Niase Restaurant Bazar Ipoh Silveritage

Oktober 22, 2026

Tempatnya selesa korang. Tapi, ruang & meja terhad sikit, especially those yang datang lebih dari 2 orang. 

 

Ini alkisah celebrate birthday husband kita hari tu. Baru hari ni ada kesempatan nak bercerita kat korang. Birthday husband tahun ni Syu celebrate kat tempat special sikit. Kat mana? Kat restoran Diana Sidek, Niase!


Niase ni sebenarnya dah lama dah buka kat Ipoh ni. Cuma Syu sendiri yang asyik tangguh-tangguh nak singgah sebab malas nak beratur panjang. 😂 Masa mula-mula viral dulu, diorang buka dekat Ipoh Night Market sana. Situ dah lah antara tempat tumpuan pelancong juga. Every weekend mesti ramai orang punya!

 

Actually Syu dah lama teringin nak cuba Niase punya Nasi Khaomok, Tomyam, Daging Harimau Menangis & Lutut Ayam Goreng! 🤤 Empat menu ni memang antara menu killer yang selalu buat orang datang cari Niase. Akhirnya tercapai juga hasrat Syu nak try menu-menu yang dah lama masuk dalam wishlist Syu! Tapi, dengan reason NAK CELEBRATE BIRTHDAY HUSBAND! 😆 


Portion banyak ya guys! Nasi khaomok & tomyam ni boleh makan 3 orang tau! 😋


Mempersembahkan! Lutot Ayam Goreng Niase! 😋


First time makan lutut ayam kome. Jadi peghaq dibuatnya! 😂


Cukup lengkap menunya. Dari, appetizers sampailah ke pencuci mulut. Hujung-hujung dompet kita pun kena cuci sekali. Dah kita yang belanja! 😆


To be honest, makan kat sini semuanya sedap-sedap belaka. Paling husband Syu suka dia punya dessert, Lengat Emas. Cukup manis. Cukup lemak! Makan pula time sejuk-sejuk. Memang layan!Portion makanan, boleh tahan banyak juga. Dia punya ambience? Cantik & sedap mata memandang. Masuk-masuk rasa macam makan kat restoran mahal pun ada - Memang mahal pun sebenarnya. Tapi, mahal yang berbaloi-baloi! Jujur cakap, Syu akan singgah sini lagi demi sepinggan lutot haiyam & lengat hemas 😁

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!