Jun 14, 2025
Peghelih Kami Datang!

Esok nak hantar rombongan meminang adik lelaki Syu ke Peghelih. So, kita gerak awal supaya tak kalut & letih. Kalau tak ada selingan, actually dalam 3 jam dah boleh sampai sana dah. Dah nama pun jalan jauh kan. Semestinya selingan tu WAJIB ADA! - Breakfast Di Food & Wood Craft Cafe
Almaklumlah, bila dah berkonvoi gerak ramai-ramai ni faham-faham sajalah. Mesti banyak no hey nyer! Sekejap nak berhenti kencing. Sekejap nak berhenti berak! Sekejap kereta rosak 😂. Macam yang ini! Terpaksa singgah kejap bercari bengkel semata-mata nak betulkan belt aircond. Udah berdecit-decit sepanjang jalan kome! Dengan cuaca panasnya. Memang tak boleh tak ada aircond 😂.
![]() |
Dah terhidu dah bau-bau duit nak terbang tinggalkan kita. |
Ngam-ngam uncle bengkel tu check kereta kitaorang. Kereta biras pula bateri kong minta nyawa - Macam disukat-sukat pula ya nak sakit 😅. Tak pasal-pasal melayang kawan tu RM350. So far memang tak ada pilihan lain. Nak tak nak kena beli juga bateri baru. Tak ada bateri, tak bergeraklah kereta kawan tu & nasib baik kedai bateri dekat-dekat area situ jer. Tapi, kaw-kaw lah kena ketuk - Peghelih sabaq sat! Kami on the way 🫣.
Breakfast di Food & Wood Craft Cafe

Memandangkan hari ni kita nak jalan jauh. So, kita isi tangki dulu di Food & Wood Craft Cafe. Kafe ni akak ipar Syu yang suggest. Katanya best. Tapi itulah, ramai bebeno manusianya pun 😅. Dah alang-alang sampai sini, kita layankan jelah.
![]() |
Penuh orang kome! Jenuh cari tempat duduk 😮💨. |
![]() |
Makan kena order sendiri. Masa order jangan lupa sebut nombor meja. Nanti makanan kome x sampai 🫣. |
![]() |
Team Ipoh & KL. Ni semua famili belah husband Syu 😁. |
![]() |
Macam-macam pilihan makanan ada kat sini. Dari menu yang ringan-ringan sampailah ke menu yang berat-berat 😋. |
Jun 12, 2025
Suweet Sangat Kome!

Lately, badan rasa macam lemah longlai. Tiap kali balik kerja mesti rasa lemau. Nak baring nak tido. Malas nak buat apa-apa. Pening-pening alhamdulillah tak ada. Cuma terasa penat sangat. Padahal kat office bukannya bergerak sangat 😬.
Entah macam mana, esoknya terdetik hati nak cek bacaan gula. Selalu cek kan untuk husband. Kali ni kita cek untuk diri sendiri pulak. Tengok-tengok noh!! Tinggi bacaannya. Suwit nak mampuih ni!! Naya kome 🙂↔️.
![]() |
Ni semalam & hari ni punya bacaan gula. Suwit nak mampuih kome 🙂↔️. Padahal Syu puasa tau. Dua-dua ni bacaan sebelum makan. |
Selalu kalau cek, normally bacaan gula Syu bawah 5mmol/L jer. Bila dah tengok bacaan macam ni, nampak gayanya memang kena start kawal pemakanan dah ni. Especially makan benda-benda manis.
Sekarang Syu tengah usaha reverse balik Syu punya gula guna formula Dr. Mani (FDM). Syu tengok ramai bagi feedback positif lepas follow FDM ni. Harap ada hasil lah hendaknya. Risau pulak tengok bacaan gula macam ni 😂.
Jun 09, 2025
Mandi Manda Ulu Licin Beruas

Ini alkisah semalam. Since anak-anak buah kita behave & menurut kata, kita bawa diorang mandi manda Air Terjun Ulu Licin Beruas. Mak-mak & pak-pak saudara pun join berendam juga. Bukan apa, saja nak bagi sejuk badan lepas perkena sup gearbox lembu fresh.
![]() |
Sejenis suka menyakat. Saja ditahannya member tu tak bagi ikut - "Adib tak payah ikut. Adib kena tolong ayah bagi ayam makan!" |
Dari rumah nak ke air terjun dah tak jauh mana dah. Dalam 15 minit jer. That's why kitaorang boleh lenggang kangkung jer nak ke sana. Pasal dah dekat sangat. Tunggu dah petang & redup sikit baru kitaorang gerak. Lagipun, orang dah tak ramai sangat dah time tu. Boleh mandi-manda dengan tenang.
![]() |
Habis seronok dapat mandi-manda. |
Dalam pukul 6.30 petang macam tu kitaorang gerak balik. Pasal orang kampung kat situ dah datang meronda. Lagipun dah petang sangat kan. Bahaya. Kalau nampak ada yang dok ralik mandi-manda lagi tu mungkin nak disuruh baliklah tu agaknya - Dalam hati. Mesti pernah ada kes!
Jun 07, 2025
Korban Apa Jer Kome Hari Ni?
Salam kome. Masak apa jer Raya Haji ni? Korban udah berapa ekor tumbang? Dah OOTD Raya? Syu hapah belum lagi. Ada kat opis lagi ni ha...Tengah menghitung jam. Minit. Saat! Tangan tulis entri. Sambil-sambil tu mata dok jeling-jeling jam - Cepatlah pukul 1! Lambat betol masa berjalan hari ni pun. Udah ler kena kerja setengah hari 😪.
![]() |
Ate lambat beno pukul satunya pun! Cer leraih sikit 😣 |
Member sebelah pula cuti raya. Udah tak ada kawan gossip. Sumpah tak ada mood! Nak cuti tak dapat. Pasal hujung bulan hari tu udah amik cuti. Jadi, kita bagi turn kawan kita pula amik cuti. Kasi chance dekat dia clear-kan annual leave.
Apa-apa pun, dikesempatan ni Syu nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji buat semua rakan Blogger Syu. Actually ada banyak perkara nak diratibkan hari ni - Nak merungut bersyahdu segala. Tapi, tak apalah. Nanti ada freetime Syu up dekat blog. Just nak cakap. Raya Haji tahun ni Syu sedih! Tu jer. Selamat beraya kome!
Jun 05, 2025
Hari Arafah & Puasa Arafah 2025: Kelebihan, Tarikh & Amalan Ringkas

Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Ia merupakan hari yang sangat istimewa dalam Islam, terutamanya bagi jemaah haji kerana mereka akan berwukuf di Padang Arafah. Tapi untuk kita yang tak menunaikan haji ni, kita masih ada peluang besar untuk rebut pahala melalui puasa sunat Arafah.
Kisah & Asal Usul Puasa Arafah
Kisah asal usul puasa Arafah bermula dari beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang menggalakkan umat Islam untuk berpuasa pada hari tersebut. Ada beberapa sebab kenapa hari Arafah sangat istimewa:
1. Hari Wukuf di Arafah
Hari Arafah adalah hari kemuncak dalam ibadah haji di mana jemaah haji berwukuf (berhenti sejenak) di Padang Arafah. Wukuf adalah salah satu daripada rukun haji yang tidak boleh ditinggalkan. Ia adalah simbol kehambaan dan doa hamba kepada Allah.
2. Pengampunan Dosa
Puasa Arafah adalah salah satu cara bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji untuk meraih pahala yang besar. Nabi Muhammad SAW bersabda:
Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
(Hadis Riwayat Muslim, No. 1162)
Bayangkan, hanya dengan berpuasa pada satu hari saja, dosa kita selama 2 tahun boleh diampunkan! Ini menunjukkan betapa besarnya rahmat & keampunan yang Allah kurniakan pada hari tersebut.
3. Hari Ke-9 Zulhijjah - Hari Pembebasan & Doa
Pada zaman dahulu, ketika Nabi Musa a.s. & Bani Israel diselamatkan dari Firaun, mereka juga berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas pembebasan mereka. Oleh itu, dalam tradisi Islam, puasa pada hari Arafah merupakan satu cara untuk kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmat, termasuk kebebasan dari dosa & keberkatan hidup.
🕌 Kelebihan Puasa Arafah
Menurut Imam An-Nawawi, puasa pada hari Arafah adalah satu amalan yang sangat utama kerana selain daripada menghapuskan dosa, hari Arafah juga merupakan hari yang penuh keberkatan & ia merupakan satu hari yang sangat penting dalam sejarah umat Islam.
Terdapat juga hadis yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad SAW menggalakkan umat Islam untuk berpuasa pada hari tersebut Nabi Muhammad SAW bersabda:
Puasa pada hari Arafah adalah penghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang & puasa pada hari Asyura adalah penghapus dosa setahun yang lalu
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 749)
📅 Tarikh Puasa Arafah 2025
Untuk tahun 2025, Hari Arafah dijangka jatuh pada hari esok Jumaat, 6 Jun 2025 (bergantung pada pengumuman rukyah). Tandakan dalam kalendar, siap-siap niat malam sebelumnya!
✅ Amalan Ringkas Pada Hari Arafah
Puasa sunat Arafah
Banyakkan zikir dan doa – hari paling mustajab untuk berdoa
Baca al-Quran, berselawat, istighfar
Elakkan aktiviti sia-sia – fokus pada ibadah
Hari Arafah datang hanya sekali setahun, tapi ganjarannya sangat luar biasa. Walaupun kita tak berpeluang menunaikan haji, kita tetap dapat meraih pahala dengan berpuasa Arafah. Jangan terlepas peluang ni! Ajak keluarga & kawan-kawan korang untuk sama-sama berpuasa pada Hari Arafah ni nanti. Semoga Allah terima amalan kita & ampunkan segala dosa-dosa kita. Aamiin 🤲.
Jun 04, 2025
Jemari Besi | Terus Berjuang 🎧🎶


Kadang hidup tak seperti rencana
Jalan berliku penuh air mata
Tapi ku tahu
Ku tak sendiri
Mimpi di depan menanti ku raih
Jangan menyerah
Terus melangkah
Setiap usaha takkan sia-sia
Hari ini mungkin terasa berat
Tapi esok pasti lebih kuat
Tak apalah
Asal jangan menyerah
Setiap luka akan membuatku lebih kuat
Hidup tak selalu tentang menang
Tapi tentang bangkit & tetap bertahan
Biarkan waktu menjawab segalanya
Selama ku cuba ku takkan sia-sia
Terus berjuang
Jangan pernah goyah
Meski badai datang tetaplah melangkah
Walau perlahan
Aku tetap jalan
Aku percaya semua akan ada jawaban
Jun 03, 2025
Nak berhenti kerja? Ni Contoh Surat Letak Jawatan Dalam Bahasa Inggeris Paling Simple Korang Boleh Tulis!
Kadang-kadang ada satu fasa dalam kerjaya, kita rasa dah tiba masanya untuk kita berhijrah ke tempat lain — sama ada korang dapat tawaran kerja lebih baik, nak sambung belajar, atau korang saja berubah angin nak belajar benda baru!
![]() |
SUMBER FOTO : Shopify.com |
Apa pun sebab korang berhenti, satu perkara penting yang korang kena buat adalah - tulis surat letak jawatan. Baru nampak lebih beradab & profesional. So, dalam artikel kali ni, Syu nak share contoh surat letak jawatan bahasa Inggeris paling simple korang boleh tulis. Lebih ringkas, padat & nampak lebih profesional.
[Your mailing address]
------------------------------------------------------------[Company's address] [Date]
Dear [Manager’s Name],
Subject : Resignation Letter
I am writing to formally resign from my position as [Your Position] at [Company Name], effective [Last working day, typically two weeks from the date of this letter - Refer your contract of employement].
This was not an easy decision to make, as I have truly valued the opportunities for growth, the support of the team, and the positive work environment I have experienced here. However, after careful consideration, I believe it is time for me to pursue a new direction in my career.
I am committed to ensuring a smooth transition and will do my best to hand over my responsibilities effectively before my departure. Please let me know how I can assist during this period.
Thank you once again for the trust and opportunities you have given me during my time with the company. I genuinely appreciate the experience and will carry it with me as I move forward in my career. Thank you for your consideration, and I look forward to your response.
Sincerely,
----------------------------------- [Your Signature]
[Your Full Name]
💡 Tips Tambahan:
-
Notice period biasanya 1 bulan (atau ikut kontrak kerja) - Cek balik kontrak kerja korang & make sure korang follow notice period untuk elak dari kena tuntutan gaji ganti notis (in lieu of notice) oleh majikan di Pejabat Buruh.
-
Jangan lupa selitkan ucapkan terima kasih dalam surat perletakkan jawatan korang tu - Walaupun pengalaman kerja korang dekat company tu tak 100% indah, profesional tetap profesional.
-
Kalau hubungan korang dengan bos baik, boleh juga tambah ayat “I hope to keep in touch”. At least sejuk sikit hati bos korang walaupun korang selalu berseteru!
Jun 01, 2025
Cuci Mata Di FAMA Fest Festival Perak 2025

Baru-baru ni Syu berkesempatan ke FAMA Fest 2025 yang berlangsung dengan cukup meriah di RTC Gopeng, Perak. Acara yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ni memang tak pernah mengecewakan. Dia punya meriah kali ni lain macam tau korang!
Kena pula penganjur buat time cuti sekolah. Lagi bertambah-tambah meriahlah jawabnya. Ada macam-macam aktiviti menarik di FAMA Fest kali ni - Buah fresh dari ladang, jualan produk IKS & pertanian, barangan kraftangan, promosi produk pelancongan & macam-macam lagi!
Alang-alang rumah dah dekat takkan tak nak pergi kan? Jadi, masa hari pembukaan Syu sempatlah juga pergi ke sana cuci mata. Bukan apa, saja nak tengok apa yang menarik. Syu pergi time malam. So, dapatlah tengok persembahan nyanyian dari Dato' Jamal Abdillah & dengar ceramah Ustaz Kazim 😁.
![]() |
Ada pameran terrarium & jualan anak pokok. |
![]() |
Cantik betul bunga orkid yang diorang bela. Macam-macam warna ada! |
![]() |
Nak beli kudap-kudap wajib singgah sini. Ada bermacam-macam produk IKS dijual dekat sini. |
Memang best FAMA Fes Festival tahun ni. Tetamu jemputan bukan kaleng-kaleng tau. Start dari penyanyi, penceramah bebas sampailah ke influencers. Ada banyak pameran berilmiah untuk kita tambah pengetahuan pasal pertanian dekat FAMA Fest Festival ni. Lepas tu kalau lalu kat booth produk IKS, sepanjang-panjang jalan dapat tester. Lalu situ saja udah kenyang kome! Belum singgah kiosk & food truck lagi 🤭. Banyak barang pemakan. Meriah!
Tips Dari Syu Kalau Nak Join FAMA Fest Akan Datang
📍 Datang awal pagi – tak terlalu panas & parking banyak!
👜 Bawa beg shopping/wagon/trolley – senang nak usung barang. confirm banyak benda nak beli
📸 Ambil gambar! Banyak spot menarik & colourful
💰 Payung/topi – Panas lit-lit kome kalau datang time siang!
Translate
AUTHOR

FEATURED POST
Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2025
(42)
-
▼
Jun
(11)
- Salam Dari Bumi Perlis Indera Kayangan! Syurga Har...
- Peghelih Kami Datang!
- Breakfast di Food & Wood Craft Cafe
- Suweet Sangat Kome!
- Poket Talk : Akta Kerja 1955
- Mandi Manda Ulu Licin Beruas
- Korban Apa Jer Kome Hari Ni?
- Hari Arafah & Puasa Arafah 2025: Kelebihan, Tarikh...
- Jemari Besi | Terus Berjuang 🎧🎶
- Nak berhenti kerja? Ni Contoh Surat Letak Jawatan ...
- Cuci Mata Di FAMA Fest Festival Perak 2025
-
▼
Jun
(11)