Cepatlah Mak Habis Iddah

Jun 25, 2025

Cepatlah iddah mak habis. Tak bolehlah tengok keadaan mak macam ni lepas arwah abah pergi 🥲. Dengan badan mak makin susut, muka nampak sugul. Lepas tu asyik tak sihat jer. Mungkin mak teringat-ingat kat arwah abah agaknya.


Nasib baik Chaoi duduk sekali dengan mak. Bolehlah dia tolong tengok-tengokkan keadaan mak. 


Tempoh Iddah kematian suami 4 bulan 10 hari. Ada dua bulan lagi mak nak kena tempuh. Sabar ya mak. Nanti mak dah habis iddah akak bawa mak duduk Ipoh. Tak nak sedih-sedih tau. Kalau mak sedih, akak & adik-beradik semua sedih 🫂💔.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!