Ogos 14, 2025
"Kakak, Abah Dah Nak Kena Balik"-Abah
Itulah ayat arwah abah dalam mimpi Syu malam tadi. First time dapat mimpi pasal arwah abah. Selalu si Sarah yang dapat. Rasa sebak bila dikenangkan balik bait-bait ucapan tu. Sempatlah peluk arwah abah sekejap walaupun hanya dalam mimpi. Syu terjaga pun lepas husband kejut subuh tu pasal dia kena pergi kerja - Dalam hati, kenapalah pergi kejut. Kalau boleh nak nikmati momen-momen tu lama sikit. Dah lah susah nak dapat mimpi pasal arwah.
To be hosnest, Syu tak pasti mimpi ni hanya sekadar mainan tidur atau khabar yang arwah abah nak pesan kat Syu supaya Syu redha & terima kenyataan yang arwah abah dah tak ada. Dan ada kemungkin juga mimpi ni hadir disebabkan Syu terlalu rindu pada arwah abah. Apa-apa pun Al-fatihah buat hero kesayangan Syu - Idris Bin Abdul Halim. Abah akan sentiasa kekal dalam ingatan akak & doa akak sentiasa akan mengiringi abah kat sana.
Nabi ﷺ bersabda:
"الرُّؤْيَا ثَلَاثَةٌ: رُؤْيَا صَالِحَةٌ مِنَ اللَّهِ، وَرُؤْيَا مِنْ تَحْزِينِ الشَّيْطَانِ، وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ."
"Mimpi itu tiga jenis: Mimpi baik dari Allah, mimpi yang menakutkan dari syaitan, dan mimpi dari bisikan hati (fikiran sendiri)."— Riwayat Muslim
Julai 29, 2025
Selamat Hari Lahir Abah & Selamat Berehat
Tahun ni. Bulan ni & hari ni. Tak ada lagi kek kebun untuk celebrate birthday abah dah. Tak ada lagi lagu "Selamat Hari Jadi" untuk kitaorang adik-beradik nyanyikan. Tak ada juga jerit pekik cucu-cucu sebut "Tok Wan". Mak pun sekarang dah tak sesibuk dulu. Selalunya, bila time birthday abah. Mak mesti sibuk kat dapur masak rendang, lontong, nasi impit & kuah kacang bagai. Macam nak raya! Pasal mak tahu, menu tu semua menu feveret abah.
Sekarang semua tu hanya tinggalkan kenangan jer 🥹. Abah pun dah pergi dengan tenang. Kita sebagai anak ni dah cukup lega dah tak tengok dia sakit-sakit lagi. Tapi itulah...Cuma kita yang hidup ni lah masih terkenang-kenangkan dia. Bila balik kampung tu rasa sayu sangat hati ni.
Dia punya feel balik kampung tu dah tak sama macam dulu. Ada masa terbayang-bayang arwah abah dok duduk dalam bilik. Baring atas katil. Bila time makan, rasa terngiang-ngiang bunyi tongkat arwah abah berjalan keluar bilik - Sumpah cakap. Syu rindu semua tu! 🥲
Buat abah...selamat hari lahir akak ucapkan. Walaupun abah dah tak ada, doa akak sentiasa mengiringi abah kat sana. Terima kasih abah! Terima kasih sebab dah jadi abah yang terbaik untuk kitaorang semua. Akak sayang abah dunia akhirat 🫂💕. Al-fatihah untuk arwah abah. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin 🤲🏻.
Julai 02, 2025
Kalau Awak Rindu. Saya Lagi Rindu!
Malam tadi, tiba-tiba husband cakap dia teringat kat arwah abah Syu. Rindu katanya. Syu tengok mata dia dah bergenang. Dalam hati kita -"Lah, dah kenapa ni?". Kita pula yang jadi risau dibuatnya. Dia yang menantu kata rindu. Kita yang anaknya ni lagi lah tak terhitung rindunya. Abah kita kot! 😅
![]() |
29hb Julai ni sepatutnya hari lahir abah yang ke-61. Tapi, Allah lebih sayangkan abah. Allah jemput arwah abah ketika genap usianya 60 tahun. Al-fatihah untuk arwah abah. |
Bila teringat yang arwah abah dah tak ada, sakitnya tu macam kena hiris-hiris. Hanya Allah saja yang tahu peritnya tu macam mana 😞. Tapi, apalah daya kita nak menidakkan qada' qadar Allah. Berat macam mana sekalipun. Nak tak nak kena REDHA juga. Setiap yang kita punya tu hanya pinjaman. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil. Selamat Hari Lahir abah! Akak sayang abah dunia akhirat.
Jun 25, 2025
Cepatlah Mak Habis Iddah
Cepatlah iddah mak habis. Tak bolehlah tengok keadaan mak macam ni lepas arwah abah pergi 🥲. Dengan badan mak makin susut, muka nampak sugul. Lepas tu asyik tak sihat jer. Mungkin mak teringat-ingat kat arwah abah agaknya.
![]() |
Nasib baik Chaoi duduk sekali dengan mak. Bolehlah dia tolong tengok-tengokkan keadaan mak. |
Tempoh Iddah kematian suami 4 bulan 10 hari. Ada dua bulan lagi mak nak kena tempuh. Sabar ya mak. Nanti mak dah habis iddah akak bawa mak duduk Ipoh. Tak nak sedih-sedih tau. Kalau mak sedih, akak & adik-beradik semua sedih 🫂💔.
Jun 22, 2025
Selamat Hari Lahir Si Darah Manis!
![]() |
Beli kek 1 slice. Beli besar karang siapa nak makan 😂. Kita tengah control makan benda-benda manis. |
Tak teringat langsung birthday si budak Chaoi ni sama date dengan birthday kawan office Syu si Wana tu. Nasib baik ada balik kampung. Dapatlah celebrate birthday si bujang berdarah manis ni. Since ramai adik-beradik tak ada balik. Jadi, kita sambut simple-simple jer.
![]() |
Suap jelah. Walaupun udah besar panjang 🤭. |
![]() |
Hero mak yang last. Tak banyak hal. Tapi masa kecik kerap beno sakit 😅. |
Selamat hari yang ke-25 Chaoi. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Cepat beno besar pun. Dulu masa kecil selalu minta akak bancuh susu milo 😂. Pejam celik esok lusa dah nak berbini dah.
Jun 21, 2025
Cuci Mata Di Padang Besar Perlis

Memandangkan lepas majlis bertunang hari tu tak ada aktiviti nak buat. So, lepas balik homestay tukar baju & solat semua, kitaorang terus gerak ke Padang Besar Perlis. Dari homestay agak jauh sikitlah nak pergi ke sana. Dalam 45 minit macam tu.
![]() |
Ramai manusia. Almaklumlah, tengah cuti sekolah. |
![]() |
Dekat banggunan baru ni ada juga orang berjual. Tapi kena pandai tengok harga. |
Since, ada yang belum pernah merasa jejakkan kaki ke Padang Besar. Jadi, kita pun bawalah diorang pergi jalan-jalan cuci mata dekat sana. Lagipun, bukan selalu diorang datang ke negeri Perlis ni.
![]() |
Datang sini memang wajib beli colek buah. Sebungkus RM10 jer. |
![]() |
Dalam Padang Besar Warenart ni pun ada jual macam-macam barang jugak & harga dia lebih murah sikit. |
![]() |
Rambang mata dibuatnya kome! |
Dah alang-alang ambil cuti, pergi jelah ke sana terus kan? Baru tahu macam mana rupa Padang Besar yang orang selalu dok jaja-jaja tu. Macam Syu, Syu dah tak kesah dah. Pasal dah kerap sangat datang ke Perlis ni bercuti 😂 - Dah jadi port wajib dah bila datang ke negeri Perlis ni!
Jun 19, 2025
Boleh Tahan Sedap Air Tangan Orang Perlis! 💛💙
![]() |
Tukang jurucakap rombongan sebelah pihak lelaki adik lelaki nombor yang nombor dua. Masa ni rasa sebak gila, Rasa macam terpandang-pandang kelibat arwah abah. |
Selesai berbincang perihal bertunang, majlis kahwin segala. Macam biasa tuan rumah jemput & jamu kitaorang & tetamu yang datang bertandang untuk makan tengahari. Dekat dalam tadi tengok macam sikit jer orang. Bila keluar. Fuhh...boleh tahan ramai juga kaum kerabat belah si Wani (Nama tunang Chaoi) ni.
![]() |
Ramaikan? Macam ni baru meriah. Sambil-sambil tu boleh kenal-kenal dengan orang negeri Perlis. |
Makanan? Subhanallah memang banyak. Murah rezeki tuan rumah. Jenis tak kedekut menjamu makanan. Semua menu sedap-sedap belaka. Cuma Syu saja yang kekenyangan. Pasal tadi pagi Syu dah kenyang bantai nasi goreng kampung dekat kedai seberang homestay 😅. So, tangki dah tak berapa nak ada ruang.
![]() |
Semua nampak sedap-sedap belaka. Sampai Syu sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana satu. |
![]() |
Tepung bungkus & sardin roll sedap gila! Syu & Sarah asyik dok ulang makan yang ini jer. |
Instead of makan nasi berlauk, Syu prefer untuk makan laksa & kuih jer - Lupa nak ambil gambar laksa. Udah tak menyabor nak rasa! Nanti malam sikit baru Syu plan nak makan nasi. Makan mana? Semestinya Rohani Ikan Bakar di Medan Selera Ikan Bakar Kuala Perlis - Nanti ada free Syu cerita pengalaman makan kat sana.
Jun 18, 2025
Alhamdulillah Selesai! Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani

Alhamdulillah selesai sudah hantar rombongan meminang ke Permatang Bongor Perlis hari Ahad lepas. Majlis semuanya berjalan lancar & disambut baik belah pihak perempuan.
![]() |
Famili Cik Zurai jer yang menepati tema hari ni. Kitaorang yang lain tak tahu pasal si Chaoi tak ngabor 😂. |
Mak & ayahnya pun jenis low profile & senang nak di bawa berbincang. Tak terlalu memaksa & selagi boleh nak majlis besar tu nanti berjalan dengan lancar. Almahklumlah, first time nak sambut menantu dalam famili.
![]() |
Mak Syu masih dalam tempoh iddah lagi. Jadi, kitaorang wakilkan Cik Zurai untuk sarungkan cincin. Resepi Asam Pedas yang Syu pernah share dulu tu Syu belajar dari Cik Zurai ni lah. |
![]() |
Gambar tak cukup korum. Mak & adik Syu yang nombor empat tak ikut. |
![]() |
Tiga anak buah yang hujung tu payah betul nak diajak bergambar. Dia punya main tak ingat muka bumi. |
![]() |
Me. The akak sulung & husband. |
![]() |
Adik nombor dua dengan anak bini dia. Yang seorang lagi tu entah mana lebohnya. |
![]() |
Adik nombor tiga & wife dia. Anak deme yang dua ketul tu pun lebuh jugak! |
![]() |
Tinggal Sarah jer lagi yang belum berpunya. |
![]() |
Kakak, adik & ipar duai perempuan. Husband malas nak join pasal dia panas dengan camera woman. |
Buat Shahrul Nizam & Syazwani -Macam kekok pulak panggil Shahrul. Selalu panggil Chaoi jer. Tahniah di atas pertunangan korang berdua 💍. Semoga ikatan ni menjadi satu titik permulaan perjalanan korang untuk kenal satu sama lain sebelum menempuh alam rumahtangga.
Ingat. Bertunang ni bukan sekadar simbolik cincin di jari saja. Tapi juga satu ikrar janji korang untuk sama-sama belajar menjadi lebih matang. Kena ada sabar & saling mengenali hati budi satu sama lain sepanjang tempoh pertunangan ni.
![]() |
Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani & selamat bertunang! |
Ingat! Berstatus darah manis ni banyak ujian & dugaannya. Semoga Allah S.W.T memelihara & mempermudahkan urusan korang berdua dalam usaha korang membina mahligai yang korang impikan.
Pada Syu, majlis pertunangan ni bukan sekadar pertemuan antara dua keluarga, tapi juga permulaan ikatan antara dua jiwa. Buat Shahrul & Syazwani, doa akak :
Ya Allah, satukanlah hati mereka dengan penuh rasa cinta & kasih sayang-Mu. Permudahkanlah segala urusan menuju hari bahagia & kurniakanlah mereka mahligai yang bakal didirikan sakinah, mawaddah & rahmah.
Buat keluarga pihak perempuan, terima kasih kerana sudi menerima pinangan dari pihak kami dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga atas layanan yang sangat baik & mesra sepanjang kami bertandang ke sana 💐- Makanan semua sedap-sedap! Memang deme jamu sungguh. Semoga dengan ikatan pertunangan ini boleh menambah eratkan lagi silaturahim kita sekeluarga.
Jun 15, 2025
Selamat Bertunang Chaoi!

![]() |
Setiap kali cari kakak dia - "Nak cucu (susu) milo!" 🤣 |
Alhamdulillah! Hari ni tercipta satu lagi kenangan indah buat keluarga kecil Idris Abdul Halim – menyaksikan adik ke-5 yang kitaorang sayang melangkah ke fasa baru dalam kehidupan. Macam tak percaya adik lelaki Syu yang seorang ni dah nak kahwin.
Dulu masa kecil, macam budak lembam pun ada Syu tengok adik Syu ni 🤣. Dengan selalu kena sawan. Speech delay. Slow learner. Muka selepat! Sekali bila dah besar, dia yang terpaling pengemas, pembersih & segak dalam famili 🤭💕-Nanti kita sambung part 2
![]() |
Selamat bertunang Chaoi! 🥰 |
Paling Syu tak sangka, dia jenis serius & bersungguh-sungguh dalam bab nak halalkan ikatan dia dengan anak dara orang. Memang kitaorang satu famili nampaklah effort & kesunggi dia kumpul duit nak kahwin. Katanya nak kahwin juga hujung tahun ni. Duit pun dia dah ready.
Lagipun perkara elok, nak ditangguh-tangguh lagi nak buat apa kan? Elok disetelkan terus tahun ni jugak. Senang! Pihak belah perempuan pun dah bagi green light 🤭- Nampak gayanya hujung tahun ni bakal dapat adik ipar lah Syu gamaknyer! Jauh hantar rombongan kali ni kome! Ke negeri Pelam Harum Manis sana nun 😂.