New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Sedap!

Oktober 05, 2026

Hari tu ada ternampak CBTL punya new series ni. Tengok macam menarik. So, Syu & kawan Syu si Wana pun pakatlah beli seorang satu. FOMO punya pasal - Kitaorang order guna GRABFood jer. Malas nak keluar. Saja nak cuba sedap ke tidak airnya. Syu order Pumpkin Spice Vanilla, 3X Shot dengan Vanilla Creme Crown. Yang si Wana pulak order Pumpkin Spice Latte.

 

Pumpkin Series CBTL
Masa ni dah excited gila. Tak sabar nak tahu rasa dia macam mana.


Sampai-sampai tu memang dah excited dah. Yelah, tasyabar nak tahu rasanya macam mana. Kena pulak time tu tengah haus & tekak memang tengah craving nak minum kopi. Sudahnya...airnya TAK SEDAP langsung! Ha3. Sedap lagi air mati kat office ni. Menyesal gila beli!

 

The Coffee Beans & Tea Leaf
Ingatkan sedaplah sangat. Indah khabar dari rupa rupanya. Janganlah kome beli. Tak sedap!


Syu ingatkan rasa kopinya lemak-lemak, after taste dia ada rasa pumpkin-pumpkin gittew. Hujung-hujung rasa cinnamon. Sudahlah kita ni tak berapa minat cinnamon. Even Cinnamon rolls pun kita tak mandang 😅. 


Those yang tak suka cinnamon. Jujur cakap, Pumpkin Series CBTL yang baru ni memang bukan untuk korang. Tapi, kalau korang jenis tak kisah berhabis duit & FOMO. Silakan - Jangan cakap Syu tak pesan ya!

 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!