Posts with the label Beverages
Memaparkan catatan dengan label Beverages. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beverages. Papar semua catatan

Ogos 26, 2026

Zus Matcha Series Matcha Chocolate Latte

Geng-geng FOMO Zus Coffee mesti dah try Lain Tapi NGAM series yang terbaru tu kan. Especially, air bom warna biru tu 😂. Maaf syakap. Kita tak berani lah nak try. Takut perut tak se-FOMO itu untuk menerima satu. Yang kedua, takut menyesal sebab tak sedap! Kita ni sejenis tak suka berhadapan dengan kekesalan. Nak-nak kekesalan tu kita sendiri yang pilih 😆.


Zus Coffee
Sedap! Ada rasa kelat-kelat. Rasa rumput sikit plus rasa lemak-lemak.


Selalu kalau teringin nak minum Zus Coffee mesti akan order kopi. Asyik kopi...kopi...kopi!  Macam tak ada pilihan lain jer kan?- Begitulah tekak pencinta kopi. Pahit-pahit pun tetap tak jemu. Kali ni kita try matcha series diorang pulak - Zus Mactha Chocolate Latte. Back then pernah try Matcha Taro & Matcha Strawberi. Tapi, bukan kat Zus Coffee lah. Kali ni kita cuba Matcha kahwinkan dengan Chocolate pula. 


First impression, confirm kuat rasa rumputnya ni. Bila dah cuba, not bad ya dia punya rasa! Boleh tahan serasi jugalah dia punya gandingan tu 😋. Terasa lemak-lemak coklat & kelat-kelat matcha tu. Will repeat again next time. Tapi, bukan untuk minum kat office lah. Minum time kerja okay jer. But kita prefer coffee. Baru cerah sikit biji mata 😁. Next, kita nak try matcha ape pulak ya? 🤔 

Zus Matcha Series Matcha Chocolate Latte

Ogos 26, 2026

September 21, 2025

Matcha Strawberry By House of Matcha (HOM)

Selalu minum matcha latte & matcha taro. Kali ni kita try matcha strawberry pulak dari House of Matcha (HOM). Bukan apa, saja nak tahu tekak kita ni boleh go ke tak boleh go dengan combination matcha ghoper gini. Matcha taro pun beli juga pasal nak tahu sedap ke tidak compare dengan Dua Budak Montel (DBM) yang Syu beli kat Gerbang Malam hari tu.

 

Matcha
Matcha taro kita punya favorite!


Matcha


HOM ni time siang dia buka kat Angsana Mall. Malam-malam dia meniaga kat rumah. Tapi, boleh take away jer. Pasal owner tak open table. Penah singgah hari tu. Konon nak lepak-lepak ngetea ngan husband kat situ. Tapi, tak hado port-nya 😅. So, boleh order kat GRAB jer.


Overall, kira sedap jugalah air matcha-nyer. Cuma matcha strawberi tu Syu kurang minat sikit. Syu macam lagi prefer matcha taro 🤭. Rasa kelat-kelat lemak-lemak. Kalau matcha strawberi tu dia ada rasa masam-masam kelat-kelat gittew. Still boleh diterima tekak. Tapi, takkan repeat beli lagilah. Pasal den tak berapa gemor 🤣!

Matcha Strawberry By House of Matcha (HOM)

September 21, 2025

Ogos 15, 2025

Sejukkan Tekak!

Fuhhh...lama juga tak lepak Shiha Cendol & Laksa. Dulu masa lunch break, selalu juga singgah makan kat sini. Since dah tak ada geng nak diajak lepak & Syu pun kerap balik makan kat rumah, jadi tak ada ler menyinggah. Paling kurang pun tapau bawa balik jer.


Selalu order cendol & laksa. Kali ni tekak teringin pula nak minum air batu campur (ABC) dia. Sebungkus RM5.50 jer - Mahal ke murah korang rasa? Rupa ABC-nya ampak macam manis leting kan. Tapi, tak pun sebenarnya. Rasa manisnya tu sedang-sedang jer. Sesuai selera. By the way, jemput minum! 

 

ABC
Nampak menggodakan?? 😋


Sejukkan Tekak!

Ogos 15, 2025

Julai 21, 2025

Kedai Kopi Dua Budak Montel Gerbang Malam Ipoh

Ada satu hari tu husband ajak pergi Gerbang Malam Ipoh. Nak kecilkan seluar katanya - Upah sepasang RM20. Mahal kan? Sementara menunggu seluar tu dijahit, kitaorang pergi isi tangki dulu. Lapar! Cadang nak makan kat kedai Nasi Ayam Taugeh yang kitaorang pergi hari tu - Restoran Masakan Yan.


Ni Matcha Latte yang si Sarah order mula-mula. Sedap juga. Terasa gila matcha dia 🍵. 


On the way nak ke sana si Sarah ajak singgah beli air kat kedai brother seorang ni. Kedai Kopi Dua Budak Montel (DBM) namanya - Kreatif betul nama kedai. Elok padan dengan tuan yang empunya badan. First round, teman Sarah beli - Dia beli Matcha Latte. Try rasa juga. Sedap! Second round, husband Syu pula ajak pergi beli sekali lagi. Teringin nak try Matcha Taro katanya 😂.


Abang ni meniaga kat area Gerbang Malam ni setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat. Hari lain katanya dia meniaga tempat kat lain.


Dari kiri : Matcha Taro, Passion Fruit & Honey Lemonz. Tiga-tiga sedap. Tapi Matcha Taro winner 👑💕. 


Macha Taro sedap korang. Lepas ni kalau datang Gerbang Malam lagi Syu nak order yang ni 😋. 


Alang-alang dah second round beli tu, kita pun selitlah order kita sekali - Husband kata nak belanja 🤪! Mula-mula tu macam tak nak. Tapi tak apa lah. Kita kasi support sikit abang ni meniaga. Untuk Syu, Syu pilih Passion Fruit. Si Sarah pula Honey Lemonz. Tak nak lemak-lemak dah katanya. Pasal tadi dia dah minum Matcha Latte 😅.


Overall, memang sedap air kat Kedai Kopi DBM ni. Dari segi harga, pada Syu still affordable lah. Cuma street coffee macam ni ada murah sikit pasal tak ada nak kena bayar service tax 🤪. By the way, kalau datang Gerbang Malam jangan lupa support abang ni okay! Try Macha Taro dia. Memang sedap 😉💕.

Kedai Kopi Dua Budak Montel Gerbang Malam Ipoh

Julai 21, 2025

Februari 11, 2024

Jom Cha By Farm Fresh Best!

Jom Cha

Jom Cha


Selamat berhujung minggu buat semua rakan blogger Syuderis.com. Just nak bagitahu, Jom Cha by Farm Fresh sedap 😋. Pertama kali Syu cuba, terus jatuh cinta. Ini pun rasa macam nak mengulang beli lagi ni tau🤭. Sebab sedap & murah punya pasal. Memang Syu rekemen sangat untuk korang cuba.



Soft ice cream sedap! 


Kalau korang nak tahu, dekat Jom Cha ni ada jual air & juga soft ice-cream. Untuk soft ice-cream ada dua jenis pilihan based aiskrim. Korang boleh pilih samada korang nak aiskrim yang jenis milk-based ataupun yogurt-based.


Harga kedua-duanya tetap sama, RM5.80. Cuma toppings-nya korang kena add-on. Setiap toppings harganya RM1.50. Buat masa sekarang, ada 8 pilihan toppings korang boleh pilih. Antaranya :


  • Brown sugar boba
  • Yogurt popa
  • Crystal boba
  • Mango crystal boba
  • Butterscotch sauce
  • Dark chocolate sauce
  • Strawberry sauce
  • Biscoff biscuits crumbs


Jom Cha
Air Syu beli Farm fresh milk with salted caramel (RM12. 30). Aiskrimnya pula, aiskrim yogurt letak toppings mango crystal boba & strawberry sauce (RM8.80) 😋. 


Antara dua jenis aiskrim tu, Syu paling suka soft ice-cream yogurt-based. Serius sedap 🤤. Lemak berkrim & tak terlalu masam. Harga pun jauh lebih murah dari aiskrim yogurt Sepanyol yang terkemuka tu. Satu cup tak sampai pun RM10 tau - Yang ini dah tentu-tentu buatan Malaysia 🤭. Jadi, support-lah sikit produk anak tempatan!

Jom Cha By Farm Fresh Best!

Februari 11, 2024

November 30, 2022

Zus Coffee : Cara Order & Claim Voucher

Zus Coffee
Roti, kek & muffin pun ada dijual kat sini 😋. 


Kopi Jalanan dekat Tambun sana Syu dah cuba. Kopi candu Station 18 pun dah perkena. Kali ni kita try Zus Coffee pula. Nak tahu juga mengancam ke tidak rasa kopinya 🤭. Sebab ramai yang kata kopinya sedap.


Memandangkan Zus Coffee ada buat promosi BUY1FREE1. Maka, kita gigihkan diri download aplikasinya di Playstore - Nak minum kopi percuma kenalah usaha sikit kan? Nanti tak merasa 😆.


Zus Coffee
Iced Caramel Machiato untuk Syu & Salted Caramel Frappé untuk encik suami 😋.

 

Actually, ini baru pertama kali Syu cuba air kopi dari Zus Coffee ni. Jadi, kita pesan air yang kita familiar & biasa minum saja. Nanti beli perisa yang pelik-pelik, takut kecewa pula 😂.


Seperti biasa. Kopi untuk encik suami, Syu ordered Frappé yang ada Salted Caramel. Untuk  Syu pula, semestinya Iced Caramel Machiato 😊.



Macam mana nak order? 


Pada yang pertama kali nak cuba Zus Coffee. Korang layak untuk claim voucher promosi BUY1FREE1. Dengan syarat korang buat pesanan menggunakan aplikasi Zus Coffee. 


Actually, senang saja nak buat pesanan & claim voucher percuma di aplikasi Zeus Coffee ni. Hanya perlu :


  • Download aplikasi Zus Coffee
  • Daftar akaun
  • Follow 3 langkah mudah ni untuk buat pesanan & claim voucher


Zus Coffee
LANGKAH 1 : Pilih lokasi Zus Coffee yang berhampiran


Xus Coffee
LANGKAH 2 : Pilih menu pilihan korang & tambah ke troli pembelian


Zus Coffee
LANGKAH 3 : Masukkan kod voucher & buat pembayaran


Selesai submit order, korang terus boleh datang pickup & enjoy korang punya kopi. Tak payah susah-susah beratur panjang lagi. Senang kan? Servisnya pun boleh tahan pantas juga 😁💕. 



Pada Syu, aplikasi Zus Coffee ni sangat mesra pengguna & tak lokek dengan rewards - Kena rajin login & collect points 🤭. Jadi, buat pengemar kopi. Tunggu apa lagi? Jom kita mengopi!

 

Pada yang tak suka kopi. Jangan risau. Korang masih boleh pilih minuman yang lain. Sebab menu di Zus Coffee ni tak terhad kepada menu berunsurkan kopi sahaja. Di Zus Coffee ada juga minuman yang berunsurkan teh, buahan-buahan & juga coklat.

Zus Coffee : Cara Order & Claim Voucher

November 30, 2022

Jun 15, 2021

Bluberry Ice Blended Campak-campak


Hari ni memang panas betul. Bahangnya tu terasa sangat walaupun duduk dalam rumah. Bila panas-panas macam ni, tekak pun mulalah nak cari something yang boleh sejukkan tekak 😁. Sambil-sambil layan blogger, bolehlah scoop sesudu dua masuk mulut. Kalau iktkan ada jer aiskrim vanilla dalam peti ais. Tapi malangnya Syu tak suka aiskrim vanilla 😂. Kalau husband Syu memang dia sukalah aiskrim perisa tu sebab memang favourite dia. Tu pasal dia beli.

 Memandangkan blender baru untuk buat ice blended dah ada, so bermulah sesi perasmian untuk buat minuman campak-campak ni😋. Segala balance yogurt, susu & frozen blueberry dalam peti ais Syu blend. Jadilah blueberry ice blended ni. Kalau dapat buat flavour coffee pun sedap jugak ni. Letak pulak boba & cincau as a topping. Memang jawabnyer "tarik sis...semongko!!". Ki3😆

Bluberry Ice Blended Campak-campak

Jun 15, 2021