Januari 15, 2026
Santai Pagi Di Air Terjun Ulu Licin Beruas

![]() |
| Airnya tak berapa deras sangat. Sungai pun cetek saja. Sesuai untuk budak-budak. |
Setel beli lauk & barang pemakan kat Pekan Sari Hari Ahad Pekan Beruas, kitaorang beransur ke Air Terjun Ulu Licin pula. Pergi mandi-manda kat sana. Dari pekan Beruas, dah tak jauh mana dah. Dalam 5 kilometer macam tu. Jalan nak masuk ke dalam okay. Elok cantik berturap. Cuma laluannya tu agak mencabar sikitlah sebab sempit, berselekoh & berbukit. Yang pernah sampai sini tahulah jalan kat sini macam mana.
BACA JUGA
➢ Mandi-manda Air Terjun Ulu Licin
➢ Pekan Sari Hari Ahad Pekan Beruas
Kalau korang nak tahu, Air Terjun Ulu Licin ni terletak di dalam hutan simpan kekal Bubu & ianya berada dibawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Masuk percuma & tak ada apa-apa caj bayaran pun dikenakan kepada pengunjung yang datang mandi-manda kat sini.
![]() |
| Suka view macam ni. Hijau. Redup-redup. Tenang & sejuk mata memandang. |
![]() |
| Air terjun Ulu Licin sekarang dah lengkap dengan kemudahan. |
![]() |
| Isi tangki dulu. Kejap lagi kita turun sungai berendam 😁. |
Kemudahan macam surau toilet semua tu ada disediakan. Cuma air & barang pemakan tu korang kena bawa sendiri. Pasal kat sini tak ada orang berjual. Memang kena bawa siap-siap. Tapak camping ada yang free & ada yang berbayar (Private). Kalau nak campsite yang lebih selesa, ada plug point & berpagar, korang boleh camping kat Bubu Camp Ulu Licin. Campsite-nya tak jauh dari pintu masuk air terjun ni.
Actually, air Terjun Ulu Licin ni ada 4 tingkat semuanya. Tapi, hanya dua saja yang dibuka kepada pengunjung untuk mandi manda. Selebihnya, Lembaga Air Perak (LAP) yang jaga bagi tujuan sumber bekalan air bersih penduduk sekitar Beruas. Ada jer trek nak naik ke atas. Tapi, tak berturaplah 😁.
[P/S : Lepas mandi-manda, make sure balik runah mandi sekali lagi. Mandi bersih-bersih. Jirus kepala sekali. Bukan apa, risau terkena Leptospirosis (Kencing tikus). Tak kiralah mandi air sungai, air terjun air laut sekalipun. KENA MANDI juga!]
Januari 04, 2026
Tak Ada Sesi Tanya Soalan & Baca Lafaz Taklik Di Perlis
Selesai akad nikah, adik beradik lelaki Syu semua pakat dok bertanya kat Tok Kadi. Laki Syu pun sama - "Pengantin lelaki tak kena baca lafaz taklik ke lepas dah akad nikah??" Lebih kurang gitulah persoalan yang dibangkitkan deme ipar duai 🤣. Pasal deme semua kan dapat bini orang Perak. Sebelum & selepas deme nikah kena taruh dengan Tok Kadi.
Kalau nak tahu, di Perlis ni memang tak ada sesi baca lafaz taklik. Even tanya-tanya soalan pun tak ada, sebabnya Mufti Negeri Perlis tak benarkan. Ngam-ngam saksi kata sah, terus Tok Kadi bacakan doa. Syu pun baru tahu sebenarnya. Itu pun tanya kat mama si Wani 🤭.
![]() |
Tok Kadi ni steady jer walaupun ni kes pertama dia. Dengar cerita, Tok Kadi ni saudara deme juga 😁. |
Alasannya, sebab nak memudahkan proses akad nikah & tak nak bagi pengantin lelaki gugup. Kalau ada juru nikah suruh buat juga. Pihak famili pengantin boleh terus buat aduan ke Pejabat Agama. Bagus juga kan? Selamat pengantin lelaki dari kena mental torture dengan Tok Kadi. Yang adik kita si Shahrul ni punyalah dah gundah gulana dah. Siap standby air mata dah nak baca lafaz taklik masa tu - Katanya, baca lafaz taklik tu boleh buat orang lelaki jadi lagi sebak 😂.
Memang tak dinafikan Mufti Negeri Perlis ni agak tegas sikit dalam bab perihal agama Islam. Even dalam bab nikah kahwin ni pun mufti tak ambil ringan & berusaha untuk mempermudahkan urusan kedua-kedua pengantin. Dalam bab ni Syu sokong 💯 peratus. Syabas Mufti Negeri Perlis. Kome yang belum kahwin tu, cari ler orang Perlis buat bini. Mak paknya tak banyak songeh. Tok Kadinya pula steady! 🤭👍🏻
Januari 03, 2026
Selamat Pengantin Baru Shahrul & Syazwani!

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat! Dengan sekali lafaz. Adik Syu, Muhammad Shahrul Nizam kini sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya Nurshazwani. Rasa macam tak percaya dia dah jadi suami orang. Punya jauh ke Perlis sana dia cari calon bini. Merasalah kami adik beradik jelajah ke negeri orang bawa rombongan sebab menantu-menantu mak semuanya asal orang Perak.
Bila dia udah berbini, akaknya apa lagi. Auto teringatlah masa jaga dia time kecil-kecil dulu. Punyalah sememeh dia punya rupa. Dengan berhingus, selalu kena sawan-nya. Kita yang sulung ni lah yang selalu melayan bancuhkan susu milo dia dengan si Sarah. Bila dikenang balik, rasa macam cepat betul semua tu berlalu. Adik-adik semua dah besar panjang. Dah jadi bapa orang belaka!
![]() |
| Sebelum ke rumah pengantin perempuan, kita touch up sikit pengantin lelaki bagi nampak segak. Idak ler pucat lesi sememeh jer orang tengok. |
![]() |
| Time ni akaknya yang gemuruh lebih! Ha3. Boleh ke idak adik aku ni lafaz nikah. Alhamdulillah dia boleh! |
Buat Shahrul (a.k.a. Chaoi) & Wani, tahniah buat korang berdua! Semoga perkahwinan ni sentiasa dilindungi & dilimpahi dengan kasih sayang. Wani, selamat datang ke keluarga besar kitaorang! Akak percaya korang berdua boleh menjadi pasangan yang serasi. Semoga segala urusan & perjalanan hidup rumahtangga kalian sentiasa dipermudahkan dan diberkati.
![]() |
| Dalam adik beradik, akaknya terpaling seronok nak bergambar. Yang lain udah leboh! Masing-masing udah lapor. Ha3 😂. |
![]() |
| Mak & Sarah 💕. |
Semoga korang berdua sentiasa saling menyokong, berkongsi suka duka & terus mencipta kenangan manis bersama. Kakak doakan semoga perkahwinan ini dipenuh keberkatan & kebahagiaan.
بَارَكَ اللّٰهُ لَكُمَا، وَبَارَكَ عَلَيْكُمَا، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
“Semoga Allah memberkati kalian berdua, melimpahkan keberkatan ke atas kalian, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.”
Disember 24, 2025
Burn Cheesecake Special Untuk...
![]() |
| Cantik & sedap. Makan banyak pun tak muak 😋. |
![]() |
| Happy brithday Choy! 😘 |
First time makan burn cheesecake sedap & tak muak. Selalu kalau beli mesti dapat yang rasa cheese-nya terlalu heavy & masam. Yang ini sumpah sedap! Dah makan satu slice rasa nak repeat lagi. Disebabkan kek ni si Wana yang beli untuk celebrate birthday si Choy, idak ler kita nak sapu licin sampai habis. Kita makan sekadar buat ghaso-ghaso jer.
Apa-apa pun kita dah minta contact number seller siap-siap kat Wana supaya next round kita boleh repeat order untuk kita punya next occassion. Cadang nak beli untuk celebrate birthday mak nanti. Untuk saiz 6 inci ini seller jual RM45. Macam mana? Korang rasa okay tak harga macam tu?
November 01, 2025
Tahniah Sarah!

Alhamdulillah. Akhirnya! Berjaya juga si bongsu ni beli kereta sendiri, berkat hasil titik peluh dia kerja kat company dia praktikal dulu. Ngam-ngam setahun kerja sana. Buat savings. Pulun OT hari-hari. Dapatlah dia merasa kereta Axia koyak plastik. Proud of you Sarah!-Memang dari dulu dia berkenankan sangat dengan kereta Axia. Katanya kecil. Senang nak parking. Minyak pun jimat katanya...
Mak? Dia pun tumpang gembira. At the same time terkejut pun ada juga sebenarnya. Mana taknya. Angin tak ada. Ribut tak ada. Tup-tup keretanya dah sampai depan rumah 😁. Kalau ikutkan mak nak tolong dahulukan dulu duit dia buat bayar muka kereta untuk di Sarah. Tapi, si Sarah diamkan jer. Alasan dia, dia tak nak susahkan mak & nak cuba usaha sendiri kumpul duit beli kereta. And yes, usaha dia berhasil.
![]() |
| Warna putih jadi pilihan hati. Lawa tapi nak kena rajin basuhlah pasal kereta warna putih ni jenis cepat kotor 😅. |
Bila duit deposit dah cukup. Diajaknya akaknya ni pergi Perodua Lahat sana booking kereta. Setel submit dokumen itu ini. Nak dekat dua bulan macam tu kereta dia pun ready untuk beraksi atas jalan. Actually, keretanya boleh jer keluar awal. Since, si Sarah nak tunggu plat number APC juga. So, kita tunggu jelah sampai turn nombor tu naik. Abang salesman ni lah nakal. Katanya plat APB tu untuk "Anugerah Pelajar Bodoh" 🤣. Member pula senang kena racun.
![]() |
Saja tak dibuang plastik cover dalam kereta tu sebab nak ajak mak join unboxing sekali 🤭. |
Semalam ambil kereta, esoknya terus kitaorang bawa balik kampung tunjuk kat mak & adik beradik lain. Ngam-ngam pula masa tu adik-beradik ipar semua ada balik buat makan-makan. Time tu lah peluang dia tunjuk kat abang-abang dia. Apa-apa pun tahniah Sarah. Akaknya bila nak beli kereta baru? Nanti-nanti dulu. Hutang yang sedia ada ni pun semput nak bayor kome! 😂
Untuk kereta mampu milik, pada Syu kira okaylah kan beli Axia ni. Installment bulanan pun tak koyakkan poket sangat macam kereta-kereta keluaran lain. Cuma 5 tahun pertama ni agak sakit sikitlah. Pasal banyak benda nak kena bayar. Insurans pula NCD kosong. Setahun dah tentu ribu riban nak kena standby. Itu pun nasib baik roadtax RM20 jer. Dapatlah save sikit 🤭.
Oktober 12, 2025
Nor Datang Abang 🫂💕
![]() |
| Tengok dari raut wajah mak pun dah tahu mak terlalu rindu kat abah 😔. |
Mak dah lama dah habis eddah sebenarnya. Tapi, mak tak ada kekuatan nak jejakkan kaki ziarah kubur arwah abah. Bila ditanya. Mak tak boleh. Sedih & takut terkenang-kenang katanya. Dan hari ni, buat pertama kalinya mak kata mak nak ikut ziarah ke kubur arwah. Mungkin hari ni mak baru ada kekuatan.
Arwah abah cinta pertama terakhir mak. Terlalu banyak kenangan pahit manis bersama dengan arwah abah yang mak memang susah nak lupakan. Dulu, mak pernah kehilangan arwah abah sekali. 6 tahun hidup mak kosong tanpa arwah abah. Selaku anak sulung, kitalah saksi & kita jugalah yang dengar rintihan dia.
Dalam tempoh tu mak terpaksa belajar keluar dari kepompong dia demi kelangsungan hidup & juga anak-anak. Dari situ mak belajar. Belajar berbisnes, bergaul, bergaya & jadi diri dia yang sebenar. Kemudian, Allah jodohkan kembali & gantikan 6 tahun kekosongan mak dengan 6 tahun kegembiraan dengan arwah abah. Alhamdulillah, memang kuat jodoh mak dengan arwah abah.
Tapi, dalam sekelip mata. 6 tahun kegembiraan yang Allah gantikan tu Allah titipkan sekali lagi ujian buat kitaorang satu famili. Memang agak berat. Tapi pada Syu, semua tu ada hikmah. Mungkin satu kehilangan yang Allah bagi satu ketika dulu adalah kekuatan untuk kitaorang satu famili tempuhi hari ni. Walaupun, hakikatnya ia agak berat. Berat untuk dilalui.
Oktober 09, 2025
Selamat Hari Lahir My Bebeh!
Semalam ada orang tu sambung cuti rehat dengan harapan kita ada nak celebrate birthday dia. Malangnya Syu terlupa! Even wish birthday pun tidak. Udah petang baru wish encik suami - Maafin aku sayang. Sumpah terlupa 😂. Itupun dia sendiri bagitahu Syu. Masa tu Syu tengah lepak dekat meja depan kat ruang tamu. Tunggu dia bersiap nak pergi HRPB tengok kakaknya kat hospital nun kena heart attacked - Get well soon angah!
Datang-datang dengan muka penyek dia cakap kat Syu - "Kita apply cuti tau hari ni, kita ingat awak ada lah nak celebrate birthday kita ke wish ke apa ke. Kita tunggu dari malam tadi tau". Dalam hati - "😌 Halah3! Time birthday kita idak pun dia nak celebrate bagi hadiah bagai. Time dia? Kemain dia ya. Ha3." So, lepas tengok kakaknya kat HRPB semalam, kita pun pergilah ke Nifayyi sana celebrate birthday dia. Bagi dia rasa syiok sikit. Birthday boy kan! Kasilah dia chance.
![]() |
| Celebrate dekat Nifayyi jer. Dah alang-alang dekat dengan area HRPB. |
To my husband, selamat hari lahir yang ke sekian-sekian. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Dipermudahkan segala urusan. Dimurahkan rezeki untuk keluarga kecil kita yang memang sedia-sedia kecil ni. Jangan nak baran-baran tengin-tengin bagai sebab awak pun tahu bini awak singa tidur yang lagi singa dari singa bila dia menyinga. Ha3. Love you so much! Dunia akhirat. Jom ronda-ronda naik skuter lagi malam ni jom! He3 😁.
Jun 25, 2025
Cepatlah Mak Habis Iddah
Cepatlah iddah mak habis. Tak bolehlah tengok keadaan mak macam ni lepas arwah abah pergi 🥲. Dengan badan mak makin susut, muka nampak sugul. Lepas tu asyik tak sihat jer. Mungkin mak teringat-ingat kat arwah abah agaknya.
![]() |
| Nasib baik Chaoi duduk sekali dengan mak. Bolehlah dia tolong tengok-tengokkan keadaan mak. |
Tempoh Iddah kematian suami 4 bulan 10 hari. Ada dua bulan lagi mak nak kena tempuh. Sabar ya mak. Nanti mak dah habis iddah akak bawa mak duduk Ipoh. Tak nak sedih-sedih tau. Kalau mak sedih, akak & adik-beradik semua sedih 🫂💔.
Jun 22, 2025
Selamat Hari Lahir Si Darah Manis!
![]() |
| Beli kek 1 slice. Beli besar karang siapa nak makan 😂. Kita tengah control makan benda-benda manis. |
Tak teringat langsung birthday si budak Chaoi ni sama date dengan birthday kawan office Syu si Wana tu. Nasib baik ada balik kampung. Dapatlah celebrate birthday si bujang berdarah manis ni. Since ramai adik-beradik tak ada balik. Jadi, kita sambut simple-simple jer.
![]() |
| Suap jelah. Walaupun udah besar panjang 🤭. |
![]() |
| Hero mak yang last. Tak banyak hal. Tapi masa kecik kerap beno sakit 😅. |
Selamat hari yang ke-25 Chaoi. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Cepat beno besar pun. Dulu masa kecil selalu minta akak bancuh susu milo 😂. Pejam celik esok lusa dah nak berbini dah.




















