Tak Ada Sesi Tanya Soalan & Baca Lafaz Taklik Di Perlis

Januari 04, 2026

Selesai akad nikah, adik beradik lelaki Syu semua pakat dok bertanya kat Tok Kadi. Laki Syu pun sama - "Pengantin lelaki tak kena baca lafaz taklik ke lepas dah akad nikah??" Lebih kurang gitulah persoalan yang dibangkitkan deme ipar duai 🤣. Pasal deme semua kan dapat bini orang Perak. Sebelum & selepas deme nikah kena taruh dengan Tok Kadi. 


Kalau nak tahu, di Perlis ni memang tak ada sesi baca lafaz taklik. Even tanya-tanya soalan pun tak ada, sebabnya Mufti Negeri Perlis tak benarkan. Ngam-ngam saksi kata sah, terus Tok Kadi bacakan doa. Syu pun baru tahu sebenarnya. Itu pun tanya kat mama si Wani 🤭. 

 

Akad nikah

Tok Kadi ni steady jer walaupun ni kes pertama dia. Dengar cerita, Tok Kadi ni saudara deme juga 😁. 


Alasannya, sebab nak memudahkan proses akad nikah & tak nak bagi pengantin lelaki gugup. Kalau ada juru nikah suruh buat juga. Pihak famili pengantin boleh terus buat aduan ke Pejabat Agama. Bagus juga kan? Selamat pengantin lelaki dari kena mental torture dengan Tok Kadi. Yang adik kita si Shahrul ni punyalah dah gundah gulana dah. Siap standby air mata dah nak baca lafaz taklik masa tu - Katanya, baca lafaz taklik tu boleh buat orang lelaki jadi lagi sebak 😂.


Memang tak dinafikan Mufti Negeri Perlis ni agak tegas sikit dalam bab perihal agama Islam. Even dalam bab nikah kahwin ni pun mufti tak ambil ringan & berusaha untuk mempermudahkan urusan kedua-kedua pengantin. Dalam bab ni Syu sokong 💯 peratus. Syabas Mufti Negeri Perlis. Kome yang belum kahwin tu, cari ler orang Perlis buat bini. Mak paknya tak banyak songeh. Tok Kadinya pula steady! 🤭👍🏻

Comments

  1. Lega pengantin lelaki ye baru nak feel sebak baca lafaz taklik ye.

    BalasPadam
  2. Kalau time Linda dulu, tok kadi cuma tanya untuk sahkan nama pengantin dan pengantin nya..betul ke tak..lepas tu, terus lafaz akad.. baca doa, dan baru baca lafaz taklik.. kalau tak silap lah .hahaha..udah lupa pulak.. 😂😂sebab ingat lafaz taklik tu husband buat sambil pegang kepala..jadi, lepas nikah lah kan? Kikiki

    BalasPadam
  3. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai 💐

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!