Oktober 02, 2026
Reading List Problem Ke?

Korang! Reading list blogger memang ada problem eak? Dah banyak hari dah perhati. Setiap kali buka jer mesti lambat. Lepas tu dia keluar notification "Hasn't published any posts"?? Bila jadi macam ni, Syu tak dapat nak blog walking ke blog korang sebab artikel yang korang posts tak ada keluar. Ke Syu ada salah setting kat mana-mana?
![]() |
| Setel submit feedback kat Google. Harap diorang boleh selesaikan masalah ni cepat. Susahlah kalau reading list problem. Satu post apa pun tak boleh baca. |
Bukan tu jer. pageviews Blogger & Google Adsense Syu pun macam ada terkesan juga sikit. Persoalannya sekarang, macam mana korang blog walking blog blogger lain ya kalau reading list problem macam ni? Ada solution tak? ๐ Actually, Syu dah submit report dah kat Google, harap diorang boleh solve kan problem ni secepat yang mungkin - Kalau korang boleh baca artikel Syu sekarang, tolong tinggalkan jejak sikit. Nak tahu juga macam mana korang reach bloggerian yang lain.
September 28, 2026
Salam Takziah Atas Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Dukacita dimaklumkan bahawa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada usia 100 tahun. Berita pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah tentunya meninggalkan kesan yang mendalam buat suami, anak-anak, ahli keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang mengenali dan menghargai jasa serta sumbangan beliau.
Allahyarhamah bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada seorang bekas Perdana Menteri, malah mempunyai jasa dan sumbangan tersendiri dalam bidang perubatan, kesihatan awam, kebajikan masyarakat serta usaha berkaitan wanita dan keluarga. Beliau juga merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini.
Sepanjang perjalanan hidupnya, Tun Dr Siti Hasmah banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara. Jasa serta sumbangan beliau pastinya akan terus dikenang.
Salam Takziah Tun Dr. Mahathir Mohamad Sekeluarga
Dikesempatan ini Syu nak ucapkan salam takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, anak-anak, cucu-cucu serta seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali atas kehilangan insan tersayang.
Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad sekeluarga diberikan kekuatan, ketabahan & kesabaran. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa & kesilapan Allahyarhamah, menerima segala amal ibadah serta jasa baktinya & melimpahkan rahmat serta kasih sayang-Nya kepada beliau.
ุงَُّูููู َّ ุงุบِْูุฑْ ََููุง َูุงุฑْุญَู َْูุง َูุนَุงَِููุง َูุงุนُْู ุนََْููุง
Allahummaghfir laha warhamha wa 'afiha wa'fu 'anha.
Ya Allah, ampunkanlah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.
Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta ditempatkan di syurga-Mu yang tertinggi. Al-Fatihah.
Semoga segala jasa dan kebaikan Allahyarhamah terus dikenang dan menjadi amal yang mengiringinya di alam sana. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Cascada By The Magical Beans - Port Lepak Wajib Coffee Lovers!

Kalau korang tengah cari port makan baru yang cantik & cozy sekitar area Pusing & Batu Gajah, korang boleh try singgah Cascada by Magical Beans ni. Port ni antara port chillax feveret Syu, sebab dekat dengan rumah! - Lalu jalan belakang dalam 5 minit jer. Kadang lepak seorang diri. Kadang tu dengan kawan-kawan & famili ๐. Yang pasti, cafe ni ada SIJIL HALAL.
Actually, Syu dah banyak kali juga repeat makan dekat sini & ada beberapa menu tu memang Syu punya feveret. Setiap kali datang mesti akan repeat order menu-menu ni - Rosemary Chicken Chop, Mix Berries Croffle, Cheese Baked Rice & Fried Enoki Mushrooms - Padahal Fried Enoki Mushrooms to boleh jer buat sendiri kat rumah ๐! Untuk air? Semestinya Syu pilih air kopi!
![]() |
| Tempatnya cantik & selesa. Cuma space-nya limited. |
![]() |
| Penuh table! Memang melantak betul ni. |
To be honest, Cappuccino dekat Cascada by Magical Beans ni memang sedap ๐. Rasa kopi dia memang kaw. Cukup pekat. Cukup creamy. Minum kosong tak letak gula pun tak apa. Pada Syu, rasa dia memang kenalah dengan tekak Syu. Those yang tak suka kopi, jangan risau. Ada banyak pilihan air lain korang boleh pilih.
![]() |
| Sambil-sambil tunggu order sampai, bolehlah cuci mata kejap beli kopi kat shop gallery diorang. |
Oh ya, kat sini bukan setakat korang boleh lepak makan & minum jer. Biji kopi fresh & kopi premix pun korang beli kat sini, pasalnya tepi kafe ni diorang punya kilang proses kopi ☕. Kopi Cap Singa Laut nama dia - Tak pernah dengar kan? Tapi, produknya semua ada dapat pengiktirafan sijil halal. Nak beli buat minum sendiri boleh. Nak jadikan souvenier pun boleh juga.
![]() |
| Sebelum pulang ke sarang masing-masing. Kita bergambar jap buat kenang-kenangan. |
Overall, makan kat sini memang puas hati. Dari segi harga, pada Syu masih lagi affordable. Portion banyak & reasonable dengan dia punya harga - Kalau order tu janganlah order banyak-banyak ya ๐. Takut tak habis makan sebab portion-nya banyak. So, kalau korang ada kat sekitar area Pusing atau Batu Gajah, jangan lupa singgah kat Cascada by Magical Beans ni.
September 23, 2026
Rumah Kedai Kuih Raya @ Adirasa Patisserie

Kalau korang dari Batu Gajah nak ke Parit, korang jangan lupa singgah kedai dessert dalam kampung yang satu ni. Nama kedainya Rumah Kedai Kuih Raya @ Adirasa Patisserie. Muslim owner & satu-satunya kedai dessert premium yang ada kat kampung Siputeh,Perak.
![]() |
| Ada banyak pilihan dessert. Rambang mata nak pilih tau! |
Kat sini harga dessert mungkin nampak macam agak pricey sikitlah. Tapi, kalau compare kan dengan dia punya rasa, definitely korang takkan kisah dengan dia punya harga.
Pada Syu, rasa dessert kat sini memang puas hati & berbaloi dengan dia punya harga. Sekali rasa, boleh faham dah kenapa harganya macam tu! Bukan sekadar rupa cantik di mata. Tapi, kena juga dengan selera. Ahhhh...gittew!
![]() |
| Puding D'Raja. Cukup manis. Cukup lemak! |
![]() |
| Carrot Pecan Praline Cake. Kek tersedap di alam semesta! |
Jujur cakap, dessert dekat sini memang sedap-sedap belaka! Presentation pun cantik & nampak premium. Paling Syu suka Carrot Pecan Praline Cake.
Sumpah, sedap yakhamat! ๐ Setiap kali Syu singgah sini, memang wajib repeat order kek ni. Memang lain dari yang lain rasa carrot keknya.
Selain dessert, diorang pun ada jual kopi & teh juga - Kopi Syu belum try lagi. Lain kali pergi Syu nak cuba. Harga pun okay. Cuma pilihan tu tak banyak. Sambil-sambil makan dessert, sambil tu korang boleh mengeteh & mengopi sekali kat sini.
Cuma kalau dah ambil dessert, kopi atau teh tu faham-fahamlah. Kalau boleh biarlah yang kosong. Almaklumlah, dessert dah manis, minum pula yang manis-manis. Potong kaki jawabnya! ๐.
September 14, 2026
Family Day Ke Melaka-JB : Let's Go Bebeh!

Hujung bulan sudah, adik ipar Syu yang bongsu tu ajak pergi bercuti & berkumpul ramai-ramai, family day. Tapi jauh ke selatan sana bercutinya. Bukan sehari dua kome! Plan-nya, 3 hari dua malam stay kat Melaka & 3 hari 2 malam lagi stay kat JB.
Makan semua, alhamdulillah dia yang sponsor! Cuma homestay jer pakat tong-tong adik-beradik. Tapi itulah...kita ni maleyh lah nak drive jejauh! Kereta manual. Dengan jalan jem lagi. Tambah-tambah time Merdeka ni. Dengan budak cuti sekolahnya lagi. Cramp kaki dibuatnya.
So, nak memudahkan kerja, kitaorang laki bini gerak dari Perak ke KL naik bas jer - Itupun bas delay tau. Sebab jalan jem punya pasal. Dari KL nanti baru naik sekali satu kereta dengan adik ipar & kakak ipar gerak ke Melaka. Nak ke terminal bas, kitaorang dua naik grab jer. Tak kalut nak bayar duit parking! He3.
![]() |
| Dah lama tak naik bas, rasa bederau darah kita pun ada. |
Untuk tiket bas, Syu dah beli online siap-siap dah guna Redbus. Cuma Syu terlupa nak beli tiket yang dah siap ada boarding pass. So, nak tak nak terpaksalah beratur juga kat kaunter beli boarding pass - Kena cas RM2. Naik bas sekarang dah canggih. Mana ada orang cek tiket manual. Semua scan guna QR jer. Untuk tiket balik ke Ipoh Syu belum beli lagi, Sebab tak sure dari JB tu sampai KL pukul berapa.
![]() |
| Kita lapik perut dengan Roti Boy jer dulu. Nanti sampai sana baru kita makan kenyang-kenyang. Risau naik public ni kalau tiba-tiba ada feelin nak terkucil ๐. |
First Family Day
![]() |
| Sampai-sampai terus cari port makan. Perut udah laporrrr...minta nasi! ๐คญ |
September 12, 2026
Putu Piring Limbongan Melaka

Kat negeri ate yoep kome ni tak ada orang jual putu piring. Sini putu Perak & putu bambu jer belaka. This time, Syu betul-betul dapat beli & merasa putu piring yang sebenar. Bukan putu halba. Bukan putu buluh & bukan juga putu Perak. Tapi, putu piring original Melakau lahabau!
![]() |
| Akak ipar cakap-"Kalau sampai ada cina sanggup beratur beli tu Syu, maknanya kuih tu memang sedap Syu! ๐ |
Kalau ikutkan Syu nak try putu piring yang kat Bukit Beruang sana. Dah alang-alang ternampak ada kat area Limbongan masa teman ipar duai beli keria gula melaka, kita pun singgahlah kejap beli putu piring buat ghaso-ghaso - Buat ghaso-ghaso konon. Tapi, belinya sampai 6 set! Jenuh nak bagi perabih masa kat hotel. Ha3. Lain kali jelah kita try yang kat Bukit Beruang nun.
Jujur cakap, beza betul Putu Piring Limbongan ni dengan Putu Piring Warisan yang Syu beli masa kat Joker Walk malam tadi. Putu piring yang ni tebal & lembut. Gula melaka pun tak kedekut. Harga pun jauh lebih murah. Kat Putu Piring Limbongan ni ada dua perisa putu piring diorang jual. Satu original gula melaka & satu lagi perisa coklat. Original harga RM6 & coklat pula RM7.50 untuk satu set. Satu set ada 5 ketul.
![]() |
| Meriah betul gula melakanya ๐คค. Sampai hari ni teringau-igau putu piringnya tau. |
Kan Syu ada beli lebih putu piringnya. Nak makan malam tu bagi perhabis Syu dah kenyang. So, kita bawalah ke esok. Buat breakfast kononnya. Alhamdulillah, elok tak basi putu piringnya. Cuma tekstur putu piringnya tu jadi kering & berderai sikit. Kalau ada pengukus, kukus balik kuih putu piringnya confirm sedap & lembut balik! Tapi, dah kita ni stay kat hotel. Celah mana nak korek periuk kukusnya. Ha3. Kalau kat rumah bolehlah lagi.
September 11, 2026
Hikayat CEO dari Neraka — Merentan Jumaat
Salam Jumaat penghulu segala hari. Hari ni nak merentan! Merentan dengan siapa?! Merentan dengan CEO Megah Holdings yang seminggu-minggu ni asyik dok meratib kata tak nampak kita yang sebesar "semut mayat" ni buat kerja ๐ - Boss korang pun macam ni jugak ke perangai?!
Dah nak masuk 5 tahun dah kerja sini. Start dari position kerani bodoh lagi tau - Masa ni HOD kita tak nampak lagi kita punya capability sebenar. ๐ Kita ibarat CEO yang menyamar masa tu! Pelahan-lahan kita naik sampailah pegang position Exec. Mana pernah ada satu warning letters pun kita pernah tatap & sign. Perfomance issues pun tak ada! Itu menunjukkan yang kita ni betul-betul performed pada kita punya kerjaya - Maaf syakap! Yang ini kita kena riak sikit! ๐
![]() |
| Sebelum balik ofis sambung merentan kita isi tangki dulu kar Restoran Pokok Belacan. Sedap rupanya masakan kampung kat sini. |
Bila CEO Megah Holdings kata tak nampak kita buat kerja, mulalah kita ni nak start berkira-kira & tak ikhlas nak buat kerja. Waima, khidmat kita yang sebesar kuman tu pun kita nak ungkit colek - Lepas ni benda sebesar tahi hidung pun aku claim. Awas kau ๐คฃ! CEO, muka kita ni dari dulu dok cover kerja orang tau. Yang beranak, beranakkkk...Yang operation, operationnnn...Sampai kerja sendiri yang sedia-sedia ada ni pun terbengkalai dibuatnya-Kata ada backup. Alih-alih kita juga yang kena buat sudahnya.
![]() |
| Kiri kanan nak kena tengok masa ni. Dah lah pakai sistem HR zaman batu ๐ญ. Yet my CEO still tak nampak kita punya struggle nak siapkan kira gaji pekerja. |
๐ CEO, masa kita cover kerja orang kan, muka inilah yang dok selang-seli duduk meja orang sana, meja orang sini siapkan kerja. Tak ada pun kita menggelupur minta yang "manis-manis". Kita just follow the flow jer kot ingatkan ada kemanisan kat hujung-hujung. Rupanya tahi jugak CEO bagi kat kita. Sabo jelahhhh...Kalau tak mengenangkan periuk nasi, memang dah lama cabut. Harap ada lah rezeki dekat tempat lain.
[P/S: Disebabkan CEO Megah Holdings tak puas hati & tak nampak kita buat kerja. Start by next month, Syu & one of Syu punya teammates terpaksa di-transfer ke another plant. Tak ada pilihan lain sebab kitaorang dua jer yang tak pegang system HR. Harap yang baik-baik jelah untuk next month & hopefully tak ada tragedy Oktober. Okay done meroyan! Ha3 ๐]
September 08, 2026
Port Wajib Breakfast Restoran Kosiswa Riverside

Alang-alang dah ambil mak balik Pusing, esoknya Syu decided bawa mak pergi jalan-jalan cuci mata kat pasar karat Ipoh (Memory Lane). Sebelum ke Pasar Karat, pagi tu kitaorang singgahlah breakfast kejap kat Restoran KOSISWA Riverside Ipoh. Bila dah breakfast kurang sikit rambang mata nak berbeli nanti!๐
![]() |
| Di mana kakak & mak. Di situ adanya Sarah! Kih3 ๐. |
Actually, dah lama Syu teringin nak breakfast kat KOSISWA ni. Baru ini ada kelapangan nak singgah. Tengok dekat TikTok macam meriah menu-menu yang ada kat sini. That's why kita usahakan juga jejakkan kaki.
Kalau korang nak tahu, KOSISWA ni start beroperasi dari jam 7 pagi sampailah ke jam 3 petang. Lokasi kedai betul-betul kat belakang UTC Ipoh. Yang menariknya ada macam-macam menu masakan kampung korang boleh pilih kat sini. Dari breakfast sampailah ke makan tengahari.
Nak datang makan kat sini sebaiknya kena datang awal. Sebab port ni selalu ramai orang datang singgah. Parking space, sejujurnya tak ada disediakan. Tapi, korang boleh jer park surrounding UTC Ipoh tu. But make sure parking dalam petak yang disediakan. Kalau tak nanti MBI saman!
![]() |
| Nak makan cedok kena sendiri tau. Setel ambil makan, duduk jer kat meja diam-diam. Nanti ada pelayan datang kirakan ๐. |
![]() |
| Nak duduk makan kat dalam boleh. Nak duduk kat pangkin luar ni pun boleh. |
![]() |
| Sebab apa nama kedai ni Restoran Kosiswa Riverside? Inilah dia sebabnya. |
Overall, lepak breakfast kat KOSISWA ni memang best! Bukan setakat makan sedap & banyak pilihan makanan. Tempatnya pun selesa & santai. Redup. Kiri kanan hijau. Rasa tenang jer bila datang mengeteh. Lepas ni, port ni memang akan jadi port wajib Syu breakfast bila datang pekan Ipoh!
![]() |
| Masyaallah...Penuh meja! ๐ |
![]() |
| Setel isi tangki kat sini! Jom, kita ke Pasar Karat pulak cuci mata. |
September 04, 2026
Culik Mak Balik Ke Pusing
Lately ni kan, badan rasa lemau gila. Lepas balik kerja memang asyik rasa nak rehat jer. Malas nak buat apa-apa. Time maghrib lagi sakan. Mengantuk yakhamat amat mata ni. Mata macam kena gam. Kerja rumah jangan cakap. Rajin Syu buat. Time malas Syu biarkan jer. Dapur pun kadang berasap, kadang idak. Apa pasal eak? Faktor usia ke? Terkena penyakit ain ke? - Masalahnya siapa yang nak sangat ain kat kita tu ๐.
![]() |
Kalau ikutkan lepas balik kerja hari Sabtu hari tu cadangnya nak shoot teruslah balik ke kampung. Dah badan tak larat. Kita pun charge lah sekejap. Malam sikit lepas habis dinner baru Syu laki bini gerak balik Gelong Gajah ambil mak. Itu pun tak planning sebenarnya. Mak pun last minute baru kemas kain baju. Sebab dia pun macam tak percaya. Sungguh ke anak dengan menantu dia ni ambil bawa balik ke Pusing ๐.
![]() |
| Roti nan & ayam tandoori kat sini sedap. Cuma garlic sos dia macam pelik sikit. Rasa manis susu pekat gabung dengan bawang putih ๐ . |
Setel ambil mak kat kampung. Kita bawa mak singgah supper kat kedai mamak, Sahul Corner. Masa tu jam dah dekat pukul 12 dah. Tapi, saja Syu bawa mak singgah mengeteh kat sana. Kot-kot mak lapar. Nama pun supper kan. So, kita order menu yang simpel-simpel jer. Yang pasti, teh tarik wajib ada!
Ogos 26, 2026
Zus Matcha Series Matcha Chocolate Latte
Geng-geng FOMO Zus Coffee mesti dah try Lain Tapi NGAM series yang terbaru tu kan. Especially, air bom warna biru tu ๐. Maaf syakap. Kita tak berani lah nak try. Takut perut tak se-FOMO itu untuk menerima satu. Yang kedua, takut menyesal sebab tak sedap! Kita ni sejenis tak suka berhadapan dengan kekesalan. Nak-nak kekesalan tu kita sendiri yang pilih ๐.
![]() |
| Sedap! Ada rasa kelat-kelat. Rasa rumput sikit plus rasa lemak-lemak. |
Selalu kalau teringin nak minum Zus Coffee mesti akan order kopi. Asyik kopi...kopi...kopi! Macam tak ada pilihan lain jer kan?- Begitulah tekak pencinta kopi. Pahit-pahit pun tetap tak jemu. Kali ni kita try matcha series diorang pulak - Zus Mactha Chocolate Latte. Back then pernah try Matcha Taro & Matcha Strawberi. Tapi, bukan kat Zus Coffee lah. Kali ni kita cuba Matcha kahwinkan dengan Chocolate pula.
First impression, confirm kuat rasa rumputnya ni. Bila dah cuba, not bad ya dia punya rasa! Boleh tahan serasi jugalah dia punya gandingan tu ๐. Terasa lemak-lemak coklat & kelat-kelat matcha tu. Will repeat again next time. Tapi, bukan untuk minum kat office lah. Minum time kerja okay jer. But kita prefer coffee. Baru cerah sikit biji mata ๐. Next, kita nak try matcha ape pulak ya? ๐ค
Julai 20, 2026
Hari Raya Aidilfitri Kami 2026-Part 1

Tahun ni turn beraya di negeri Perak. Semua adik-beradik balik berkampung kat Kampung Gelong Gajah, Beruas. Raya tahun depan nanti baru diorang semua pakat bertebaran beraya belah bini masing-masing. Raya kali ni lain sikit tentatif kitaorang adik-beradik. Sambut pun ala kadar sahaja.
Even khemah raya pun mak tak bertempah dengan Pak Cik Mat Tan macam tahun-tahun sudah. Tapi, yang pasti tahun ni mak buat kuih raya banyak! Macam-macam jenis dibuatnya - Thanks to adik ipar baru! Rajin dia menolong mak kat dapur. Boleh tahan ligat juga buat kerja.
Hari Masak-Malam Raya
Rasa lega gila kan bila PMX umumkan cuti tambahan masa raya hari tu?! Especially, kita yang kerja swasta ni! Dapatlah merasa cuti lama sikit. At the same time, boleh balik kampung awal buat persiapan raya & berbuka puasa ramai-ramai time hari terakhir Ramadhan. - Selalu time hari masak kena kerja. Cuti pulak boleh apply sehari jer.Itupun kena pilih nak cuti sehari sebelum raya atau selepas raya.
Dam Dam Du, Bunyi Mercun - Raya tahun ni laki kita tak dapat join beraya, sebab kena kerja. Tapi, yang best-nya dia dah standby siap-siap dah mercun & bunga api untuk dikendurikan time malam raya untuk anak-anak buah dia. Beratus jugalah berhabis - Menyirap juga sebenarnya. Tapi kita lantakkan jer. Asalkan bukan duit kita.
![]() |
| Ini jer yang sempat di ambil gambar. Yang lain habis dah kena bakor. Tak menyabor budak-budak ni bila nampak benda-benda ghoper ini ๐. |
Bila ada bunga api & mercun, automatik jadi meriah pula kampung dibuatnya. Selalu sunyi jer time malam-malam. Busuk-busuk pun dengar bunyi cengkerik dengan bunyi burung hantu. Bila dah meletup dentam-dentum sana-sini, babi ngan monyet pun tak berani nak mari ๐.
Raya Pertama
Pagi raya, mak as usual sibuk kat dapur. Awal dia bangun, gara-gara nak melodeh - Menu wajib wong Jowo time hari raya! Rendang ayam, Syu dah tolong setelkan dah malam tadi. Malas nak bergocoh dengan periuk belanga di pagi raya. Raya Aidilfitri tahun ni kita ada agenda! Nak solat berjemaah kat masjid dengan tenang.
![]() |
| Kami-kami yang perempuan set up table & setelkan barang pemakan. Yang lelaki-lelaki pandailah deme set up apa-apa yang patut ๐. |
Selain lontong & kuah lodeh, ada juga menu lain kitaorang buat - Nasi impit, lemang, daging masak hitam, kuah kacang & biskut raya mak. Sebelum pergi ke masjid, kitaorang pakat-pakat hidang kat atas meja siap-siap. Nanti balik dari sembahyang raya dah tak gaduh dah. Tinggal ngap jer masuk dalam mulut!
Masjid Gelong Gajah Aku Datang! - Raya tahun ni Syu memang dah pasang niat nak solat di masjid. Alhamdulillah! Allah izinkan. Selalu pagi-pagi tak sempat nak pergi, sebab sesohkan hal kat dapur. Raya tahun ni, Syu tak nak sesohkan dapur pagi-pagi. Syu nak ke masjid! Nak jadi apa jadilah. Awak nak pergi solat berjemaah kat masjid! Ha3.
![]() |
| Boleh tahan meriah! Paling seronok budak-budak lah. Dapat duit raya! |
Assalamualaikum abah! - Tahun ni aktiviti ziarah kubur lain macam sikit dia punya feeling. Sedih ada. Sebak pun ada. Dulu setiap kali habis sembahyang raya, arwah abah mesti akan singgah kat tanah perkuburan ziarah tok & tok wan dengan kitaorang. Ziarah kali ni arwah abah ada juga, tapi dia pun dah menyusuli tok & tok wan sekali kat sana ๐. Raya tahun lepas sempat juga beraya dengan arwah abah. Tapi, dalam lima hari je. 2 hari sambut kat kampung, selebihnya dekat Hospital Manjung.
![]() |
| Assalamualaikum abah! Kami datang jenguk abah ni... |
Alhamdulillah, arwah abah pergi pun mudah. Tak ada menyusahkan anak-anak - Memang itu yang arwah abah nak kan sebenarnya, walaupun pada hakikat anak-anaknya dah standby & ready untuk disusahkan demi dia. Apa-apa pun Al-fatihah untuk arwah abah. Doa kami, mak adik-beradik, anak menantu & cucu-cucu abah ada & takkan putus-putus kitaorang kirimkan untuk abah. Sayang abah dunia akhirat. Selamat hari raya abah. Maaf zahir batin - Wuarrgggghhh...sedihlah! ๐ญ
Lontong My Feveret! - Setel aktiviti kat kubur, kita balik sambung buat aktiviti lain pulak kat rumah. Perut pun dah berkeroncong minta diisi. Jadi, kita makanlah dulu makanan-makanan yang kitaorang dah pakat-pakat hidang kat atas meja sebelum gerak ke masjid tadi tu. Sebelum tetamu datang beraya, better kita isi tangki dulu.
Lambat makan. Sumpah licin! Kawan-kawan mak suka datang beraya kat sini. Sebab rumah mak jer yang ada buat lontong & kuah lodeh. Setel makan, then barulah kita boleh bermaaf-maafan, berbahagi harta (Duit raya) & ber-OOTD raya satu famili - GAMBAR RAYA KITA SAMBUNG KAT PART 2 NANTI ๐ซฃ.
![]() |
| It's makan time. Menu raya banyak tahun ni. Favourite Syu sepanjang masa. Nasi impit & kuah lodeh mak! |
[P/S : Dah lama peram post ni kat dalam draft sebenarnya. Tak kuat nak sambung menaip sebab Raya Aidilfitri tahun ni, raya yang paling sedih untuk kitaorang satu famili. Memang yang pergi tetap pergi. Tapi, yang pergi tu sebenarnya kekuatan kita untuk berdiri sampai hari ni]
Julai 18, 2026
Santai-santai Taman Tasik Taiping

Dari Beruas nak ke Taiping dah tak jauh dah bila guna Highway WCE. Kalau drive santai-saintai ada lah dalam sejam macam tu. Memandangkan dah lama tak lepak Taman Tasik Taiping, kita pun ajaklah mak & Sarah ke sana. Niat asal nak makan yong tau fu. So, sementara nak tunggu kedai yong tau fu kat Bomba tu buka, kita merayaplah kejap cuci mata, lepak-lepak, makan aiskrim & boatride kat Taman Tasik Taiping sana.
Taman Tasik Taiping ni kalau time hujung minggu memang toksah cakaplah. Sesak yahamat. Pengujung yang datang memang ramai. Tambah bila time weekend. Jalan jammed. Kenderaan pula tak putus-putus keluar masuk. Dari matahari terbit sampailah matahari dah tenggelam. Kita yang duduk berjiran dengan Taiping ni pun dok tertanya-tanya. Apa benda yang menarik kat Taman Tasik Taiping ni sampai sesak-sesak. Bukan ada tasik jer ke ๐?
![]() |
| Cantik view-nya kan. Ni kalau lepak petang-petang lagi best. Redup jer rasa. |
Dulu, Taman Tasik Taiping ni sendu. Sekarang dah ada macam-macam aktiviti pengunjung boleh buat bila datang kat sini. Ada yang datang bersenam, berpiknik, boat ride, cycling, photoshoot wedding, JJCM (Jalan-jalan cari makan). Yang main golek-golek atas rumput pun hado tau!- Grounding lettew gamaknya ๐ .
Kalau korang nak tahu, Taman Tasik Taiping ni asalnya bekas tapak perlombongan bijih timah. Then dalam tahun berapa entah, Kolonel Robert Sandilands Frowd Walker jadikan tapak perlombongan ni taman awam untuk tempat orang datang beriadah-Kat blog Orang Perak ada cerita pasal sejarah Taman Tasik Taiping ni. Korang boleh baca kat situ.
Taman Tasik Taiping ni antara taman awam tertua di Malaysia & memang cukup sinonim dengan Pokok Hujan-Hujan (Samanea saman). Majoriti pokok-pokok yang ada kat Taman Tasik Taiping ni semuanya dah tua-tua & kebanyakkannya dah mencecah usia ratusan tahun. Saiz pokok-pokok yang ada kat sini semuanya besar-besar belaka. Sampai dah sujud ke bumi & bertongkat dengan besi pun ada!
![]() |
| Cuaca panas sebenarnya masa ni. Tapi terasa redup sebab ada pokok hujan-hujan ni. |
![]() |
| Dah penat berjalan. Next kita try boat ride pula. Sejam RM30 jer. |
![]() |
| Untuk boat ride kita decide guna e-boat jer. Tak payah nak kayuh-kayuh bagai. Just control stering & speed jer ๐. |
Taman Tasik Taiping ni best! Datang sini tengahari rembang pun rasa redup & berangin jer. This time kita jalan-jalan cuci mata & buat aktiviti boat ride jer dulu. Lain kali datang sini, kita bawa periuk nasi & lauk-pauk terus. Bentang tikar getah, piknik satu famili kat sini ๐. Bertambah-tambah meriah Taman Tasik Taiping lepas ni!
Julai 10, 2026
Renew Domain Blog Syuderis.com

Berbulan tak sentuh & update blog, tahu-tahu blog sendu kita ni dah nak kena di renew dah domain nyer ๐ - Expired hari ni 10/7/2026. Nak tak nak kita renew jelah. Bagi iklan kat blog kita ni jalan. Renewal fee untuk setahun still affordable lagi nak bayar. Kira bolehlah harga RM60 setahun. Lepaslah rolling balik duit income Google Adsense yang Syu dapat hari tu ๐ .
Lagipun, Blogger ni jer tempat yang kita selesa nak curhat macam-macam & simpan segala memori. Platform lain macam senang sangat orang nak stalk life kita. Orang dah kenal. Senang kena judge - Kita ni hati tisu. Takleh terima kecaman๐. Kat sini siapa pun tak kenal kita. Circle pun hanya dalam kalangan pembaca yang tak dikenali & penulis blog jer.
![]() |
| Setel buat payment jangan lupa submit ticket. Attach sekali gambar resit pembayaran as a prove yang korang dah buat pembayaran. |
![]() |
| Bila NetKL dah balas macam ni, maknanya domain korang dah selesai di-renew kan. |
By the way, those yang ada Blogger & berhajat nak ada domain sendiri boleh BELI DOMAIN KAT SINI. Untuk personal blog, ambil yang ".com" pun tak cukup memadai dah sebenarnya๐. Nanti ada masa Syu ajar lebih details macam mana nak renew & beli domain di NetKL.

Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "ุจِุณْููููููููููููููููููู ِ ุงِููู ุงูุฑَّุญْู َِู ุงูุฑَّุญِْูู ِ" Untuk Entri Blog
- Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet ๐ค
- Salam Takziah Atas Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali
- Rumah Kedai Kuih Raya @ Adirasa Patisserie
- Port Wajib Breakfast Restoran Kosiswa Riverside
ARCHIVE
-
▼
2026
(35)
-
►
September
(9)
- Salam Takziah Atas Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah M...
- Cascada By The Magical Beans - Port Lepak Wajib Co...
- Rumah Kedai Kuih Raya @ Adirasa Patisserie
- It's FRI-YAY!
- Family Day Ke Melaka-JB : Let's Go Bebeh!
- Putu Piring Limbongan Melaka
- Hikayat CEO dari Neraka — Merentan Jumaat
- Port Wajib Breakfast Restoran Kosiswa Riverside
- Culik Mak Balik Ke Pusing
-
►
September
(9)






































