Pokok nangka yang arwah abah tanan kat kebun tumbang hari tu kena ribut. Pokoknya memang tak dapat nak diselamatkan dah pasal akarnya dah kena makan dek anai-anai. Buah nangka pulak banyak kat pokok. Semua muda-muda lagi. So, nak tak nak mak pun clear-kan lah sikit-sikit buah nangka mudanya. Siang bersih-bersih. Rebus bagi lembut. Lepas tu simpan dalam frozen. Nak masak keluarkan.
![]() |
Akar pokoknya dah tak kuat pasal dah kena makan dengan anai-anai 😟. |
Syu tak tahu menu apa lagi yang boleh dimasak dengan nangka muda ni. Yang pasti Syu satu famili suka buat masak gulai lemak nangka, kerabu & pecal 😋. Tapi bab nak perisi nangka tu yang maleyh tu. Banyak getah! - Mak cakap kena siang guna air mengalir. Baru getahnya tak melekat kat tangan. By the way, jemput makan korang!
![]() |
First time makan pucuk putat. Sedap juga makan dengan sambal belacan. Makan dengan sambal kelapa pun sedap juga ni. |
![]() |
Ni kalau tak makan dengan nasi. Ratah macam tu jer pun jadi. |
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!