Selamat Menuju Ke Negeri Abadi Suamiku

November 08, 2026

Tahun lepas arwah abah pergi tinggalkan saya asbab kanser. Tahun ni awak pula pergi yunk. Berat betul ujian saya nak hadap kali ni. Ya, hilang abah sakit. Tapi, hilang awak rasa macam gelap terus dunia saya ni. Patah terus dahan untuk saya berpaut. Saya macam tak percaya awak pergi tinggalkan saya secepat ini. Pedih betul hati saya ni yunk 😔💔.


Hari ni dah nak masuk dua minggu awak pergi. Semua orang macam tak percaya awak dah tak ada yunk, especially mak & adik beradik saya. Padahal malam sebelum awak pergi tu awak elok jer. Boleh pergi makan-makan. Jumpa semua anak saudara & adik-beradik saya. Even, seminggu sebelum tu kita sempat pergi bercuti & makan kenduri lagi ke Perlis nun. Celebrate birthday awak kat Niase pun sempat juga! 😢 


Lillahitaala...Saya redha awak pergi. Lagipun, apa lah daya saya untuk lawan apa yang Allah dah tulis. Rezeki, jodoh, ajal & maut tu semua Allah yang tentukan. Cuma saya terkejut & sedih. Tak sangka, dari umur awak genap 40 tahun tu Allah hanya pinjamkan saya 19 hari lagi untuk saya nikmati sisa-sisa hidup kita sebagai suami isteri.



Saya tak rasa ralat dengan permergian awak yunk. Sebab selama hayat awak masih ada, saya dah buat sehabis baik saya. Jatuh bangun, sakit perit, susah senang semuanya dengan awak. Bila saya teliti balik. Banyak nikmat & peluang Allah dah bagi kat saya sepanjang awak bersama dengan saya. Even, masa awak dah tak ada pun Allah susun cantik perjalanan "balik" awak.


Saya tak nak awak kena post mortem, Allah bagi. Saya nak jenazah awak diurus & dikebumikan sebelum Zohor Allah bagi. Saya nak mandi & peluk cium jenazah awak puas-puas sebelum kebumi pun Allah bagi juga. Alhamdulillah...Jadi, tak ada isu untuk saya rasa ralat dengan pemergian awak sebab terang-terang SEMUANYA ALLAH BAGI. 


Berbahagialah awak kat sana yunk. Saya tahu sakit rindu tu perit. Tapi andai ini yang tertulis untuk saya. Saya redha & terima pemergian awak dengan hati yang terbuka.


Sakit?? Tipulah kalau saya tak rasa sakit. Rindu?? Tipulah kalau saya tak rindu awak yunk. Sakit saya rindu saya biarlah masa yang memulihkannya. Tapi, saya percaya & yakin. Allah uji saya sebab Allah tahu saya mampu & saya percaya disebalik tiap-tiap kesusahan tu akan Allah sulamkan dengan kemudahan. Doa saya, semoga dipermudahkan urusan awak di sana - Selamat menuju ke dunia abadi suamiku. Saya sayang awak dunia akhirat 🫂💕. 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!