. |
Mac 30, 2022
Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & Suami
Sebenarnya dah lama Syu peram entri ni dalam draft tau. Tapi, tak tertulis-tulis sebab sibuk tulis benda lain 🤭. Nasib terperasan. Masih sempat lagi kan untuk Syu join?
Apa-apapun. Buat CCL & suami. Tahniah atas perkahwinan kalian berdua tahun lepas. Semoga rumahtangga yang dibina beroleh sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke jannah.
Pada yang belum sertai giveaway ni, jom kita meriahkan ramai-ramai. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh klik pada banner. All the best!
Mac 12, 2022
Giveaway by Eksplorasilea
Selama hari ni Syu memang followed blog Airis Bucket ni. Tapi tak pula Syu follow blog Eksplorasilea. Sejujurnya, Syu tak tahu menahu langsung yang blog Eksplorasilea ni datangnya dari penulis yang sama 😂. Terperasan pasal giveaway ni pun sebab Syu berbalas kunjungan tuan tanah blog Eksplorasilea sendiri pada entri Syu yang lepas - Selamat Hari Wanita.
Terima kasih ya sis Aulea sebab sudi tinggalkan jejak diruangan komen. Kalau tidak sampai ke sudah Syu tak tahu 😅. Memandangkan bulan Mac ni merupakan bulan kelahiran penulis kedua-dua blog ni. Maka, diadakan giveaway ni bersempena hari lahirnya. Selain memeriahkan blog Eksplorasilea, giveaway ni juga bertujuan menambah rakan-rakan yang masih aktif di Blogger.
Syarat penyertaan giveaway ni tidaklah susah mana. Memang mudah sangat untuk korang sertai - Untuk tahu lebih lanjut, korang boleh klik pada banner. Untuk makluman korang, giveaway ni akan berlangsung sehingga 31 haribulan Mac ini. Jadi, jangan lepas peluang okey 😉. 3 pemenang yang bertuah bakal memenangi hadiah misteri. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai giveaway ni. Pada yang dah sertai. Selamat bersegmen & semoga berjaya 😊💕.
Mac 09, 2022
Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!
Kalau ikutkan, sepatutnya Syu dah dalam perjalanan balik rumah dah sekarang. Tapi memandangkan hujan masih belum reda. Terpaksa juga Syu tunggu sekejap di pejabat. Apa boleh buat. Kita berulang kerja naik kuda 🏇🏻. Kalau redah juga basahlah kita.
Sementara nak menunggu hujan berhenti ni, Syu nak sertai satu giveaway yang dianjurkan oleh rakan Blogger kita ni - Syazni Rahim. Dengar cerita blognya baru masuk sekolah menengah 😁. Tingkatan 1 katanya. Kira okeylah tu. Blog Syu ni entah cecah umur berapalah agaknya. Sebab bertahun juga terbantut tumbesarannya 🤣.
Pada yang belum sertai giveaway ni, korang boleh klik pada poster untuk ketahui lebih lanjut. Giveaway ni akan berlangsung sehingg 20 March 2022 nanti. Jangan lepaskan peluang okey - SEMOGA BERJAYA 😉💕!
Mac 05, 2022
Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan
Kalau ikutkan hari ni Syu ada nak buat satu food review pasal salah satu produk Nestle ni - Cadbury Chocobakes Cookies. Tapi macam tak ada kelapangan pula nak bercerita sebab ada tuntutan kerja lain 😌.Jadinya, Syu curilah masa sikit untuk sertai giveaway mamapipie yang sedang berlangsung sekarang ni.
Blog mamapipie ni memang meriah dengan giveaway kan? Setiap tahun mesti ada. Kali ni giveaway mamapipie bergabung dengan Jomjalan ya. Hadiah yang ditawarkan pun boleh tahan luar biasa.
| Giveaway berlangsung sehingga 3 April 2022 😉. |
Pemenang utama bakal memenangi RM100. 8 pemenang lagi bakal memenangi RM50 setiap seorang & ada hadiah misteri juga untuk 3 pemenang yang bertuah. Menarik hadiahnya kan? Rasa macam rugi pula bila tak sertai 😁.
APA YANG MENARIK DI JOMJALAN? || Misal kata korang buntu nak cari tempat jalan-jalan, hotel & tempat makan menarik yang ada di Malaysia ni. Korang boleh cari semua tu di blog Jomjalan. Bukan tu sahaja. Di Jomjalan juga ada PROMOSI CUTI dengan tawaran diskaun yang menarik.
Paling geram tengok diskaun Le' One Kokol Elf. Memang murah. Dapat 50% diskaun dari harga asal. Kalau ikutkan harga biasanya RM40 tau 😳. Ada banyak promosi lain yang ditawarkan. Kena rajin tengok. Kalau tak melepas 😁.
Pada yang belum sertai giveaway ni, jom sertai ramai-ramai. Andai ada rezeki, korang boleh menang hadiah wang tunai & hadiah misteri. Jangan risau. Masih ada banyak masa lagi untuk korang hantar penyertaan. Jadi jangan lepaskan peluang okey - SEMOGA BERJAYA! 😊💕
Mac 02, 2022
Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka Oleh www.fairusmamat.com
| Klik pada poster untuk sertai giveaway 😁. |
Hari ni sempatlah buat satu entri pasal - Boleh Ke Tukang Urut Lelaki Urut Wanita. Tapi, jari jemari ni rasa macam tak cukup pula hanya dengan buat satu entri saja. Jadi, nak tambah lagi aktiviti berblog hari ni dengan join Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka dari www.fairusmamat.com ni. Syarat penyertaannya tersangatlah mudah. Hanya perlu :
- Buat satu entri bertajuk - "Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka Oleh www.fairusmamat.com"
- Muat naik poster giveaway berserta pautannya sekali
- Terbitkan entri & tinggalkan link pada entri giveaway
- Dan jangan lupa tag seramai boleh rakan Blogger yang lain bagi memeriahkan lagi suasana
Untuk pengetahuan korang, giveaway ni akan berlangsung sehingga 8 Mac ni sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang okey! Dengar cerita, 2 pemenang yang bertuah bakal memenangi sebuah buku. Pada yang belum sertai, jom kita meriahkan lagi giveaway ni ramai-ramai. Buat pendatang baru dalam dunia Blogger (Sarah Deris) - "Ni ada aktiviti blog untuk kamu 😜. Tak join memang rugi". Pada yang dah sertai. Macam biasa - ALL THE BEST UNTUK KORANG! 😉🍎
Februari 28, 2022
Segmen Giveaway Sii Nurul
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Korang pun tahu kan, laptop Syu dah selamat bersemadi dengan aman & tenteram - Payahnya Bila Laptop Rosak. Jadi, memang ada kekangan sedikit bila nak berblog. Nak menulis entri panjang-panjang pun sikit punya bercinta. Walau macam mana sekalipun, Syu tetap takkan lepaskan peluang untuk sertai mana-mana giveaway & segmen yang dah dianjurkan oleh rakan-rakan Blogger - Sekejap lagi kalau sempat nak sertai Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka pula 😁.
Syu bukan apa, dapat taip dalam sekerat dua guna smartphone pun dah memadai. Asalkan terubat hati nak meluahkan rasa dekat Syuderis.com ni. Tak bagus juga dibiar sendu tanpa entri. Nanti boleh bagi kesan pada PV (Pageviews) & Adsense. Jadi, terpaksa kekalkan momentum untuk menulis blog. Walaupun kadang-kadang kontennya ke laut 😂.
| Klik untuk sertai giveaway 👆. |
Jadi, untuk penutup bulan Febuari ni Syu nak ambil kesempatan sertai satu giveaway dari Sii Nurul. Katanya momentum berblognya tak berapa cantik sejak bergelar isteri ni. Boleh dikatakan agak lama juga Sii Nurul ni menyepi dari berblog ya. Apa-apa pun tahniah buat kedua pasangan. Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah.
Masuk hari ni masih berbaki 13 HARI SAHAJA LAGI untuk korang hantar penyertaan. Syarat penyertaannya mudah sahaja - Macam biasa korang klik saja pada banner. Jom kita sama-sama meriahkan giveaway ni supaya Sii Nurul kembali bersemangat untuk berblog semula. Pada yang dah sertai - I WISH U ALL THE BEST! 😘🍎



